Friday, July 8, 2011

Simpel Kraftangan

Entry kali ni agak tonggang langgang....kejap hal keje...kejap hal feeling-feeling....
Yang pasti gara-gara memenuhi masa lapang yang terlapang la sangat wat masa ni....
Anyway, tengah ada bahan untuk itu, jadi buh je la. nanti bila time bz bebenor mulalah entry pun payah nak update kan....
Tetiba kali ni ada mood plak nak story pasal kraftangan.
Sebenarnya aku ni suka juga mereka-reka kraftangan yang kekadang buat orang pelik
Pelik pasal selagi ada barang-barang yang orang rasa x mau pakal dah, tapi aku kutip dan simpan.
enCik hubby jugak kekdg bising gara-gara banyak kotak-kotak kosong tersimpan kat umh...

Penah masa kat kampus dulu, aku wat rak kasut dari kotak...hehehe kelas kau!
Kekadang blh dikatakan semua tu boleh digunapakai jadi benda yang menarik dari benda yang kita tengok xde selera langsung...
Kali ni aku buat benda ni simpel je. Tempat letak pensilor pen kat opis...blh gak guna kat bilik bacaan ke di mana difikirkan sesuai...
Alat-alatan yang aku gunakan untuk membuatnya adalah seperti :
1. Gegulung yang terdapat pada tisu toilet kat opis tu
2. Kotak biskut munchys
3. Kertas pembalut hadiah (yag saki baki dari yang telah digunakan)
4. Sedikit gam UHU
5. Sedikit sugar paper (lebihan juga, ikutlah samada nak guna apa-apa kertas untuk membalutnya).
6. Gunting
7. Sedikit idea dan mood

Jom kita buat...
- Mula-mula korang kene kutip gegelung tisu ni. Walaupun kekadang orang pelik, just senyum je. Sebab kat opis aku ni dah jenuh menjawab dah.
- Gegelung itu boleh diguna terus atau pun boleh dipotong sama rata bagi mendapatkan dua bahagian yang berbeza.
- Gunting kan sedikit bahagian kotak agar kita boleh dijadikan ia sebagai lapiknya. Cam gini...
- Selepas itu bolehlah korang ambik lebihan pembalut hadiah or sugar paper untuk kita balutkan bahagian luar dan dalam gegelung tisu tu. Memandangkan masa aku nak wat benda ni, pembalut ni je yang ada kat opis, so redah je la...
- Setelahd dibalut bahagian luar, kalau rajin balutlah juga dibahagian dalamnya agar nampak cantik walaupun ia satu perkara yang agak remeh sket. Nape aku gunakan gam UHU dan nape x guna gam biasa??? Sebab gam UHU cepat kering. Dan satu lagi petua nak dikongsikan...kalau nak melekat kertas la, contoh nak lekat kertas A4 di kertas kad manila tu....better guna gam UHU. Sebab? bila korang guna gam ini, tiada kesan kedutan...semasa gam itu basah. Kalau guna gam biasa, mmg ada kedutan punya. Try la....

- Setelah itu balutkan jugak tapak yang telah digunting dari kota biskut tadi. Dah balut cantik-cantik, lekatkan pula gegelung itu dengan lapiknya. Bila dah buh gam, cuba letakkan sesuatu yang berat di atasnya contoh buku ke agar kadar 'kelekatannya' elok....
- Lastly...siap!
So bolehlah gunakannya. yang tinggi tu blh buh pen or pensil...gunting ke pe ke....dan yang rendah may be blh buh klip paper, getah pemadan ke....or dawai kokot (cari apa dia dawai kokot).
Walaupun hasil yang aku buat ni x berapa menarik, so far ok la. Sebab aku buat ni sambil-sambil packing barang masa nak transfer ritu....
Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. kak.....chaiyalah....nak pinjam idea leh..tak terpikir kot yg tisu toilet tuh..huhuhu...hurm...akak buatlah tutorial lagi..kasi meriah lagi blog..wiiii

    ReplyDelete
  2. hehehe...bleh pe salahnya...
    xyah nak beli-beli kan..klu nk lagi best buh la manik2 ke...ini akak wat kat opis xde la bahan-bahan yang best...anyway, insyaallah akan buh lagi sbb ada yang minat huhuhu....

    ReplyDelete