Tuesday, August 28, 2012

Fasa-fasa Kehidupan KITA

Pernah tak korang terpikir pasal FASA KEHIDUPAN KITA ni...
Mungkin ada yang telah sedia maklum, dan mungkin juga ada yang tidak pernah terpikir....
Terdapat beberapa kategori fasa kehidupan kita sebenarnya....
- Fasa peralihan umur
- Fasa Dalam Perkahwinan
- Fasa Perjalanan Hidup

Aku sendiri tidak pasti sama ada penceritaan aku kali ini adalah mengikut sebuah teori yang memang wujud ataupun tidak. Apa yang pasti kenyataan yang terdapat dalam entry kali ni merupakan fakta yang di dengari, daripada pengalaman sendiri....jom kita lihat satu persatu....

http://abataca.wordpress.com/2012/04/17/fase-tumbuh-kembang-anak/

FAsa Peralihan ZAMAN
Secara Umumnya, kita tahu bahawa dari kelahiran menjadi baby...ke alam kanak-kanak......Time ni memang tak de pikir masalah pape pun...yang hanya tahu, main, main, main.....bila masuk remaja, mulalah pergolakan  tentang perasaan, stress untuk lalui exam....takut kene marah dengan bapak lagi kan....bila nak ke alam dewasa...masuk U...sibuk dengan assignment....problem cinta la....mula nak mencari arah tuju hidup yang sebenar. Bila dah dewasa.....pikir pasal nak kawen, pikir pasal masalah keje....pikir pasal kewangan yang tak cukup2.....bila dah tua....risau plak kut kene penyakit....badan dah tak larat......dan memikirkan pasal kematian....itu yang nyata...

Lahir ---> baby ----> Kanak-kanak ----> Remaja ---> Awal Dewasa ---> Dewasa ---> Akhir Dewasa ----> Hari Tua......

sumber dari blog Irine Nadia.

Fasa Dalam Perkahwinan....
Abang aku penah kata....fasa dalam perkahwinan adalah mengikut masa yakni perkiraan dibuat mengikut tahun. Fasa pertama adalah 5 tahun yang pertama dalam perkahwinan, fasa ke 2 = 5 tahun lagi = tahun ke 10 Fasa ke 3 + 5 tahun lagi dan Fasa ke 4 = tahun yang ke 20 tahun....

Fasa PERTAMA = 5 tahun yang pertama, masa ni adalah masa untuk kita mengenali pasangan masing-masing. Maklumlah selagi tidak duduk sebumbung, selagi tu la kita tak tahu perangai luar dalam pasangan kita. Time ni jugak akan datang ujian yang pelbagai bentuk. nak sesuaikan diri dengan keluarga mertua, baru nak mula hidup duit tak berapa nak ada, bagi yang masih belum punya rezeki anak seperti kami ni....kene pekakkan telinga plak bila orang duk asyik bertanya.....memang fasa ni sangat banyak dugaan, kene banyak berbincang, toleransi. bergadug tu memang ada....tidak dinafikan, percayalah. Tipu lah kalau kata tak penah gaduhkan....

Fasa KEDUA = 5 tahun yang ke dua (tahun ke 5 hingga ke 10). Orang kata fasa ni dah stabil dalam peralihan rumah tangga...kita dah faham perangai pasangan masing-masing, buruk baiknya....dan tahu macam  mana nak atasi semua tu.....kalau ada anak pun , anak dah besar sket....so mudah untuk handle....penerimaan keluarga pun dah mudah sebab dah faham karenah keluarga masing-masing. Tak payah la nak tarik2 muka, masalah tak setel jugak.....baik dalam proses mengenali tu...cari jalan utk atasi....lagi baikkan.

Fasa KETIGA = 5 tahun yang ketiga (tahun ke 10 hingga 15). Jarang orang perkatakan tentang fasa ini....tapi ada satu fasa tu ramai yang kata si suami akan jadi 'gatai' sket...may be ini lebih menjurus di dalam Fasa Perjalanan Hidup kut. Time ni mungkin lebih perhatian diberi kepada anak-anak yang meningkat remaja. Orang kata (orang kata lagi) masa remaja jiwa sangat memberontak untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi peringkat ini mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak....

Fasa KEEMPAT = 5 tahun yang ke empat (tahun ke 15 hingga 20). Mungkin masa ini masalah rumah tangga sangat berkurangan dan apabila mencapai tahap ini rumah tangga adalah lebih selamat. Boleh dikatakan SELAMAT dari segi penceraian....tapi kita tak tahu jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Kita cuba untuk yang terbaik....dan untuk seterusnya mungkin segalanya lebih mudah. Pergolakan setiap perjalanan rumah tangga berbeza, ada juga yang di awal perkahwinan mereka tidak ada apa-apa masalah....tapi pada fasa lain mereka kritikal di uji.....yang pasti kita tidak terlepas dengan ujianNYA....



Fasa Dalam Hidup

Untuk fasa ini kita lebih fokus kepada umur.
1-12 tahun = hidup tanpa masalah....happy-happy-happy.....
13-18 tahun = mula mengenal erti perjalanan hidup.
19-20 tahun = tahap kematangan mula di asah....
20-37tahun = tahun percubaan hidup....time ni banyak hutang nak mula hidup bukan senang. Nak realisasikan sangat sukar, tanpa kesabaran, dan pengurusan yang betul akan merumitkan keadaan.
37 tahun ke atas = Hidup lebih senang....sebab masa ni la hutang banyak yang dah langsai....so time ni la nak menyimpan....tu la pasal bila orang kata time dah senang si suami mulalah menggatai untuk pasang lain.... hehehehe apapun bergantung pada diri masing-masing.....
45 tahun ke atas = sejak 30an lagi kene jaga-jaga kesihatan sebenarnya sebab masa umur lingkungan 40an pelbagai penyakit suka datang.....
SETERUSNYA.......
Perjalanan hidup kita berbeza-beza...segala persiapan perlu dibuat di dunia dan untuk akhirat jangan dilupa....


** Entry kali ni macam serius plak...pikir-pikirkanlah...adakah anda bersependapat dengan saya.... =)

No comments:

Post a Comment