Monday, February 28, 2011

ISNIN yang SERABUT

Selalunya hari Isnin orang akan kaitkan dengan malas, bad mood, lewat bangun..... tapi selalunya bagi aku itu semua tidak membawa apa-apa makna kepada kehidupan aku seharian.
Namun ternyata perkara-perkara itu menjadi NYATA bila perkara-perkara ini terjadi kepada aku.

Hari ini...ISNIN....pagi-pagi lagi aku kene menghadiri mesyuarat..biasalah. Aku dan mesyuarat sepertimana ramai yang tahu, sangat sinonim dengan aku. Hampir 2 jam aku berada dalam bilik mesyuarat itu. Sebagai pengakhiran mesyuarat, aku ditanya berkenaan dengan perpindahan aku ke Perak...terkejut la jugak sebab x masuk dalam agenda mesyuarat pagi ni.

So far masih stabil lagi....
Tetiba adalah seorang insan ni memanggil aku....kami masuk kembali ke dalam bilik mesyuarat. Berderau hatiku....tiba-tiba berpeluh pula bila insan tersebut menyatakan bahawa dia ingin menyerahkan anak di dalam kandungannya kepada aku.
Sememangnya sebelum ini aku pernah bercadang untuk me
ngambil anak angkat...dan selalu jugaklah terkeluar dari mulut memarahkan manusia-manusia yang buang anak merata-rata. Adalah lebih baik beri je pada aku. Tapi apabila aku berdepan dengan keadaan ini, aku menjadi panik. Sangat panik. Degupan jantungku sangat laju.....Ntah mengapa...serba salah....
Apa yang terdetik dihati...aku sangat menginginkan anak....anak dari darah daging sendiri....
TAPI aku sangat menginginkan aku mengandungkannya sendiri....seperti orang lain. Itulah merupakan impian aku sebenarnya.....
Kiranya aku menerima anak ini, bila pula aku boleh mengandungkan anak aku sendiri nanti??? Mengandung boleh pada bila-bila namun adakah kemampuan kami atau fizikal aku sendiri untuk melalui saat-saat menjaga anak itu dan menjalani saat-saat mengandung nanti..?
pic from google

Ya Allah.....aku masih tidak tenteram lagi.....
Adakah ini merupakan dugaan dariMu ataupun ini merupakan satu anugerah untuk kami???
Aku perlukan masa...Ya Allah..berilah aku petunjuk untuk aku membuat satu keputusan yang pasti, terbaik untuk kami dan pihak-pihak lain....

Monday, February 21, 2011

Jumpe Art-tis @ SACC Mall Shah Alam


Yang ni bukan calon ABPBH tau..

20 Feb 2011 , Ahad @ SACC Mall

Ni kira 2nd time memang plan nk g jumpa artis..
sebelum ni penah la masa keje kat Perak dulu, pegi Gempak Astro kat Ipoh....dapat lah jumpa budak-budak AF...masa tu pun AF baru sangat lagi..dapat jumpa Jimmy
Shanley....KRU...Aznil....budak2 AF1 & 2....mmg dapt capture photo diaorg dekat-dekat...puas hati!

Deejay-deejay radio dijemput..

Lisa dan Fafau
Kali ni tengok dalam paper untuk beberapa minggu ada tour ABPBH dan yang pertama di SACC Mall Shah Alam. So aku ni tergedik-gedik la nk pegi...sib baik tuk kali ni enCik hubby sporting plak nak bawak aku wat keje-keje gini. Selalunya dia sangat malas utk wat aktvity sosial aku ni. hehehe. Arigator agaimas! (hehehe...bahasa jepun).

Pertandingan menghias artis

Masa sampai dalam jam 1 petang. Masa tu pertandingan mencari idola sedang berjalan. Nampk enCik Yusry KRU yang jadi juri masa tu...kawasan ni xde la byk sangat umat manusia...xkan x de orang plak. May be sebab belum masa lagi, artis akan muncul pada jam 2.00ptg. Tunggu punya tunggu, lastly berakhir jugak penantian kitaorang. Kebetulan plak dapat duduk depan stage. Memang superb nampak clear...senang nak shoot photo.

Antara artis-artis yang dapat aku tengok dengan mata aku sendiri....Along Raja Lawak, Maulana, Daus, Kieran, Fafau, Kak Engku, Aznil, Liana Jasmay, Lisa Surihani, Didie Alias, Alyah, Adira....ada lagi yang lain. Cuma dahx boleh tunggu sebab masa tu rasa nk gi toilet sangat. So bila bangun confirm tempat duduk kene ambil alihkan. So masuk As
ar je kitaorang terpaksa bangun.
Cuma nasib aku tidak sebaik peminat lain yang dapat bergambar bersama artis. Sebab kami duduk depan stage...kalau rajin serbu sana sini may be lebih berpeluang la kan....kami cuma dapat ambik photo diaorg dr stage je....perkhidmatan ambil gambar bersama artis juga ada dibuat oleh pihak Berita Harian dengan bayaran RM5. Siap buat frame gambar Berita Harian. Ni pun aku tidak berpeluang untuk buat sbb dah duduk depan stage, xleh nak berganjak.
Balik tu rasa letih sangat...bayangkan kitaorg duduk di situ dari jam 1 sampai jam 4.30 petang, dengan pakej x makan tengahari. enCik hubby juga penat, tapi dia enjoy. Dia boleh kata plak....
"nanti kat The Mall KL nanti kita pegi lagi nak?"
aik, pelik tu....kali ni nk wat strategi apa plak untuk dapat ambik gbr bersama artis...








Wednesday, February 16, 2011

i-City, Shah ALam..lip lap sana sini

Ramai yang dah tahu apa itu i-City...dan ramai jugak yang dah ke sana...Cuma aku je yang x pernah ke sana walaupun sebelum pembukaannya kepada umum seorang rakan pejabatku telah memberitahu akan kemeriahannya. Tak ada masa....x ada itu ini...macam-macam alasan je..lambat sangat pergi, lastly sekarang masuk kene bayar. Padan muka!Dari hari ke hari nak ke sana...orang kata tempat tu cantik di warnai dengan lampu-lampu....
Dah plan nak pegi, hujan plak. Nak pegi mestilah waktu malam sebab baru nampak lampunya. Ermmm macam xde harapan je nak pegi....
Tengok gambar-gambar kengkawan yang pegi tu...payah nak kata sebab malam kan, tersangat la susah untuk ambil gambar waktu malam kecuali ada spotlight.

14 Februari 2011 - ujan pun x....plan lain pun tarak...jom kita pegi!
Ni bukan kes celebrate valentine ok, ni memang nak pegi sana...jangan orang kata dah dekat dengan rumah pun x pegi-pegi. Jam 8.15 kuar umah...walaupun perjalanan sebenarnya tidaklah sejauh mana, namun tetap mengambil hampir 1jam akibat daripada kesesakan jalan raya....pandangan pertama semasa masuk...
"uiiiuiiiii....banyaknye lampu.....best-best!"
Dulu x kene bayar...sekarang bayar...RM10 untuk sebuah kereta. Brape untung weh, satu malam may be ada dalam 100-200 kereta....giler kaya.
Tempat parking disediakan dengan selesa....
So mulakan perjalanan.
Photo tidak di ambil banyak kerana tersangat susah untuk ambil shot waktu malam. enCik hubby plak bwk lens potrait (50mm) sebab lens tu je yang blh nampak ok dalam gelap. Kalau lens 18-105mm tu blh la ambik gambar penuh...tapi gelap la jawabnya. Nak tak nak kene terima. Jadi, xde la gambar banyak.

Sekitaran kawasan tersebut...dilimpahi dengan pokok-pokok berlampu berwarna warni....




Dapat tepinga rabbit lampu lip lap....jadilah! Mekasih enCik hubby....

Thursday, February 10, 2011

Aku as a Wedding PlanNner???


Semalam saja je follow up dengan member lama 'waty' pasal pertunangan dia bulan Mei ni...
Lastly terlajak la citer-citer pasal persiapan perkahwinan dia...
Aku citer-citer bab kawen ni best...memang minat...pasal benda-benda cantik..baju...kek...ish bestlah! Dalam pada itu waty ni may be dah up2date n dia kata nak cari wedding planner utk arrange dia punya majlis nanti....berkobar-kobar ni...

Tapi x tahu la saper yang di nak kan...aku pun xde la menjual diri untuk wat semua ni...
Just aku suka-suka la bagi sedikit tips-tips dari pengalaman dan pengamatan aku...
Tup tup..waty kata...ko je la jadi wedding planner aku!
Lagipun ko dah kenal aku, dah tahu serba serbi tentang keluarga aku....
Rasanya better nak bincang pape hal...tapi ko jauh, kalau ko ada kat Perak senang sket...

Ermmmm...WOW! Aku ke? Boleh ke? Macam x caya je....
enCik hubby suruh ambik job ni..cari pengalaman katanya....dan dia akan bantu jugak.
Terus lah membuak-buak semangat ni. Tapi pikir jugak, kalau pregnant nanti macam mana... Majlis tu akan berlangsung pada Oktober or November this year...
Aku plak yang 'padat' nak pikir....ermmmm...rezek
i Allah sape tahu. Pecayalah pada kekuasaan dia...yes!

So mulai detik itu aku terpikir-pikirlah pasal plan untuk majlis waty ni...
Baru-baru ni kan aku duk citer pasal kawen, rupanya macam ada perkara yang akan tiba...
Idea! Kalau angan-angan atau imiginasi aku tu dijadikan realiti macam man....
Walaupun aku x merasa, may be aku boleh realisasikan untuk kawan baik aku ni....
Insyaallah try my best!
Kalau aku berjaya dan may be ada yang nak perkhidmatan aku...why not kan!
1st....cari konsep...bajet dan wat proposal....hehehe

Tuesday, February 8, 2011

Episod 8 : Cahaya Cinta


Aku terus melangkah..meneruskan kehidupan sebagai seorang aku! Menjalani kehidupan sebagai umat Islam...yang mencintai Allah swt yang maha berkuasa....cuma aku saja yang tamak, masih menangih kasih dari insan lain.

Perkenalan demi perkenalan....seorang insan datang dan pergi dari hidupku...sehinggalah aku di aniaya oleh rakan sepejabat ku....siapa menyangka, siapa pernah menduga....kami teraniaya yang tidak disengajakan...namun itulah titik pertemuan jodoh kami. Tahun 2006, perkenalan aku dengan insan yang bernama AHmad Fadzil Razak.....

Dari mula perkenalan, aku tidak pernah bersua muka....hanya mendengar suara..namun aku sedar ternyata dia insan yang baik. Tetapi pada awalnya, aku tidak mampu untuk menerima dia...kerana perbezaan usia antara kami. Bimbang akan penerimaan keluarga yang mungkin bukan satu kepastian. Kerana sikapnya, aku tidak mampu untuk mengecewakan dia.....secara jujurnya aku suka berkawan dengannya, namun.......

Demi dia.....dan bagiku mungkin satu kerugian kiranya aku melepaskannya ke tangan orang lain, adalah lebih baik aku mencuba.Cuba bertanya kepada ma kiranya hanya kerana dia seorang yang lebih muda...yang tidak berjawatan tinggi mana.....ma hanya terdiam seribu bahasa...

Aku tidak berani untuk bertanya lagi, Allah maha besar. Tanpa sebarang pertanyaan yang berulang lagi, ma memberitahu bahawa mereka tiada masalah untuk menerimanya....bermulalah hubungan kami mempertaruhkan sebuah perasaan yang penuh dengan harapan disamping mengenali diri masing-masing. Sehinggalah satu keputusan untuk kami mengingat pertalian yang sah....apa benar dia jodohku...apa benar ini pilihanku.....

1 Jan 2007 kami telah ditunangkan...dan 13 Dis 2007 ijab dan kabul menyatukan kami...

Moga Allah memberkati perkahwinan ini....memberi kami kebahagiaan dunia dan akhirat.....berilah kami ketabahan atas sebarang ujian yang kau berikan....tidak pernah aku sangka, perkenalan yang singkat...pertemuan yang tidak diduga....enCik hubby adalah suamiku yang sah.

CaHaYa CiNtA

Dia telah telah menentukannya

bertemu dan bercinta

Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurg
a

Episod 7 : Azimat Cinta


Sejak itu...jiwa kacau...aku mula menyendiri...Jarang keluar ke sana ke mari kerana aku tidak mahu nampak dia dgn insan lain....
Namun...perjanjian kami.....SETIAP KALI ANTARA KITA TERINGAT ANTARA SATU SAMA LAIN...BUAT MISSED CALL
Jadi setiap kali aku berada di mana-ma...
Hanphone aku akan berdering seketika dan aku tahu bahawa dia sedang memerhatikan aku...dan dia sedang teringat akan diri aku...hidup aku hanya dihiasi dengan 'panggilan rindu' saja...dan paling mengharukan, dia masih mengambil tahu tentang diri aku dari insan-insan disekelilingku...cukup berat untuk dia melepas aku, namun dia terpaksa....
Hatiku tenang...kerana walaupun fizikalnya dia bersama orang lain, namun hatinya tetap pada aku. Aku tidak menaruh sebarang harapan....
Namun aku rasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menyayangi insan ini.....
Terima kasih juga kerana sudi memberi titisan kasih yang akan ku kenang selalu

Segalanya sudahpun menjadi sejarah....
Sejarah yang terbaek terjadi sebelum aku ketemu dengan insan yang betul
Lalu ku ciptakan sebuah novel kisah ini....ku hadiahkan kepadanya sebelum ianya terhapus
Lenyap....
Terima kasih atas sebuah kenangan

AZIMAT CINTA (buat AA)

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya
Bagaikan butiran permata
Seolah-olah terapung
Dipermukaannya

Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampai
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayang mu
Kini menjadi kalungan azimat cinta

Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Harumlah cinta duniawi
Sewangi kasturi syurgawi
Semoga bahagia jadi milik kita
Nan abadi selama-lamanya

Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua

Episod 6 : Sepi Tanpa CInta

Dia dikenali ramai...dia berkepentingan....
Aku hanya manusia biasa...gadis pinggiran yang masih mencari erti cinta sebenar.
Mengharap kasih pada yang sudi....
Di satu ketika, di saat dia membuka rahsia....antara mereka-mereka yang meminati dia dalam diam. Aku termanggu seketika...ku fikirkan aku adalah satu-satunya insan itu yang rapat & diberi perhatian kepadaku. Rupanya ada sebaliknya.
Aku tidak memaksa kerana aku tidak mahu bintang mula berbiacara lagi...
Walaupun sedikit hati ini merintih, namun ia tidak menguasi diri lagi.

Aku sangat bersyukur kerana satu-satunya pilihannya adalah 'aku'....
Walaupun dalam kegembiraan itu...pada malam itu, rupanya dia declare dengan insan lain....
Aku tidak mengetahui ini semua sehinggalah aku ternampak sedikit pertengkaran mereka di bawah blok, pemerhatianku hanya dari jendela bilik rakanku yang menjadi saksi
DI mana hak aku...kenapa aku di bonekakan begini????
Adakah aku patut untuk lalui ini semua untuk acapkalinya....
Dia menyatakan bahawa keduanya menjadi kesayangannya...mana mungkin!

Auckland New Zealand....jauh dari pandangan , jauh lagi dari hati....
Dia ke sana atas satu urusan rasmi....hati ku sangat merinduinya, namun dalam pada itu aku masih berdebar untuk terus menanti keputusannya yang dia tidak mampu utarakannya sebelum pemergiannya. Aku dibuai kenangan lalu...kenangan di mana kebahagiaan sedang di kecapi lalu ku terima satu panggilan.
Dari dia! Terharunya rasa hati, namun pada masa yang sama dia menyatakan bahawa si dia juga dihubunginya. Berlaku adil la baginya....huhhhh

Suatu malam...aku ketemu dengannya...
"abang pilih dia..." itulah ungkapan yang hingga kini masih segar dalam ingatan.
Kontrol air muka...jangan nangis...xmau xmau xmau....

"Hanya satu pesan ku...jagalah dia sebaik-baiknya dan jangan kau biarkan dia merasa atau melalui apa yang aku rasa serta lalui kini kerana dia belum pasti mampu untuk melalui semua ini seperti aku"

Itulah pesanan terakhir ku sebelum aku berlalu pergi....membawa hati nan lara
Aku kecewa lagi...aku terus dikecewakan....
Aku bersalam kali terakhir...lalu pergi begitu saja....
Malam itu aku tidak keruan, cuba menerima takdir yang telah ditentukan....
Aku pasrah...

SEPI TANPA CINTA

Apakan daya jika kasihku tidak kau menghargai
Apakan daya aku hanya menumpang di sudut hati
Tiba masanya terpaksa ku membawa diri
Aku menyedari siapa diriku hanya sementara...

Apakan daya percintaanku ini separuh jalan
Hidup seperti sampan hanyut di tengah lautan sepi
Terumbang-ambing ku tempuhi ombak yang resah
Lemasnya aku hingga sesaknya nafasku menanggung rindu

Sampainya hatimu meninggalkan ku sendiri
Tanpa kasih sayang mengapa kau mungkiri
Segala janjimu dulu
Untuk hidup bersamaku
Sungguh pilu di hatiku

Ku rasa sepi tanpa cintamu
Bagai malam tiada cahaya
Apalah dayaku jika orang tak sudi
Lebih baik aku pergi

Hanya pada Tuhan tempat mengadu
Moga hatiku tabah selalu
Di waktu gembira dulu kita bersama
Waktu duka ku sendiri

...bersambung

Episod 5 : Teman Bicara

Meninggalkan kenangan aku di poli adalah amat berat bagiku...
Apakan daya, segalanya tercipta untuk aku...

Ku bawa diri ke seberang laut...melangkah arus laut cina selatan....
Membawa sebuah harapan baru....
Tanggungjawab demi untuk ayah dan ibu....
Labuan....bermulanya kisah baruku di sini....

TEMAN BICARA (buat AA)

Bukan sekali bukannya dua
Kelak sering kita berjumpa
Belum pernah terusik rasa
Kita sekadar kawan biasa

Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia

Tiba-tiba kulihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku ku menaruh hati
Sejak bilakah ku sedari

Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata

Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan dengan mu ku terasa malu
....dia hanya insan biasa...namun aku senang dengannya
MSM, di mana minggu suai mesra bagi pelajar baru...setelah setahun berlalu
Aku di sini berkenalan...bertemu.....MSM bermula detik itu....
Di mana ada aku...kamu juga di situ....
Di mana ada aku...aku tetap perlukan mu...
Mungkinkah aku akan bahagia bersama insan ini....
Sikap carringnya cukup memikat hatiku...
Setiap hari..setiap ketika...akan ada panggilan rindu untukku ..(missed call).
Setiap hari tika subuh menjelma, aku akan dikejutkan oleh panggilan rindu itu....
Terasa duniaku kembali ceria.....
Dengan semaian butir-butir kasih darimu walaupun aku tidak pasti apakah maksudmu...

...bersambung

Episod 4 : Pasrah

...bait-bait ayat di dalam surat itu menyatakan sesuatu hasrat...
bukanlah aku sahaja bermain perasaan...
Inilah yang dikatakan sebagai kebahagiaan dalam perpisahan...
Diri di bawah ke seberang laut...walau hati terpaut di saat gentir...
Aku tetap setia....
Jarak beribu batu...menjauhkan jiwa kami...
Hati tidak pernah tenang....kerana bagiku...pasti insan lain akan terpaut kiranya
pertama kali memandangnya....
Walaupun aku cuba memaut, namun sekadar aku...
Terlepas jua...
Pengorbanan masa...wang ringgit....bermain perasaan....
Akhirnya detik indah yang ku jangka ...satu nokhtah derita
Hanya andaian indah saja....
Berat untuk menerima semua ini ....namun itulah segalanya....

PASRAH

Ingin ku sendiri Meniti hari
Kala sunyi yang melanda sepi
alam bisu bagaikan mengerti
Berkahirnya sebuah memori....

Ingin ku melangkah membawa diri
Kerna cinta yang dikhianati
Bukan tak sanggup ku menghadapi
Pengorbanan ku tak dihargai

Kini aku pasrah dengan segalanya
Kepedihan ini masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan beri aku petunjukMu
Dan redha dengan kehendakMu
Cukup kali ini kau menyakiti berulang kali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati melepas kau pergi

....cukup berat untuk aku melepaskan, malah untuk menerima semua takdir untukku...
apa guna untuk terus menangis....
apa guna untuk terus bersedih...
aku perlu teruskan perjalanan aku...
yang mana mungkin lebih banyak lagi ranjau berduri untuk aku tempuhi....

next episod...

Monday, February 7, 2011

Episod 3 : Kembali

pic from google

Aku di tawarkan kemasukan ke Politeknik Shah Alam dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik Perubatan...bunyi macam menarik je...
Selangkah aku jejaki tanah poli, hatiku berdebar...lantas dipandangan mataku berdiri seorang lelaki yang sangat menyentuh perasaan ini...
Kenapa..mengapa...siapa dia?
Mukanya seakan...tapi mana mungkin.....aku terus cuba utk mengenalinya..
Sehinggalah kami di satukan dalam sebuah kelas....mungkin ada jodoh! hehehe

Bila saat mula menjadi indah...bila saling mula mengenali dengan NAA....
Pasti masa dan jarak akan mencemburui ...
Malam akhir sem, kami makan bersama...bergambar bersama....
Bulan dan bintang menjadi saksi...huhhh...esok segalanya akan berubah
Berjalan beriringan sebelum balik ke kamsis masing-masing
Aku menyerahkan sepucuk surat dan satu barang kenangan untuknya
Apa tandanya....biarlah, aku melayan perasaan sendiri....

Mentari muncul lagi...bersiaplah aku untuk meninggalkan kenangan di sini
NAA menawarkan diri untuk menghantarku ke komuter Batu 3
Di bawa ronda sekeliling poli sebelum aku melangkah pergi...
Berat hati ni nak meninggalkan dia...
Pemergian aku dibekalkan dengan balasan surat dari dia.....

GEMERSIK
Haruskan Ku Luahkan keresahan yang mencengkam
Jiwaku ini kesepian tiada insan yanng tahu
rindu padamu memaut hatiku
Terasa asyik tanpa jemu

Kasihku kau cahaya menerangi kegelapan
Engkaulah bintang menghiasi malam
Engkaulah permata indah sinar yang bergemerlapan
Engkaulah teman kesunyian
Cintamu ku julang
Kasihmu ku junjung
Tiada percintaan yang seagung cintamu
Bukalah tiraimu biarku lerai rindu
Yang telah sekian lamaku pendamkan

Tak bisa lagiku
Oh padamkannya
Datanglah kasih bawalah daku kepadamu

Senandung kerinduan nan gemersik
Tak terungkap bicara kata hanya suara hati
Ku berdoa oh kekasih
Cinta kita kan abadi Tak rela Ku sendiri lagi
bersambung...

Thursday, February 3, 2011

Episod 2 : Renungan Terakhir


... telah ada jawapan yang ku nantikan untuk menjawab segala persoalan....
Aku pulangkan baju sweater yang pernah menjadi penawar dikala aku sendirian....
Aku pulangkan setiap utus surat yang pernah dia kirimkan dikala kami berjauhan...
Aku pinta setiap surat...setiap keping gambar-gambar aku....agar aku terus lenyap dari ingatan dia
Aku hanya mampu mengatakan...........
Terima kasih untuk selama ini memberi kebahagiaan seketika buat aku....
Terima kasih atas mengajar aku erti cinta...sayang dan rindu....
terima kasih juga untuk derita yang kau berikan ini sebagai penghujung hubungan kita...

Luncur laju berlalu kereta yang aku pandu di alunkan dengan lagu-lagu jiwa awie....
Tatkala itu air mata ini berjujuran....tanpa henti....
Biarlah tangisan ini di sini saja...bukan untuk di tatapi sesiapa...
Aku kecewa.....di setiap mana sudut perjalananku pasti teringatkan dia ....
Pelbagai ceritanya aku dengari....serba sedikit mengguris perasaan....

Sehinggalah pada Januari 2000...aku di tawarkan untuk memasuki Politeknik Shah Alam
Pemergianku ke sana hanya untuk merawat duka, dan menjauhkan diri darinya...
Dari segala kenangan lama....

Renungan Terkahir

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini....
Kerna mungkin terjadi, kita xkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir...dan x usah kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna telah banyak mengguris rasa
Kerna itu maafkan ku
Kiranya mengganggu ketenangan dalam hidupmu
Yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...inikah dugaan untukku
Mimpinya tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu, mudahnya berlalu
Mengapa begitu berubah laku

Aku menerima salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu
Dengan mu....
next episod...

Episod 1 : Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan

Sudah 14tahun pun berlalu...
Kisah ini berlaku pada tahun 1997 di mana sebuah tahun yang amat mengingatkan aku dengan sebuah kehidupan yang sangat indah bersama rakan-rakan dengan perjalanan hidup baru...

Cikgu Ahmad, cikgu yang banyak meninggalkan kesan kepada kami...
Kelas prep petang sampai ke malam...Sabtu Ahad...menjadikan aku dan yang lain dari batu ditepian jalan menjadi permata yang kilauannya sangat membanggakan. Terima kasih cikgu.

23 Ogos 1997...satu tarikh...bukan saja aku dan dia, malah beberapa orang rakan yang lain juga mendapat pendamping masing-masing...laila, ady...salleh, alin....
Hubungan kami mencecah 2 tahun setengah...di mana selepas SPM kami masih berkawan...
Berjumpa...bercinta...inikah yang diistilahkan cinta?

Suatu ketika....Dalam kisah yang panjang derita yang ku lalui...
Setiap persoalan aku ajukan...
Dia hanya berdiam...seribu bahasa...
Aku terus memaksa...dan hanya yang terkeluar dari mulutnya
"Cukuplah kita sekadar kawan biasa"....
biarlah bait-bait lagu sahaja yang menceritakan segalanya...hayatilah...

Usah Di Tambah Bara Tersimpan

Tak sanggup ku berdepan
Tak ingin memandang...
Tergambar kepahitan semlm
Terhiris perasaan ku pernah dibiarkan
Tiada kabar yang kau kirimkan

Pingga untuk perhiasan, rupanya pecah ditepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
demi menutup kesilapan mu, demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah kau memujuk rayu
biarpun terpisah nyawa dan badan
sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan kemarahanku
Redha sendiri
usah ditambah bara yang tersimpan

walaupun berbgai rencana engkau lakukan
sedikitpun tidak melembutkan hati
malah makin tebal kenbencianku
serta malah marahku tiada berkesudahan
biarlah aku menanggung sendiri,
segala dosa
kerna membencimu




Biarpun pilu ada penawarnya

Entah mengapa, debaran hati
bagai terasa tertikam duri
tanpa kusedari selama ini
cintamu hanyalah dusta belaka
dulu akulah permata idamanmu
dulu akulah bidadari impianmu
namun kini hanyalah igauan
kernamu

aku mengharapkan walau terluka
aku teruskan langhkah ku ini
mencari sinaran kerna ku tahu
masih ada insan yang penyayang
biarpun pedih ku tabahkan jua
biarpun pilu kan ada penawarnya
cukup sudah derita ku rasa
kerna mu

kepahitan, kepiluan
menguji ketabahan jiwaku ini
kesabaran kekuatan
meneguhkan pendirianku ini
biarpun pedih ku rempuhkan jua
biarpun pilu kan ada penawarnya
cukup sudah derita ku rasa
kerna mu
bersambung...

Wednesday, February 2, 2011

Februari .. Bulan Chenta


Bila masuk bulan februari je mulalah pasangan-pasangan kekasih ni beria wat persiapan velentine.. Sebagai seorang Islam kita x sepatutnya untuk meraikannya....dan aku x nak le komen panjang-panjang berkenaannya....

Cuma apa yang bermain di fikiran aku ni....hanyalah PERCINTAAN...bukan niat untuk meraikan
Hanya sekadar mengaitkan dengan kisah cinta....
Semua orang pasti ada kisah cinta masing-masing....
Walaupun manis, pahit mahupun trajis....ia tetap dalam ingatan kita...betul kan?
Walaupun kisah tu sampai bengkak-bengkak mata menangis,
Rasa macam nak mati je.... rasa kitalah yang paling hina skali....
Namun semua tu x penah lupa.....

Aku??
Aku pun ada kisah aku sendiri....semua kisah aku sangat tragis....hehehe
dan semuanya diketahui oleh enCik hubby....dan enCik hubby tidak pernah memaksa
Untuk aku memadamkan semua itu dari hidupku...
Pernah aku meminta izinkan untuk mengabadikan sedikit kisah / sinopsis tentang kisah itu...
Pada mulanya dia terdiam....dengan keizinannya,
Aku akan mengabadikan kisah itu di sini...di mana aku menulis....
Hanya demi K.E.N.A.N.G.A.N....
Ikutilah.....
Kenangan aku dalam lagu

6 Jenis Kek Beday Gurl

Walaupun besdey aku hampir sebulan berlalu....suka untuk aku berkongsi citer ni...
Sangat sinonim kek dengan majlis hari jadi...tapi kali ni ulangtahun kelahiran aku yang disambut di UK, Labuan yang lalu hanya memotong pizza sahaja....kek tarak...kempunan...

Namun enCik hubby tahu memang si isterinya ni penggemar kek...
Dan satu hari selepas duty di TEMAN, si isterinya ni ajak la enCik hubby ke Secret Recipe..
last-last enCik hubby kata "pilih atas RM35 tau"...silap dengar ke...? Tanya skali lagi..."atas RM35?"...
Pilih je la....apa lagi...pilih-pilih dapat 6 slice (6jenis). Rupa-rupanya enCik hubby xde cash, so debit card kene wat pembayaran lebih dari RM 35...kira rezeki la kan....yummy, dapat banyak kek.




Tuesday, February 1, 2011

Beday Boy...my Hubby!


Apa la bunyi bising memalam ni...nak kata alarm bangun pagi bukan, bunyi lain....argghhh kene bangun jugak...cari-punye cari baru jumpa. Dalam handbag rupanya. Errmmmm....'Birthday Hubby'... tengok jam 12.01 a.m. Beday enCik Hubby...! Nak kejutkan dia tengah lena menikmati tidur malamnya....errmmm biarlah esok....

Jam 5.15 pagi, Hepi beday...baby bo....enCik hubby hanya tersenyum tapi matanya tertutup lagi dek kerana kerakusan tahap mengantuknya...hahaha....lantas aku ke bilik air....

So kesahnya, hari ni adalah HAri Ulangtahun Kelahiran enCik hubby ...tapi aku xde plan apa-apapun...ermmm nak bagi hadiah, duit pun x cukup. Macam mana ni...kesian kat enCik Hubby....

Apapun, untuk enCik hubby.....
Di doakan agar enCik hubby...sihat tubuh badan agar mudah utk terus beribadat, dimurahkan rezeki...diberi ketenangan dan keredhaan hidup dari Allah swt. Moga jodoh kita hingga hujung nyawa...insyaallah dipertemukan di syurga seperti mana yang selalu kita harapkan....

enCik hubby suka makan siakap 3 rasa...so meh kita makan sama, tapi buat spoi tetiba 1 Cd gbr hilang....aku lak xde selera terus...xjadi la makan besar....kesian kat enCik hubby...nti dah jumpa br kita makan besar ok