Masih terngiang lagi kata-kata beliau "AKU HANYA PINJAM HIDUP KAU 3 HARI JE".
dan kami telah bersedia untuk itu...Sehari lebih awal kami telah bergerak ke Shah Alam. Pendaftaran juga buat sehari awal kerana peserta yang terlalu ramai dan dianggarkan seramai 4000 orang yang akan hadir dgn satu matlamat untuk kaya dan berjaya.
Bila kita ingin berbuat kebaikan ada saja ujian yg hadir, sedikit kesesakan semasa perjalanan. Sebelum tu sampai DVD daripada Dr Azizan Osman. Hai Dr! Saya x sempat tengok lagi (sebelum ke IMKK) sebab buat preparation utk ke IMKK dan keje2 yang harus diselesaikan sebelum bercuti.
Pendafataran bermula jam 2.00 ptg, dan kami sampai pada jam 3.30 petang. Ini kawan2 kami yang turut serta untuk ke IMKK Mei 2016 kali ni. Kawan2 yang masing masing dari Selangor. IMKK kali ini berlangsungnya di IDCC Shah Alam. Apalah yang akan jadi selama 3 hari ini kita tidak tahu, mungkin aku akan balik dengan biawak-biawak atau mungkin antara kami nanti bergelar jutawan atau seorang yang terkenal...siapa tahu kan. Niat kami hanya untuk tahu apa sebenarnya yang ada dalam IMKK ni apabila melihat setiap kali peserta yang pergi berjaya meletop letop!
6 MEI 2016 - Jam 6.30 pagi dah gerak dari hotel, risau jalan jem tambahan pulak hari JUMAAT kerja kan. Bekpes dulu, x blh tinggai nanti berangin satu badan..... Punya la ramai...suami isteri terpaksa berpisah. Dah rasa macam kat Mekah dah. Tak sangka pulak mcm gini kan, nak masuk dewan pun dah bersesak sesak.
Gini lah kesesakan, gambar masa nak masuk aku ada snap cuma x pos kat mana2 nanti ada blh share kat sini. Kredit gambar ni aku ambil di Page Azizan Osman.
Selesai sesi pertama, mula rasa ketidak selesaan pada badan. May b kerana ketidak sesuaian aktiviti pada hari mula tambahan pulak kene tahan kencing untuk beberapa jam. (Detox rupanya...dah last day baru tahu).
Jumaat rehat lama sket, sempat la g makan....rest sekejap. Bila nak masuk balik nah dia....
Dan petang baru tahu Che Ta ngan Zain, Nubhan ngan wife dia dan Norman Hakim ngan Memey pun ada join skali. Tapi diaorg ambik pakej mahal duk nuuuu depan.
Macam seminar mudahnya berniaga juga, free sitting so bila masuk kome belarian la nak cr tempat duduk. Aku yang keseorangan ni xde geng beb, berpeleseran. Yang best nye setiap kali mula sesi baru mesti aku dapat kawan baru. means kiri kanan aku orang yang lain-lain.
See! Orang duk beratur ada yg siap makan kat situ...paling dasyat ada yg solat kat situ juga. Surau ada tapi sebab nk dapat tempat depan, kat situ pun jadi terutama bila time maghrib sebab selalu petang habis dalam kul 6 n masuk balik kul 8.00 malam. Memang solat kat situ je la.
Dr Azizan Osman sangat mengotakan janjinya....hari pertama berakhir pada jam 12.00 tgh malam...perjalanan balik mengambil masa dlm 15minit dan sampai hotel mandi bagai terus tido utk enegy esoknya.
Credit Photo : Page Azizan Osman |
Day 2 #7 Mei 2015
Hari makin hari pengisian IMKK lebih kepada makan emosi dalam kata orang. Bukan senang nak buang biawak yang dah bertahta brape lama kat dlm badan ni kan. Penerangan dan tips diberi secara selang seli dengan aktiviti yang kami kene siapkan. pengisian kerohanian utk diterapkan dalam diri. Kami di ajar bahawa selagi connection kita dengan Allah tidak sekuat mana, selagi itu rezeki kita susah nak datang....hubungan dengan ibu bapa...sekiranya lukanya hati ibu bapa walaupun sekumit cuma hidup x berkat.
Alhamdulillah walaupun x cukup tido, aku tidak mengantuk tahap berair mata...masih mampu fokus sepanjang hari. Pada malamnya ada bacaan zikir bersama ustaz. Beginilah suasana dewan yang dipenuhi dengan 4000 peserta IMKK yang hadir dari setiap pelusuk Malaysia dan juga luar negara. Lautan manusia yang gigih nak capai apa yang mereka hendak dalam hidup.
Credit Photo : Page Azizan Osman |
Credit Photo : Page Azizan Osman |
Day 3 #8 Mei 2016
Hari penuh emosi...hari penuh jiwa....
Kenapa aku katakan begitu.....hari terakhir ni dari pagi sampai ke petang...semua peserta menangis....menangis...menangis....Sesi makan dlm jiwa, Sukar nak dijelaskan...sukar nak gambarkan. Bagi mereka yang hadir akan faham apa yang berlaku dan insyaallah ia memberi kesan hingga ke hari ni.
Buat pertama kalinya aku mencari enCik suami dalam lautan manusia, dan pertama kalinya juga aku memeluknya dikhalayak ramai.....aku bayangkan bagaimana JIKA AKU MATI DULU SEBELUMNYA.....apa akan jadi pada enCik suami dan JIKA DIA PERGI DULU SEBELUM AKU....
Part 2
Korang masih ingat lagu ini...DAO minta kita reramai nyanyikannya....aku yang x pernah pernah nk teliti satu persatu liriknya, hari itu di depan skrin besar satu persatu aku perhatikan....selami ...dalami....tersentuh nurani....Ya Allah....bertapa kerdilnya aku.....
Satu dewan seramai 4000 manusia berjaya di pergolakkan emosi mereka. Tidak kira lelaki mahupun wanita....aku berani jamin semuanya menitiskan air mata....IDCC menjadi saksi segalanya.
Credit Photo : Page Azizan Osman |
Satu keajaiban berlaku, mereka yang merokok mampu membuang rokok mereka tanpa rasa ragu ragu...tanpa sebarang alasan...tanpa sebarang desakan....Ya Allah apakah ini. Ada antaranya menangis dikala melemparkan RACUN itu atas niat untuk mengubah hidup. Untuk mengubah hidup kita perlu berubah, untuk berubah kita perlu bertindak.
Syukur alhamdulillah....aku datang ke program IMKK ini bersama suami....tiada sebarang sokongan daripada rakan-rakan....walaupun kita ceritakan pengalaman kita, mereka tidak pernah ambil tahu pun. Biarlah...biarlah.....aku tidak mahu hidup biasa-biasa...dah terlalu lama aku bergelumang dengan hidup yang biasa-biasa....kini tiba masanya aku hidup luar biasa.
Insyaallah, kami suami isteri cuba lakukannya...istiqamah, tawakal.....moga segalanya berjalan seperti mana yang kami kehendaki....
Tetiba rindu mak...rindu bapak.....
Credit Photo : Page Azizan Osman |
Apa perasaan korang setiap kali korang SWITCH ????
Korang nak tahu x apa yang aku alami....????
Setiap kali aku lakukan SWITCH, setiap kali itulah bayang wajah lusuh mak dan bapak menjelma....
Bukan sekadar suara malah air mata turut berjurai....
Aku tertanya kenapa dan mengapa....adakah ini satu petanda......
Credit photo : Page Azizan Osman |
Di opis aku cuba cari di youtube....video2 beliau....hati ku terpaut utk tahu siapa Dia /beliau....
Dari hari ke hari aku melayani youtube...sehinggalah aku ke Klinik Usahawan....
Hinggalah aku terpanggil untuk ke IMKK......aku telah kenal siapa dia...? SIAPA DAO.....
Alhamdulillah Syukur ya Allah....kau beriku kesempatan untuk ketemu dengan insan ini....Terima kasih ya Allah.....moga KAU berkati hidup beliau ya Allah....
berilah apa sahaja yang beliau kehendaki sebaik-baiknya atas urusanMU ya Allah....
Buat Dr Azizan Osman....(sebak pulak pagi-pagi ni) sambil layan lagu Bila Tiba....
Walaupun saya duduk nun jauh dihujung....kelihatan tubuh doc hanya sebesar jari kelingking saya...
Namun perhatian pada setiap sesi tidak pernah longkai....walaupun saya dan suami tido hanya 3-4jam sehari, mata saya tidak pernah terlelap sesaat darinya....Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan itu.
Terima kasih tidak terhingga buat DAO segala pengorbanan selama 3 hari ini....halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar kepada kami......Doa mu di pengakhiran sesi sangat mengharukan....bagai tertusuk jiwa...bagai serahan jiwa kepada Allah pada saat itu.
Walaupun kami berniaga tidak segah mana, namun siapa tahu suatu hari saya dan suami mampu untuk duduk sebaris dengan mereka yang telah berjaya. Kami rindukan detik-detik bersama DAO walaupun kami lemas di dalam lautan manusia semasa itu....rindu pada abang bara-bara....rindu tuan jerry yang so comel.....nak bergambar dengan kalian, jauh sangat untuk sampai atau kami perolehi....
Hanya mampu merenung...bagaikan aku jatuh cinta lagi!!!!!
Beginilah suasama setelah sesi tamat....aku grad! Grad for IMKK Mei 2016.
Insyaallah moga kita dapat ketemu lagi....
Moga penulisan saya ini yang tidak seberapa, tidak mampu untuk bermain emosi kalian tapi mungkin kita sama-sama boleh mengimbau ia sebagai sebuah kenangan.....
Salam sayang daripada kami....
[ Mata dah bengkak nangis kat opis ni...aku perlukan kekuatan untuk menulis entry ini..... ]
Assalamualaikum..akk jarang bc blog...yg ni akk bac sampai habis..touching!😢sb kita2 sj yg tahu.. org luar x kan fhm,mcm DOA ckp..salam ukhwah fillah..😍
ReplyDeletewaalaikumusalam kak Mahaya
Deleteooo ye ke...alhamdulillah...saya menulis ni pun sebak jugak sambil pasang lagu Bila Tiba tu untuk feel n bayangkan keadaan masa tu. Betul org luar x kan faham....tq kak sudi baca tulisan saya , love, iLa
Assalamualaikum..akk jarang bc blog...yg ni akk bac sampai habis..touching!😢sb kita2 sj yg tahu.. org luar x kan fhm,mcm DOA ckp..salam ukhwah fillah..😍
ReplyDelete