Monday, September 12, 2022

Kastam....Impian Terkubur

Daripada tahun 2014 posting ni tersimpan rapi dalam draf......
Baru hari ni aku kembali membuka blog yang telah bersawang bertahun lamanya meninggalkan dunia penulisan. Pelbagai kisah....tragedi.....fenomena yang terjadi, sangat banyak......
Untuk kali ini, aku cuba untuk update posting di dalam draf sekian lamanya.....
Dan aku sendiri tidak tahu adakah aku akan kembali menulis....
Menulis catatan kenangan......
Untuk dibaca pada hari kemudian.....

Setelah hampir putus asa dengan pekerjaan aku sekarang, aku memberanikan diri untuk memohon jawatan lain di bidang yang lain, di bawah kementerian yang lain....Update SPA yang telah sekian lama tidak dikemaskini......Lastly 2009 selepas aku dapat menjawat jawatan tetap.....

6 September 2014 [ Peperiksaan SPA Online - Jawatan Penguasa Kastam Gred 41]

- Udah bertahun - tahun sebelum ni aku dah menduduki peperiksaan daripada SPA. Semuanya GAGAL!! GAGAL dan GAGAL! Masih belum jumpa lagi petua yang paling mujarab utk lulus. Tapi kali ni secara online dan memang kami ada peluang untuk search jawapan kepada soalan yang ada. Sempat dengan tidak jer....

Seksyen A - bermula jam 9.00 pagi....bangun pagi n setup pc kat opis depan bilik server sebab x mau ada gangguan line....aku jalani exam ni dengan sorang member....semangat, baca x baca lain citer....
Last2 dah kul 9 still interface x bukak pape.....wssp n msg dah bertalu talu pertanyaan dari kengkawan lain yang sama ambik exam...sbb nak tahu dah start ke belum...

Sesak jugak la untuk exam kali ini....walaupun adik beradik....rakan2 turut membantu......


Untuk kedua kalinya, aku akhirnya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga
Seram sejuk juga. Maklumlah baru tahu erti temuduga hehehehe
Sebelum ini, tak rasa apa....main je keje nya

Lama menunggu.....aku org kedua terakhir....
Alhamdulillah semua lancar....
CUma harapan tu tidak berapa nyata kerana, aku telah bekerja.
Terangan dimaklumkan mereka lebih membuka kepada pemohon yang masih belum bekerja.
Dan aku tidak terlalu berharap.....
Mungkin bukan rezeki aku untuk menyarungkan pakaian seragam dan bergelar PEGAWAI KASTAM

1 comment:

  1. Apabila kita merasakan dengan kejar sesuatu membuatkan kita rasa ber"fungsi", sebenarnya kita berada dalam trek yg salah. Ramai cuba nak upgrade kerjaya, namun ramai juga yg terkandas apabila usaha terbantut oleh faktor luar kawalan kita. One of the good way, just do the very best of ourself could be in our career and especially to our own family. 😎👍

    ReplyDelete