Showing posts with label Kisah iLA. Show all posts
Showing posts with label Kisah iLA. Show all posts

Thursday, June 16, 2016

IMKK Mei 2016 - Segalanya Bermula Di Sini BIAWAK KU HAPUSKAN

WELCOME #IMKK 6 - 8 Mei 2016
Masih terngiang lagi kata-kata beliau "AKU HANYA PINJAM HIDUP KAU 3 HARI JE".
dan kami telah bersedia untuk itu...Sehari lebih awal kami telah bergerak ke Shah Alam. Pendaftaran juga buat sehari awal kerana peserta yang terlalu ramai dan dianggarkan seramai 4000 orang yang akan hadir dgn satu matlamat untuk kaya dan berjaya.


Bila kita ingin berbuat kebaikan ada saja ujian yg hadir, sedikit kesesakan semasa perjalanan. Sebelum tu sampai DVD daripada Dr Azizan Osman. Hai Dr! Saya x sempat tengok lagi (sebelum ke IMKK) sebab buat preparation utk ke IMKK dan keje2 yang harus diselesaikan sebelum bercuti.


Pendafataran bermula jam 2.00 ptg, dan kami sampai pada jam 3.30 petang. Ini kawan2 kami yang turut serta untuk ke IMKK Mei 2016 kali ni. Kawan2 yang masing masing dari Selangor. IMKK kali ini berlangsungnya di IDCC Shah Alam. Apalah yang akan jadi selama 3 hari ini kita tidak tahu, mungkin aku akan balik dengan biawak-biawak atau mungkin antara kami nanti bergelar jutawan atau seorang yang terkenal...siapa tahu kan. Niat kami hanya untuk tahu apa sebenarnya yang ada dalam IMKK ni apabila melihat setiap kali peserta yang pergi berjaya meletop letop!


6 MEI 2016 - Jam 6.30 pagi dah gerak dari hotel, risau jalan jem tambahan pulak hari JUMAAT kerja kan. Bekpes dulu, x blh tinggai nanti berangin satu badan..... Punya la ramai...suami isteri terpaksa berpisah. Dah rasa macam kat Mekah dah. Tak sangka pulak mcm gini kan, nak masuk dewan pun dah bersesak sesak.


Gini lah kesesakan, gambar masa nak masuk aku ada snap cuma x pos kat mana2 nanti ada blh share kat sini. Kredit gambar ni aku ambil di Page Azizan Osman.
Selesai sesi pertama, mula rasa ketidak selesaan pada badan. May b kerana ketidak sesuaian aktiviti pada hari mula tambahan pulak kene tahan kencing untuk beberapa jam. (Detox rupanya...dah last day baru tahu).
Jumaat rehat lama sket, sempat la g makan....rest sekejap. Bila nak masuk balik nah dia....
Dan petang baru tahu Che Ta ngan Zain, Nubhan ngan wife dia dan Norman Hakim ngan Memey pun ada join skali. Tapi diaorg ambik pakej mahal duk nuuuu depan.
Macam seminar mudahnya berniaga juga, free sitting so bila masuk kome belarian la nak cr tempat duduk. Aku yang keseorangan ni xde geng beb, berpeleseran. Yang best nye setiap kali mula sesi baru mesti aku dapat kawan baru. means kiri kanan aku orang yang lain-lain.


See! Orang duk beratur ada yg siap makan kat situ...paling dasyat ada yg solat kat situ juga. Surau ada tapi sebab nk dapat tempat depan, kat situ pun jadi terutama bila time maghrib sebab selalu petang habis dalam kul 6 n masuk balik kul 8.00 malam. Memang solat kat situ je la.

Dr Azizan Osman sangat mengotakan janjinya....hari pertama berakhir pada jam 12.00 tgh malam...perjalanan balik mengambil masa dlm 15minit dan sampai hotel mandi bagai terus tido utk enegy esoknya.

Credit Photo : Page Azizan Osman

Day 2 #7 Mei 2015
Hari makin hari pengisian IMKK lebih kepada makan emosi dalam kata orang. Bukan senang nak buang biawak yang dah bertahta brape lama kat dlm badan ni kan. Penerangan dan tips diberi secara selang seli dengan aktiviti yang kami kene siapkan. pengisian kerohanian utk diterapkan dalam diri. Kami di ajar bahawa selagi connection kita dengan Allah tidak sekuat mana, selagi itu rezeki kita susah nak datang....hubungan dengan ibu bapa...sekiranya lukanya hati ibu bapa walaupun sekumit cuma hidup x berkat.

Alhamdulillah walaupun x cukup tido, aku tidak mengantuk tahap berair mata...masih mampu fokus sepanjang hari. Pada malamnya ada bacaan zikir bersama ustaz. Beginilah suasana dewan yang dipenuhi dengan 4000 peserta IMKK yang hadir dari setiap pelusuk Malaysia dan juga luar negara. Lautan manusia yang gigih nak capai apa yang mereka hendak dalam hidup.

Credit Photo : Page Azizan Osman
Bacaan zikir ni beramai ramai diketuai oleh ustaz ini. Masing-masing sediakan air untuk minum. Sbg air penenang jiwa, penerang hati gitu.
Credit Photo : Page Azizan Osman

Day 3 #8 Mei 2016
Hari penuh emosi...hari penuh jiwa....
Kenapa aku katakan begitu.....hari terakhir ni dari pagi sampai ke petang...semua peserta menangis....menangis...menangis....Sesi makan dlm jiwa, Sukar nak dijelaskan...sukar nak gambarkan. Bagi mereka yang hadir akan faham apa yang berlaku dan insyaallah ia memberi kesan hingga ke hari ni.
Buat pertama kalinya aku mencari enCik suami dalam lautan manusia, dan pertama kalinya juga aku memeluknya dikhalayak ramai.....aku bayangkan bagaimana JIKA AKU MATI DULU SEBELUMNYA.....apa akan jadi pada enCik suami dan JIKA DIA PERGI DULU SEBELUM AKU....
Part 2 
Korang masih ingat lagu ini...DAO minta kita reramai nyanyikannya....aku yang x pernah pernah nk teliti satu persatu liriknya, hari itu di depan skrin besar satu persatu aku perhatikan....selami ...dalami....tersentuh nurani....Ya Allah....bertapa kerdilnya aku.....
Satu dewan seramai 4000 manusia berjaya di pergolakkan emosi mereka. Tidak kira lelaki mahupun wanita....aku berani jamin semuanya menitiskan air mata....IDCC menjadi saksi segalanya.
Credit Photo : Page Azizan Osman

Satu keajaiban berlaku, mereka yang merokok mampu membuang rokok mereka tanpa rasa ragu ragu...tanpa sebarang alasan...tanpa sebarang desakan....Ya Allah apakah ini. Ada antaranya menangis dikala melemparkan RACUN itu atas niat untuk mengubah hidup. Untuk mengubah hidup kita perlu berubah, untuk berubah kita perlu bertindak.
Syukur alhamdulillah....aku datang ke program IMKK ini bersama suami....tiada sebarang sokongan daripada rakan-rakan....walaupun kita ceritakan pengalaman kita, mereka tidak pernah ambil tahu pun. Biarlah...biarlah.....aku tidak mahu hidup biasa-biasa...dah terlalu lama aku bergelumang dengan hidup yang biasa-biasa....kini tiba masanya aku hidup luar biasa.
Insyaallah, kami suami isteri cuba lakukannya...istiqamah, tawakal.....moga segalanya berjalan seperti mana yang kami kehendaki....
Tetiba rindu mak...rindu bapak.....
Credit Photo : Page Azizan Osman
Apa perasaan korang setiap kali korang SWITCH ????
Korang nak tahu x apa yang aku alami....????
Setiap kali aku lakukan SWITCH, setiap kali itulah bayang wajah lusuh mak dan bapak menjelma....
Bukan sekadar suara malah air mata turut berjurai....
Aku tertanya kenapa dan mengapa....adakah ini satu petanda......

Credit photo : Page Azizan Osman
Dia??? Siapa dia aku tidak pernah kenali....pernah ntah tahun bila mungkin 3-4 tahun lalu pernah orang berkata kelas dia boleh buat orang berjaya....namun ada aku kesahkan....aku pernah tengok sekali sahaja iklannya di dalam surat kabar. Aku tidak pernah mengikuti perkembangan beliau.... Di awal tahun ini ada enCik suami melihat video beliau...ooo Dia....

Di opis aku cuba cari di youtube....video2 beliau....hati ku terpaut utk tahu siapa Dia /beliau....
Dari hari ke hari aku melayani youtube...sehinggalah aku ke Klinik Usahawan....
Hinggalah aku terpanggil untuk ke IMKK......aku telah kenal siapa dia...? SIAPA DAO.....
Alhamdulillah Syukur ya Allah....kau beriku kesempatan untuk ketemu dengan insan ini....Terima kasih ya Allah.....moga KAU berkati hidup beliau ya Allah....
berilah apa sahaja yang beliau kehendaki sebaik-baiknya atas urusanMU ya Allah....

Buat Dr Azizan Osman....(sebak pulak pagi-pagi ni) sambil layan lagu Bila Tiba....
Walaupun saya duduk nun jauh dihujung....kelihatan tubuh doc hanya sebesar jari kelingking saya...
Namun perhatian pada setiap sesi tidak pernah longkai....walaupun saya dan suami tido hanya 3-4jam sehari, mata saya tidak pernah terlelap sesaat darinya....Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan itu.
Terima kasih tidak terhingga buat DAO segala pengorbanan selama 3 hari ini....halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar kepada kami......Doa mu di pengakhiran sesi sangat mengharukan....bagai tertusuk jiwa...bagai serahan jiwa kepada Allah pada saat itu.

Walaupun kami berniaga tidak segah mana, namun siapa tahu suatu hari saya dan suami mampu untuk duduk sebaris dengan mereka yang telah berjaya. Kami rindukan detik-detik bersama DAO walaupun kami lemas di dalam lautan manusia semasa itu....rindu pada abang bara-bara....rindu tuan jerry yang so comel.....nak bergambar dengan kalian, jauh sangat untuk sampai atau kami perolehi....
Hanya mampu merenung...bagaikan aku jatuh cinta lagi!!!!! 
Beginilah suasama setelah sesi tamat....aku grad! Grad for IMKK Mei 2016.

Insyaallah moga kita dapat ketemu lagi....
Moga penulisan saya ini yang tidak seberapa, tidak mampu untuk bermain emosi kalian tapi mungkin kita sama-sama boleh mengimbau ia sebagai sebuah kenangan.....
Salam sayang daripada kami....
 [ Mata dah bengkak nangis kat opis ni...aku perlukan kekuatan untuk menulis entry ini..... ]


Wednesday, June 8, 2016

Apa Yang Aku Mahu 101 Impian

Assalam
Day 3 Ramadhan
Sebelum aku terus ke story IMKK, rasa macam nak share sesuatu
Semasa IMKK, Dr Azizan suruh kami menyenaraikan 101 impian. Selama ni mesti korang ada banyak impian kan....Teringin itu teringin ini....
Tapi tahu tak korang, bila korang cuba senaraikan korang akan rasa APA LAGI YANG AKU NAK TULIS, walhal selama ini banyak benor benda nak....hahaha
Try la....try sekarang.....huhuhu
And itulah yang terjadi kepada aku....kenapa? Aku sampai xtahu apa nk tulis, cuma sampai sehingga 45 impian sahaja. Kenapa? Tanya lagi kan....
Sebab secara asasnya kita hanya perlukan 3 perkara dan segala mak nenek yang kita nak tu adalah di bawahnya. Faham ke idak????
3 Perkara itu adalah BEBAS MASA, BEBAS PILIHAN & BEBAS KEWANGAN
Apa benda tu????
Bebas masa....
Korang boleh buat apa sahaja, x kira masa...tetiba nak cuti....blh cuti...blh melancong sana sini. Rasa nak balik kampung jumpa mak bapak, xde hal la bila kita ada banyak masa. Nak belajar mengaji, nak buat solat sunat banyak2....nak tengok movie bagai, xde sape melarang bila kita BEBAS MASA.
Bebas Pilihan ...macam mana tu?
Ikut korang la, nak beli apa...nak buat apa....ada beg harga RM50 je, tapi korang nak beli beg RM50k...apa ada hal? Korang mampu memilih dan pastinya ada sebab kenapa korang pilih macam tu. Boleh pilih nak ke x nak....sape kesah pun....Biarlah orang kata membazir atau menunjuk, mulut org mana mampu nak tutup kan.....kita mampu dan kita dah dapat nikmat BEBAS PILIHAN TU
BEBAS KEWANGAN
Tiada hutang....simpanan belambak....apa lagi....Bila duit dah banyak, nak g buat haji boleh....nak bawak mak bapak skali pun xde hal...nak belikan mak bapak umah ke kan....Duit dah banyak dan time ni la kita kene bahagiakan mak bapak kita....happy kan mereka. Bila mereka happy, insyaallah hidup kita lebih berkat dan mudah untuk segala hal.
PECAYALAH....
Fikir-fikirkan.....

Tuesday, June 7, 2016

KISAH BENAR - Percaya Jangan...Baca Je Baru Kau Tahu

Salam Ramadhan....
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini. Mungkin selama ini terkadang aku terlupa, aku terlupa untuk bersyukur....betapa rakusnya aku sebagai umat yang tidak menghargai segala yang diberi OlehNya selama ini.

Aku bersyukur ya Allah....aku sangat kerdil di sisi mu....bawalah aku terus ke landasan Mu
Agar aku perolehi segala kejaiban keangunganMU yang seringkali ditagih oleh semua umatMu....

Sekadar berkongsi coretan...nukilan....apa yang aku jalani selama sebulan ini...
Untuk mengubah hidup yang selama ini biasa-biasa yang tidak tentu hala, yang tahu untuk mendapatkan sesuatu namun terlupa akan DIA. Aku perlu bertindak untuk jadikan kehidupan ku lebih luar biasa dari biasa, lebih bermakna dari tiada apa-apa....

Aku terpanggil untuk melangkah ke satu tahap bagi menuntut ilmu pada awalnya...
Aku ingin majukan diriku..majukan perniagaan ku...demi menambah rezeki ke satu tahap lebih diagungkan, yang lebih mengujakan sepertimana Dato Vida perolehi, sepertimana Dato Alif Syukri dihujani dengan nikmat . MEREKA BEBAS MASA, BEBAS KEWANGAN, BEBAS MEMBUAT PILIHAN....alangkah nikmatnya.

"untuk jadi jutawan kita perlu ada mentor seorg jutawan, ikut cara dia mcm mn dia berjaya" 
Bapa saya seorg yg tlh berjaya & tdk bermakna sy tdk berbangga dgn beliau. Cuma x slh kalau sy inginkan sesuatu yg lebih agar mak & bapa sy berbangga dgn anak mereka. Insyaallah.
Bismillahirrahmannirrahim....

Berbekalkan tiket RM 30.00 aku dan enCik suami ke Seminar Mudahnya Berniaga di Syuen Hotel. Sebelum itu, aku mencari kawan untuk bersama-sama ke seminar ini namun amat sukar diperolehi. Kenapa? Hati tertanya, tidak faham mengapa, apa dia....aku tekad! Kiranya tidak memulakan bilakan dapat meraih hasilnya betul tak?



Seramai-ramai umat...aku terselit disitu....Ya Allah berkatilah apa yang aku lakukan ini. Aku hanya ingin meraih nikmatmu dengan jalan yang benar. Alhamdulillah enCik suami bersama-sama dengan ku...syukur kerana dia juga serasa, sependapat & seiring dengan apa yang ada di dalam hati ini. Sampai juga aku di seminar Dr Azizan Osman. Satu seminar yang separuh hari, bayar RM 30.00 dapat buku bernilai RM 45.00. Kau rasa gila ke? Nampak x macam mana beliau memberi manfaat kepada orang ramai dengan adanya dia, dan TIADA SEBAIK BAIK MANUSIA APABILA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN.

Dengan apa yang diberi, apa yang didengari...aku perlu berbuat sesuatu....

Sanggupkah anda melabur untuk satu nilai wang ringgit bagi mendapat ilmu yang korang boleh gunapakai sampai bila2....aku bukan kaya, tapi aku ada kemahuan. Aku ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan MAGNET antara kita dengan ALLAH. Jadi aku perlu pergi ke Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Biarlah aku ambil pakej yang terlebih murah asalkan aku dapat juga ke sana. Dari RM 3997 dapat offer jadi RM 2997. Diberi voucher RM 1000 baki RM 997. 
Dari RM 997 daftar seorang dapat 2 tempat lagi...kau rasa RM 350 seorg xkan x mampu kut kan.

Rezeki tidak datang bergolek, tapi ni rezeki dah terhidang depan mata tapi masih tak buat apa2 lagi. Daftar trussssssss.....duit boleh dicari.....aku sedar aku tahu, belanja hotel, makan, semua itu perlu diambil kira. Pakej tersebut tiada mengandungi penginapan, tiada makan....

Mungkin korang rasa kejam sebab tak mcm kursus2 biasa...tapi ini adalah KURSUS LUAR BIASA. 

Korang xkan faham...sebab korang tak hadir...cuma satu perkongsian, apabila orang dapat sesuatu PERCUMA orang lebih tidak menghargai dari dia membayar untuk mendapatkan sesuatu.....

Jumpa next enrty....perjuangan ku dari manusia biasa2 ingin jadi lebih luar biasa...insyaallah dengan izin ALLAH segalanya tidak mustahil.



019-5645970

Monday, November 25, 2013

Akhirnya...Inilah Villa Indah ku....huhuhu

Setelah buat segala benda, bubuh macam2 rumah jadi kecik plak...hahaha
Ni la dia, ceh mcm kemas jer....gbr ni ambik ms nk raya ritu....so kemas la kan....
Photo ini diambil dr sisi atas tangga untuk naik ke tingkat atas.....berdindingkan merah, berlangsirkan hitam...tetiba atas muka Aaron aziz plak...kuikuikui.....
Balang biskut raya pun ada...... =)

 Sekarang daripada depan tangga plak......nampak la plak siling nye....
Aku nih berangan bagai nak hias, bila hias xde la plak nampak mcm elegan pun....kuikuikui...berangan je lebih.....Tv rack ditempah dengan Era Fabric dan almari simpel besi tu dibeli di IKEA.


Sofa bentul separuh bulatan yang kami pilih, dah tempah / booking sebelum rumah siap lagi. Sebab masa tu ada offer.....banyak murahnya dekat 2k.....so bayar deposit je dulu untuk dapatkan harga yang murah tu....
Sofa di beli di TD Furniture....kat sana banyak koleksi perabut yang best, dan berkualiti....
Balang biskut raya dan bantal petak-petak tu beli di AEON, Station 18...time offer jugak.....bantal tu RM9.90 dan balang RM4 jer....jadilah kan....lapik merah tu pun sama jgk....


Dari sudut ruang makan, ada 4 cermin gelombang hasil dari shopping di IKEA....mula nk buh 5 baru cantik....tp ruangan plak x mengizinkan sebab benda2 mcm gini lebih elok bubuh dlm angka yang ganjil.
Meja makan simpel je....yang berkenan siap batu marmar dan ada bling2...tp x mampu nak bayar....so dari Lorenzo tengah offer....rembat je la wat sementara ni...nanti raya xde meja makan plak....huhuhu
Sampailah ke part yang agak semak di mata...hahahaha. Ni pandangan daripada dapur kering. Menampakkan kabinet dapur yang telah dibuat dan sangat banyak pengisian di situ.....botol kicap pun nampak. Mana x nye, kalau di sorok nanti bila nak guna payah nak kene ambik....so wat masa ni xde peruntukan untuk beli balang yang seragam dan sesuai agak nampak lebih kekemasan di situ. Jadi perlu redho je dengan keadaan sebegini sehingga diberi tahu kelak....

 Dari hadapan ruang makan ke dapur kering....terdapat barang yang menyakitkan mata di bawah sinki itu...siap ada touch-light kat situ...apasal erk???? Tapi skrg item2 tersebut telah dihabpuskan.... =). Belum ada bajet utk tambahan karpet, jadi pakai tikar je dulu....


Jom masuk ruangan dapur basah.....langsir hanya guna bidai sahaja......malas nak basuh, so blh lap ajer....pemilihan warna kabinet adalah tidak disengajakan....sangat tidak maching di situ.....

 Tengok la kualiti berkarat itu.....jadi mcm gitu sebab rajin sgt masak (sambil letak tangan kat dada)...hehehe, sebab ada 2 kuali je kat umh ni. Ni yang kecik, satu lagi yang sederhana besar....sangat ketandusan.....Tapi sekurang kurangnya nampak bawang disitu....bukti, telah berlaku adengan masak memasak.....


Ni la tambahan kabinet simen tu......dah siap berpintu....dapur ada dua je, dan dapur basah x besar sgt pun....so x leh masuk ramai-ramai....nanti x cukup oksigen plak.....


Kita naik ke tingkat atas....corner ni memang x siap lagi sehingga hari ini. Harap maklum yer....
Haha...sebab bajet xde....so segalanya berpeleseran saja di sini begini.....
Ruangan dinding merah ni nk buh frame, tp proses pemilihan gambar sangat sukar...so frame x buat-buat sehingga ke jari ini......Cadangan tempat ni nak buat tempat lepak2....nak buh satu tv lagi.... ada rak sket....blh la simpan pape yang patut yang selerak tu...

 Rak yang sangat sarat dengan buku-buku time study dulu...termasuk juga album2 kenangan......



Sekian la antara lokasi-lokasi yang telah siap untuk tatapan. 
Segala yang dipaparkan adalah sebagai tanda kenangan untuk diri sendiri, may be 10 tahun akan datang rumah ini akan berubah wajah siapa tahu kan.....tiada sebarang niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk....

Thursday, November 7, 2013

Before n After

Hai...morning, walaupuan badan sangat lemah...rasa nak baring jer.....(demam selsema) tapi memandangkan dah datang opis, x lalu nk wat apa....kita update blog...may be entry ini akan boring sebab keadaan penulisnya x ok.....terpaksa,,,huhuhu.....
Ok kat bawah ni nampak orang yang tengah angkat tangan  tu, dia tgh plaster area kayu tu....plaster siling masih dalam pembinaan....tuan rumah terutamanya isterinya gatai nak buh benda tu.....buh, kang x tido malam pulak....
Gini la keadaannya bila dah siap......dah buh lampu, cuma tengah2 tu nak buh kipas. Tapi xde bajet lagi.....so berwayar la buat sementara waktu dulu nih....
Gambar kat bawah adalah keadaan ruang tamu semasa sedang pembinaan plaster siling....giler semakkan??? Kotor....that why la nape aku kata kena buat benda ni dulu.....paling geram, bila buat benda ni...suka suki je diaorang tulis2 kat dinding aku ni....comot2kan...nak x nak kena la cat balik kat semua ruang bahagian bawah nih....bajet meningkat beb! Memang nak cat featrures wall, tapi bila dah tambah warna lain n tambah kawasan, sah2 segalanya bertambah kan.....
Ni la dia keadaan dapur basah ( wet kitchen).....aku hanya menggunakan aluminium kabinet jer sebab harga dia yang mampu aku bayar dengan keadaan besar dan panjnag yang aku nak...tapi x dpt la nk pilih skin yang cantik2...just ada warna plain kaler jer........
 Kat dapur ni aku x guna langsir pun....guna bidai je, senang nak cuci. Lap je....(Macam rajin masak je kan)
Yang bawah ni.....simen bahagian ni yang ditambah kalau tak kosong je....xtau nak buh dapur kat mana kan. Nak x nak kene la tambah.....gambar sebelah bila cabinet dah siap...sila abaikan kuali yang tak cantik itu tp banyak berjasa....hehehe

Ruang tengah, dapur kering....sebelum buat cabinet macam luas je....bila dah siap, mcm penuh pulakkan. Kalau x buat x blh sebab nak simpan pinggan mangkuk yang ada, yang org bg masa hadiah kawen ritu....segala tupperware...

Time ni atas kabinet memang still semak...xtau mcm mn nk clear kan...sbb mknn instant2 ni senang bila ada kat luar...klu buh dlm kabinet nk bukak tutup pulakkan....hahaha abaikan je la.....
Gambar bawah, masa dinding hall masih kosong....hanya ada cat merah jerk...pastu nk wat rack utk tv...nk wat penuh tp bajet x cukup.....jadi wat la mcm gini.....jadilah.....ada rezeki lain kita tambah lain pulak.
Nak menghias rumah ni memang seronok.....pikirkan bajet jer....klu ada banyak memang boleh wat boom boom punya....
stop dulu...nanti kita tengok bila semuanya dh susun...walaupun dah hampir setahun kami duk sini... =)



Tuesday, October 22, 2013

Stage berikutnya...Renovation N Pindah Umh

Assalamualaikum,
Walaupun dah dekat nk setahun kami dah duk rumah sendiri.....bari ni kesempatan nak update progress nye....entry sebelum ini (masa rmh baru siap)

Renovation rumah sangat banyak guna duit....duit mengalir sangat deras...
Tapi orang kata 'xper...untuk rumah sendiri...' secara jujur memang mendapat kepuasan untuk diri sendiri tetapi, dalam tangan memang duit tu terasa la kurangnya berbanding membeli barang-barang yang lain....

Apa yang mula-mula aku buat????
1. Buat siling rumah dulu....
Pasal apa, korang sendiri blh tgk macam mana keadaan rumah bila kita buat plaster siling.....kalau dah masuk barang, memang susah nak buat...plaster siling ni aku yang pilih dan mengikut kesukaan aku. Ada yang kata nanti bersawang la...susah nak bersihkan la....apa yang penting, aku suka! Yang nak cuci nya aku, orang yang bercakap bukan nolong pun.....so x kesahlah apa orang nak kata, yang nak duk rumah ni aku jugakkan...so biarlah cantik dari pandangan mata sendiri =)

2. Grill....dan cat features wall
Grill teringin nak buat yang berbunga tapi kata enCik hubby biar simpel....nak buat standless steel....duitnya kurang ado....sbb banyak benda lagi nak dibuat lagi....so pakai besi biasa dulu. Janji keselamatan rumah tu lebih dititik beratkan walaupun alarm rumah telah sedia ada. Design ni dikatakan sebagai 'japan bamboo'... Ni pilihan enCik hubby.... next.....warna dinding adalah pilihan kami....ada merah, ada ala2 kelabu....

3. Pemasangan Lampu dan Kipas....
Sebenarnya macam senang nak pilih lampu...tp bg aku susah....tips dari aku....mula2 korang kene senaraikan berapa banyak lampu yang diperlukan mengikut jenis yang sesuai. Pastu decide pattern dan bilangan yang nk diletakkan di ruangan tertentu...lastly kira balik, sama tak jumlah nya dengan jumlah besar yang korang kira mula2 tadi...(dah macam akaun plak...hahaha)....tu belum korang kira harganya....pilih sonok, nak yang hebat, stylis....mewah....tgk harga, mampu ke??? hehehehe...tepuk dada tanya selera......Lama jugak proses pemasangan ni dari pagi sampai malam....tebuk sana sini......
 Siling kat bahagian ruang makan yang telah siap di renovation, Kipas je xde, tersilap kira n sampai sekarang x buh lagi sbb bajet kurang hehehe
Kelihatan grill bamboo design n lampu downlight di ruang tamu. 

4. Time basuh rumah....
Bila dah siri berabuk habis, baru basuh....xde la kene dua 3 kali basuh kan......
Setengah orang suka orang ramai tolong basuh, tapi bagi aku ni pelik sket...klu boleh memang aku nak buat dengan enCik hubby je...tp bukan senang sbb rumah besar....sbb bila ada orang tolong ni kekadang kita tak tahu keadaan orang lain buat...pastu akan bertembung step untuk basuh (mesti korang tak faham)...macam klu rumah double story, korang kene basuh kat atas dulu sbb air akan turun ke bawah ikut tangga...klu dah basuh bawah tetiba air dari atas turun, kene bilas balik kan.....so bila ada yg cuci bawah dan atas serentak, payah sket la kat situ....pastu setengah orang basuk ikut je, janji cepat siap....aku ni payah sket....banyak sangat piawaiannya =)

5. Langsir
Bab ini, kain kami beli n pilih sendiri....bagi pada tailor untuk jahitkan....untuk bilik atas pilihan aku sendiri...bilik kami enCik hubby yang pilih and sliding bawah kami pilih....rambang mata jugak nak pilih kain...harga lain-lain....so kene pandai matematik masa ni untuk melihat hasilnya samada berbaloi or tak... pergi riamoda la....nagoya la...kamdar...merata, kain sliding bawah beli kat kamdar, untuk bilik beli di nagoya.....semuanya ada night curtain.....

6. Baru boleh bawak barang....
Sapa kata? sepatutnya tunggu kabinet kitchen siap dulu sbb senang sampai barang blh trus loading dalam kabinet. Tapi kami urgent n xsempat untuk servey masa tu...so mmg kene bawak terus je barang, timbunkan bebanyak sebelu separate utk simpan. Masa ni jugak adalah perabot yang sampai sikit2....kami x beli byk pun, ikut bajet yang ada....sbb sebelum ni rumah kami memang tak de perabot. Ada sket2 pun kami duk jual kat orang...konon masuk umah baru nak yang baru.... =) serius! Bila barang rumah lama , x bleh nak match utk rumah baru. tidak sesuai....
 Sebahagian barang yang perlu di susun, nampak macam sikit...tapi bila dah di rungkaikan....macam banyak plak.

Gambar latest setelah di susun, masih belum boleh disiarkan kerana belum habis susun sebenarnya. Nampak semak lagi. Nantilah akan datang k. Mana la tahu kut ada yang nak bg inspirasi or dapat idea dari rumah kami yang serba sederhana.
7. Proses susun barang....
Bab ini yang paling ngeri....hahahaha mana tak nyer.....sangat letih bkn sj dari segi fizikal tetapi juga mental. Nak tahu nape....nak tak nak mesti kene ada plan or strategi untuk simpan barang tu di mana-mana...barulh dpt save ruang...mn brg yg nak selalu pakai, yg kurang pakai...yg x nak pakai langsung....sbb yang kene ingat semua ini adalah si isteri....nanti tetiba x tahu plak letak barang kat mana.....walaupun barang kitaorg x brape nak banyak....tp take time jugak la....n kalau tak percaya sampai skrg masih belum ready sepenuhnya gara-gara ada perabot yg x cukup lengkap lagi, so x blh nak simpan barang. Lagipun bulan demi bulan sgt sesak dengan kerja-kerja, jadi masa untuk memberi perhatian kepada rumah sgt terhad sbb badan pun dah letih.....

susun atur setelah ready akan diupdate kemudian......
Kesimpulannya.....duit banyak habis...badan sangat letih = tetiba rasa nak bercoti......

Hasilnya dari pandangan rumah kosong...
 Langsir hitam kombinasi dengan warna feature wall merah....semua org terkejut dengan warna ni
Apapun kami suka....

 Siling yang orang kata susah nak cuci tu, tapi aku suka sbb bila kene dengan effect lampu sebelah dalam tu nampak cantik....ruang sebelah sana nampak kosong lagi sebab kitchen kabinet x buat lagi...

Pandangan dari ruang makan ke ruang tamu. Sebelah kiri tu pintu bilik di bawah. Wayar yang terjuntai atas pintu tu wayar utk loceng. Loceng x diberi, kene bubuh sendiri. So kene tunggu bajet akan datang sebab benda tu bukan major keperluan.

* Tiada niat sebarang keriakan pun atas tujuan mempamerkan gambar di atas. Hanya untuk berkongsi perkembangan diri dan juga simpanan peribadi di blog sendiri.

Wednesday, June 19, 2013

Alhamdulillah...enCik Hubby MENANG!

13 Jun 2013, RTC Gopeng, Perak - Dengan satu pesanan ringkas dilayangkan aku dan Encik hubby terkejut kerana menerima kabaran bahawa enCik hubby menang dalam pertandingan mencipta logo. YeaY!
Memang tidak disangka , mana tak nyer....last minit buatnya....due date 11hb....jam 4 petang baru kelam kabut nak buat sebab terlupakan date tu....hadui....seperti biasa si bini ni duk push si enCik hubby....

Mata si bini ni tajam sket (walaupun juling + rabun silau)...hahaha memang akulah pengkritik utama hasil-hasil tangan enCik hubby.....enCik hubby dah biasa dah....

Apapun si bini tetap dapat syer...hahahaha......hadiah yang akan diberi nanti wang tunai bernilai RM250....Tahniah buat enCik hubby....dia pun x sangka sebenarnya....

Wednesday, March 6, 2013

1st Time Masuk Pameran Pengantin - Teruja!


Walaupun kami dalam kesibukan berpindah rumah....membawa barang ulang alik....(sambil otak kene ingat tempat barang-barang yang aku simpan)...kitaorg juga kene buat persiapan untuk memasuki Pameran Pengantin Gerbang Perkahwinan anjuran Dios dengan Usahasama Utusan.
1st time beb, sib baik la ada modal untuk wat sampel custom album, wat sampel poster frame , buat fylers, bunting, dan juga modal untuk bayar sewa booth.
semuanya berlaku dalam minggu yang sama....
pindah 26hb Dis and pameran start 28-30 Dis....xke darurat namanya tu.....
x tenteram hidup untuk minggu tu....dengan orang nak wat rumah la...wat gril la, langsir la....huh...serius x penah rasa macam sibuk giler cam gini.....
apapun nak kene usahakan jugak sebab ini je peluang yang kitaorang dapat....
So jangan lepaskan peluang ini.....
Kami berkongsi booth dengan Butik Shaadi, akak ni yang ajak kitaorang untuk join pameran ni....
Inilah booth kitaorang yang berkongsi bersama Butik Shaadi

1st day.....
agak memboringkan....ada yang datang bertanyakan tentang pakej yang kami tawarkan.....
agak mengantuk jugak la....
aku tunggu kat booth bersama Yuyeen....sib baik la ada yuyeen....kitaorang ajak Yuyeen dengan adik dia Anem....untk bantu kitaorg....nak tunggu berdua je teruk jugak weh....lagipun diaorg ni pakar dalam bab2 'paksa' orang untuk booking (hahahaha...paksa sangatkan....)...
enCik hubby masa ni ulang alik dari umh lama ke umh baru mengambil barang2 kecil yang masih x habis lagi....sehingga malam masih tiada sebarang tempahan......

2nd day...

Ermmm...hari ni menjelang tengahari...barulah ada yang berani untuk booking pakej yang kami tawarkan....
Anyway, dari seorang meningkat ke seorang....penat bercakap jugak...ulang ayat yang sama untuk puluhan kalinya. Sib baik si Yuyeen and anem ada...bila dah penat mintak diaorang plak bantu....oh ya, x lupa jugak si usin...kelas kau usin!
Tahniah jugak pada yuyeen yang berjaya mencapai misi yang beliau tetapkan sendiri...(apa dia??? RAHSIA!). but not at least...dia berjaya...and Anem, telah berjaya menjadi esekutif marketing yang berjaua....korang memang hebat....
Sambil tu kat sinilah tempat yang paling selesa bila berjumpa dengan artis....untuk hari ni ada Haiza Dag Dig Dug and Black....orang so so je x brapa ramai...so memang senang nak tgk artis dari dekat. N orang yang paling bertuah masa ni adalah USIN.....Haiza siap datang kat dia nyanyi sama-sama....tak tido malam dibuatnya.....Haiza walaupun telah melahirkan, dia tetap cantik walaupun badannya berisi sedikit.


3rd day.....
Hari ni last day, serius sangat letih...kene bangun awal pagi...gerak ke stadium...dengan barang rumah pindah yang masih tidak tentu hala....kerja kene jugak buat sebab nak cari duit tambahan kan...balik lewat malam...berulang dari rumah mak.....Hari ni pulak memang ramai pulak yang dah buat keputusan untuk booking gambargrapher kami...memang rezeki, alhamdulillah...cuma kekadang tu oening jugak bila ada date yang clash dengan majlis lain....bukan tamak...bila kesian sangat pada wajah-wajah yang datang....ada jugak yang clash, tapi kami akan hantar team kitaorg untuk setelkan keje tu....sasaran utama adalah USINNNN.....

Bermula Februari jadual kami akan bermula untuk 3 minggu berturut-turut...so dengan itu aku mengisytiharkan bahawa  dalam 3 minggu itu juga la aku akan bekerja selama 7 hari seminggu....macam ngeri je dan amat memenatkan. Tapi apakan daya.....nak mencari rezeki lebih...moga Allah swt memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

PENUTUP


Wajah saya.... =)

Friday, March 1, 2013

Kami Masih Berdua....

Salam Jumaat buat semua pembaca....

Ermmmm dah masuk bulan Mac 2013.... cepat masa beredar, begitu juga dengan putaran umur aku....
Merancang untuk preggy kembali sudah pun mencecah 2 tahun sejak berpindah ke Perak
Namun rezeki Allah swt yang tentukan....
Kami terus berusaha...terus berdoa tanpa jemu....
dan sehingga saat ini, kami masih berdua......

Mungkin pernah ada yang membaca kisah sadis yang pernah aku lalui...
Bila aku akan dipanggil mama....
Aku juga pernah minum air dari buah zuriat yang ramai yang menyarankan tentang nya
dalam usaha memperolehi zuriat...
Mungkin tak de entry tentang jawapan tentangnya....
dan sekarang dah ada jawapannya...masih tiada....entry blh di cari di Label KISAH AKU

Terus menanti tanpa jawapan yang pasti......

Monday, January 21, 2013

Rumah Dah Siap!!!!

Rumahku...syurgaku.....
Rumah ku telah siap dengan sempurnanya pada Disember 2012 yang lalu....
Rumah asal yang ori tanpa sebarang renovation....
So dalam bulan Disember  jugaklah sebok buat segala renovation dan segala pengaliran duit masa ni tersangat deras....bayar itu ini....
Alhamdulillah rezeki Allah swt beri, dapatlah buat perubahan sikit di rumah mengikut idaman hati
Bukan hendak menunjuk tetapi untuk kepuasan diri sendiri yang hari-hari nak duduk kat umh ni sampai bila2....nak beli yang lain wat masa ni xde planning lagi...kalau ada rezeki lebih insyaallah.... Allah Maha Besar.....
Koleksi phot-photo dari mula kelahiran rumah ini hingga sempurna pembinaannya....


Sangat teruja untuk menghias rumah sebenarnya, cuma peruntukkan yang tidak begitu mengizinkan...
Apapun cukup untuk keselesaan...alhamdulillah....
Cuma masalah yang aku hadapi masa itu, masa yang sangat tidak mengizinkan....
Buat renovation mengambil masa, sebab kalau boleh nak pindah setelah semuanya setel...senang sket sebab nanti dah bawak barang susah plak kan....

Ingatkan dalam hujung bulan 1 or pertangahan bulan 1 ke nak pindah, at last tetiba ada org nak masuk sngt2 rmh sewa kitaorang ni..kelam kabut la dibuatnya. Sebab barang2 x kemas pape pun....on Krismas ritu, just bawak barang2 besar yang ada...brg kecik2 tu siap berangkut dekat 10 kali kut....hbs duit minyak....
wat sementara ni duduk umh mak dulu sementara rumah bersepah n sgt tidak selesa....

Apapun photo-photo perubahan daripada sebelum sehingga setelah buat renovation...walaupun tidak secantik hiasan rumah mcm dalam magazine tu, alhamdulillah....ini yang kami mampu dan mengikut citarasa kami suami isteri....Alhamdulillah...akhirnya dapat juga sebuah rumah. Maklum sajalah, harga rumah semakin hari semakin mahal...

Masa ni agak excited sket sebab rumah dah hampir 70% siap. Pastu risau plak kut2 xde duit lagi untuk wat persiapan perpindahan......


Photo kat sebelah, cermin dah pasang masa Julai 2012. Pagar pun dah cat. Pintu dah pasang tapi tak cat lagi.



And the end, Disember 2012 welcome my lovely house.....next entry, apa yang terjadi dari idea suami isteri ini...hahahaha




Tengah plan untuk wat sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat agar semuanya diberkati Allah swt.