Thursday, July 28, 2011

Hermmmm.....rasa macam banyak benor biskut raya nak buat....

Semalam tetiba je mood membuak-buak untuk buat biskut raya...
Mesti korang akan kata 'Pose pun belum, dah sebok nak buat biskut raya'...
Ikut suka la kan....xkacau orang pun, dan aku x mintak duit korang (merujuk kepada sesapa yg berckp tu) pun kan....so no bising-bising ok...kau ado??? ehehe

Bukannya apa, bajet ada ke duit nak beli bahan-bahannya...time bila nak buat....nak buat kat mana..
Semua benda tu kene ambik tahu...al-maklum je la, aku ni bukanlah seorang yang bergaji besar...hidup mewah... umah pun x cukup kelengkapan...ovan pun xde...mixer pun xde..apatah lagi segala acuan bisket memang secara jujurnya xder....(giler terukkan, tapi ada hati nak wat biskut raya!!!)
Dengan kesemangatan yang ada...aku harus meneruskan usaha....
So lokasi??? = paling strategik umh MAK sebab semua benda ada. Lagipun mak x guna pun...hehehe
Bila ??          = ikut mood, lepas sahur hari bebila (make sure hari weekend la) or di siang hari agar terliur dan  
                       akan rasa bangga sebab biskut akan terasa lebih sedap.
Bajet??         = ermmm adalah sket so x leh wat banyak2 la...
Strategi??      = buat yang mudah, xde banyak bahan....jom list resepi kat...

*
*
*
*
*
Kita boleh rujuk kat sini, dan rasa-rasa kalau patut kita tukar or tambah ikut citarasa masing-masing...sebab yang nak buat dan nak makan kita kan...setelah study dalam sejam dua...dapatlah 4 jenis kut yang berjaya menambat hati ini...

1. Biskut Conflakes
sumber : google
Ni gambaran yang aku dapat dan google...so nanti kita tengok hasil yang aku buat pulak k. ntah macam mana la rupanya gamaknya...adakah lebih menarik??? or hancusss...wait n see....

2. Biskut SUSU
(xde gambar) nak cari kat google pun tengok simpel je...ada yang wat colouring...tapi bagi aku better kita kekalkan keasliannya dengan warna susu....barulah menepati maksud nama biskut tu....

3. Biskut Sarang Semut
sumber : google
Dulu penah wat sekali....tu sekali je la. Tapi tengok kekadang ada warna putih, kekadang ada warna kekuningan....tapi kalau aku wat, confirm aku akan kurangnya gulanya...sebab aku x suka manis-manis sangat...sedap pun jadi  xsedap....mari kita tengok, sejauh mana kesedapan biskut yang aku wat nanti...

4. Buah Rotan.
Buah rotan ni pun simpel je resepinya...blh dapat banyak plak tu. Harapnya menjadilah sebab tengok kekdang ada orang buat, liat la....keras sangat la...so untuk percubaan pertama ni aku harap berjaya. Go ila! Go ila!

Sekarang sesi membodek enCik hubby untuk bawak aku beli bahan dan membantu aku masa wat nanti...jangan bantu tengok je sudahlah....weekend ni insyaallah...shoppinggggg!

Photo masa induski keje 2009 - adakah muka ini akan berjaya untuk menyediakan biskut raya itu????

Tuesday, July 26, 2011

Teringin Nak Tengok Flat 3A

Minggu ni adalah minggu akhir sebelum Ramadhan menjelma....Canteekkkk Ramadhan datang lagi!
Apapun aktiviti yang jiwang-jiwang....lasak-lasak adalah pada minggu ini sahaja...
Dengan itu tertimbullah idea untuk menonton filem Flat 3A ni...tengok triller macam best...
Maklumlah aku ni kalau pasal filem memang lebih gemar kepada genre SERAM...Sejuk..hehehe
Akupun x bape tahu pasal citer ni...yang pasti nak tengok...

sumber : google

sumber : google
sejauh mana hajat kesampaian atau tidak...x pasti lagi...
untuk menyeronokkan minda...meh  kita pikir aktiviti dibulan Ramadhan..agar masa yang terluang di isi dengan sebaik-baiknya...maklumlah dah pindah rumah ni kene la siapkan rumah tu...
landscape x tau macam mana sebab bila dah duduk rumah terpakai ni banyak benda nak kene betulkan or tambah....so jom sama-sama pikir....

Monday, July 25, 2011

3,2,1 ..CiNtA & Sekali Lagi...Cinta Itu Milik Kita...

Setelah bercuti selama 3 hari atas arahan enCik hubby dan sepanjang 5 hari hati terus menunggu dan terindu pada enCik hubby...per kes? enCik hubby pergi bersukan da...so si isteri yang perlu menghormati minat seorang suami..terpaksa menahan perasaan sahaja....
Selama 5 hari jugak la aku tidak melayari alam maya ni...maklumlah sebelum ini hanya mengharapkan kemudahan yang terdapat di pejabat (ops! nampak sangat mengulat time keje) nanti aku explain ok...

Walaupun aku rasa agak terlambat untuk aku mengulas atau bercerita mengenai filem-filem melayu yang kuar sejak 2 menjak ni...seriusly aku tidak berkesempatan untuk berjimba dengan enCik hubby ke pawagam... Tambahan plak dengan keadaan kami yang baru berpindah...banyak duit yang dah terkeluar...dan keadaan hidup yang tak berapa stabil....
Sebagai halwa mata, telinga, perasaan...enCik hubby menghidangkan (macam manakan je...jangan caye) 2 filem ni...tidak tahu sejauh mana ke'best' sannya...kerana aku tidak pernah tahu pun sinopsis citer-citer ni...

sumber : google

Mula-mula start citer ni, ada kemungkinan macam x best...tapi sebenarnya...best woooo. Bagi aku aku suka la jalan ceritanya. Dalam filem ni Arman (lakonan Sam) menceritakan semula tentang perjalanan hidup dia. Dia mengidap penyakit autisme (kelakuan seperti keanak-anakan yang tidak mampu mengursu hidup sendiri). Selama ini urusan hidupnya diuruskan oleh emaknya. Penampilan Lisa pula adalah sebagai ibu beranak satu (lakonan mia) yang ingin dilamar oleh Waris (lakonan brone palare). Mia adalah pengikat dan pertemuan kepada Lisa dan Sam kembali kerana pada mulanya mereka pernah berkenalan, bercinta dan berkahwin. Namun kerana ada ketumbuhan di kepala Sam, Sam membuat keputusan untuk meninggalkan Lisa kerana tidak mahu Lisa menderita. Doktor menyatakan dengan pembedahan yang dijalankan berkemungkinan akan memberi kesan kepada kehidupannya tidak normal. Selepas pembedahan, hidup Sam kiranya bagai baru bermula dan dia tidak pernah kenal atau ingat akan kisah lampaunya.

Sehinggalah pertemuan kembali dengan Lisa..Lisa cukup membencinya, manakala Sam tidak tahu apa-apa....
Mia pula tidak mengetahu bahawa Sam adalah ayahnya...namun segalanya terlerai apabila Lisa memaklumkan kepada Brone bahawa Sam adalah ayah Mia...dan Mia terdengar perbualan mereka. Walaupun Mia mengaku bahawa Sam adalah ayahnya, namun Sam tetap menganggap itu adalah satu permainan saja...
Tengoklah...sure korang rama feel lebih...hehehe...aku leh siap tengok sampai 2 kali hehehe....

sumber : google

Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre).
Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu ‘perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril?
Sumber Dari: http://www.izamirridzwan.com/2011/06/sinopsis-trailer-filem-321-cinta-jom-layannnn/#ixzz1T5f2FVOd

Cerita ni santai...apapun, boleh layan la...kalau aku masuk panggung, aku rasa aku x rugi la bayar tiket....mcm citer cun jugak...tengok promo mcm xbest....tapi klu korang tengah bermood utk tgk movie..., layanlah citer ni...

Monday, July 18, 2011

Kerana Teringin Sangat

Ntah nape seminggu selepas berpindah ke Perak ni terasa teringin sangat nak ke Cameron Highland...
Tambahan plak tengok entry Acu pegi sana bersama family....
Yang betulnya teringin nak makan strawberry...preggy ke? huhuhu....aminnn..kalau betul
So enCik hubby plak turutkan aja, walaupun rumah belum habis kemas lagi...dah blh berjalan....
Stresss...tengok barang barang bersepah...
apapun kitaorang x bawak kamera..encik hubby malas nak heret...
Dengan itu agenda berpoya-poya kali ini tanpa gambar...namun tempat sasaran utama adalah di Big Red Strawberry...dan Kea Farm ....nak g Big Red Strawberry sebab nak makan menu2 di sana yang best-best manakala nak g Kea Farm sebab nak bershopping sayur-sayuran....nyum nyum....
Walaubagaimanapun entry kali ni tetap ada gambar..koleksi gambar masa yang fail meja kat sana ritu...

 Ari tu masa nak naik ke Big Red Strawberry kitaoran jalan kaki. So kali ni aku ajak enCik hubby bawak kater naik atas...huahuahua.....kalau tak gini la....
Ni la signboard yang mula-mula dijumpai sebelum ke destinasi sebenar...

 Setelah berpeluh baru sampai tang pintu gerbang ni....bergambar  dulu....

Ni sebahagian yang terlibat masa wat fail meja tu....dan sebahagian yang join naik ke Big Red strawberry...

 Kenangan...

Di ruangan tempat makan-makan...

 Masa ni aku x order pape pun....sebab masa ni xleh makan benda2 manis ni...so tengok je la. Tu pasal kali ni nak pegi sana nak makan puas-puas....
 Kat sini menu yang disediakan...sampai kaunter sebut je nak set no bape...pastu bayar.....
Janji bayar...
sebahagian sayur salad yang ditanam secara hidroponik...

Anyway, semua gambar ni adalah gambar awal tahun lalu (kalau x silap). Masa wat fail meja. Ehsan dari camera pejabat....apapun insyaallah, ada rezeki aku akan pegi lagi....kali ni bergambar sakan punyer....
hehehehe

Friday, July 15, 2011

Misi Mencari Rumah Lag ke??

Huh, sejak berubah tempat kerja ni makan banyak plak entry-entry yang diupdate..hehehe
Ada masa terluang dan ada citer yang boleh dikongsikan, so klu lewat dicurahkan di sini kang basi plak....

Misi mencari Rumah???? Takkan pindah lagi kut....
Ish ish ish...xde la, kan ari tu aku melancarkan misi mencari rumah sewa sampai 3 hari tu...
Sebenarnya, sebelum kitaorang confirm nak ambik rumah yang kami sewa sekarang ni kami dah siap reserve sebuah rumah baru....ada baru bukak dekat-dekat sini. Wah ! Selera bapak besar, x cari rumah sewa siap reserve nak beli rumah sendiri....banyak duit!!! Yang tu jangan tanya...hehehe....
Keje tak confirm lagi...tapi hati dah membuak-buak nak beli rumah....sebab?
Rumahnya cantik (dari pandangan mata aku)..harga murah le (klu dibandingkan dengan harga rumah sekarang mahal giler)...kawasan banyak melayu...sekolah pun dekat, balai polis pun dekat....nak gi Cameron pun dekat huahuahua....
Dengan itu kami terpaksa wat loan bank la sebab x nak rumah tu dikebas orang kalau nak tunggu surat confirm aku yang ntah bila...tak de pilihan....

Dalam bentuk ilustrasi inilah rumahnya....

Dalam bentuk model....ini dia....

Wat masa ni rumah kami masih dalam pembinaan lagi....baru rangka je....pemaju kata rumah akan siap paling awal setahun setengah, dan paling lewat 2 tahun. Jadi dengan itu aku perlu lebih gigih untuk mengumpul duit sebanyak mungkin. Di sampin tu bolehlah wat design dalam rumah nak buh apa, nak wat macam mana...nak wat feature walls kaler apa....sebab bley la wat anggaran kos semua tu....
Kelebihan rumah ni, secara keseluruhannya tile dalam rumah cantek, bercorak bewarna. Bukanlah yang putih tu je....segala wirering macam untuk air panas bilik mandi, aircond bilik utama...alarm rumah di semua tingkap dan pintu...pagar (utk pagar automatik) , toilet bowl + shower (yang ok la) semua dah dibuat siap....jadi x payah la nak tambah-tambah kemudian. Kerana masih dalam pembinaan still boleh untuk tambah plag poin or point untuk pemasangan yang dikira perlu ditambah.
Harap segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt dan keputusan kami ini betul ,tepat pada masanya....insyaallah....
Moga rezeki juga akan bertambah pada masa-masa akan datang.....

Thursday, July 14, 2011

Minggu Designer Terjun

ermmm....tetiba plak terjebak dengan kerja-kerja men'design'...
dah le xde idea wat masa ni...mestilah nak ada mood dulu kan...baru la ada idea KAN...
Ini semuanya nak cepat ...dah la aku ni bukan le pandai sangat pun bab2 design ni....
Ditambah-tambah lagi bila orang push2 ni....
Tugasannya...aku kene wat flyers untuk di edaran kepada jemputan untuk majlis hujung minggu ni
Mula-mula wat design yang pertama...tanpa sebarang gambar...
Bos kata kene buh gambar...baru la nak wat blur2kan..sekali dia kata buh je kat tengah2 ni..
Nampak macam pelik sangat...mmg x stuju tapi dah kene arahkan...so Print! (1kali)

Kelakar giler kan...malunyerrr.....
Lepas dapat comment dari Big bos....photo tu xnak di tengah-tengah sebab menyukarkan tulisan itu untuk dibaca...(aku dah kata dah...tapi nak buh jugak)....So tukar....buh gambar banyak-banyak katanya...ok (ikutkan ajer) and Print! (kali ke 2)


Dah print, tak hantar lagi kat Big Bos...kene tukar lagi. Buh alamat plak...disuruh buh kat bawah sekali. Siap nak phone semua bagai....Ok! and Print! (kali ke 3).


Bila dah bubuh...nak print...udah katanya kecik. Tak nampak pulak....mengikut arahannya, kene letak kat tengah-tengah dan buang dua gambar.....OK! (huh penat dah ni wat keje-keje yang xde plan macam gini) Print! (kali ke 4).


Lastly....ingatkan dah ok....tup tup nak kene buh satu lagi ayat.....OK! and Print! (Kali ke 5)


Dengan itu akhirnya siap jugak...walaupun x menarik mana. Tapi jadilah dari xde kan....Moralnya bagi semua bos-bos atau perancang...plizz plan apa yang korang nk dan bagi la guide pada orang yang perlu melaksanakannya...jangan la wat mcm gini...kejap-kejap tukar...membazir kertas, ink....kepala otak lagi kan...dan kekadang wat orang rasa nyampah....Must be plan ok! (kali ni lepas OK xde print)..hehehe
Ni la masalahnya bila bos sendiri x tau apa yang dia nak sebenarnya....
Kalau ikut selera aku kan senang...hehehe
*sorry atas design yang buruk ini...serius, aku bukan designer......

Monday, July 11, 2011

BerEmosi lagi

Petang ni terus hilang mood...nak tau nape?
Tetiba je tadi dapat tahu berkemungkinan aku akan ditukarkan dibawah negeri plak....
Seboleh-bolehnya memang aku xmau duk negeri....
Nape plak nak aku ditukarkan di sana sedangkan surat pertukaran aku adalah di sini....
Sape la gamaknya yang gatai tangan bagi nama aku untu ditukarkan ke negeri????
Apa justifikasinya....sebelum korang mintak justifikasi nape aku x nak pindah, korang bagi aku justifikasi
nape aku kene pindah....
Mentang-mentang aku dah dapat tukar ke sini...korang suka suki je nak taruk aku kat mana-mana....
Pikirlah sket...jangan wat aku rasa macam diri aku ni x berguna....
Macam xde makna kan.....
Kalau korang tanya, nape aku xnak pindah ke negeri.....aku akan jawab, sebab aku x suka.
Sebab surat aku buh tempat perpindahan aku kat sini....bukan kat sana...
So what!
Adoyai...jangan la wat perangai macam ni.....xbagi pape arahan sewajarnya untuk aku jalankan tugas penuh komitmen dan kesungguhan, korang dah macam perlekehkan aku. Macam mana nak maju cam gini...
Serius sekarang aku rasa macam down sangat walhal surat xde lagi....bila dapat tahu, solat pun jadi x khussyuk...ada korang nak bertanggungjawab...xde kan...!
So bagilah peluang pada aku untuk lakukan sesuatu....cukuplah sebelum ni aku digunapakai macam hamba je dah....ni xkan nak kene tambah jadi 'abdi' plak.....

'Lu orang jangan pikir lu orang punya suka jerk.....lu orang kene pikir juga apa yang wa suka...dan lu orang kene ingat, wa punya suka sapa mau pikir...!'

Friday, July 8, 2011

Simpel Kraftangan

Entry kali ni agak tonggang langgang....kejap hal keje...kejap hal feeling-feeling....
Yang pasti gara-gara memenuhi masa lapang yang terlapang la sangat wat masa ni....
Anyway, tengah ada bahan untuk itu, jadi buh je la. nanti bila time bz bebenor mulalah entry pun payah nak update kan....
Tetiba kali ni ada mood plak nak story pasal kraftangan.
Sebenarnya aku ni suka juga mereka-reka kraftangan yang kekadang buat orang pelik
Pelik pasal selagi ada barang-barang yang orang rasa x mau pakal dah, tapi aku kutip dan simpan.
enCik hubby jugak kekdg bising gara-gara banyak kotak-kotak kosong tersimpan kat umh...

Penah masa kat kampus dulu, aku wat rak kasut dari kotak...hehehe kelas kau!
Kekadang blh dikatakan semua tu boleh digunapakai jadi benda yang menarik dari benda yang kita tengok xde selera langsung...
Kali ni aku buat benda ni simpel je. Tempat letak pensilor pen kat opis...blh gak guna kat bilik bacaan ke di mana difikirkan sesuai...
Alat-alatan yang aku gunakan untuk membuatnya adalah seperti :
1. Gegulung yang terdapat pada tisu toilet kat opis tu
2. Kotak biskut munchys
3. Kertas pembalut hadiah (yag saki baki dari yang telah digunakan)
4. Sedikit gam UHU
5. Sedikit sugar paper (lebihan juga, ikutlah samada nak guna apa-apa kertas untuk membalutnya).
6. Gunting
7. Sedikit idea dan mood

Jom kita buat...
- Mula-mula korang kene kutip gegelung tisu ni. Walaupun kekadang orang pelik, just senyum je. Sebab kat opis aku ni dah jenuh menjawab dah.
- Gegelung itu boleh diguna terus atau pun boleh dipotong sama rata bagi mendapatkan dua bahagian yang berbeza.
- Gunting kan sedikit bahagian kotak agar kita boleh dijadikan ia sebagai lapiknya. Cam gini...
- Selepas itu bolehlah korang ambik lebihan pembalut hadiah or sugar paper untuk kita balutkan bahagian luar dan dalam gegelung tisu tu. Memandangkan masa aku nak wat benda ni, pembalut ni je yang ada kat opis, so redah je la...
- Setelahd dibalut bahagian luar, kalau rajin balutlah juga dibahagian dalamnya agar nampak cantik walaupun ia satu perkara yang agak remeh sket. Nape aku gunakan gam UHU dan nape x guna gam biasa??? Sebab gam UHU cepat kering. Dan satu lagi petua nak dikongsikan...kalau nak melekat kertas la, contoh nak lekat kertas A4 di kertas kad manila tu....better guna gam UHU. Sebab? bila korang guna gam ini, tiada kesan kedutan...semasa gam itu basah. Kalau guna gam biasa, mmg ada kedutan punya. Try la....

- Setelah itu balutkan jugak tapak yang telah digunting dari kota biskut tadi. Dah balut cantik-cantik, lekatkan pula gegelung itu dengan lapiknya. Bila dah buh gam, cuba letakkan sesuatu yang berat di atasnya contoh buku ke agar kadar 'kelekatannya' elok....
- Lastly...siap!
So bolehlah gunakannya. yang tinggi tu blh buh pen or pensil...gunting ke pe ke....dan yang rendah may be blh buh klip paper, getah pemadan ke....or dawai kokot (cari apa dia dawai kokot).
Walaupun hasil yang aku buat ni x berapa menarik, so far ok la. Sebab aku buat ni sambil-sambil packing barang masa nak transfer ritu....
Selamat Mencuba!

Kengkawan IAT dalam ingatan...

....hari akhir aku di IAT....
Mengemas pastition sejak pagi...menyiapkan serahan tugas...semuanya kene settle awal....sebab enCik hubby kata kalau boleh nak gerak awal...
Siap punya siap..benda lain dah siap, tiba time nak copy balik semua benda dapat PC jadi lambat
Maklumlah banyak benda kat dalam PC aku tuh....sambil menunggu, sambil mengangkut barang masuk dalam kereta. kereta pun dah macam kereta apa je...penuh, sepadat padatnya....

Setelah semua selesai..tibalah giliran untuk bersalam, salaman.....aku rasa ok kut...sebab kat sini pun xde yang begitu rapat denganku...tapi apa jadi??? Aku tetap menitiskan air mata walaupun bukan macam hujan ribut...renyai tu tetap ada....

Di tangga aku ketermu dengan Ina - dia meluru untuk bersalam dengan aku...katanya dia nak berjumpa dengan enCik Zaimi & x tahu bila akan keluar dari biliknya...lantas berlakulah adengan yang sangat jujur... Walaupun selama ini aku tidak rapat dengan Ina, namun kami penah pegi kelas Make-up sama-sama...

Pernah jua meluahkan rasa dalam masalah keje harian....
Lagi dipandang mata, lagi luluh rasa hati....lagi banyak kata-kata yang dikeluarkan....lagi sebak menusuk kalbu....Apapun, akak harap Ina akan terus cekal dengan keje-keje di sana....walaupun Ina nampak lasak hakikatnya jiwa Ina sangat murni.....

Buat Yuyun dan Niza....jaga baby kalian baik-baik erk...terpandang anak-anak kalian bagaikan memandang anak aku yang juga seusia dengan mereka....kita pernah mengandung bersama-sama...namun akak tidak dapat melalui detik2 melahirkannya.....Jaga diri baik-baik...jangan lupa akak kat sini....
Semasa hari persandingan Yuyun...(yang tudung pink tu abaikan ek)

Ini Niza n baby gurl dia.....
Ita...kawan yang baru je dikenali...Ita hadir di kala saat akhir akak berada di sana...
Kalau tidak mungkin kita akan jadi kawan rapat di antara kawan-kawan yang lain....
Terima kasihlah sebab sudi berkawan dengan akak yang tidak seberapanya....
Akak ni x le seistimewa mana, namun akak rasa x kisah dari mana orang yang akan datang..siapa dia, dari mana asal usulnya....kita harus melayannya sebaik mungkin. Terima kasih atas pemberian Ita pada akak...suka sangat-sangat!...nanti kalau dah buat baju, akak buh kat blog ni ek...
Pesan akak, moga dapat tabahkan hati & cekal dalam melalui hari-hari di sana....jangan ibaratkan ia sebagai NERAKA....ia hanya bara cuma...hehehe

Zif & Famy ....akak x dapat jumpa kalian berdua di saat hari akhir akak di sana....
Terima kasih kerana sudi menceriakan harian akak di sana....i will missed u alls....
Tak de lagai nak dengar korang gaduh-gaduh....jeritan-jeritan....
Walaupun akak ni jauh tua dari korang...namun xde jurang antara kita...best best

Bagi semua yang tidak dapat disenaraikan di sini...best of luck buat u alls ....
Kenangan pahit manis xkan dilupakan...tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat menimba pengalaman....
Terima kasih juga hadiah-hadiah yang diberikan tu....
Ingatkan xde yang sudi nak bagi....rupanya, ada jugak...mekasih la banyak2...
Masa beri 'ucapan'....

Hadiah daripada semua staff IAT HQ...disampaikan oleh En Saiful Sadri

Jamuan pada hari itu

Razzif adalah orang pertama yang menurunkan tanda tangan di belakang frame yasin tadi...
Jamuan perpisahan aku dan Murni dijalankan 2minggu lebih awal dari tarikh akhir aku berada di sana. Majlis ini dijalankan sekali sebab Murni akan bertukar ke Gunung Jerai pada 15hb....jd untuk menjimatkan kos, disekalikan la. Baru meriah!

Dalam masa 2 minggu lagi tu, ada yang memberi hadiah personal kepada aku....Yuyun dan Kamaliah menghadiahkan shawl, Ina kad dan bear kecik...Ita...kain sutera..., Niza - tabung kucing, kak yong bagi macam2...ada blause, buku note...paling dasyat pembalut hadiah. Kak yong bagi punyalah banyak. Berat giler...apapaun thanks u all....walaupun kekadang rasa diri macam xdipeduli, rupanya kewujudan aku masih dirasai.....

Wednesday, July 6, 2011

Kerja Pertama ku di sini....

Setelah beberapa hari aku di sini melengu....
Akhirnya aku diberi tugas...hehehe, bukan tugas rasmi pun....Aku di minta untuk menjadi repotuer untuk Taklimat Bersama Adun-adun semalam. Selalunya yang wat kerja-kerja ni AE je...mentang-mentang la aku penah jadi AE untuk setahun, memang dasar ambik kesempatan! Huhuhu....
Jadi...buat je la dari xde wat pe kan....
Tiada sebarang fornmat...jadi dengan bebas aku menyiapkan tugasan ini....sekurang kurangnya aku tahu akan perkembangan di sini....
Pertama kali masuk dewan bankuet...perg! Cantik tu....siap boleh wat kenduri kawen kat sini....serius cantek! Nanti-nanti aku dapatkan gambarnya...promote sket....
Dewan ni blh di sewa oleh sesapa saja untuk jalankan apa-apa program yang bersesuaian.....

Tak lama lepas tu, enCik hubby plak mintak tolong siapkan program yang dijalankan pada Isnin lalu untuk ditampalkan pada papan kenyataan...Program Lelongan Ruminan. 1st time dengar perkataan tu tau!
Mesti korang tertanyakan apa benda tu.....

*
*
*
*
*
*
*
nah kau!


Lembu-lembu ni la yang nak dilelong.....
Gambar di atas agak tidak senonoh, namun kita ambik yang baiknye....lembu pun tahu beratur leklok...
Manusia...ermmm nak suh beratur....merusuh jadinya. Contoh terbaik nak masuk tengok final Maharaja Lawak dengan ABPBH 2010 yang lalu.....giler bertengat! (kuar dah bahasa perak)....ada yang x faham, sila hubungi saya.....
Gambar di ambil oleh enCik hubby. Dia bagaikan dapat keje ni je. Apa yang aku harapkan aku tidak dibawah pengurusan negeri tetapi di bawah pengurusan teman, Sebab ada jugak dengar-dengar bawah akan berlaku rombakan setelah TEMAN dibawah PFN Negeri..... (oit, silap ke tajuk lain plak).
Anyway dari gambar di atas aku kene susun leklok utk dijadikan satu maklumat tentang program tersebut. So buat je la...tapi Pegawai Tadbir ada tanya...'dulu awak di HQ bawah IAT kan....biasa x wat promosi?'
adoyai, aku banyak bahagian reporting..tetiba nak wat promosi...ermmmmm
xpe la tgu arahan je la.....tapi kalau aku preggy so sorry la nak wat keje berat-berat.....
ok ok ok lah...mengantuk hingga menjilat jariiii.....jumpa lagi next entry....
xde entry menarik sbb photo dlm pendrive lain....
pendrive masih dlm kotak sebab.....semua alatan perjabat x bawak lagi naik kat work station aku ni.....

Monday, July 4, 2011

Report Duty @TEMAN

1 Julai ari tu sepatutnya aku lapor diri kat tempat baru...tapi apa yang jadi???
Aku just tengok2 tempat keje aku...belek-belek PC...mengemas sket....pastu menonong...skali skala curik tengok FB...hehehe....sib baik ari Jumaat, so masa x bpae panjang sangat....tengahri balik umah sewa..
Nak negmas la sket2...selagi ada masa terluang...
Petangnya pun macam tu...adakah rutin harianku begini jerrr????
Aku xleh nak wat report duty lagi sebab bos-bos pada Jumaat lalu tersangat bz sebab ada meeting kanan....
So berlambak la bos-bos dari HQ turun sini....
Jumpa PFN Negeri pun dia just kata...'nanti la yerk...'...
Dengan itu, aku dan enCik hubby rasa macam baru daftar as s student praktikal or baru je 1st time report duty...

Suasana kat sini sangat berbeza daripada tempat keje lama...(macam kuar dari company lain je padahal tukar tempat je)..kalau kat Cawangan PP dulu, riuh sekampung kai! Dengan jeritan...latahan...gelak ketawa dan x lepas juga dengan bunyi-bunyi sedawa...huahua, rindu plak dengan situasi tu....
Kalau bersedawa tu di gelar sebagai 'haiwan peliharaan' yang berbunyi...
Bunyi telefon jugak bering-dering x sudah...
Tapi kat sini...memang sunyi sepi....yang pasang lagu pun xde....
Tak tau le kalau-kalau bos xkasi...dan dengan selamba nya aku membunyikan PC ku....bosan siut!

ERMMM....tempat duk pun x tentu lagi sebab dengarnya ada re-structure balik...
Sambil-sambil tu berangan la pasal beli rumah baru...
Siap la cari photo-photo kat internet ni utk dijadikan sebagai panduan....siap update blog....selagi ada masa untuk update. Nanti dah xleh update...ntah bila-bila plak nak update kan....
Masuk hari kedua pun macam 'dejavu' plak...macam perkara yang sama je berulang kembali....
Xde la banyak benda yang dapat aku citer kan disini...
Cuma wat masa ni memang aku kenal jugak orang-orang di sini sebab sebelum ni pun pernah jumpa kan.
Tambahan plak sebelum ni pun aku penah keje kat sini kan....
Cuma sekarang misi aku yang pertama nak kemaskan rumah secepat mungkin....
...dan satu lagi tu...ermmmmm....projek mega!

Friday, July 1, 2011

Hari Akhir @Bahagian IAT - epsiod 1

30 Jun - adalah hari akhir aku bertugas di HQ....
setelah 2 tahun aku berkhidmat di sini....kini, aku berubah arah untuk mencari sesuatu yang lebih baik....
Aku mula bertugas di sini sejak tahun 2008 dengan jawatan kontrak selepas 5 bulan mendirikan rumahtangga bersama enCik hubby....dari Jawatan 41 secara kontrak ke jawatan 27 untuk tetap....
Segalanya mencabar diri...namun aku terus bersabar....
Aku terus percaya bahawa rezeki itu di tangan Allah swt...aku telah berusaha untuk yang terbaik....
Dari memikul satu tanggungjawab yang berat....hinggalah aku diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas-tugasku...hingga menyebabkan orang lain mungkin terasa akan gangguan setelah kehadiran aku....
Walaupun aku masih di jawatan yang tidak setaraf dengan kelayakkan ku...aku masih juga diperlukan untuk melakukan kerja-kerja sebelum ini kerana dengan pengalaman setahun jagung itu...aku terus dipercayai...


Secara terus terang....aku ramai kawan di sini...namun bukanlah kawan yang rapat yang mampu untuk berkongsi segala suka duka selama di sini...mengapa? Aku tiada jawapan untuk itu......
Kerana itulah aku sering bersama enCIK HUBBY kerana dia saja yang aku ada di sini....
Terima kasih enCik hubby kerana tidak jemu-jemu untuk melayan isteri mu yang banyak cerita ini....

Namun aku tidak hiraukan semua itu...yang pasti kerja-kerjaku terus berjalan dengan sebaiiknya....
Kadang kala aku terus diuji dengan sikap-sikap manusia ini...
Mungkin kini tiba masanya untuk aku melangkah pergi dari sini
Mencari sesuatu yang lebih baik dari kini....
Terima kasih kawan-kawan kerana sudi mengadakan majlis untuk aku....aku tidak minta itu semua....
Terima kasih atas pemberian kenangan untuk kami....
Terima kasih kerana masih mampu untuk bekerja sama dengan aku selama ini....
Terima kasih atas layanan kalian untuk selama ini....
Maaf atas segala kesilapan...
Maaf atas segala usaha ku dalam memperbaiki kerja-kerja di sini...
Maaf kiranya kehadiranku ini menggugat ketenteraman kalian selama ini....
Maaf andai aku bukan lah sahabat terbaik bagi kalian...

Aku juga manusia biasa yang kurang sempurna....
Ini adalah salah satu hak aku...untuk menentukan hidup aku....
Harap kalian faham termasuklah bos-bos aku yang selama ini  memberi kepercayaan kepada ku....
Pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi di sini...
Amat berharga....
....dan moga, detik tiadanya aku lagi di bahagian ini......
Kalian mula akan rasa kehadiran aku sebelumnya.......