Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

So Sorry For My Catalyst Order

Salam semua...selamay bagi my dear....

Setelah sekian lama akibat dilanda oleh ribut kesibukan....hingga tak sempat2 untuk buka email....
And for this morning...bila bukak...ops!
Ada adik2 yang berminat untuk order Catalyst VCo....
So sorry dear...bukan akak tak nak layan...tapi selama ini xde sesapa yang bertnya tentang VCO pun
Ingatkan tak de yang berminat...apapun, akak dah balas email2 adik tu...
Sekiranya masih berminat i will send to u okey.....

Ada di antara yang bertnya...ok ke VCO ni...
Dari pengalaman saya sendiri....
Perubahan akan dirasai mengikut penerimaan badan seseorang...maklum je la, kandungan hormon dalam badan seseorang berbezakan....
Kalau macam aku selama 2 minggu telah rasa perubahan seperti merasai kulit lebih halus dan lembut....
Jerawat pun makin berkurangan....
Tetapi sesiapa yang mengamalkan shaklee...jgn campurkan bersama VCO ek.....
Sebab berkemungkinan akan menimbulkan masalah pada kulit pulak nanti....
Antara kebaikan yang lain ada DI SINI

Tuesday, November 27, 2012

TTC FanClub....Perlu Baca Ini

Hati ini terpanggil untuk berkongsi tentang pengalaman penulis ini....
Aku rasa sesiapa saja yang berada di dalam golongan ini akan merasai perkara yang sama....akan lalui perkara yang sama....
Sama-sama lah kita renungan perkara ini...agar kita sama-sama bersemangat untuk meneruskan hidup kita agar lebih bermakna...
Thanks neena.....
Moga Allah swt akan memberi rezeki itu kepada kita secepat mungkin.....

I'm Yourss--neena



Tuesday, June 12, 2012

Cara Makan Ubat Yang Betul...

Masa ambik ubat ritu kat Klinik Kesihatan Gopeng, bahagian farmasi ternampak plak benda ni...
Adalah lebih baik dikongsikan bersama....
Kebaikan mendapatkan barakah dariNYA insyaallah.....

Tuesday, May 22, 2012

Program 5S

Hahahaha....
Dalam tak sedar rupanya, staf opis mencalonkan aku sebagai salah seorang AJK bagi program 5S
Korang mesti penah dengar or memang dah tahu tentang 5S ni kut....
SISIS......SUSUN....SAPU......SERAGAM.....SENTIASA AMAL...

So pada 15 Mei yang lalu, setengah hari bekerja dijadikan sebagai hari gotong royong bagi membersihkan ruangan kerja masing-masing....
Confirm la tempat aku memang banyak barang....
Dan bagi aku semua tu guna...tambahan plak aku ni jenis suka menyimpan dan mengumpul kertas2 terpakai, kertas2 kaler yang orang buang.....sebab lain masa ada gunanya....

Beginilah tempat aku sebelum di 'S' kan....

Kan...banyak kotak....meja pun penuh je...mcm bukan tempat pempuan....hahahaha
Yang penting aku senang nak cari barang aku....

Tu dia....apa yang xde kat tempat aku ni....bunga bagai...botol...mana la aku nak letak semua benda ni

Setelah di SISIH...di SUSUN....di SAPU....meh kita tengok ada perubahan tak....

 Bawah meja sudah kurang kotak sket....tapi masih ada kotak....tapi lebih teratur la....
Gambar bawah...segala tampalan disusun dan dikurangkan....semua benda telah di sisihkan dan disimpan jika tidak perlu......key chain lebih teratur...(orang suruh tanggal tapi aku degil, sebab xde benda2 mcm gini aku rasa bosan....) Jadual gaji WAJIB TAYANG...inspirasi tu....important!
Bolehlah kan daripada sebelumnya yang ini...

Apapun, akan ku cuba seragamkan plak.....let do it! Cubalah!!!1

Tuesday, March 6, 2012

Ingat Tak Pasa Entry Pasal Orang Tinggi tu

Ingat tak lagi entry masa HPPNK 2012 yang lepas....aku ada bergambar dengan orang tinggi ni...
Nak bagi la sedikit info tentang dia, tapi x jumpa...anyway baru baru ni aku jumap story dia kat dalam newspaper....


Lelaki ini mengumpul duit untuk menjalankan pembedahan kaki kalau tak silap.....dengan kelebihan yang ada, sesiapa yang ingin bergambar bersama akan dikenakan bayaran RM5....yang kitaorang dulu bayar....walaupun dia agak sukar untuk bergerak atau melakukan sebarang kerja....dengan kelebihan ketinggian yang ada, beliau mampu jugak untuk mencari rezeki bagi mengumpul duit untuk dirinya.....
Jadi kalau kita lihat, beliau yang diciptakan begitu juga mampu untuk mencari rezeki....kita yang diciptakan sebagai manusia yang serba serbi kesempurnaan.....fikirkanlah....

Friday, March 2, 2012

Akhirnya Aku jadi Agen VCO....

Sebelum ini memang dalam diam aku mencuba VCO berjenama Catalyst....
Pada awalnya, pada tahun 2010 (penghujung tahun) doktor menyarankan untuk mengambil VCO kerana pada masa itu aku menghadapi masalah penghadaman....
Pada masa itu jugak, VCO (Minyak kelapa dara) yang dijumpai adalah dalam berbentuk cecair sahaja....
Try la untk telan....memang sangat menyeksakan....
Disarankan untuk meminum minyak itu satu sudu besar sekali sehari......
Setiap kali nak menelan memang nak muntah.....namun aku gagahkan jugak untuk sihat....sehinggalah sampai satu tahap aku dah x mampu nak telan.....
Bila terbaca di bloh Irine dan Honey....mereka juga mengamalkan VCO tetapi dalam bentuk pil....
Dan aku sangat tertarik kerana mudah untuk di makan....
Kebetulan plak pada masa itu kakak ipar aku baru mencubanya dan alhamdulillah aku telah jumpa stokis di sini...

Sejak itu aku mengamalkan VCO ini....
Dengan pengalaman perubahan pada diri sendiri....dikongsikan kepada seorang rakan...
Dia juga mahu mencubanya...
Dan sekarang dengan TIDAK SENGAJANYA aku telah menjadi agen VCO Catalyst ini....
Bagi pembaca blog aku ni yang ingin memperolehinya blh la menghubungi aku di email

fazilazairy@yahoo.com

Sebenarnya banyak kebaikan yang ada dari VCO ni, dan ramai jugak yang masih tidak tahu tentang faedahnya....Antara tindak balas yang berlaku pada diri aku.....penghadaman semakin baik....
Pembuangan air kecil dan besar baik....kulit lebih terasa smooth dan lembap....
Disamping itu dikatakan VCO dapat menurunkan berat badan....
Apa yang terjadi pada diri aku....buat masa ini tidak turun tetapi maintain tidak naik...
APAPUN KITA KENE INGAT, INI HANYALAH SUPPLEMENT YANG BOLEH MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA....TAPI KALAU MELANTAK BAGAI NAK RAK & TIDAK MELAKUKAN AKTIVIT YANG AKTIF...MAKAN MANA-MANA PRODUK PUN TAK JALAN BEB!

Produk yang tetiba turunkn berat tu...confirm ada bahan kimis...padaha VCOni adalah kategori herba.... Tapi kalau makan produk yang turun kan berat serta merta tu...try STOP...tengok apa jadi.... Kekadang berlipat kali ganda naiknya plak....ini adalah pengalaman dari kengkawan yang penah mengalaminya....

Sambil kita mengamalkannya, kita mengawal pemakanan kita...minum banyak air putih, mkn mknn berserat...

Antara Kebaikan VCO,

KECANTIKAN LUARAN

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga segera.
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembutkan dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
KECANTIKAN DALAMAN

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH

  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kaser colon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
MEMBUBUH VIRUS , BAKTERIA & KULAT

  • Membunuh virus ( yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes).
  • Bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit teliha, infeksi saluran kencing, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan) 
  • Kulat (yangmenyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi lain ) serta membunug cacing pita, lice, giardia dan parasit.
HUBUNGAN SUAMI ISTERI

  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virsu atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.
* info dari brochure VCO Catalyst.

Monday, August 15, 2011

EPO dan VCO

Mungkin antara kita pernah dengar berkenaan dengan 2 supplement ni...Evening Primerose Oil (EPO) dan Virgin Coconut Oil (VCO)...selalunya EPO ni banyak berkaitan dengan perempuan la...dan dengarnya banyak doktor yang suggestkan makan supplement ni...(oh ya, 2 produk ni adalah sejenis supplement bukan ubat)...

aku pernah mengambil EPO dulu masa belum kawen dulu...tapi apa yang jadi...teng teng teng....
baru makan x sampai seminggu (yang 1000mg tu) sungguh banyak KELAHIRAN JERAWAT di muka bumi wajahku.....xtau la apa yang silapnya...may be kandungan 1000mg tu tidak sesuai dengan tubuh badan aku ni..
Baru je masa tu proses mencantikkan muka...tetiba 'anugerah' tu timbul....memang take time balik utk clearkan. Mana tak nye, dah merah-merah gitu....
Start dari itu...aku STOP...walaupun ramai yang kata 'eh, nape ko x ambik EPO...?'
Aku rasa takut , takut perkara yang sama berulang....may be time tu keadaan hormon dalam badan aku ni x bleh nk sesuai dengan EPO kut...sekarang ni xtahu la...sebab belum ada keberanian lagi untuk aku mencuba kedua kalinya....
EPO ni ada banyak brand yang berada di pasaran. Gambar ni sekadar hiasan sahaja (sumber google)

Sebiji (1000mg) besar ginilah...memang lemah sungguh nak nelan...
Siap bleh kuar balik....hehehe
Satu lagi kelemahan aku adalah untuk menelan biji-bijian ini yang memang kategori besar...hahahaha Lari tajuk sket, aku dulu memang sangat tegar dengan ubat-ubat biji ni...selagi ada ubat biji, semuanya akan dibancuh....walaupun orang kata better ubat biji dari ubat air...tapi bg aku, air lagi senang nak telan....
Sehinggalah ada satu antibiotik tu...PAIT TAHAP DEWA....makan gula pun x hilang paitnya....
Kerana itulah aku berusaha untuk menelan ubat biji...hehehe. Akhirnya aku berjaya walaupun aku perlu sumbatkan ubat tu sedalam yang boleh. Tu pasal orang akan pelik bila tengok aku masukkan ubat dalam mulut....serius dalam!

Wokeh, dalam tahun lepas seperti entry yang penah aku wat..aku penah alami masalah usus....adalah doktor suggestkan untuk makan VCO..tapi masa tu, xde lagi VCO bentuk pil...kerana x larat alami sembelit. Jadi aku cuba dengan VCO...yang  cecair punya. Sekali telan, setaman dengar bunyi nak muntah tu...
Serius memang loya...kene telah 2 sudu besar sehari...nak hbs jugak la sebotol tu aku telan....pastu aku stop...sehinggalah baru2 ni tongsil aku ni selalu bengkak dan siap ada putih-putih tu....

Sakitnya jangan tanya la..memang sakit giler...ari tu nak minum pun sampai menangis ni....macam telan bara api (kalau dalam neraka kene telan bara api tu gamaknya macam tu la kut, wallahualam...)
Setiap minggu kene..mana larat nak tanggung dengan pakej demam sekali...so akak ipar aku suggest makan VCO..memang hajat nak makan VCO yang pil punya sebab ada baca kat blog Irine dengan akak dia tentang VCO keluaran Catalyst tu....tapi kalau boleh nak cari kat sini. Senang...tapi x jumpa lagi...

Kebetulan akak ipar ada jumpa keluaran tu dan dia tolong belikan....kali ni xde la nak muntah sebab bentuk pil...so far perubahan ketara adalah kulit muka aku...rasa lebih lembut lebih licin dari dulu...
Parut jerawat pun makin berkurangan....tapi xtahu lah effect pada individu lain...kebaikkan VCO ramai yang tahu danb oleh cari di internet...jadi may be anda juga boleh jadikannya sebagai satu supplement diri anda satu hari nanti....
.
Sumber dari satu blog...x hengat la plak nama dia search dr google je pun....

Butir-butirannya xde la besar sangat....dan boleh juga disapukan di jerawat
dengan mengambil peniti & cucukkan di pil ni...


Tuesday, August 17, 2010

Antibiotik, geram dan buncit ker?

Ermm x penah2 aku wat post 2 kali dlm sehari. Tapi dari akibat tidak puas hati...nak jugak buh kat sini...nak buh gambar pe ntah ni....***#3%^^#$

Isu 1 : Buncit ?
Buncit ker...? Alamak tolonglah....ayoyai..sensetip btul la...tersentap aku skali lagi bila tetiba je si usop ni kata aku buncit! memang penah dlm satu post dlm blog ni beberapa bulan lalu aku ada nyatakan la pasal perut aku menjadi-jadi sejak kejadian April lalu....klu xsilap tajuk tu Saiz 'S' ke 'L'...sesungguhnya aku berusaha utk mengurangkannya...walaupun kekdg may be ada yang ternampak, tapi kekadang x nmpk...nape la isu ni perlu nak kene di ulang-ulang...YUP! AKU BUNCIT! Puas hati....apa korang nak cakap lagi....sape yang nak buncit kan....
Tapi bagi aku...aku bukan buncit,just nampak perut sket sbb aku ni penah mengandung....dah 3 kali dah....sesapa pun kalau penah ngandung, ada la nampak perutnya...nak buat mcm mn lagi. Aku bukan artis byk duit utk kempiskan perut dlm sekelip mata....redha je la. Jgn la bg aku sentap lagi.....

Isu 2 : Geram!
Ntah apasal aku jadi geram sangat pasal benda ni...padahal sket je....td janji dgn En Ahmad Fadzil nak g beli barang sesama. So masa dia msg td, aku br je nak solat...so tunggu la kejap kan. Lps solat tgk ada missed call, ada msg....dia kata dia g dlu sbb ari nk ujan. Aku tgk xde pun ujan,dia kata rintik. Dia call, suh turun sbb bleh g skali kalau aku nk tgk2 brg...padahal dia dah beli pun. So xde gunanya la kan...dia takut ujan, aku suh tunggu jam 3 je...last2nya smpi skrg x ujan pun...aku rs sedey sgt plak...padahal x pegi pun x pe la kan. Tp bila dah janji pastu kene tinggal plak...tu yg rasa mcm sedey sgt....terus xde mood.

Isu 3 : Antibiotik.
Baru jap tadi memandangkan boring tahap kura-kura...aku terbaca email lama dlm inbox aku. Fakta berkenaan antibiotik..mula2 mmg dlu penah org katakan hal ini, tp mcm endah x endah. Last2 bila terbaca dan bandingkan apa yg berlaku pada diri sendiri ni....mmg betul...aku copy kan sket info yng boleh dikongsi bersama...

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada
antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis
virus. (pandaaaii.. ... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan
ini boleh membawa maut.


3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh
membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu. (makne nye kalau makan, bakteria baik akan terhapus)

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR.
Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan
sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kenapa aku kata ia benar....
Sebab...semasa aku abortion, aku diberi antibiotik...slps itu kerana pendarahan yang tidak berenti, Aku diberi 2 jenis antibiotik lagi... dan xlama, gigi sakit plak...lps membuat satu cabutan harta yang amat berharga itu, sakitnya tidak berenti dan doktor mengatakan ada jangkitan. Diberi lagi 2 jenis antibiotik...

Dan kalau masih ingat, semasa aku buat pemeriksaan jangkitan kuman sebelum ini doktor ada menasihatkan bahawa 'jangan ambil antibitik lagi'....memandangkan terlalu byk antibiotik masuk dlm bdn ni...skrg aku ada mslh sembelit seperti yang penah aku tuliskan dlm blog ini...doktor suruh aku mkn sayur byk2 utk kembalikan antibodi yang original...masalah tu ada hingga kini. Dah 2 kali g klinik...doktor kata usus xde masalah...may be bakteri baik dalam usus aku dah terhapus dek kerana ANTIBIOTIK...

Alhamdulillah aku tdk terkena alahan seperti yg dinyatakan, tapi...aku takut sbb dah byk antibiotik dlm badan ni...adakah aku dpt mengembalikan BAKTERIA BAIK dlm tubuh badan ku....YA ALLAH....PULIHKAN KEMBALI DIRI KU YA ALLAH....mak aku takut!