Wednesday, June 29, 2011

Sempat Lagi ke MAHARAJALAWAK FINAL!!!

Nak dijadikan citer...ari Khamis lalu aku keje sekerat hari...(ada ke ayat cam tu 'sekerat'....tukar lah...setengah hari)....sebab keadaan tongsil yang tidak mengizinkan dan badan mula naik demam.....
Balik, lepas memaksa diri + T.E.K.A.K untuk makan...makan ubat le apa lagi.....
Lepas tgk jap Maharaja Lawak last week punya...pastu lena ..sedar-sedar jam 5 petang.....

Rasa lega sket.....petang tu nak kuar untuk cari santapan malam....sejak nak pindah ni xde nak masak-masak dah. Barang pun dah di simpan....
Tengok kat HP enCik hubby.....
" TAHNIAH! Anda telah memenangi pas masuk percuma ke Maharaja Lawak Akhir. Pas boleh di ambil di Stadium Melawati Shah Alam dari jam 10 pagi hingga 5 petang..."

uik, bila cakap kat enCik hubby.....punya la dia suka. Sebab bari je tadi dia kata....'x menang pun'...
semangat nak pegi ni...tapi pikir barang banyak x siap packing lagi....So malam ni kene rush la....
Bangun subuh, enCik hubby kata CUTI la....banyak benda nak settel...termasuklah nak pegi ambik pas masuk tu...hehehe...Sib baik la tongsil makin sembuh dan demam dah kebah.....

Gini la keadaan masa nak ambik pas percuma tu....masa ni dalam jam 11 pagi....

Dari jauh...tu dia. Barisan kau.....enCik hubby dah pening...hehehe

Jarak dekat.....

Ada beberapa lorong....enCik hubby punya tiket sebelah kiri yang barisan panjang ni.....

Mula-mula kitaorang pun berbaris tempat yang sama...rupanya salah lorong kau....
Sib baik la x berbaris lama...sebab diaorang ikut ABJAD nama....so pegi-pegi lorong nama enCik hubby kosong...terus je pegi....macam x percaya dapat tiket ni!!! ari tu dapat tiket ABPBH pun mcam x percaya.
Nak tahu macam mana kitaorang bleh dapat????
Ari tu nampak kat FB di war-warkan berkenaan tiket ni...so register le....siap call enCik hubby....
Yang pasti untuk pelanggan pakej Astro Warna sahaja sebab dia nak no ac astro....send je. Ingatkan xde la dapat sebab dia tulis hanya 90 pas percuma setiap hari......
 Teng teng teng...dah dapat. Kat lorong ni sebenarnya xde satu manusia pun sedang berbaris.....

Ni dia tiket yang kitaorang dapat...sebenarnya dapat 4 tapi lepas dapat tu ada sorang brother tu, kata kalau ada lebih dia nak....sebab dia x cukup lagi satu tiket. So enCik hubby pun bagi....tinggallah 3....2 kitaorang guna satu lagi wat simpan tuk kenangan....
Lepas tu siap beli t-shirt lagi...hehehe....hati nak beli t-shirt SEPAH...tapi enCik hubby pilih JOZAN...
memandangkan dia yang bayar....terima seado nyer...hehehe....

 Beginilah keadaan di luar stadium...masih tidak begitu ramai lagi....sebab awal lagi. Lagipun hari ni hari keje...so ramai yang xleh keluar time keje ni....


Jam 6 petang gerak dari rumah , jam 8 mlm pintu masuk di buka...untuk mengelakkan sebarang kesesakan lalulintas...that why la keluar awal.....perjalanan tu cantek....xde sesak. Makan dulu siap-siap.....
Malam ni jugak dapat jumpa HAZAMA...tapi xsempat nak snap photo dia...lagipun enCik hubby x bawak camera...harap camera hp yang adho ni jerk....


Apapun keadaan stadium malam tu memang gamat....orang-orang pun memang sporting....
Giler best dia punya sound.....
Yang pasti balik dah jam 1 pagi....barang banyak lagi!!!!! OMG! Haaaa....semput....... (intornasi Jep Sepah)...

Tuesday, June 28, 2011

Ceramah Ustaz Kazim Elias

Kita tinggalkan dulu kehangatan perpindahan aku....
Sebenarnya banyak benda nak kene settel kan ni...rumah yang x hbs packing lagi....rumah sewa yang x cari lagi...keje yang x siap-siap lagi....aduh! stress....ari ni nk balik kampung, nak cari umah sewa....lets go!

Dalam pada kesibukan tu sempat jugak aku menghadiri Majlis Ilmu...yang dihadiri oleh Ustaz Kazim Elias...
Mungkin ramai yang pernah dengar dan meminati ceramah-ceramah beliau....tetapi ada jugak yang tidak pernah dengar nama dia atau ceramah beliau....
 Pihak FAMA telah menjemput ustaz untuk mengisi aktiviti ceramah bulanan di sini. Jadi aku tidak lepaskan peluang untuk menghadirinya. Selalu mendengar ceramah-ceramah beliau di CD sahaja dan kali ni berpeluang secara live dan yang penting aku nak kan buku doa-doa yang sering kali beliau katakan  di dalam CD beliau.

Alhamdulillah, program berjalan lancar...dan ceramah beliau pada hari tersebut memang menarik...tidak mengantuk kita dibuatnya.....rupanya ustaz ni macam muda...gambar ni aku snap dari jauh je.....setelah dicrop nampak la dekat sket.....

Thursday, June 23, 2011

Kesengsaraan Kerana TONGSIL

Sabtu lepas baru je tongsil bengkak...siap g klinik kul 12 am...kerana dah xleh tido, sakit nyer.....
Menelan air liur pun x boleh apatah lagi makan....sampai menangis ni, malam-malam buta menangis...
Kalau orang sebelah rumah dengar mesti diaorang ingat ada Hantu Kum Kum plak yang berbunyi...
Sib baik makan sekali esoknya dah x sakit...tapi ubat still continue la sebab nakbetul2 ok.....
Pastu happy balik sebab tekak dah ok...dah boleh makan dah.....
Doktor pesan jangan minum ais...makan makanan manis...makan makanan lembut je....

Well, petang semalam terasa sakit balik...tengok macam xde pape....
Cuma bengkak sket je....boleh tahan lagi.....xde la makan ubat pape pun. Ambil stripsil....
Minum air....tapi macam xde berkurangan dan badan mula rasa macam demam....
Selalunya kalau masalah tongsil, mesti demam punyer.....
Balik rumah sempat kemas sket2 pape yang patut walaupun badan terasa tidak begitu selesa sangat....
Pas mandi, masak...makan, terus makan ubat....
Masa nak tido macam kurang la sket.....
Tapi bila terjaga tengah malam....mak uuu yai....sakit dowh!
Mangsaku adalah enCik hubby la...gerakkan dia...xtahan...sakit....
Cuma menelan sebiji pisang untuk lapik perut sebelum makan ubat lagi....
Makan ubat.....harap boleh lena....tapi tidak seperti yang dijangka.....

Pagi ni nak minum air, dahaga sangat....
Bila telan air....Tuhan je yang tahu rasanya......berjujuran air mata.....
Dah macam frust becinta...bayangkanlah tekak yang dahaga, air di tangan...tapi kita x mampu untuk minum
Mau x sedey....
Ya Allah sembuhkan segera apa yang ku alami ini

Wednesday, June 22, 2011

JEnjalan ke Melaka masa enCik hubby Keje

Kita lupakan seketika berkenaan kesibukan perpindahan kami...anyway, untuk selingan photo-photo ni adalah di ambil semasa mengikut enCik hubby ke Melaka sebelum aku pergi ke mesyuarat di negeri yang sama juga.....tapi entry ni yang lambat di publish...giler bz kau!
Walaupun aku x publish gambar yang banyak, namun cukuplah untuk tatapan kan....
Pic dibawah ni adalah disekitar Muzium Samudera.....bergambar je kat depan ni tapi tak masuk pun. Sebab masa tu dah tutup....


Dari Muzium Samudera, kami berjalan kaki ke Dataran Pahlawan. Kononnya nak excersice katanya, mengah jugak la....suasana petang tu jugak baik . Langit membiru....

Tetiba nampak poster Hantu Kak Limah Balik Rumah....sempat pose lai. Rupanya disebalik tu ada public telefon....hebat promosi Hantu Kak Limah ni....
Dan last pic ni adalah di depan Mahkota Parade....ni hari kedua. Sebab hari pertama xdapat jalan habis. Masa singkat, sampai pun dah lewat....so dalam banyak-banyak gambar, aku rasa gambar ni yang nampak cool...hehehehe. Puji diri sendiri....enCik hubby sangat rajin snap photo wife dia hinggakan photo dia xde. Selalu pun macam tu.....
Apapun thanks pada enCik hubby sebab sudi bawak wife dia ni, walaupun terkejar-kejar dengan urusan keje....lain kali kita jenjalan lagi k...

Tuesday, June 21, 2011

Operasi Mencari Rumah Sewa


Last week memulakan operasi mencari rumah sewa. Tambahan pulak enCik hubby x leh buat keje gara-gara x dapat rumah sewa lagi. Ada la jugak berpesan kepada rakan-rakan terdekat kiranya ternampak or terjumpa rumah-rumah yang boleh disewa....tapi sampai aku nak balik kampung ni masing-masing senyap je. So memang x leh nak harap kat orang....kene operasi sendiri.....

Hari Pertama - SABTU 18.6.2011
Seawal jam 10 pagi..(awal ke...boleh la kan)...mula-mula pergi la ke Taman Mesra Raia...sebab ada yang kata kat situ ada lagi rumah kosong dan murah sewanya...bila di ronda, agak ke dalam jugak la tapi xjauh dari opis. Namun keadaan rumah sangat tidak mengizinkan. Dalam erti kata lain, rumah yang ada tu dah rosak-rosak...cermin tingkap ada yang dah xde...xde porch kereta...xde pagar.....so aku rasa x berapa selesa dengan keadaan di situ begitu juga dengan komunitinya....
Beredar ke taman sebelahnya....rumah teresnya lebih ok berbanding yang tadi....
Pusing punya pusing...ada la sebuah rumah ni...pagar dia kaler-kaler....umh warna kuning. May be dulu rumah Kindergarden kut...hahaha...janji ada no phone kan. Tengok macam ok la....just buat listing je dulu. Sambil tu try cari yang lain kalau - kalau ada yang lebih better....
Lepas pegi ronda-ronda tempat lain, kitaorang g balik kat umh kaler2....tgk pintu pagar x kunci....try la masuk. Encik hubby try bukak tingkapnya. Nampak la serba sedikit ruang dalam rumah tu....
Nampak macam kotor.....teruk juga la walaupun di luarnya macam ok....dengan hati kecewa...balik dulu sebab dah pening tengok rumah-rumah ni.
Petangnya pergi area Bandar Baru plak...area perumahan di Tesco tu banyak rumah kosong, Tapi majoriti owner Cina dan persekitaran pun Cina yang duduk...benda tu x brape kisah la kan...tapi keadaan sekeliling macam kotor je sebab ramai student yang duduk di situ. Diaorg macam x jaga kebersihan. So enCik hubby macam x happy dengan keadaan sekeliling.....

Hari Kedua - AHAD 19.6.2011
Hari ni operasi di sekitar Simpang Pulai. Tengah malam semalam siap pakej ke Klinik sebab Tongsil Bengkak dan ada putih-putih macam sakit mulut tu...sakit giler..nak telan air liur pun x boleh....Jam 1pagi makan porridge enCik hubby kat Mc D sebab nak makan ubat, walaupun seksa..terpaksa sebab nak kene cari umah ni. Jado ronda-ronda kat sini rumah-rumah cantik dan besar dari rumah semalam....
Siap ada showroom...pegi la tengok..cantik rumahnya. Berkenan sungguh.....(kita abaikan kisah ini untuk seketika)...hehehe
Ada jugak tanya kat jiran-jiran pasal rumah kosong kat sebelah diaorg...tapi kebanyakkannya tidak mahu disewa...enCik hubby kata nanti petang kita try lagi....mana la tahu petang-petang ramai yang keluar...
Petangnya siap angkut mak dengan bapak lagi...ulang balik kat tempat tu still xde jugak....pergi plak ke Botani....memang banyak rumah....selain ramai yang telah di diami banyak jugak rumah yang kosong tapi tidak mahu di sewakan. Gamaknya semua orang ni kaya-kaya kut, beli rumah untuk perhiasan sampai REPUT...x di duduk, x jugak nak di sewa....hati makin gelisah.....
Jadi esok terpaksa cuti sebab nak pegi balik umah yang kaler-kaler tu...sbb tuan rumah tu kata kalau nak tengok datang hari Isnin....

Hari Ketiga - Isnin 20.6.2011
Temujanji jam 11 pagi....tuan rumahnya mak hajah....datang dengan kengkawan....tengok rumah memang rosak banyak la..tapi dia kata nak repair dan nak cat semula...lega sket rasa hati...kalau x memang rasa x sanggup nak duduk....dia kata nak bersihkan sekali...aku harap rumah ni akan bertukar wajah sepertimana yang diharapkan. Duit sewa, deposit semua dah kasi....harap semuanya akan ok...tinggal lagi 4 hari je nak packing...

Beginilah keadaan sedikit darinya yang dapat aku capture...kita tengok perubahan selepas dibaiki dan dicat semula nanti...

Monday, June 13, 2011

Proses Mengemas Barang

Sekarang ni mula kembali proses mengemas barang-barang samada di opis mahupun di rumah...
Segala-galanya kene plan...maklumlah ada lagi sebulan untuk semua ini. Kerja-kerja kat opis jugak kene selesaikan sebelum orang baru ambik alih keje aku kat sini.

Fail-fail kat opis yang personal punya dah masuk kotak dah...barang kecik2 ni payah sket sebab ada yang nak guna...hehehe...kalau nak tahu sehingga hari ni 6 Jun masih tiada siapa yang tahu kat opis ni. Yang tahu hanya Aisyah PA Pengarah Kanan jer....saja x nak diaorang tahu...tak nak ada ada pape majlis untuk aku seperti sebelum ini yang diaorg buat untuk kakitangan yang berpindah. Malu la, aku ni bukan VIP pun kan.

So kat opis ni...aku x tau nak mula ngemas dari mana dulu...kat umah barang-barang perhiasan banyak dah simpan sebelum ni : ), hanya tinggal baju-baju....pinggan mangkuk, kuali...periuk...ada la sket2. xde banyak mana pun. Sebab sebelum ni memang xde punggah barang sangat pun sejak pindah ke Seri Pristana ni...lagipun perabot rmh jugak x banyak sebab enCik hubby pesan, payah kalau nak pindah randah. So kalau dah ada rumah sendiri baru beli katanya....jadi apa yang ada adalah barang-barang yang memang diperlukan aja...
Rumah dah serabut..kepala pun serabut gak...

Sebahagian kotak-kotak yang telah di isi di susun di bawah tangga.

Yang ni plak kotak yang belum siap di isi. Pinggan-pinggan sedang dibalut dengan kertas. Semaknya umah...


Bilik Stor...banyaknyer kotak...apalah barang yang banyak aku pun x tau....tapi bila dikumpulkan gini la dia...

Akhirnya Terjawab Sudah

Setiap hari persoalan ni selalu bermain di fikiran...
Terkadang kalau silap je, mula la angin-angin nak bergaduh dengan enCik hubby tu mula sepoi2 bahasa...
Nak tau pasal apa...? Gini, kitaorang mohon pertukaran di Perak. Keje giler yang kitaorang buat, baru je send borang permohonan, kitaorang dah bungkus barang! Teeeeettttt...giler kan.
Bayang je la, pagi ni send borang...balik umah enCik hubby dah bungkus barang. Barang yang tersulong dia bungkus PC dengan baju...dia tinggalkan ngam2 nak pakai je...
Memang x keruan...aku plak, dah di hangat2 kan..mau x ngikut...hambik...semua perhiasan..buku2 kat almari perhiasan semua dah bungkus....pinggan pun dah ada yang dibalut...
Proses pencarian kotak-kotak berleluasa di sana sini...tu la dia laki bini sepetern...
Bila rumah dah tunggang langgang...kacau bilau, runsing la...surat tukar x dapat-dapat...
Tak ke haru kalau  tetiba x dapat, jenuh nak punggah balik....

Hari ni plak adalah hari ngantuk aku yang amat sangat...sampaikan aku leh tido kat partision aku ni....
Bos-bos xde....lena la kejap...staf lain pun ramai yang xde. Ada yang cuti...yang outstation...
Dah kul 10++ nampak Sarip datang...ermmm xde pun dia bg pape surat....Tengah pening2 pikir aku dah makan VCO ke x...call enCik hubby...xde jwpn...
Tetiba Arlina datang bagi surat..tgk x bergam pun...ermmm ni bukan sulit la...bukak tengok tajuk KELULUSAN PERPINDAHAN...ermmm ni mesti surat bgtau penerimaan borang mohon tukar tu sbb enCik hubby ada kata, nanti diaorg akan bg surat penerimaan borang. Jangan terkejut plak...

Baca punya baca.....DAPAT! Terus call enCik hubby...dia  x caya....dia kata nak datang kat tempat aku...
Bila dah baca....dia terus kejar si Sarip (opis boy) yang ada kat bawah tu...
Alhamdulillah...kami berdua dapat bertukar kembali ke Perak...
Pertukaran kami berkuat kuasa pada 1 Julai 2011....melapor diri di Terminal Agribisness Negara (TEMAN) di Simpang Pulai....
Ntah macam mana bertugas kat sana nanti..harap segalanya dipermudahkan Allah....

Wednesday, June 8, 2011

Mengantuk..mengantuk sangat...sangat mengantuk


Hari ni aku diserang 'mengantuk' lagi...xleh buat keje weh....tadi siap buat kraftangan lagi dari barang terbuang...Gara-gara nak menghilangkan kemengantukan yang menyerang...
Semalam tido awal je...semala jugak aku rajin, buat senarai tugas dan penyerahan tugas lagi tu....(tapi x siap pun lagi...hehehe) penat ooo kene pikir macam mana nak bagi staf baru faham dengan keje aku. Keje aku ni bukan senang...nama je wat report....sape berani meh duk kat tempat aku...try buat.....sangat complicated!

 Walau dalam keadaan macam singa ni pun kira best, menampakkan posisi yang sangat teruja bila mengantuk disorongkan bantal...ermmm best nye....bila singa macam gini, xde dah nampak kebengisannya....begitu la hakikat yang aku kene terima....aku kene stop wat keje...wat benda lain berpaedah....meh sambung wat kraftangan. Nak tahu aku wat apa....hehehe, benda simpel je.....nanti aku story di next entry....

Hari ni nak buat pun xde mood dah....kalau dapat tido kan ke bagus....kan Atan...alooo alooo comelnya....