Sebenarnya aku dikehendaki kerja pada hari Sabtu ini 18 Ogos 2012
Iaitu sehari sebelum raya....
Pastinya sehari sebelum raya ni selalunya ramai orang yang akan berduyun pulang ke kampung
Yang mungkin ada di antara yang telah pun sampai ke kampung
Sedang membuat persiapan akhir untuk meraikan hari raya....
Mula merebus ketupat, membakar lemang...mungkin masih ada yang membuat kuih muih yang last resipe
Tukar langsir...vacume rumah....siap buh kuih mueh kat dalam balang....
Iron baju raya nak pakai esoknya.....
Sangat meriahkan bila membayangkan saat-saat itu....
Tapi sebaliknya pada aku....sabtu tu aku masih dikehendali bertugas di Pasar Tani Khas
Bagi menjalankan pertandingan mengukur kelapa dan juga menganyam ketupat...
Hadoi...ikutkan hati memang malas giler....
Nape la aku diberi amanah sebegini....
Ada jugak mak berkata...'dah nak rayapun anak-anak tak sampai-sampai lagi' (ayat tahun lepas)
Ayat tahun ni 'dah nak raya pun keje lagi???'
So apa yang korang dapat rasakan.....
KEHAMPAAN SEORANG IBU, right?????
Telah dinyatakan kiranya mengguris perasaan ibu, derhaka la kita....
Namun kerja macam mana...?
Macam mana pula jalankan kerja yang tidak ikhlas kerana hati lebih berat kepada mak....?
Sejujurnya memang aku tak suka untuk kerja pada hari sabtu ni.....
Ada pihak mengatakan bahawa, mak kita perlu faham kita.....
Aku rasa kita yang kene faham dia sebab selama dia membesarkan kita, dah banyak benda yang dia faham tentang kita....hanya di akhir-akhir usia dia lah yang harus kita jaga sebaiknya....
Hati aku bergelora, rasa nak marah pada orang berkata (yang lebihkan kerja) aku ni puasa....
Aku sedar kerja tu juga merupakan satu tanggungjawab....
hussshhhhhh......aku tidah ada jawapan yang pasti....giler!!!
Terkadang mungkin kita memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa..tapi terkadang mungkin ia tidak bersesuaian dengan apa yang hendak kita nyatakan...disinilah yang mungkin akan bermulanya segalanya...dari naluri menjadi sebuah CERITERA... Dari ceritera kepada sebuah elemen yang lebih mengusik emosi...
Showing posts with label Family Saya. Show all posts
Showing posts with label Family Saya. Show all posts
Monday, August 13, 2012
Thursday, May 24, 2012
Mak & Bapak Umrah
Hari ni mak dengan bapak akan berangkat ke Shah Alam
dan Jumaat penerbangan mereka jam 10 pagi.....
Moga ibadat mereka dibekati dan diterima oleh Allah....
Aku doakan agar mak dan bapak sihat dalam mengerjakan ibadat di sana....
Selamat pergi dan balik.....
Moga doa mak dan bapak dimakbulkan Allah swt
Doa daripada seorang ibu adalah segala-galanya....
dan Jumaat penerbangan mereka jam 10 pagi.....
Moga ibadat mereka dibekati dan diterima oleh Allah....
Aku doakan agar mak dan bapak sihat dalam mengerjakan ibadat di sana....
Selamat pergi dan balik.....
Moga doa mak dan bapak dimakbulkan Allah swt
Doa daripada seorang ibu adalah segala-galanya....
Friday, March 23, 2012
Panggilan Kecemasan Jam 11.30 malam
ZZzzzzzz.....tetiba lagu Adira berkumandang...ala, malasnya nak jawab call. Sebab nanti tak bleh tido balik. Abaikan...hahaha...last-last tgk esok pagi 10 missed call. Mana tak nye...si Nizam yang call. Pagi esoknya aku call la Nizam balik, pe la halnya sampai tengah-tengah malam call aku nih....
Rupa-rupanya, dia nak menemukan si cantik manis ni...Nak tahu siapa?
Ni la adik perempuan Nizam kawan aku masa kat UMSKAL dulu...arit u shoot Nizam kawen, ni ambik kawen adik dia plak. Ni la dinamakan rezeki tengah-tengah malam.....
Majlis pernikahan diaorang berlangsung pada 10 Mac 2012 yang lalu di Masjid Chenderiang. Kebetulan pada masa itu we all free tak de job. So mmg suke la.....
Sejuk mata memandang...hahaha, tak sangka adik ko cantik Nizam...huhuhu, senang je aku nak shoot gbr dia...apapun akan ada entry untuk majlis berikutnya...
Monday, November 22, 2010
Bapak...jangan tinggalkan AKU
Salam ...
Pagi ni cukup mengantuk..semalam penat meraikan kemeriahan konvokesyen abang ku Fazli Hj Mohd Zairy di PWTC....keletihan semalam dibuai juga dengan kenyataan yang menyentap emosi aku nih....kita lupakan seketika tentang perjalanan konvokesyen abangku semala...meh kita story pasal kenyataan yang menyentap emosi aku nih...
Selepas keramaian semlm, Nyah mengajak kami semua ke Hj Samuri Satay Kajang...mula2 mmg malas nk pegi sebab badan pun dah letih, tapi memandangkan semua pegi...dan utk keseronokan mak dan bapak...kami turutkan. Sebelum tibanya Nyah b
ersama mak dan bapak...aku , Fadzil dan abg e bersembang-sembang mengisi kekosongan. Tiba-tiba abang e memberitahu...
"Bapak ada cakap dengan abang e...dia nak jumpe semua anak2 dia....utk bincang tentang wasiat, sebab bapak mungkin x lama lagi di dunia ni..."
Terkejut aku...sememangnya bapak tiada apa2 penyakit yang aku ketahui...mungkin kerana dia terlalu berusia...dan semua adik beradiknya kecuali mak anjang yang masih ada...kawan2 yang telah lama meninggalkan dunia ini....mungkin terkeluar itu semua. Tapi saper tahu itu semua akan jadi kenyataan dalam masa terdekat ni....mungkin bapak telah merasakan itu semua...
Namun aku belum bersedia untuk semua ini....aku x mampu lagi menerima kiranya bapak tiada lagi di dunia ini....terpikir seketika ...sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Perbualan kami terhenti di situ apabila mak bapak dan nyah sampai....sering ku perhatikan bapak...sebak di dada...kelihatan kedutan di wajahnya....uban di rambutnya...terlalu berusia bapakku...akupun dah cecah 30tahun...inikan dia...

Semasa dalam perjalanan pulang....fikiran ku melayang memikirkan tentang bapak...sebab sebelum perbualan kami terhenti...abang e ada berpesan
"bersiap sedialah mental dan fizikal utk terima sebarang kemungkinan dalam masa terdekat"....
Aku fikirkan....
apakah terbalas sudah jasa-jasa bapaku yang menyara dari aku dilahirkan sehingga aku dinikahkan.....
apakah kasih sayang yang aku curahkan dapat di rasa olehnya...?
Aku takut....aku takut kehilangan bapak...
Aku takut aku anak yang tidak berjasa pada bapak...
Bapak...jangan pergi dulu....
Terlalu berat utk semua ini....berat utk aku nyatakan di sini....namun bila ku pendam, terlalu dalam rasanya....(titisan manik kecil menghiasi pipi ku....menyemai kejernihan di mataku...lalu jatuh ke bumi...)
Apa aku harus lakukan...percayalah, aku sayangkan Bapak....satu-satunya Bapak yang aku ada di dunia ini...harta tidak penting , yang penting hadirnya seorang bapa...
Namun aku sedar, siapa aku utk melawan ketentuan Allah...smua manusia dipinjamkan didunia ini...begitu juga dengan Bapak...kiranya itu yang terbaik utknya....Kau sayangilah ia...peliharalah ia walaupun dalam dunia yang berbeza. Hantarlah dia ke syurga indahMu....
Berilah aku kekuatan utk menghadapi semua ini...
Stop kat sini...aku xdapat menampung perasaan....bapak...jangan tinggalkan aku...percayalah, aku sangat sangat sayangkan mu tiada nokhtahnya....
Subscribe to:
Posts (Atom)







