Wednesday, March 6, 2013

1st Time Masuk Pameran Pengantin - Teruja!


Walaupun kami dalam kesibukan berpindah rumah....membawa barang ulang alik....(sambil otak kene ingat tempat barang-barang yang aku simpan)...kitaorg juga kene buat persiapan untuk memasuki Pameran Pengantin Gerbang Perkahwinan anjuran Dios dengan Usahasama Utusan.
1st time beb, sib baik la ada modal untuk wat sampel custom album, wat sampel poster frame , buat fylers, bunting, dan juga modal untuk bayar sewa booth.
semuanya berlaku dalam minggu yang sama....
pindah 26hb Dis and pameran start 28-30 Dis....xke darurat namanya tu.....
x tenteram hidup untuk minggu tu....dengan orang nak wat rumah la...wat gril la, langsir la....huh...serius x penah rasa macam sibuk giler cam gini.....
apapun nak kene usahakan jugak sebab ini je peluang yang kitaorang dapat....
So jangan lepaskan peluang ini.....
Kami berkongsi booth dengan Butik Shaadi, akak ni yang ajak kitaorang untuk join pameran ni....
Inilah booth kitaorang yang berkongsi bersama Butik Shaadi

1st day.....
agak memboringkan....ada yang datang bertanyakan tentang pakej yang kami tawarkan.....
agak mengantuk jugak la....
aku tunggu kat booth bersama Yuyeen....sib baik la ada yuyeen....kitaorang ajak Yuyeen dengan adik dia Anem....untk bantu kitaorg....nak tunggu berdua je teruk jugak weh....lagipun diaorg ni pakar dalam bab2 'paksa' orang untuk booking (hahahaha...paksa sangatkan....)...
enCik hubby masa ni ulang alik dari umh lama ke umh baru mengambil barang2 kecil yang masih x habis lagi....sehingga malam masih tiada sebarang tempahan......

2nd day...

Ermmm...hari ni menjelang tengahari...barulah ada yang berani untuk booking pakej yang kami tawarkan....
Anyway, dari seorang meningkat ke seorang....penat bercakap jugak...ulang ayat yang sama untuk puluhan kalinya. Sib baik si Yuyeen and anem ada...bila dah penat mintak diaorang plak bantu....oh ya, x lupa jugak si usin...kelas kau usin!
Tahniah jugak pada yuyeen yang berjaya mencapai misi yang beliau tetapkan sendiri...(apa dia??? RAHSIA!). but not at least...dia berjaya...and Anem, telah berjaya menjadi esekutif marketing yang berjaua....korang memang hebat....
Sambil tu kat sinilah tempat yang paling selesa bila berjumpa dengan artis....untuk hari ni ada Haiza Dag Dig Dug and Black....orang so so je x brapa ramai...so memang senang nak tgk artis dari dekat. N orang yang paling bertuah masa ni adalah USIN.....Haiza siap datang kat dia nyanyi sama-sama....tak tido malam dibuatnya.....Haiza walaupun telah melahirkan, dia tetap cantik walaupun badannya berisi sedikit.


3rd day.....
Hari ni last day, serius sangat letih...kene bangun awal pagi...gerak ke stadium...dengan barang rumah pindah yang masih tidak tentu hala....kerja kene jugak buat sebab nak cari duit tambahan kan...balik lewat malam...berulang dari rumah mak.....Hari ni pulak memang ramai pulak yang dah buat keputusan untuk booking gambargrapher kami...memang rezeki, alhamdulillah...cuma kekadang tu oening jugak bila ada date yang clash dengan majlis lain....bukan tamak...bila kesian sangat pada wajah-wajah yang datang....ada jugak yang clash, tapi kami akan hantar team kitaorg untuk setelkan keje tu....sasaran utama adalah USINNNN.....

Bermula Februari jadual kami akan bermula untuk 3 minggu berturut-turut...so dengan itu aku mengisytiharkan bahawa  dalam 3 minggu itu juga la aku akan bekerja selama 7 hari seminggu....macam ngeri je dan amat memenatkan. Tapi apakan daya.....nak mencari rezeki lebih...moga Allah swt memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

PENUTUP


Wajah saya.... =)

Friday, March 1, 2013

JOM LIKE HER by Lynda Roslan


Sekarang ni memang banyak sangat orang buat jualan melalui internet terutamanya saluran FB....
So dengan ini saya memperkenalkan....HER by Lyndaroslan....
Hahaha mesti korang rasa macam penah kenal kan....Lynda ni model and ada jugak berkecimpung dengan dunia lakonan. Dia banyak dikenali menerusi Radiusite...and sekarang beliau dalam usaha memperkenalkan butiknya sendiri....

Her ada menyediakan contest...n saje je masuk...mudah je, tapi aku x de fan fanatik macam orang lain
so kat sini selain memaklumkan kepada khalayak untuk menjenguk di butik HER....blh la LIKE kat statement aku kat timeline FB di SINI

Moga berkat dengan satu like aku blh menang vaoucher...korang nak join pun boleh...apa salahnya. Terbuka kepada semua.....let's Go!

Kami Masih Berdua....

Salam Jumaat buat semua pembaca....

Ermmmm dah masuk bulan Mac 2013.... cepat masa beredar, begitu juga dengan putaran umur aku....
Merancang untuk preggy kembali sudah pun mencecah 2 tahun sejak berpindah ke Perak
Namun rezeki Allah swt yang tentukan....
Kami terus berusaha...terus berdoa tanpa jemu....
dan sehingga saat ini, kami masih berdua......

Mungkin pernah ada yang membaca kisah sadis yang pernah aku lalui...
Bila aku akan dipanggil mama....
Aku juga pernah minum air dari buah zuriat yang ramai yang menyarankan tentang nya
dalam usaha memperolehi zuriat...
Mungkin tak de entry tentang jawapan tentangnya....
dan sekarang dah ada jawapannya...masih tiada....entry blh di cari di Label KISAH AKU

Terus menanti tanpa jawapan yang pasti......