Friday, June 17, 2016

Keindahan Jumaat

Salam Jumaat, di sini hujan renyai renyai sejak jam 3 pagi lagi
Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana menurunkan hujan seribu rahmat buat umatnya....
Di kala yang masih dibuai mimpi, ada juga yang telah bangun mengadu sesuatu denganNYA...
Manfaatkan Ramadhan yang ada dan kita telah pun masuk fasa ke 2 di bulan ini.


FB Personel : Fazila Dan Fadzil

Thursday, June 16, 2016

IMKK Mei 2016 - Segalanya Bermula Di Sini BIAWAK KU HAPUSKAN

WELCOME #IMKK 6 - 8 Mei 2016
Masih terngiang lagi kata-kata beliau "AKU HANYA PINJAM HIDUP KAU 3 HARI JE".
dan kami telah bersedia untuk itu...Sehari lebih awal kami telah bergerak ke Shah Alam. Pendaftaran juga buat sehari awal kerana peserta yang terlalu ramai dan dianggarkan seramai 4000 orang yang akan hadir dgn satu matlamat untuk kaya dan berjaya.


Bila kita ingin berbuat kebaikan ada saja ujian yg hadir, sedikit kesesakan semasa perjalanan. Sebelum tu sampai DVD daripada Dr Azizan Osman. Hai Dr! Saya x sempat tengok lagi (sebelum ke IMKK) sebab buat preparation utk ke IMKK dan keje2 yang harus diselesaikan sebelum bercuti.


Pendafataran bermula jam 2.00 ptg, dan kami sampai pada jam 3.30 petang. Ini kawan2 kami yang turut serta untuk ke IMKK Mei 2016 kali ni. Kawan2 yang masing masing dari Selangor. IMKK kali ini berlangsungnya di IDCC Shah Alam. Apalah yang akan jadi selama 3 hari ini kita tidak tahu, mungkin aku akan balik dengan biawak-biawak atau mungkin antara kami nanti bergelar jutawan atau seorang yang terkenal...siapa tahu kan. Niat kami hanya untuk tahu apa sebenarnya yang ada dalam IMKK ni apabila melihat setiap kali peserta yang pergi berjaya meletop letop!


6 MEI 2016 - Jam 6.30 pagi dah gerak dari hotel, risau jalan jem tambahan pulak hari JUMAAT kerja kan. Bekpes dulu, x blh tinggai nanti berangin satu badan..... Punya la ramai...suami isteri terpaksa berpisah. Dah rasa macam kat Mekah dah. Tak sangka pulak mcm gini kan, nak masuk dewan pun dah bersesak sesak.


Gini lah kesesakan, gambar masa nak masuk aku ada snap cuma x pos kat mana2 nanti ada blh share kat sini. Kredit gambar ni aku ambil di Page Azizan Osman.
Selesai sesi pertama, mula rasa ketidak selesaan pada badan. May b kerana ketidak sesuaian aktiviti pada hari mula tambahan pulak kene tahan kencing untuk beberapa jam. (Detox rupanya...dah last day baru tahu).
Jumaat rehat lama sket, sempat la g makan....rest sekejap. Bila nak masuk balik nah dia....
Dan petang baru tahu Che Ta ngan Zain, Nubhan ngan wife dia dan Norman Hakim ngan Memey pun ada join skali. Tapi diaorg ambik pakej mahal duk nuuuu depan.
Macam seminar mudahnya berniaga juga, free sitting so bila masuk kome belarian la nak cr tempat duduk. Aku yang keseorangan ni xde geng beb, berpeleseran. Yang best nye setiap kali mula sesi baru mesti aku dapat kawan baru. means kiri kanan aku orang yang lain-lain.


See! Orang duk beratur ada yg siap makan kat situ...paling dasyat ada yg solat kat situ juga. Surau ada tapi sebab nk dapat tempat depan, kat situ pun jadi terutama bila time maghrib sebab selalu petang habis dalam kul 6 n masuk balik kul 8.00 malam. Memang solat kat situ je la.

Dr Azizan Osman sangat mengotakan janjinya....hari pertama berakhir pada jam 12.00 tgh malam...perjalanan balik mengambil masa dlm 15minit dan sampai hotel mandi bagai terus tido utk enegy esoknya.

Credit Photo : Page Azizan Osman

Day 2 #7 Mei 2015
Hari makin hari pengisian IMKK lebih kepada makan emosi dalam kata orang. Bukan senang nak buang biawak yang dah bertahta brape lama kat dlm badan ni kan. Penerangan dan tips diberi secara selang seli dengan aktiviti yang kami kene siapkan. pengisian kerohanian utk diterapkan dalam diri. Kami di ajar bahawa selagi connection kita dengan Allah tidak sekuat mana, selagi itu rezeki kita susah nak datang....hubungan dengan ibu bapa...sekiranya lukanya hati ibu bapa walaupun sekumit cuma hidup x berkat.

Alhamdulillah walaupun x cukup tido, aku tidak mengantuk tahap berair mata...masih mampu fokus sepanjang hari. Pada malamnya ada bacaan zikir bersama ustaz. Beginilah suasana dewan yang dipenuhi dengan 4000 peserta IMKK yang hadir dari setiap pelusuk Malaysia dan juga luar negara. Lautan manusia yang gigih nak capai apa yang mereka hendak dalam hidup.

Credit Photo : Page Azizan Osman
Bacaan zikir ni beramai ramai diketuai oleh ustaz ini. Masing-masing sediakan air untuk minum. Sbg air penenang jiwa, penerang hati gitu.
Credit Photo : Page Azizan Osman

Day 3 #8 Mei 2016
Hari penuh emosi...hari penuh jiwa....
Kenapa aku katakan begitu.....hari terakhir ni dari pagi sampai ke petang...semua peserta menangis....menangis...menangis....Sesi makan dlm jiwa, Sukar nak dijelaskan...sukar nak gambarkan. Bagi mereka yang hadir akan faham apa yang berlaku dan insyaallah ia memberi kesan hingga ke hari ni.
Buat pertama kalinya aku mencari enCik suami dalam lautan manusia, dan pertama kalinya juga aku memeluknya dikhalayak ramai.....aku bayangkan bagaimana JIKA AKU MATI DULU SEBELUMNYA.....apa akan jadi pada enCik suami dan JIKA DIA PERGI DULU SEBELUM AKU....
Part 2 
Korang masih ingat lagu ini...DAO minta kita reramai nyanyikannya....aku yang x pernah pernah nk teliti satu persatu liriknya, hari itu di depan skrin besar satu persatu aku perhatikan....selami ...dalami....tersentuh nurani....Ya Allah....bertapa kerdilnya aku.....
Satu dewan seramai 4000 manusia berjaya di pergolakkan emosi mereka. Tidak kira lelaki mahupun wanita....aku berani jamin semuanya menitiskan air mata....IDCC menjadi saksi segalanya.
Credit Photo : Page Azizan Osman

Satu keajaiban berlaku, mereka yang merokok mampu membuang rokok mereka tanpa rasa ragu ragu...tanpa sebarang alasan...tanpa sebarang desakan....Ya Allah apakah ini. Ada antaranya menangis dikala melemparkan RACUN itu atas niat untuk mengubah hidup. Untuk mengubah hidup kita perlu berubah, untuk berubah kita perlu bertindak.
Syukur alhamdulillah....aku datang ke program IMKK ini bersama suami....tiada sebarang sokongan daripada rakan-rakan....walaupun kita ceritakan pengalaman kita, mereka tidak pernah ambil tahu pun. Biarlah...biarlah.....aku tidak mahu hidup biasa-biasa...dah terlalu lama aku bergelumang dengan hidup yang biasa-biasa....kini tiba masanya aku hidup luar biasa.
Insyaallah, kami suami isteri cuba lakukannya...istiqamah, tawakal.....moga segalanya berjalan seperti mana yang kami kehendaki....
Tetiba rindu mak...rindu bapak.....
Credit Photo : Page Azizan Osman
Apa perasaan korang setiap kali korang SWITCH ????
Korang nak tahu x apa yang aku alami....????
Setiap kali aku lakukan SWITCH, setiap kali itulah bayang wajah lusuh mak dan bapak menjelma....
Bukan sekadar suara malah air mata turut berjurai....
Aku tertanya kenapa dan mengapa....adakah ini satu petanda......

Credit photo : Page Azizan Osman
Dia??? Siapa dia aku tidak pernah kenali....pernah ntah tahun bila mungkin 3-4 tahun lalu pernah orang berkata kelas dia boleh buat orang berjaya....namun ada aku kesahkan....aku pernah tengok sekali sahaja iklannya di dalam surat kabar. Aku tidak pernah mengikuti perkembangan beliau.... Di awal tahun ini ada enCik suami melihat video beliau...ooo Dia....

Di opis aku cuba cari di youtube....video2 beliau....hati ku terpaut utk tahu siapa Dia /beliau....
Dari hari ke hari aku melayani youtube...sehinggalah aku ke Klinik Usahawan....
Hinggalah aku terpanggil untuk ke IMKK......aku telah kenal siapa dia...? SIAPA DAO.....
Alhamdulillah Syukur ya Allah....kau beriku kesempatan untuk ketemu dengan insan ini....Terima kasih ya Allah.....moga KAU berkati hidup beliau ya Allah....
berilah apa sahaja yang beliau kehendaki sebaik-baiknya atas urusanMU ya Allah....

Buat Dr Azizan Osman....(sebak pulak pagi-pagi ni) sambil layan lagu Bila Tiba....
Walaupun saya duduk nun jauh dihujung....kelihatan tubuh doc hanya sebesar jari kelingking saya...
Namun perhatian pada setiap sesi tidak pernah longkai....walaupun saya dan suami tido hanya 3-4jam sehari, mata saya tidak pernah terlelap sesaat darinya....Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan itu.
Terima kasih tidak terhingga buat DAO segala pengorbanan selama 3 hari ini....halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar kepada kami......Doa mu di pengakhiran sesi sangat mengharukan....bagai tertusuk jiwa...bagai serahan jiwa kepada Allah pada saat itu.

Walaupun kami berniaga tidak segah mana, namun siapa tahu suatu hari saya dan suami mampu untuk duduk sebaris dengan mereka yang telah berjaya. Kami rindukan detik-detik bersama DAO walaupun kami lemas di dalam lautan manusia semasa itu....rindu pada abang bara-bara....rindu tuan jerry yang so comel.....nak bergambar dengan kalian, jauh sangat untuk sampai atau kami perolehi....
Hanya mampu merenung...bagaikan aku jatuh cinta lagi!!!!! 
Beginilah suasama setelah sesi tamat....aku grad! Grad for IMKK Mei 2016.

Insyaallah moga kita dapat ketemu lagi....
Moga penulisan saya ini yang tidak seberapa, tidak mampu untuk bermain emosi kalian tapi mungkin kita sama-sama boleh mengimbau ia sebagai sebuah kenangan.....
Salam sayang daripada kami....
 [ Mata dah bengkak nangis kat opis ni...aku perlukan kekuatan untuk menulis entry ini..... ]


Wednesday, June 8, 2016

Apa Yang Aku Mahu 101 Impian

Assalam
Day 3 Ramadhan
Sebelum aku terus ke story IMKK, rasa macam nak share sesuatu
Semasa IMKK, Dr Azizan suruh kami menyenaraikan 101 impian. Selama ni mesti korang ada banyak impian kan....Teringin itu teringin ini....
Tapi tahu tak korang, bila korang cuba senaraikan korang akan rasa APA LAGI YANG AKU NAK TULIS, walhal selama ini banyak benor benda nak....hahaha
Try la....try sekarang.....huhuhu
And itulah yang terjadi kepada aku....kenapa? Aku sampai xtahu apa nk tulis, cuma sampai sehingga 45 impian sahaja. Kenapa? Tanya lagi kan....
Sebab secara asasnya kita hanya perlukan 3 perkara dan segala mak nenek yang kita nak tu adalah di bawahnya. Faham ke idak????
3 Perkara itu adalah BEBAS MASA, BEBAS PILIHAN & BEBAS KEWANGAN
Apa benda tu????
Bebas masa....
Korang boleh buat apa sahaja, x kira masa...tetiba nak cuti....blh cuti...blh melancong sana sini. Rasa nak balik kampung jumpa mak bapak, xde hal la bila kita ada banyak masa. Nak belajar mengaji, nak buat solat sunat banyak2....nak tengok movie bagai, xde sape melarang bila kita BEBAS MASA.
Bebas Pilihan ...macam mana tu?
Ikut korang la, nak beli apa...nak buat apa....ada beg harga RM50 je, tapi korang nak beli beg RM50k...apa ada hal? Korang mampu memilih dan pastinya ada sebab kenapa korang pilih macam tu. Boleh pilih nak ke x nak....sape kesah pun....Biarlah orang kata membazir atau menunjuk, mulut org mana mampu nak tutup kan.....kita mampu dan kita dah dapat nikmat BEBAS PILIHAN TU
BEBAS KEWANGAN
Tiada hutang....simpanan belambak....apa lagi....Bila duit dah banyak, nak g buat haji boleh....nak bawak mak bapak skali pun xde hal...nak belikan mak bapak umah ke kan....Duit dah banyak dan time ni la kita kene bahagiakan mak bapak kita....happy kan mereka. Bila mereka happy, insyaallah hidup kita lebih berkat dan mudah untuk segala hal.
PECAYALAH....
Fikir-fikirkan.....

Tuesday, June 7, 2016

KISAH BENAR - Percaya Jangan...Baca Je Baru Kau Tahu

Salam Ramadhan....
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini. Mungkin selama ini terkadang aku terlupa, aku terlupa untuk bersyukur....betapa rakusnya aku sebagai umat yang tidak menghargai segala yang diberi OlehNya selama ini.

Aku bersyukur ya Allah....aku sangat kerdil di sisi mu....bawalah aku terus ke landasan Mu
Agar aku perolehi segala kejaiban keangunganMU yang seringkali ditagih oleh semua umatMu....

Sekadar berkongsi coretan...nukilan....apa yang aku jalani selama sebulan ini...
Untuk mengubah hidup yang selama ini biasa-biasa yang tidak tentu hala, yang tahu untuk mendapatkan sesuatu namun terlupa akan DIA. Aku perlu bertindak untuk jadikan kehidupan ku lebih luar biasa dari biasa, lebih bermakna dari tiada apa-apa....

Aku terpanggil untuk melangkah ke satu tahap bagi menuntut ilmu pada awalnya...
Aku ingin majukan diriku..majukan perniagaan ku...demi menambah rezeki ke satu tahap lebih diagungkan, yang lebih mengujakan sepertimana Dato Vida perolehi, sepertimana Dato Alif Syukri dihujani dengan nikmat . MEREKA BEBAS MASA, BEBAS KEWANGAN, BEBAS MEMBUAT PILIHAN....alangkah nikmatnya.

"untuk jadi jutawan kita perlu ada mentor seorg jutawan, ikut cara dia mcm mn dia berjaya" 
Bapa saya seorg yg tlh berjaya & tdk bermakna sy tdk berbangga dgn beliau. Cuma x slh kalau sy inginkan sesuatu yg lebih agar mak & bapa sy berbangga dgn anak mereka. Insyaallah.
Bismillahirrahmannirrahim....

Berbekalkan tiket RM 30.00 aku dan enCik suami ke Seminar Mudahnya Berniaga di Syuen Hotel. Sebelum itu, aku mencari kawan untuk bersama-sama ke seminar ini namun amat sukar diperolehi. Kenapa? Hati tertanya, tidak faham mengapa, apa dia....aku tekad! Kiranya tidak memulakan bilakan dapat meraih hasilnya betul tak?



Seramai-ramai umat...aku terselit disitu....Ya Allah berkatilah apa yang aku lakukan ini. Aku hanya ingin meraih nikmatmu dengan jalan yang benar. Alhamdulillah enCik suami bersama-sama dengan ku...syukur kerana dia juga serasa, sependapat & seiring dengan apa yang ada di dalam hati ini. Sampai juga aku di seminar Dr Azizan Osman. Satu seminar yang separuh hari, bayar RM 30.00 dapat buku bernilai RM 45.00. Kau rasa gila ke? Nampak x macam mana beliau memberi manfaat kepada orang ramai dengan adanya dia, dan TIADA SEBAIK BAIK MANUSIA APABILA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN.

Dengan apa yang diberi, apa yang didengari...aku perlu berbuat sesuatu....

Sanggupkah anda melabur untuk satu nilai wang ringgit bagi mendapat ilmu yang korang boleh gunapakai sampai bila2....aku bukan kaya, tapi aku ada kemahuan. Aku ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan MAGNET antara kita dengan ALLAH. Jadi aku perlu pergi ke Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Biarlah aku ambil pakej yang terlebih murah asalkan aku dapat juga ke sana. Dari RM 3997 dapat offer jadi RM 2997. Diberi voucher RM 1000 baki RM 997. 
Dari RM 997 daftar seorang dapat 2 tempat lagi...kau rasa RM 350 seorg xkan x mampu kut kan.

Rezeki tidak datang bergolek, tapi ni rezeki dah terhidang depan mata tapi masih tak buat apa2 lagi. Daftar trussssssss.....duit boleh dicari.....aku sedar aku tahu, belanja hotel, makan, semua itu perlu diambil kira. Pakej tersebut tiada mengandungi penginapan, tiada makan....

Mungkin korang rasa kejam sebab tak mcm kursus2 biasa...tapi ini adalah KURSUS LUAR BIASA. 

Korang xkan faham...sebab korang tak hadir...cuma satu perkongsian, apabila orang dapat sesuatu PERCUMA orang lebih tidak menghargai dari dia membayar untuk mendapatkan sesuatu.....

Jumpa next enrty....perjuangan ku dari manusia biasa2 ingin jadi lebih luar biasa...insyaallah dengan izin ALLAH segalanya tidak mustahil.



019-5645970

Monday, June 6, 2016

Hasil Selepas Berguru Semalam.....

Pagi-pagi lagi dah bertolak dari KL untuk job di Tapah. Customer kali ni cerewet sekt. Selalunya customer yang cerewet ni bila dia ada mimpi ngeri di siang hari.
So aku lebih waspada n teliti. Jom lihat hasilnya, walaupun penat tapi ku gagahkan jua demi minat dan kerjaya.

 This is before n after....dia request lipstik merak. Tambahan pula baju dia songket, so lebih kepada konsep tradisional. Jadi utk klasik dan tradisional lebih bersesuaian dengan merah. Skin pengantin kali ini tidak banyak problem namun terdapat juga warna skin yang tidak serata.

Posing sket! Ouch!!


Apa kata dia??? Alhamdulillah...mekap aku menjadi hari ni walaupun perlu banyak latihan lagi. Berguru biar seorang, beguru biar sampai power!.

JOM KE 
Detail : 019-5645970