Wednesday, November 30, 2011

Perkahwinan Sahabat Lama

Hujung bulan Oktober lalu, secara rasminya aku dilantik sebagai jurugambar rasmi bagi sahabat lama aku sezaman sekolah dolu-dolu.....pada hari bersejarah beliau....
Walaupun penat, tapi puas dan seronok sebab dah lama xde job...(hahaha malas wat marketing)...
Apapun terima kasih banyak-banyak pada waty yang memberi kepercayaan pada aku untuk merakamkan majlis bersejarahnya.
Terima kasih juga sebab mengambil pilihan warna yang aku cadangkan, giler besar pengaruh aku pada ko yerk...hehehehe, ko sabar ek, gambar ko dah siap tengah tunggu custom album je belum siap dengan slide movie seperti mana yang telah dijanjikan di dalam pakej yang dipilih.

 Waty sedang bersiap untuk ketemu dengan putera idaman...

 Semasa majlis potong kek selepas makan beradap

Terserlah kecantikan kawan aku ni dan keriangan di hatinya


 Bilik yang simpel tapi nampak bersih kemas dan menarik


Moga kalian terus bahagia dan tabah dalam mengharungi kehidupan pada masa - masa akan datang. Kalau mahupun perkhidmatan aku lagi untuk sebelah pengantin lelaki, jangan lupa roger-roger ok!!!!!

...tanpa tajuk #9


Bila Resepi hanya dalam telefon

Aku sememangnya tidak pandai buat kek seperti suri rumah yang lain...dah la x pandai...nak buat pun ntah bila-bila. Maklum je la, secara terus terang aku memang tak de mixer...xde oven.....bekas2 nak bakar kek pun tak de...betapa teruknya aku kan....anyway, aku tidak malu untuk mengatakan itu semua. Insyaallah, di rumah baru nanti nak beli la sket-sket keperluan dapur tu...

Nak dijadikan citer, aku teringin nak makan kek butter yang Nyah buat masa raya ari tu. Semangat membeli bahan-bahan. Last-last minit, abang xleh buat. Dia call bagitau resepi....suruh aku buat sendiri....Nah kau....
Akupun dengan banggganya buat sendiri.....dengan pertolongan mak dan enCik hubby yang tukang kacau!
Dah cantik - cantik pecah telur tetiba satu tu terpecah plak kuningnya...terus jadi tak cantik....


 Sedang memukul putih telur hingga kembang...

 Dah siap....macam ais krim

Tangan enCik hubby nak expose hehehe...

Adunan mula sebati....pukul lama sket...mcm tererr je...padahal...

Ni tempat pembakar yang Nyah bagi.....mcm periuk nasi. Tapi serbaguna, bleh guna untuk bakar kek

Setelah masak...kekuningan....

Dari atas....baunya macam best sangat...

Bila dah dikeluarkan....gini la hasilnya. Walaupun tak cantik, xde hiasan.....
Tapi aku suka sebab hilang rasa teringin nak mkn kek butter...
Cuma tak brape naik...may be ada yang kurang. Maklumlah...hanya dengar resepi dan blasah buat...

Lain kali bleh try lagi...pastu baru buat topping hiasa cantik-cantik. Keinginan ada, alatan yang tak de...
Ongkos plak kekadang ada kekadang tak de...hehehe
Lain kali kita masak lagi ek....

Thursday, November 24, 2011

Bulan Menambah Kolestrol

Hai semua..dah lama sangat cik aku ni tidak mengupdate blog ni....
Bukan dah x sudi or dan x suka...keadaan dan masa dalam mengharungi kehidupan seharian tidak mengizinkan aku untuk berbuat demikian.....tanggungjawab yang harus dipikul.....huhuhu

Apapun entry kali ni aku nak story mory pasal aktiviti kami suami isteri menambahkan kadar kolestrol dalam badan...bunyi aktiviti macam menarik tapi hakikatnya jangan di amalkan ok....
Semasa aku ditugaskan semasa program Pameran Aqua di Jusco lalu, dah duduk lebih kurang sehari suntuk di sana confirm la nak makan....tapi selera besar....nak makan kat Kenny Rogers....hahaha
Tapi enCik hubby plak ikut je, maknenye restu la kan....
Menu tak le ambik yang pelik - pelik.....Cuma menu biasa yang dipikirkan sedap masa tu....

 Tang ni snap...tapi menu utama lupa nak snap sebab lupa diri bila nampak makanan....
hahahaha....teruk betul kan....

 Capucino enCik hubby.....

 Terserlah kerakusan bila menampakkan muffin tu telah dirobek oleh aku....
Kan dah kata , aku suka lupa diri bila nampak makanan..... :)

Strawberry millshake yang sedap...memang best!
Sowy sebab photo menu utama yang begitu menghairahkan tidak dapat dipamerkan akibat 
sikap lupa diri si penulis....

Selang seminggu selepas tu, aku gatai plak nak cuma makan di hotel...Hotel Grand Kampar....
Hotel ni baru jugak la dan aku penah wat shoot annivesarry kat sini....

 Minuman pilihan malam tu Jus Tembikai....

 Ni kiranya menu pencuci mulut..... Waffer Peanut N Vanila Ice cream....sedaaaappppp....

 Ni menu utama pilihan aku, Grilled Chicken Chop...(ye ke...lupa la plak.....tapi rasanya iye)

Yang ni plak enCik hubby punya, chicken chop jugak...tapi xtau varieti apa.....

Apapun kesimpulannya, makan berpada - pada..tapi kalau dah teringin belasah je......
Makan di Kenny Rodgers lebih mahal berbanding makan di hotel.....beza dalam RM10 lebih kurang la....
Apapun next month tak tau plak apa lagi menu yang akan menambahkan kolestrol dalam badan ni.....

Monday, November 21, 2011

BETAPA seboknya AKU

Rindunya pada blog ku ini....
Dah lama sangat tak update....nak kata bz rasanya aku bukan PM pun kan....
Apapun may be kerana aku bukan PM la, aku bz tak setaraf PM...
Semasa entry ni ditulis...sebenarnya aku sedang menghadiri Latihan bagi Sistem e-iat kat HQ...

Terasa rindu plak melalu lalu jalan-jalan ke pejabat....tempat masih tidak berubah...
Breakfast pagi tadi pun kat kedai yang selalu kitaorang makan dulu...hehehe Nasi Goreng Ayam!
Latihan ni sekerat hari je...sambil-sambil tu ada keje-keje lain secara tak langsung
Nak cuci gambar kawen ritu....nanti aku update kemudian....
Sabtu ahad yang lepas duk menemani enCik hubby kursus Futsal....
So memang padat lah weekend kali ini.....
Macam-macam benda kene buat, tapi banyak benda jugak yang dapat diselesaikan.....

Bahan sangat banyak untuk update blog...tapi masih tidak kesempatan.....
Takut-takut nanti citer pun lupa...hehehehe.....
Harap-harap kengkawan tak boring menunggu perkembangan saya dari masa ke semasa....

Friday, November 11, 2011

Lamanya Tak Update entry

Huh...sejak dua menjak ni, tersangat la bz....
Ada je benda nak di buat sampai tak sempat nak menjenguk blog sendiri......
Entry pun mulalah takde tajuk-tajuk yang mencucuk hati.....
Meh kita stroy sket secara rawak....

Aku ada pegi majlis perkahwinan kat Subang Jaya...wedding ni ada kaitan dengan enCik hubby. Aku follow je. Apa yang nak aku ketengahkan, konsepnya simpel tapi bagi aku menarik....
Tak kurang hebatnya mereka dari keluarga yang dikira berada la.....men kita tengok photo, tapi ni guna hp je... sebab memang bajet tak de nak heret 'senjata' tu...nanti kita plak lebey2 kat kenduri orang....

Kombinasi warna yang nampak cool je....pelamin ni di luar rumah

Kek yang sangat simpel....hanya berwarna putih. Seorang kanak-kanak pun tak de mengacau or mengelilingi kek ini sebelum ia di potong....

Sweet

Sesi memotong kek.....


Terimbau plak time kawen dulu...tahun ni dah nak masuk 4 tahun......
Selepas itu, sekarang ni aku dapat tugas baru. Sekiranya pihak pengurusan mendapat tempahan bagi hampe, aku la yang kene buat. Selalunya hamper ni dikehendaki dalam bentuk bakul. Aku ambil gambar dibawah ni sebagai contoh.

Sangat simpel kan. Kiranya sekarang aku perlu buat bakul ala-ala hantaran orang kawen...huahuahua....Nak tengok hasilnya...hehehe...next entry ok...sebab gambarnya ada dalam laptop encikhubby..........
Sebenarnya banyak citer nak story...tapi xde masa yang sesuai....
Namun entry kali ni adalah secara rawak....apapun akan ada jugak entry berikutnya....

Suaraku Berkumandang di JUSCO, siapa sangka?

Hujung minggu lalu aku telah memulakan tugas ku (dalam training) untuk program Pertandingan Mewarna dan Melukis anjuran Persatuan Ikan Hiasan Pretty Akuatik & Pet bersama Jabatan Perikanan Malaysia.
Pihak kami dipertanggungjawab untuk menjalankan pertandingan tersebut...
Sebelum ini memang pernah tolong je tapi tak pernah handle sendiri...

Jumaat jam 3 petang pendaftaran dibuat...
Hari ni pertandingan mewarna diperingkat sekolah rendah.
Kuota peserta adalah sebanyak 50 orang tapi yang hadir untuk mendaftar hanya 38 orang....
Apapun memang seronok tengok budak-budak ni mewarna.
sumber : google.
Maklum la, ada yang lebih berbakat daripada kita yang dewasa ni...
Pertandingan mewarna ni bertema kan ikan BETA...korang tahu tak ikan beta tu ikan apa?
Beta ni adalah nama saintifik kepada ikan Pilai atau ia lebih dikenali sebagai ikan laga...

sumber : google
Peserta dari adik-adik yang berusia 10 hingga 12 tahun


Khusyuk mewarna dengan masa yang diperuntukan selama 2 jam

Gambaran dari atas
Para juri sedang menilai hasil-hasil warna peserta

Lukisan ini sepatutnya boleh memenangi pertandingan ini tetapi beliau hanya memperolehi saguhati sahaja
Walaupun banyak yang cantik-cantik tetapi para juri memilih bukan sekadar kreativiti tetapi originaliti keadaan lukisan itu sendiri. Jadi adik-adik ni perlu tahu bahaya ikan Beta / pilai ini adalah sejenis ikan yang tinggal di air tawar dan tidak bersama ikan lain. Jadi banyak dikalangan hasil mereka terdapat ikan lain dan juga coral (terumbu karang) yang melambangkan ikan di air masin. Jadi kalau anak-anak kita masuk pertandingan itu mestilah menitik beratkan juga elemen-elemen tersebut.




Sementara pertandingan Melukis pula adalah diperingkat sekolah menengah...
Kali ini tajuk yang diberi adalah 'Ikan Hiasan'
Jadi diaorang bolehlah melukis mengikut ikan apa yang diaorang suka..yang pasti ikan itu adalah ikan hiasan.
Photonya xde plak, ada kat enCik hubby...emmm x pe la. Tapi untuk hari ini, pegawai yang handle benda ni tidak dapat hadir atas hal kecemasan. Dengan itu aku yang tak penah-penah wat keje ni...main blasah je. Aku tidak penah menyangka pun bahawa suara aku berkumandang kat Jusco ipoh ni....
Ntah sedap ke tak...janji budak2 faham apa yang aku terangkan...
Pengalaman pertama ni dikira menarik la walaupun takut-takut berani....redah je.

Berangan Jadi Make-up Artis

Sebenarnya aku suka pada kecantikan...menjurus kepada make-up....pakaian...yang pasti cantik la..
Walaupun aku ni tidak le segelamer mana...tapi aku tetap suka...
Seronok bila tengok pandai orang ber-make-up....bila make-up sendiri...ermmmm non ado...
Orang kata kene brani conteng muka sendiri dulu
Apa kata enCik hubby??? dia sangat menggalakkan...
Siap bagi duit suh aku pegi kelas make-up.....dan jangan tak tahu, aku tidak melepaskan peluang
untuk pergi ke kelas tu walaupun basic yang aku ada tersangatlah sikit...redah je..
Aku pegi kelas yang dianjurkan oleh make-up artis...Nurin....
Dia sangat baik dan memang hasil yang dia buat sangat melatop!

Semangat pegi kelas siap bawak model sendiri...thanks pada Shadzana Balkis kerana sudi jadi model akak...!
Aku pegi kelas tu masa kat KL....bukan la tahun ni...tapi tahun sebelum itu....
Peralatan digalakkan untuk bawak sendiri, tapi aku guna peralatan Nurin sebab nak tengok hasilnya ok ke tak...maklumlah make-up dia bukan make-up biasa-biasa ni....
1jam kami diberi talk berkenaan dengan teknik make-up...pengenalan kepada alatan dan penggunaannya...
1jam lagi diperuntukkan untuk make-up model masing-masing...
Model aku adalah Shadzana Balkis....masa tu dia baru je masuk keje...dah aku bawak pegi kelas make-up...
Apapun terima kasih banyak-banyak kerana sudi jadi model akak....

Mula-mula sapukan foundation selepas muka di cuci bersih....
Bila tnya dah ok ke...? Nurin kata tak cukup lagi...
Tempek lagi...dia kata tak cukup lagi....risau plak...ye la nak tebal macam mana lagi kan....
Last-lastnya ini dia hasilnya....
Sememangnya benda ni kene buat selalu...ye la, kalau nak make-up kan orang...kulit muka, bentuk muka, bentuk mata..bukan sama tul tak?
Ikut pada keadaan wajah seseorang tu...mudah atau tidak bergantung pada itu....kekadang tu memang ada pasang niat nak teruskan...tapi kekadang risau jugak....
Kos permulaan, confirm la kene melabur sket....
1 stick foundation krayonlan pun RM99
Nak kene beli bukannya 1, ada beberapa warna untuk ikut warna kulit orang....
Berus make-up lagi....sebab lain-lain fungsi...so memang kene beli semua...
Berbalik dengan angan-angan aku ni...
Aku pun ada la bawak model yang juga merupakan rakan sepejabat ku....
Tenyeh punya tenyeh...last-last ni dia....
Sebelum

Sejam selepas...hahaha
Walaupun perubahannya tidak begitu ketara....so far bleh la untuk percubaan kali pertama....kalau make-up orang rasanya senang berbanding makeup sendiri. Sebab bila tang muka sendiri, payah nak tengok...






Bergambar bersama Nurin....
Apapun best dapat pengalaman ni. Namun ntah bila plak aku ada keyakinan diri untuk menjadi seorang juru make-up. Adakalanya senang sebab aku dan enCik hubby ada buat wedding photography. So kalau sesi outdoor senang kalau aku yang makeup sendiri. Tak payah nak panggil mak andam lain. Kurang sket kos...