Friday, October 31, 2014

Terasa Kosong

Halo halo....
Dah berapa minggu ila tidak update blog ni....alasan biasa diberikan, ada berbagai bagai kerja, berbagai bagai ragam yang aku berdepan dari hari ke hari.....

So jangan jemu, jangan lari...untuk entry kali ini kita simpan dulu story pasal hobi dan kerjaya sampingan aku iaitu as a MUA and a photographer.....
Entry kali ini lebih menceritakan tentang luahan isi hati....
Erti perjalanan hidup di dalam dunia penuh hipokrit ini......

Sebagai manusia biasa terkadang aku rasa sunyi...sunyi dalam dunia sendiri....
Keadaan kini tidak seperti selalu....
Aku lebih kepada membawa diri sendiri...tanpa masuk campur hal orang lain...
Lebih membawa kepada arah diri ke arah yang lebih baik...yang lebih berkembang....

" Jangan hiraukan apa kata orang janji niat kita baik"

Namun begitu....naluri aku berkata, ada orang yang telah berpaling tadah kepada aku.....
Kini aku x mampu untuk percaya pada sesiapa...hanya pada diri sendiri...hanya pada enCik hubby ...
Kerana dunia ini penuh dengan kepalsuan...penuh dengan hipokrit sesama sendiri....
Aku terus berdiam diri...muhabasah diri....
Walaupun tiada guna atau tiada akhirannya dengan memikirkannya....aku hanya manusia biasa....

Kecewa.....sedeh....pilu.....
Bukan salah dunia....bukan salah pencipta......
Hanya manusia yang tidak berbudaya...hilang rasa ketermandunan......
Muhasabah diri agar diri tidak terjerumus begitu.....

Terima kasih Allah kerana mempamerkan semua ini kepada diriku...
Bukan mudah untuk berjaya.....bukan mudah untuk meluaskan empayar.....semuanya tidak datang bergolek....
Moga KAU dapat melindungi aku dari segala keburukan....
Moga KAU membuka seluas rezeki untukku dan juga suamiku di dunia ini juga di akhirat kelak....
Dekatkan lah hati ini denganMU.....
Moga aku ditunukkan kejalan yang benar....
Aku percaya segalanya ada kebaikan dan hikmah yang mungkin kini tidak diteluskan oleh mata kasar....namun segalanya akan terjawab kelak suatu hari nanti....


Wednesday, October 15, 2014

Join Kellies Castle Photography Event

Salam semua....selamat sejahtera....
Berturut turut pulak aku update pasal makeup yer....macam dah xde citer lain pulak kan....
Hahaha, ada je duk dalam draft tu....kasi peram sket....
And rini kita update dulu pasal event last week...

Mesti korang biasa dengar pasal Kellies Castle kan....and selalunya org dtg sini utk shoot wedding...
Walaupun tempat ini menjadi bahan sejarah, namun salah satu tarikan dengan struktur binaannya yang unik dan menarik (ayat rencana sungguh!!!) hehehe

Program ini dianjurkan atas inisiatif bersama PORT Ipoh (Place Of Remarkable Talent) dan Perak Tourism Management, Kellies Castle Malaysia dan Lensa Perak...buat pertaman kalinya di sini. Berlangsung selama 2 hari pada 27 dan 28 September yang lalu...dan mungkin satu event yang berjaya mengumpulkan sejumlah photographer yang ramai yang datangnya daripada photographer tempatan dan juga dari negeri lain.
photo by Syed Nazli
Gambar kat atas ni adalah gambar talent yang terlibat bersama AJK selaku organize program tersebut. Dirakamkan pada jam 9.30 pg pada 28 September 2014.
So nape pulak tetiba aku nak buat entry ni...
Buat pertama kalinya juga aku bersama enCik hubby join event sebegini....means secara officialnya. Sebelum ni event win2 kat Taman Metropolitan Kepong ritu tidak secara rasminya...
Tujuan join event ni untuk menambahkan pengalaman dan juga kenalan daripada photographer yang lebih senior dan lebih berpengalaman....mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
enCik hubby yang terlibat dengan shoot talent, aku hanya pengiring =)


Macam biasa kalau ada peluang sebegini aku pelawa rakan aku Sarah untuk join. Sib baik lah hubby dia izinkan and dia sanggup datang dari KL. Walaupun gitu banyak rintangannya, x disangka pagi tu hujan pulak. Sarah gerak dari Selayang jam 5.30 pg...and sampai Tapah jam 7.00 pg...terpaksa berhenti 2 kali gara2 hujan.
Sampai umah aku dah jam 8.15pg..mandi dulu sebab dah basah lenjun, start siap dari 8.30pg. Tak keruan dibuat nya.

Fokus siapkan dia, and harap hasilnya kemas sebab buat dalam kesuntukan masa....siap je terus gerak ke lokasi. Aku x makan apa pun, terus ke sana. Masa tu orang dah ramai....nasib belum mula je lagi...xlama selepas pendaftaran program bermula.

Memang ramai la....macam2 fesyen ada...cuma kami je yang paling simple...
Baju dress tu baju aku..tu pun besar sket sebab sarah ni kurus....nk bg pakai bj lain mcm bj org melayu...sebab temanya English....
Apapun semua berjalan dengan lancar, walaupun agak panas pada hari itu.....
Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Selain dari photoshoot, makanan bagi peserta di sediakan....diberi goodies.....dan ada cabutan bertuah. kali ni enCik hubby yang bertuah sket...dapat la t-shirt...no aku x luck kali ni. Tunggu dapat TV....xhadoooo.....
 And that my fren...sarah...lupa snap pic before so aku guna pic sebelum ni...pic atas ni adalah pic guna Xperia aku tu....so ini hasil daripada enCik hubby...
Kebaboommm.....



So mcm pnah tgk kan bj ni. Ni bj dress aku. Buat time nk shoot annivesarry..cuma asa beberapa talent je yg hijaber. So golongan hijaber ni kurang diberi tumpuan...biasalah, ramai yg suka tgk yg lbh daring kan...satu cth la
Kann....rsnya nk englisj style xperlu la smpi gini kut kan..aku yg naik malu tgk sbb most photog lelaki...well abaikan...
Pengalaman mmg best, tp letih nunggu smpi majlis hbs..

Berminat tuk booking boleh ke
www.facebook.com/Ilashmakeup or
019-5645970 ila

Wednesday, October 1, 2014

Makeup Adik x-Praktikal Bertunang

Salam...
Huhuhu...ikutkan setakat ini setiap minggu x duk diam...
Bukan pasal banyak job...tp ada je aktiviti dan hal yang perlu di uruskan, dah macam x cuti pulak...
Selepas minggu makeup talent ritu.....
Aku dapat job makeup adik praktikal ni , Azila....
Azila ni pernah jadi 1st model aku masa 1st time aku masuk pertandingan solekan dalam tahun ni...
Kalau korang ingt meh aku buh sekeping


Ingatkan.....
And alhamdulillah...dia bertunang pada 20.9.2014 yang lalu dia hire aku as a MUA dia...dia kata dia dah biasa dengan aku dan di suka makeup aku....
So aku pun berbesar hati la utk menghasilkan hasil sentuhan aku .....
dan pada hari yang sama sebenarnya pakej aku siapkan kakak dan adiknya juga.
Adik dia pun pernah jugak jadi model utk contest yang aku join...
Jom kita tengok makuep tunang si zila ni


Zila kata nak makeup simple jer....eyelashes pun x pakai....kening x trim pun...xguna gam pun....
Hide je guna pape yang patut.....

Bertemakan frozen.....cantik adik beradik ni.....baju dia tempah sendiri and lace tu dia jahit sendiri....aksesori kepala aku punya sendiri....ritu beli utk pape hal senang....dia org 1st yang pakai....

Ni dia adik beradik....kakak dia sedang mengandung 7 bulan dah...dan yang kanan tu adik dia sira....
Kawen nanti katanya buat di Pahang mungkin xde rezeki aku nak makeup dia lagi.....
Insyaallah ada rezeki, and kalau sudi zila blh hire akak utk majlis bertandang.....

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sentuhan ku....boleh wssp 019-5645970 ila atau utk melihat hasil hasil yang lain boleh ke www.facebook.com/Ilashmakeup