Tuesday, August 28, 2012

Fasa-fasa Kehidupan KITA

Pernah tak korang terpikir pasal FASA KEHIDUPAN KITA ni...
Mungkin ada yang telah sedia maklum, dan mungkin juga ada yang tidak pernah terpikir....
Terdapat beberapa kategori fasa kehidupan kita sebenarnya....
- Fasa peralihan umur
- Fasa Dalam Perkahwinan
- Fasa Perjalanan Hidup

Aku sendiri tidak pasti sama ada penceritaan aku kali ini adalah mengikut sebuah teori yang memang wujud ataupun tidak. Apa yang pasti kenyataan yang terdapat dalam entry kali ni merupakan fakta yang di dengari, daripada pengalaman sendiri....jom kita lihat satu persatu....

http://abataca.wordpress.com/2012/04/17/fase-tumbuh-kembang-anak/

FAsa Peralihan ZAMAN
Secara Umumnya, kita tahu bahawa dari kelahiran menjadi baby...ke alam kanak-kanak......Time ni memang tak de pikir masalah pape pun...yang hanya tahu, main, main, main.....bila masuk remaja, mulalah pergolakan  tentang perasaan, stress untuk lalui exam....takut kene marah dengan bapak lagi kan....bila nak ke alam dewasa...masuk U...sibuk dengan assignment....problem cinta la....mula nak mencari arah tuju hidup yang sebenar. Bila dah dewasa.....pikir pasal nak kawen, pikir pasal masalah keje....pikir pasal kewangan yang tak cukup2.....bila dah tua....risau plak kut kene penyakit....badan dah tak larat......dan memikirkan pasal kematian....itu yang nyata...

Lahir ---> baby ----> Kanak-kanak ----> Remaja ---> Awal Dewasa ---> Dewasa ---> Akhir Dewasa ----> Hari Tua......

sumber dari blog Irine Nadia.

Fasa Dalam Perkahwinan....
Abang aku penah kata....fasa dalam perkahwinan adalah mengikut masa yakni perkiraan dibuat mengikut tahun. Fasa pertama adalah 5 tahun yang pertama dalam perkahwinan, fasa ke 2 = 5 tahun lagi = tahun ke 10 Fasa ke 3 + 5 tahun lagi dan Fasa ke 4 = tahun yang ke 20 tahun....

Fasa PERTAMA = 5 tahun yang pertama, masa ni adalah masa untuk kita mengenali pasangan masing-masing. Maklumlah selagi tidak duduk sebumbung, selagi tu la kita tak tahu perangai luar dalam pasangan kita. Time ni jugak akan datang ujian yang pelbagai bentuk. nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua, baru nak mula hidup duit tak berapa nak ada, bagi yang masih belum punya rezeki anak seperti kami ni....kene pekakkan telinga plak bila orang duk asyik bertanya.....memang fasa ni sangat banyak dugaan, kene banyak berbincang, toleransi. bergadug tu memang ada....tidak dinafikan, percayalah. Tipu lah kalau kata tak penah gaduhkan....

Fasa KEDUA = 5 tahun yang ke dua (tahun ke 5 hingga ke 10). Orang kata fasa ni dah stabil dalam peralihan rumah tangga...kita dah faham perangai pasangan masing-masing, buruk baiknya....dan tahu macam  mana nak atasi semua tu.....kalau ada anak pun , anak dah besar sket....so mudah untuk handle....penerimaan keluarga pun dah mudah sebab dah faham karenah keluarga masing-masing. Tak payah la nak tarik2 muka, masalah tak setel jugak.....baik dalam proses mengenali tu...cari jalan utk atasi....lagi baikkan.

Fasa KETIGA = 5 tahun yang ketiga (tahun ke 10 hingga 15). Jarang orang perkatakan tentang fasa ini....tapi ada satu fasa tu ramai yang kata si suami akan jadi 'gatai' sket...may be ini lebih menjurus di dalam Fasa Perjalanan Hidup kut. Time ni mungkin lebih perhatian diberi kepada anak-anak yang meningkat remaja. Orang kata (orang kata lagi) masa remaja jiwa sangat memberontak untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi peringkat ini mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak....

Fasa KEEMPAT = 5 tahun yang ke empat (tahun ke 15 hingga 20). Mungkin masa ini masalah rumah tangga sangat berkurangan dan apabila mencapai tahap ini rumah tangga adalah lebih selamat. Boleh dikatakan SELAMAT dari segi penceraian....tapi kita tak tahu jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Kita cuba untuk yang terbaik....dan untuk seterusnya mungkin segalanya lebih mudah. Pergolakan setiap perjalanan rumah tangga berbeza, ada juga yang di awal perkahwinan mereka tidak ada apa-apa masalah....tapi pada fasa lain mereka kritikal di uji.....yang pasti kita tidak terlepas dengan ujianNYA....



Fasa Dalam Hidup

Untuk fasa ini kita lebih fokus kepada umur.
1-12 tahun = hidup tanpa masalah....happy-happy-happy.....
13-18 tahun = mula mengenal erti perjalanan hidup.
19-20 tahun = tahap kematangan mula di asah....
20-37tahun = tahun percubaan hidup....time ni banyak hutang nak mula hidup bukan senang. Nak realisasikan sangat sukar, tanpa kesabaran, dan pengurusan yang betul akan merumitkan keadaan.
37 tahun ke atas = Hidup lebih senang....sebab masa ni la hutang banyak yang dah langsai....so time ni la nak menyimpan....tu la pasal bila orang kata time dah senang si suami mulalah menggatai untuk pasang lain.... hehehehe apapun bergantung pada diri masing-masing.....
45 tahun ke atas = sejak 30an lagi kene jaga-jaga kesihatan sebenarnya sebab masa umur lingkungan 40an pelbagai penyakit suka datang.....
SETERUSNYA.......
Perjalanan hidup kita berbeza-beza...segala persiapan perlu dibuat di dunia dan untuk akhirat jangan dilupa....


** Entry kali ni macam serius plak...pikir-pikirkanlah...adakah anda bersependapat dengan saya.... =)

Semua Orang pun Sibuk Citer Pasal Raya


Sebenarnya aku tak der citer pasal raya...tapi cari jugak bahan untuk citer kat sini....jenuh la memerah otak....kuang kuang kuang....so isu untu raya ini tawun...adalah.....

APA YANG MENARIK RAYA KALI NI????

1.     Masih Dapat Duit RAYA....
Dua orang insan yang telah memberi duit raya kepada aku...siapa mereka???
enCik hubby yang tersayang dengan bapak yang dikasihi...terima kasih sangat2....

2.      Dapat Cek dari Pejabat Guaman...
Tetiba plak dapat call beberapa hari sebelum raya, suruh datang opis ambik cek...cek apa? Rupanya ada bayaran yang telah aku buat di tanggung oleh pihak pemaju...alhamdulillah....duit tu bleh wat beli perabot...haahahaha

3.      COTI Puasa 5 hari jerk....
Kali ni cuti puasa 5 hari je...so tak de la kene mengganti puasa dengan banyakkan....selalunya paling minima pun 4 hari...kali ni sebab terlewat sket...tu yang kene 5 hari...hingga hari ni masih belum mula untuk mengganti lagi....

4.     Masih dapat beraya dengan mak dan bapak...
Alhamdulillah, aku masih dapat beraya dengan kedua ibu bapa ku....mereka juga masih sihat. Cuma cepat letih kerana dengan usia mereka yang di angka 60an - 70an... Dapat bagi mak bapak duit raya yang aku kumpul sepanjang tahun.


APA YANG KURANG MENARIK RAYA KALI NI????

A.     MOOD bergambar kurang....
Entah apasal raya kali ni sangat kurang gambar yang diambil...so tak dapatlah nak tengok gambar-gambar raya sangat untuk ini tahun...paling-paling pun gambar yang nampak muka jer....sebab ambik guna handphone je....

B.    Tak dapat ziarah pusara
Tahun ni tak dapat ziarah pusara....nak pegi sendiri memang tak tahu pusara yang mana satu...menunggu orang lain untuk ke sana, tidak kesampaian kerana terlalu ramai tetamu yang datang ke rumah emak. Namun tidak semestinya menziarah di hari raya sahaja kan....hari-hari biasa pun buleh kan....

C.     Baju Yang Kurang Glamer.... =)
Baju yang betul2 baju raya, satu abaya mak beli dari Mekah, sepasang kebaya merah, sepasang baju kurung Pahang....yang beli online seperti kat entry sebelum ni, walaupun saiz S tapi cutting dia besar sket...jadi x leh pakai sebab tak sempat nak buat plat kat depan....ada jubah yang dibeli merah hitam pun tidak berpakai kerana fabrik nya tidak sesuai untuk dipakai dikala open house yang pastinya selalu berpeluh....so simpan je dulu.......

D.     Aktiviti BORING
Macam biasa...ngabihkan cuti dengan beraya ke rumah saudara mara sebelah mertua....melayan tetamu yang datang tidak putus-putus hingga aku sendiri tak dapat beraya......bila raya, mulalah kain banyak tak di basuh dan selepas raya kerja mendobi sangat berleluasa.....mengertilah! Itu satu hakikat!!!!

Walaubagaimanapun, aku ingin terus mencari pembaharuan yang menyerikan Aidilfitri sepeti zaman kanak-kanak dulu. Hari raya sangat dinanti......sangat menyeronokkan.....

Thursday, August 16, 2012

Tetiba Hati Sangat Bergelora Nak Baju NI...

Gilo bila dapat BONUS RAYA ni....macam-macam nak dibelinya.....
Walaupun satu rezeki alhamdulillah....bleh la berbelanja sket sebab suku daripadanya nak simpan untuk rancangan percutian kami pada bulan 9 nanti, insyaallah....
So kene la berbelanja berpada-pada.....
Bila dah wat plan...draf bajet nak beli kasut booth sbb kasut booth dah masuk lori sampah pun...
Pastu teringin jugak nak kasut raya walaupun ada kasut keje yang jarang-jarang pakai (gataikan!)
Belilah jugak nak puaskan hati....
Beli manik2 sket ingatkan nak deco baju raya yang ditempah 2 bulan awal ritu...sbb klu dah ada yang tahu, aku ni memang jenis minah bling bling...
kalau xde bling-bling ni rasa macam tak berseri jerk....
so bila xde benda nghelip-nghelip ni....of course la wajib mencarinya...just xde idea lagi nak buah macam mana kat baju tu. Masa makin suntuk...keje lagi....bila la gamaknya nak menjahit baju tu....
ermmmm.....tetiba...teng teng teng....
Nampak baju ni kat FB yang memang aku selalu bershopping online....
Aku penah beli kat sini dress n jubah....semua dari indon...walaupun pada dasarnya aku tak caya beli online ni, dan wat kali pertama aku just redha je in kes kalau aku kene tipu kan....sib baik alhamdulillah, semua barang aku dapat. Wat masa sekarang aku ada 2 3 tempat yang aku wat pembelian secara online dan adakalanya kalau takde duit pun, owner bleh kautim booking kan dulu...ada jugak yang pos dulu sementara tunggu gaji masuk..... (ops, terlebih sudah citer psl online...sowy...)
Seriusly aku tak tahu nape aku sangat terpesona dengan baju kurung ini....
Warna nampak sweet....n deco jahitan maniknya lain dari yang lain...xde jual kat sini dalam pemerhatian aku....
Anyway, aku ni memang beli online untuk benda yang selalunya lain dari yang lain dan confirm dah xde kat sini.....so kalau tak grab rasa rugi....
Dengan sengaja aku terpaksa mencemari bajet aku dalam RM130 termasuk pos untuk baju ni.....
Hahahahaha......

Tetiba rini nampak plak baju ni...hadoi!!!! Tapi yang ni may be aku bleh tunggu kut...sebelum ni pun dah ada baju ni tapi warna kurang menarik...dan memang aku berhajat nak tempah baju macam ni. Kain pun dah beli...cuma tak buat lagi jerk....hopefully menjadilah macam ni jugak.....

Raya raya....ada kaler merah hitam...ada jubah mak beli dari Mekah...ada baju biru orang bagi masa kenduri kawen kat Kulim ritu x pakai lagi....ada baju putih masa eriq kawen ritu....ada jubah merah itam...oit! dah banyak dah...cukup-cukup sudah! Jgn duk belanja lagi.....
Kalau ada yang nak shopping cara aku...bleh la ke sini utk jamu mata anda...hehehehe

Mufidah Butik

Monday, August 13, 2012

Mak Bapak or Kerja Yang LEbih Utama

Sebenarnya aku dikehendaki kerja pada hari Sabtu ini 18 Ogos 2012
Iaitu sehari sebelum raya....
Pastinya sehari sebelum raya ni selalunya ramai orang yang akan berduyun pulang ke kampung
Yang mungkin ada di antara yang telah pun sampai ke kampung
Sedang membuat persiapan akhir untuk meraikan hari raya....
Mula merebus ketupat, membakar lemang...mungkin masih ada yang membuat kuih muih yang last resipe
Tukar langsir...vacume rumah....siap buh kuih mueh kat dalam balang....
Iron baju raya nak pakai esoknya.....
Sangat meriahkan bila membayangkan saat-saat itu....

Tapi sebaliknya pada aku....sabtu tu aku masih dikehendali bertugas di Pasar Tani Khas
Bagi menjalankan pertandingan mengukur kelapa dan juga menganyam ketupat...
Hadoi...ikutkan hati memang malas giler....
Nape la aku diberi amanah sebegini....
Ada jugak mak berkata...'dah nak rayapun anak-anak tak sampai-sampai lagi' (ayat tahun lepas)
Ayat tahun ni 'dah nak raya pun keje lagi???'
So apa yang korang dapat rasakan.....
KEHAMPAAN SEORANG IBU, right?????
Telah dinyatakan kiranya mengguris perasaan ibu, derhaka la kita....
Namun kerja macam mana...?
Macam mana pula jalankan kerja yang tidak ikhlas kerana hati lebih berat kepada mak....?
Sejujurnya memang aku tak suka untuk kerja pada hari sabtu ni.....

Ada pihak mengatakan bahawa, mak kita perlu faham kita.....
Aku rasa kita yang kene faham dia sebab selama dia membesarkan kita, dah banyak benda yang dia faham tentang kita....hanya di akhir-akhir usia dia lah yang harus kita jaga sebaiknya....
Hati aku bergelora, rasa nak marah pada orang berkata (yang lebihkan kerja) aku ni puasa....
Aku sedar kerja tu juga merupakan satu tanggungjawab....
hussshhhhhh......aku tidah ada jawapan yang pasti....giler!!!

Friday, August 10, 2012

Niat Bukan Shopping Tapi Hanya Menjadi Pemerhati

Last week aku balik KL, rumah mertua....
Memang pada dasarnya bila balik KL mestilah nak jenjalan dan akan menghabiskan  berhengget-hengget dengan barang-barang yang bukan dalam perancangan...
Tapi kali ni, memang nak berjalan...tapi bila terkenangkan musim kekeringan duit kini melanda semuanya jadi terencat dan jadi macam x best jerk...

Hari Sabtu enCik hubby membawa aku ke IKEA memandangakan teringin sangat nak kesana setelah sekian lama tidak ke sana....memang terasa sedikit kengerian kerana selalunya pasti ada nye 'hengget' yang akan di alirkan....Cuma pasang niat, beli yang murah2 jerk...dan servey untuk peralatan rumah baru nanti....

Pegi pun dah lewat, dan orang memanglah tersangat ramai...
Bila-bila pegi pun IKEA tak pernah kurang dengan manusia....tambahan pula aku dah pegi lewat dalam jam 12 sampai di sana...petua untuk ke IKEA, datang awal seawal jam 9.30 pagi untuk dapatkan parking yang selesa dan tidak jauh dari entrance....nak tengok barangpun senang...
Ini tidak, dah banyak kepada manusia depan mata...mana la nak nampak barangkan....

Banyak benda yang menarik dan telah di take-note untuk bajet rumah nanti....
Just beli barang-barang bawah RM10 hahaha...tapi kalau dah 2 3 barang jadi puluhan jugak...
Beli tempat letak pinggan basah yang lepas di cuci....dalam RM7.00 >, Berus sinki RM3.00>
Mangkuk plastik warna warni RM5.00>
enCik hubby bayarkan tisu ni...tapi warna biru, gambar ni ambil kat google je....pastu dia beli tempat isi minyak masak macam dalam masterchef tu...senang sket sebab kitaorang ni selalu beli minyak yang botol besar tu. Bila nak guna untuk menumis, payah nak kene angkat berat-berat. So buh je dalam botol kecik untuk kegunaan yang sikit.
Suka tisu IKEA sebab besar dan warna-warna yang menarik.

Tempat minyak yang dinyatakan tu.

Dah jalan-jalan tetiba nampak benda ni.....
Menarik jugak, tapi memandangkan dengan umat yang terlalu ramai...macam tak rela nak rebut-rebut kan tambahan pulak petang tu nak berbuka bersama keluarga mertua..makan besar la kiranya....
So pujuk hati, 'nanti dah raya kita makan kat sini yerk'.....

Kesimpulan hasil daripada permerhatian aku....
Banyak barang yang harus dipertimbangkan....kemungkinan jugak banyak hengget yang akan kuar....

Wednesday, August 8, 2012

Suasana SOGO Last week

Memandangkan last week aku balik ke rumah mertua di Kuala Lumpur, berkesempatan juga pada hari Ahad ke Sogo & Jalan TAR. Beginilah keadaannya di tingkat bawah Sogo.... (Cuba kira orang pakai baju merah...hehehe). Kalau direnung dari tingkat atas lama-lama rasa nak muntah pun ada.
                    Anyway, aku tak plan pun nak pegi sini. Sepatutnya petang tu aku nak g makan steamboat untuk berbuka. Tapi last minit booking, dah penuh. So kekecewaan melanda dengan lelehan yang begitu hebat. Redha...so enCik hubby kata jom ikut ibu gi shooping baju adik. So follow je la dari duk umah melayan kekecewaan hati kan.....

Tapi bila dalam keadaan macam gini, seriusly aku tak sempat nak beli apapun walaupun sales dalam 70%-80%......nak pilih pun payah duk bertolak-tolak.....nak berjalan pun payah.....
Ini pula keadaan di tingkat bahagian pakaian perempuan / remaja. Tengok jeans murah-murah beb...tapi memandangkan sesak gini, aku pegi ke bahagian 50% punya...lipatannyapun ok lagi xde sepah-sepah... Dapatlah satu jeans VOIR dari RM116 dapat RM58.00. Saper bayar??? Kad kredit yang bayar...huhuhu...
Keadaan sesak macam gini, minggu ni punya sesak taktau la sebab orang masing-masing dah dapat bonus rayakan.....Jangan la ada yang mati kene pijak or sesak nafas...mintak dijauhkan......

Sesapa yang teringin nak join this week...wat preparation fizikal dan mental tau...kat jalan TAR pun sama.....jalan berasak-asak sampai tak bleh singgah kat kedai-kedai tu.....apapun good luck!

Tuesday, August 7, 2012

Suka Fesyen Baju ni

Salam Ramadhan....
Entah nape, sejak 2 menjak ni fesyen ala-ala baju erra ni sangat  menarik hati aku ni...
Dari dulu nak buat bila tengok baju bertunang Irine Marcello...
Tapi dari ke hari jugak lah bercinta nak menghantarnya pasal mikirkan upahnya nanti....
Bajet untuk pakai raya akhirnya tak kesampaian juga...tunggu raya haji kut...hahahaha
Apapun photo-photo ni aku ambik dari beautifulnara






Nanti aku plak buh gambar baju aku yang lebih kurang ikut design ni....

Saturday, August 4, 2012

Seronoknya Zoey jadi Follower saya!!!


First....aku terkejut bila tengok zoey jadi follower blog aku....
Macam yang korang tahu zoey ni adalah di antara blogger yang femes...
Selalu masuk magazine kerana blog dia banyak mempunyai info tentang makeup
aku sebagai seorang yg sukakan makeup memang menjadi folower dia sejak terjumpa blog dia...
Apapun zoey, sy suka cara awak....ada ms saya memang nak belajar dengan awak
insyaallah...
saya sedar saya bukan blogger yang fames tapi saya sangat terharu bila ada blogger yang fames macam zoey sudi nak jadi follower saya....
Harap kita dapat jadi kawan.... =)
Tapi saya ni dah tua..hahaha
Ops, tetiba begitu sopan guna 'saya' lagi...huhuhu

Friday, August 3, 2012

Korang Penah Wat Novel Tak

Aku dapat tahu ramai dikalangan kita-kita ni suka membaca Novel...
Apa beza novel dengan cerpen...?
Bagi aku Novel adalah merupakan satu penceritaan yang panjang kisahnya. TErdapat berbagai watak, berbagai peristiwa sebaliknya cerpen hanya satu cerita ringkas dan padat (ini hanya pendapat aku dan tidak merujuk kepada mana-mana rujukan).

Antara Novel yang laris yang aku tahu macam Ombak Rindu, Lagenda Budah Setan , Bicara Hati....
so sorry sebab aku tak tahu banyak novel, pasal aku bukan pembaca tegar novel....
Tapi mungkin tak ramai yang tahu aku penah menulis...sebab dulu cita-cita asal aku nak jadi penulis...
As wartawan...tapi hajat tak kesampaian. Jadi aku lebih senang menulis untuk diri sendiri. Ada diary untuk luahan perasaan sejak dari sekolah lagi...

Walaupun mungkin ini satu bakat yang tak penah aku asah dan tonjolkan, aku tidak pandai untuk menulis dengan lebih dramatik mahupun mengikut struktur format tertetu. Aku main taram je ikut emosi aku...hahaha

Aku ada menulis sebuah novel yang bertajuk KEBAHAGIAAN ITU TERCIPTA BUKAN UNTUKKU..

Ditulis pada tahun 2002 dan satu-satunya penulisan penuh emosi yang penah aku buat. Sebab setelah itu aku tidak menulis lagi sehinggalah wujudnya blog ini.
Nape aku menulis novel ini...?
Sebab...aku nak abadikan kisah tragis aku bersama insan yang bernama M....
Perhubungan kami tidak lama...namun, ia amat memberi kesan yang mendalam. Dalam blog ini juga pernah aku tuliskan kisah-kisah cinta aku terdahulu...namun itu secara ringkasnya. Tetapi dalam novel ini, setiap ayat dialog pun ada. Segala surat yang diutuskan pun ada.....siapa yang penah buat macam tu kan....

HIngga saat ini, aku sendiri tidak percaya bahawa aku mampu menulis sehingga 120 helai A4 cerita tentang aku sendiri. Kini mungkin tidak. Masa menulis tu siap nangis-nangis lagi....
enCik hubby tahu tentang ini...tapi dia kata itu satu kenangan yang aku ada...
Dia tidak marah mahupun melarang....
Ada rakan-rakan yang membacanya mintak aku publishkan cerita itu....
Aku tidak berani...kerana bimbang menjadi satu hasil ciplak pula....
Aku bangga, kerana aku berjaya menulis....