Tuesday, June 21, 2011

Operasi Mencari Rumah Sewa


Last week memulakan operasi mencari rumah sewa. Tambahan pulak enCik hubby x leh buat keje gara-gara x dapat rumah sewa lagi. Ada la jugak berpesan kepada rakan-rakan terdekat kiranya ternampak or terjumpa rumah-rumah yang boleh disewa....tapi sampai aku nak balik kampung ni masing-masing senyap je. So memang x leh nak harap kat orang....kene operasi sendiri.....

Hari Pertama - SABTU 18.6.2011
Seawal jam 10 pagi..(awal ke...boleh la kan)...mula-mula pergi la ke Taman Mesra Raia...sebab ada yang kata kat situ ada lagi rumah kosong dan murah sewanya...bila di ronda, agak ke dalam jugak la tapi xjauh dari opis. Namun keadaan rumah sangat tidak mengizinkan. Dalam erti kata lain, rumah yang ada tu dah rosak-rosak...cermin tingkap ada yang dah xde...xde porch kereta...xde pagar.....so aku rasa x berapa selesa dengan keadaan di situ begitu juga dengan komunitinya....
Beredar ke taman sebelahnya....rumah teresnya lebih ok berbanding yang tadi....
Pusing punya pusing...ada la sebuah rumah ni...pagar dia kaler-kaler....umh warna kuning. May be dulu rumah Kindergarden kut...hahaha...janji ada no phone kan. Tengok macam ok la....just buat listing je dulu. Sambil tu try cari yang lain kalau - kalau ada yang lebih better....
Lepas pegi ronda-ronda tempat lain, kitaorang g balik kat umh kaler2....tgk pintu pagar x kunci....try la masuk. Encik hubby try bukak tingkapnya. Nampak la serba sedikit ruang dalam rumah tu....
Nampak macam kotor.....teruk juga la walaupun di luarnya macam ok....dengan hati kecewa...balik dulu sebab dah pening tengok rumah-rumah ni.
Petangnya pergi area Bandar Baru plak...area perumahan di Tesco tu banyak rumah kosong, Tapi majoriti owner Cina dan persekitaran pun Cina yang duduk...benda tu x brape kisah la kan...tapi keadaan sekeliling macam kotor je sebab ramai student yang duduk di situ. Diaorg macam x jaga kebersihan. So enCik hubby macam x happy dengan keadaan sekeliling.....

Hari Kedua - AHAD 19.6.2011
Hari ni operasi di sekitar Simpang Pulai. Tengah malam semalam siap pakej ke Klinik sebab Tongsil Bengkak dan ada putih-putih macam sakit mulut tu...sakit giler..nak telan air liur pun x boleh....Jam 1pagi makan porridge enCik hubby kat Mc D sebab nak makan ubat, walaupun seksa..terpaksa sebab nak kene cari umah ni. Jado ronda-ronda kat sini rumah-rumah cantik dan besar dari rumah semalam....
Siap ada showroom...pegi la tengok..cantik rumahnya. Berkenan sungguh.....(kita abaikan kisah ini untuk seketika)...hehehe
Ada jugak tanya kat jiran-jiran pasal rumah kosong kat sebelah diaorg...tapi kebanyakkannya tidak mahu disewa...enCik hubby kata nanti petang kita try lagi....mana la tahu petang-petang ramai yang keluar...
Petangnya siap angkut mak dengan bapak lagi...ulang balik kat tempat tu still xde jugak....pergi plak ke Botani....memang banyak rumah....selain ramai yang telah di diami banyak jugak rumah yang kosong tapi tidak mahu di sewakan. Gamaknya semua orang ni kaya-kaya kut, beli rumah untuk perhiasan sampai REPUT...x di duduk, x jugak nak di sewa....hati makin gelisah.....
Jadi esok terpaksa cuti sebab nak pegi balik umah yang kaler-kaler tu...sbb tuan rumah tu kata kalau nak tengok datang hari Isnin....

Hari Ketiga - Isnin 20.6.2011
Temujanji jam 11 pagi....tuan rumahnya mak hajah....datang dengan kengkawan....tengok rumah memang rosak banyak la..tapi dia kata nak repair dan nak cat semula...lega sket rasa hati...kalau x memang rasa x sanggup nak duduk....dia kata nak bersihkan sekali...aku harap rumah ni akan bertukar wajah sepertimana yang diharapkan. Duit sewa, deposit semua dah kasi....harap semuanya akan ok...tinggal lagi 4 hari je nak packing...

Beginilah keadaan sedikit darinya yang dapat aku capture...kita tengok perubahan selepas dibaiki dan dicat semula nanti...

No comments:

Post a Comment