Friday, November 11, 2011

Suaraku Berkumandang di JUSCO, siapa sangka?

Hujung minggu lalu aku telah memulakan tugas ku (dalam training) untuk program Pertandingan Mewarna dan Melukis anjuran Persatuan Ikan Hiasan Pretty Akuatik & Pet bersama Jabatan Perikanan Malaysia.
Pihak kami dipertanggungjawab untuk menjalankan pertandingan tersebut...
Sebelum ini memang pernah tolong je tapi tak pernah handle sendiri...

Jumaat jam 3 petang pendaftaran dibuat...
Hari ni pertandingan mewarna diperingkat sekolah rendah.
Kuota peserta adalah sebanyak 50 orang tapi yang hadir untuk mendaftar hanya 38 orang....
Apapun memang seronok tengok budak-budak ni mewarna.
sumber : google.
Maklum la, ada yang lebih berbakat daripada kita yang dewasa ni...
Pertandingan mewarna ni bertema kan ikan BETA...korang tahu tak ikan beta tu ikan apa?
Beta ni adalah nama saintifik kepada ikan Pilai atau ia lebih dikenali sebagai ikan laga...

sumber : google
Peserta dari adik-adik yang berusia 10 hingga 12 tahun


Khusyuk mewarna dengan masa yang diperuntukan selama 2 jam

Gambaran dari atas
Para juri sedang menilai hasil-hasil warna peserta

Lukisan ini sepatutnya boleh memenangi pertandingan ini tetapi beliau hanya memperolehi saguhati sahaja
Walaupun banyak yang cantik-cantik tetapi para juri memilih bukan sekadar kreativiti tetapi originaliti keadaan lukisan itu sendiri. Jadi adik-adik ni perlu tahu bahaya ikan Beta / pilai ini adalah sejenis ikan yang tinggal di air tawar dan tidak bersama ikan lain. Jadi banyak dikalangan hasil mereka terdapat ikan lain dan juga coral (terumbu karang) yang melambangkan ikan di air masin. Jadi kalau anak-anak kita masuk pertandingan itu mestilah menitik beratkan juga elemen-elemen tersebut.




Sementara pertandingan Melukis pula adalah diperingkat sekolah menengah...
Kali ini tajuk yang diberi adalah 'Ikan Hiasan'
Jadi diaorang bolehlah melukis mengikut ikan apa yang diaorang suka..yang pasti ikan itu adalah ikan hiasan.
Photonya xde plak, ada kat enCik hubby...emmm x pe la. Tapi untuk hari ini, pegawai yang handle benda ni tidak dapat hadir atas hal kecemasan. Dengan itu aku yang tak penah-penah wat keje ni...main blasah je. Aku tidak penah menyangka pun bahawa suara aku berkumandang kat Jusco ipoh ni....
Ntah sedap ke tak...janji budak2 faham apa yang aku terangkan...
Pengalaman pertama ni dikira menarik la walaupun takut-takut berani....redah je.

No comments:

Post a Comment