Monday, February 28, 2011

ISNIN yang SERABUT

Selalunya hari Isnin orang akan kaitkan dengan malas, bad mood, lewat bangun..... tapi selalunya bagi aku itu semua tidak membawa apa-apa makna kepada kehidupan aku seharian.
Namun ternyata perkara-perkara itu menjadi NYATA bila perkara-perkara ini terjadi kepada aku.

Hari ini...ISNIN....pagi-pagi lagi aku kene menghadiri mesyuarat..biasalah. Aku dan mesyuarat sepertimana ramai yang tahu, sangat sinonim dengan aku. Hampir 2 jam aku berada dalam bilik mesyuarat itu. Sebagai pengakhiran mesyuarat, aku ditanya berkenaan dengan perpindahan aku ke Perak...terkejut la jugak sebab x masuk dalam agenda mesyuarat pagi ni.

So far masih stabil lagi....
Tetiba adalah seorang insan ni memanggil aku....kami masuk kembali ke dalam bilik mesyuarat. Berderau hatiku....tiba-tiba berpeluh pula bila insan tersebut menyatakan bahawa dia ingin menyerahkan anak di dalam kandungannya kepada aku.
Sememangnya sebelum ini aku pernah bercadang untuk me
ngambil anak angkat...dan selalu jugaklah terkeluar dari mulut memarahkan manusia-manusia yang buang anak merata-rata. Adalah lebih baik beri je pada aku. Tapi apabila aku berdepan dengan keadaan ini, aku menjadi panik. Sangat panik. Degupan jantungku sangat laju.....Ntah mengapa...serba salah....
Apa yang terdetik dihati...aku sangat menginginkan anak....anak dari darah daging sendiri....
TAPI aku sangat menginginkan aku mengandungkannya sendiri....seperti orang lain. Itulah merupakan impian aku sebenarnya.....
Kiranya aku menerima anak ini, bila pula aku boleh mengandungkan anak aku sendiri nanti??? Mengandung boleh pada bila-bila namun adakah kemampuan kami atau fizikal aku sendiri untuk melalui saat-saat menjaga anak itu dan menjalani saat-saat mengandung nanti..?
pic from google

Ya Allah.....aku masih tidak tenteram lagi.....
Adakah ini merupakan dugaan dariMu ataupun ini merupakan satu anugerah untuk kami???
Aku perlukan masa...Ya Allah..berilah aku petunjuk untuk aku membuat satu keputusan yang pasti, terbaik untuk kami dan pihak-pihak lain....

No comments:

Post a Comment