Monday, August 13, 2012

Mak Bapak or Kerja Yang LEbih Utama

Sebenarnya aku dikehendaki kerja pada hari Sabtu ini 18 Ogos 2012
Iaitu sehari sebelum raya....
Pastinya sehari sebelum raya ni selalunya ramai orang yang akan berduyun pulang ke kampung
Yang mungkin ada di antara yang telah pun sampai ke kampung
Sedang membuat persiapan akhir untuk meraikan hari raya....
Mula merebus ketupat, membakar lemang...mungkin masih ada yang membuat kuih muih yang last resipe
Tukar langsir...vacume rumah....siap buh kuih mueh kat dalam balang....
Iron baju raya nak pakai esoknya.....
Sangat meriahkan bila membayangkan saat-saat itu....

Tapi sebaliknya pada aku....sabtu tu aku masih dikehendali bertugas di Pasar Tani Khas
Bagi menjalankan pertandingan mengukur kelapa dan juga menganyam ketupat...
Hadoi...ikutkan hati memang malas giler....
Nape la aku diberi amanah sebegini....
Ada jugak mak berkata...'dah nak rayapun anak-anak tak sampai-sampai lagi' (ayat tahun lepas)
Ayat tahun ni 'dah nak raya pun keje lagi???'
So apa yang korang dapat rasakan.....
KEHAMPAAN SEORANG IBU, right?????
Telah dinyatakan kiranya mengguris perasaan ibu, derhaka la kita....
Namun kerja macam mana...?
Macam mana pula jalankan kerja yang tidak ikhlas kerana hati lebih berat kepada mak....?
Sejujurnya memang aku tak suka untuk kerja pada hari sabtu ni.....

Ada pihak mengatakan bahawa, mak kita perlu faham kita.....
Aku rasa kita yang kene faham dia sebab selama dia membesarkan kita, dah banyak benda yang dia faham tentang kita....hanya di akhir-akhir usia dia lah yang harus kita jaga sebaiknya....
Hati aku bergelora, rasa nak marah pada orang berkata (yang lebihkan kerja) aku ni puasa....
Aku sedar kerja tu juga merupakan satu tanggungjawab....
hussshhhhhh......aku tidah ada jawapan yang pasti....giler!!!

No comments:

Post a Comment