Tuesday, March 27, 2012

Inai Merah Di Jari

Kemeriahan pengantin baru....hari tu aku dah buh gambar nikah diaorang...Ni gambar majlis berinai mereka yang berlangsung pada malamnya....




Friday, March 23, 2012

Dah 3 Tahun dah....


Selamat Ulangtahun baby mama....
23.3.2009 - 23.2.2012 = 3 Tahun..
Kalaulah kalian ada...dah 3 tahun dah...
Dah besar dah....
Tapi apakan daya...mama xde upaya...
Rindu...nak gapai tapi tangan tak sampai.....
Moga kalian bahagia di sana.....
Teringin benar nak diberikan nama....tapi tak diketahui jantinanya....
Tak dapat nak bayangkan, kiranya kalian ada...
Betapa sibuknya mama dgn abi....dengan kalian dalam usia 3 tahun ni...
Sedang berlari sana sini...sudah mula pandai berkata-kata...
Ya Allah....sayu rasanya....
Namun mama takkan penah lupakan tarikh ini....tarikh pertama yg dimaklumkan oleh doktor....
Sayang kamu semua....
Berdua kalian di sana..jangan nakal-nakal tau....jadilah bidadari syurga....

Panggilan Kecemasan Jam 11.30 malam

ZZzzzzzz.....tetiba lagu Adira berkumandang...ala, malasnya nak jawab call. Sebab nanti tak bleh tido balik. Abaikan...hahaha...last-last tgk esok pagi 10 missed call. Mana tak nye...si Nizam yang call. Pagi esoknya aku call la Nizam balik, pe la halnya sampai tengah-tengah malam call aku nih....
Rupa-rupanya, dia nak menemukan si cantik manis ni...Nak tahu siapa?
Ni la adik perempuan Nizam kawan aku masa kat UMSKAL dulu...arit u shoot Nizam kawen, ni ambik kawen adik dia plak. Ni la dinamakan rezeki tengah-tengah malam.....
Majlis pernikahan diaorang berlangsung pada 10 Mac 2012 yang lalu di Masjid Chenderiang. Kebetulan pada masa itu we all free tak de job. So mmg suke la.....







Sejuk mata memandang...hahaha, tak sangka adik ko cantik Nizam...huhuhu, senang je aku nak shoot gbr dia...apapun  akan ada entry untuk majlis berikutnya...

Thursday, March 22, 2012

Lagi satu hari lagi.....

Masih menanti satu hari lagi......
Apa dia...?
Hanya sebuah kenangan lalu.....
Namun amat dekat di hati......
Terbayang diwajah....dibingkai mata.....
Nak ku gapai....dunia kita berbeza......
Hanya mampu ku sematkan ditempat yang paling indah dihati ku.....

Nantikan......

Wednesday, March 21, 2012

Jiwa Kacau....

Dengan ujian demi ujian yang diturunkan untuk aku....
Terkadang rasa hilang sabar untuk harungi semua ni....
....terkadang rasa tidak dipedulikan.....
....terkadang terasa hidup ni tidak semanis dulu....
....di mana silapnya....?
....apa semua ini....?
...apakah akhirannya....bilakah akan berakhir.....? apakah kesudahannya.....
aku menangis lagi..........................................................................................................................................
ampunkan aku ya Allah.....

Lamanya Tak Melancong....

Anyway semenjak bekerja ala-ala menteri ni, rasa macam lama sangat tak melancong...
Merehatkan minda...menghabiskan duit yang senantiasa habisssssss......dan berfoto gedik sana sini....
Sebelum ni dalam perancangan nak ke Universal Studio hujung bulan ni...
Tapi gara-gara kengkawan yang sepakat membawa berkat tak dapat nak join, SEMUANYA HANGUS BEGITU SAJA....(stressss wooooo)...

 Tengok kat sini je la...
Tempat wajib shoot gambar....tapi entah bila la dapat bergedik kat sini

 Hollywood street.....

 Suasana malam...arrggghhhh.....

Kat sini mesti kene pegi....kalau tak, nyesal..nyesal...nyesal...

Bulan 5 ni ada job kat Kulim, insyaallah....pastu melarat sket ke Perlis...nak berjalan rasanya, tapi bila ada orang lain rasa macam tak best...sebab nanti ada je yang tak kene dengan selera kita kan.....Apapun Padang Besaaaarrrrrr tunggu akuuuuuuuuuuuuuu!

Ops! Terover plak.....padahal orang kata kat padang besar ni banyak barang tiruan / barang Siam...anyway, ada aku kesah...hahahaha....aku tak kesah semua tu....janji aku suka sudah....kan. So misi sekarang ada misi menyimpan duit....kalau tak pegi pun tak guna....kalau ada RM500 pun dah puas hati dah...hahahaha

...tanpa tajuk #18

Semuanya bergantung pada diri sendiri kini....

Tuesday, March 20, 2012

Penatnye masih terasa

Last week memang x update blog langsung....
Bz dengan persiapan Karnival Florikultur dan Herba...
Pening menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu....
Handphone berdering sampai lepas waktu keje!!!!

Tak layan nanti kata pegawai kerajaan x wat keje plak
Padahal...kita dah pening dengan itu ini...siap lps keje waktu nak rest pun still kene melayan karenah orang...
Rasa macam nak bercuti jerk...nak restkan kepala otak...

Thursday, March 15, 2012

Thursday, March 8, 2012

Aku Dengan Baby Lagi...

 Tak kesahlah kan walaupun anak orang lain....apapun ramai yang kata, mana-mana baby yang bergambar bersama aku...semuanya lebih kurang iras muka aku jerk....macam nak sendiri plak....
Baby ni kitaorang pinjam dari mak ayah dia masa dalam feri nak ke Pangkor ari tu.... Sib baik baby ni baik, mahu kat kami...lama juga la dia duk dengan kami, Bagi mak dia rehat jap....

Seronokkan...jadilah menumpang kasih dengan anak orang lain. Mana la tahu dapat keberkatan, insyaallah ada untuk aku suatu hari nanti siapa tahu kan..... :)

Wednesday, March 7, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Semalam Collect Hadiah lagi....

Yes! Yes! Yes! Syukur alhamdulillah......
Dapat mesej daripada Michelle (bos besar avon kat medan gopeng)....
Apa ye yang dia nak bagi...huhuhu....
So semalam dik kerana nak gi beli barang, bleh la collect skali hadiah....

Ni dia...paper beg warna pink lagi kau.....masa terima tu, xde majlis pun...hahaha just nk order barang tetinba ji diaorang bagi paper beg ni....kat dalam dia ada banyak barang...dari kecik ke besar....
Ada....tuuuttt......(hehehehe) ada 2 unit...teka pe dia????
Ada...eyeshadow....
Ada lipstcik....
Ada rantai.....
Adaaaa...note paper 2 unit....

Apapun aku happy....nak tunggu satu lagi hadiah bagi cabaran yang satu lagi....meh kita collect banyak2.....
Ni bukti...kene simpan.....doakan jualan aku meningkat dari masa ke semasa ek....hehehehe.... Gunalah Avon, lebih murah...sama je dengan produk kosmetik yang berada di pasaran.....(siap kempen lagi tuuuu)

Ingat Tak Pasa Entry Pasal Orang Tinggi tu

Ingat tak lagi entry masa HPPNK 2012 yang lepas....aku ada bergambar dengan orang tinggi ni...
Nak bagi la sedikit info tentang dia, tapi x jumpa...anyway baru baru ni aku jumap story dia kat dalam newspaper....


Lelaki ini mengumpul duit untuk menjalankan pembedahan kaki kalau tak silap.....dengan kelebihan yang ada, sesiapa yang ingin bergambar bersama akan dikenakan bayaran RM5....yang kitaorang dulu bayar....walaupun dia agak sukar untuk bergerak atau melakukan sebarang kerja....dengan kelebihan ketinggian yang ada, beliau mampu jugak untuk mencari rezeki bagi mengumpul duit untuk dirinya.....
Jadi kalau kita lihat, beliau yang diciptakan begitu juga mampu untuk mencari rezeki....kita yang diciptakan sebagai manusia yang serba serbi kesempurnaan.....fikirkanlah....

Friday, March 2, 2012

Akhirnya Aku jadi Agen VCO....

Sebelum ini memang dalam diam aku mencuba VCO berjenama Catalyst....
Pada awalnya, pada tahun 2010 (penghujung tahun) doktor menyarankan untuk mengambil VCO kerana pada masa itu aku menghadapi masalah penghadaman....
Pada masa itu jugak, VCO (Minyak kelapa dara) yang dijumpai adalah dalam berbentuk cecair sahaja....
Try la untk telan....memang sangat menyeksakan....
Disarankan untuk meminum minyak itu satu sudu besar sekali sehari......
Setiap kali nak menelan memang nak muntah.....namun aku gagahkan jugak untuk sihat....sehinggalah sampai satu tahap aku dah x mampu nak telan.....
Bila terbaca di bloh Irine dan Honey....mereka juga mengamalkan VCO tetapi dalam bentuk pil....
Dan aku sangat tertarik kerana mudah untuk di makan....
Kebetulan plak pada masa itu kakak ipar aku baru mencubanya dan alhamdulillah aku telah jumpa stokis di sini...

Sejak itu aku mengamalkan VCO ini....
Dengan pengalaman perubahan pada diri sendiri....dikongsikan kepada seorang rakan...
Dia juga mahu mencubanya...
Dan sekarang dengan TIDAK SENGAJANYA aku telah menjadi agen VCO Catalyst ini....
Bagi pembaca blog aku ni yang ingin memperolehinya blh la menghubungi aku di email

fazilazairy@yahoo.com

Sebenarnya banyak kebaikan yang ada dari VCO ni, dan ramai jugak yang masih tidak tahu tentang faedahnya....Antara tindak balas yang berlaku pada diri aku.....penghadaman semakin baik....
Pembuangan air kecil dan besar baik....kulit lebih terasa smooth dan lembap....
Disamping itu dikatakan VCO dapat menurunkan berat badan....
Apa yang terjadi pada diri aku....buat masa ini tidak turun tetapi maintain tidak naik...
APAPUN KITA KENE INGAT, INI HANYALAH SUPPLEMENT YANG BOLEH MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA....TAPI KALAU MELANTAK BAGAI NAK RAK & TIDAK MELAKUKAN AKTIVIT YANG AKTIF...MAKAN MANA-MANA PRODUK PUN TAK JALAN BEB!

Produk yang tetiba turunkn berat tu...confirm ada bahan kimis...padaha VCOni adalah kategori herba.... Tapi kalau makan produk yang turun kan berat serta merta tu...try STOP...tengok apa jadi.... Kekadang berlipat kali ganda naiknya plak....ini adalah pengalaman dari kengkawan yang penah mengalaminya....

Sambil kita mengamalkannya, kita mengawal pemakanan kita...minum banyak air putih, mkn mknn berserat...

Antara Kebaikan VCO,

KECANTIKAN LUARAN

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga segera.
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembutkan dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
KECANTIKAN DALAMAN

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH

  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kaser colon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
MEMBUBUH VIRUS , BAKTERIA & KULAT

  • Membunuh virus ( yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes).
  • Bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit teliha, infeksi saluran kencing, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan) 
  • Kulat (yangmenyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi lain ) serta membunug cacing pita, lice, giardia dan parasit.
HUBUNGAN SUAMI ISTERI

  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virsu atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.
* info dari brochure VCO Catalyst.