Thursday, September 29, 2011

Imbauan Juadah Berbuka Puasa d' Luar...

Entry ni dah expired...hahaha...tapi aku nak buh jugak sebab dapat kenangan makanan yang di order semasa 
berbuka puasa di luar...
Ada la beberapa kali kami suami isteri berbuka puasa di luar...kekadang tu nak tukar selera jugak
Disamping tu nak membeli barang-barang.....
Menu di bawah ni semasa berbuka puasa di Marrybrown di GreentownMall, Ipoh.
Encik hubby yang teringin nak makan mee kari Marrybrown...

Ni dia set menu enCik hubby...mee kari dengan pepsi....gambar capture dengan handphone je

Tang ni set menu si isteri...makan bubur ayam jerk...air tu xde kat marrybrown t au
Tu Susu perisa strawberry...beli kat UO, just juga paper cup Marrybrown je.

Set keseluruhan....sebenarnya kat sebelah tu ada steamboat lagi yang dibeli asing...hehehe banyak giler makan
 Kali yang ke berikutnya, kami berbuka puasa di Secrect Recipe Jaya Jusco....plan awal nak berbuka di Kenny Rodgers tetapi memandangkan kami keluar rumah selepas Asar dan keadaan jalan yang agak sesak, kami terlewat...FULL HOUSE....Pizza pun sama...bergegas la kami ke Secrect Recipe terus je booking...hahaha. Jadi menu wajib yang selalu kami makan di Secrect Recipe seperti dibawah ni.

Speggatie Meatball si isteri punya, air sirap diberi secara percuma begitu juga dengan kurma untuk berbuka.

Vietnamis Noodle enCik hubby suka

Dalam bulan puasa pun aku masih sempat beli Tuut Frutti...

Sempat jugak sampai rumah masuk dalam freeze...

Lastly...Lava Chocolate cake masa ni time berbuka kat Pizza Maju Junction...
Gambar Pizza nye xde....hehehe
Bila tengok-tengok balik gambar-gambar makanan ni.....best je rasa...berselera je rasa....hahaha. Tak tau menternak kolestrol bape banyak dalam badan ni....hehehe.....Kontrol-kontrol...

Wednesday, September 28, 2011

Dikejutkan Dengan 1 Kabar Pelik

Pagi tadi selepas minum pagi...masuk opis ada la sorang akak ni....
Dia kata....
" Kalau kak Sham bagitau jangan marah...."
Pelik je bunyi nye...tapi aku tak de target pape pun.....sambil mengukirkan senyuman....aku berkata
"apa dia...?"

Rupa - rupanya ada di kalangan staff di Pejabat Negeri menegur berkenaan aku dan enCik hubby....
Dia kata aku ni duk keluar makan dengan enCik hubby je....macam dah tak de orang lain...
Macam dah tak kawan lain....
Kalau aku dan enCik hubby ada masalah, katanya jangan ditolong...sebab diaorang bukan nak berkawan dengan orang lain....

Memang aku tak sangka si dia berkata demikian padahal dia dah mengenali aku sejak aku sambilan lagi...
Entah apa yang dia tidak puas hati dengan aku dan enCik hubby....
Salah ke aku makan bersama suami sendiri????
Aku mneyusahkan mereka ke kalau aku makan bersama suami sendiri????

Nak kata aku x berkawan...semua orang aku tegur...boleh bersembang...berbincang...cuma makan je dengan suami sendiri...tu pun menjadi satu masalah....
Ni la kata pelik, dunia yang pelik....
Makan bersama suami sendiri menjadi satu kesalahan, tapi kalau pasangan-pasangan bercinta lain yang makan bersama tidak menjadi satu isu plak.....
Menemani suami, melayan suami...satu pahala apa.....

Inilah dinamakan manusia....tidak puas dengan apa yang ada....
Pelik tapi benar....

....tanpa tajuk...#5


Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan

Friday, September 23, 2011

Ntah Apa Yang x Kene

Hati terus bercerita...
Tentang apa aku sendiri tidak pasti
Tiada tajuknya...tiada iramanya....ntah di mana nohtahnya....
Kadang kala hati diguris...dihiris....
Walaupun dengan si dia sekalipun....
Aku hanya manusia biasa....
Tatkala itu, aku bersuara...SALAH kah????
Mungkin dari satu sudut, aku salah....namun, percayalah
aku tidak sanggup untuk terus menerima...untuk terus berdiam diri....
Untuk terus diracuni....

Mengapalah tiada manusia yang sedar....
Yang memandang insan lain dalam derita walaupun sekilas cuma
Masing-masing hanya mementingkan diri sendiri...
Masing-masing ada misi tersendiri
tanpa disedari ada hati yang terluka....
Mungkin aku dicipta untuk dilukai...terus dilukai....
Terus merasai.....terus dihantui dengan situasi ini...

"Hati...kau perlu tahu Allah itu maha mengetahui" kata iLa
Jawab Hati "tapi kenapa aku yang perlu lalui & terima semua ini?"
"...Siapa kita untuk mempertikaian setiap kejadian, Allah lebih berkuasa...apa yang terjadi mungkin itu yang terbaik untuk kita...percayalah. Cubalah untuk redha atas semua ini..." iLa terus memujuk...

Siapa lagi yang sudi menemai kalau tidak si air mata....
Dia yang tetap setia...dalam suka dalam duka....pasti ia kunjung tiba....
Wahai air mata....kau cukup memahami.....terima kasih kerana melegakan hati yang luka ini....
Itu bukanlah ubat untuk semua ini...
Tapi cukuplah sekadar peneman diri dan hati dikala jiwa dirantai dengan seribu pertanyaan...kesedihan dan kelukaan....
Aku adalah hambaMU yang lemah....

Monday, September 19, 2011

Bulan Artis Kawen

Ntah kenapa wat masa ni xde mood nak buh entry pasal aku....
ermm.....angin apa yang melanda pun aku x tau....

Apapun, aku just nak buh sedikit photo-photo perkahwinan artis baru-baru ni...
Bulan September ni menjadi pilihan para artis bagi melangusngkan perkahwinan mereka....
kira top la bulan ni berbanding bulan-bulan yang lain...
Walaupun artis-artis ni xde sangkut paut pun dengan hubungan pertalian darah dengan aku,
just aku nak berkongsi gambar-gambar kawen diaorang...
sebagaimana yang korang tahu, aku minat dalam bidang ini...
Suka tengok baju-baju kawen...make-up cantek-cantek...
Possing sana sini.....Tapi gambar yang tertera kat sini bukanlah hasil 'tembakan' aku....
Ni aku pun ambik kat web-web yang lain....
Hasil-hasil keje kami (suami isteri ada di) ilashphotographer2u.blogspot.com

Perkahwinan Ashraf Muslim yang telah selamat menjalankan majlis nikahnya di Mekah....
Moga berkat untuk selamanya...warna yang digunakan sama seperti Majlis Pertunangan mereka sebelum ini.

sumber : beautifulnara.com

sumber : beautifulnara.com

Majlis Pernikahan Azad dan Eira pun baru je berlangsung pada minggu lalu.
Mengenakan busana berwarna putih..menampakkan keserian di wajah kedua mempelai ini...
Make-upnya pun cantik....



semasa persiapan untuk shoot pre-wedding.







Cooming Soon...



Bila tengok gambar-gambar kawen ni, rasa macam plan nak cari baju kawen balik je utk annivesarry nanti...
Best dapat pakai baju cantek-cantek....wat outdoor session....
Berangan tak sudah....
Kat bawah ni gambar Farah AF dengan Nurul Syuhada (Pengacara Majalah 3) tu...
Diaorang ni kawen bulan-bulan lepas....


 sumber : G.I Photoshoot


Majlis Perkahwinan Nurul Syuhada (Pengacara Majalah 3)




sumber : http://www.hasrulhassan.com/2011/07/selamat-pengantin-baru-nurul-syuhada.html

Apapun Allah telah menjadikan manusia itu secantik-cantiknya...
Peliharalah ia sebaik mungkin....
Kerana kita di ciptakan dengan begitu istimewa di sisiNya...

Thursday, September 15, 2011

Story Morey Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri...
Rata-rata Ramai yang dah mengupdate pasal raya baru-baru ni...menceritakan tentang kemeriahan raya masing-masing. Di FB apatah lagikan, ada-ada saja gambar terbaru uang diupload. FB jem, sesak!
Tapi aku dah nak masuk minggu ke 2 baru la terhegeh-hegeh nak update....
Banyak benda nak buat....letih x sudah....macam-macam benda nak jalani......huh!
Mungkin jugak aku antara blogger yang terlewat tertinggal bas untuk merebut perlumbaan ini. hehehe

Nak kata banyak sangat gambar raya kali ni, xde jugak...cuma seminggu beraya tu memang xde online la sebab ramai sangat tetamu / peminat TEGAR, padahal dirumah memang xde internet. Percaya tak? Korang mesti kene terima hakikat bahawa aku adalah blogger tegar yang xde internet kat rumah...weeeee ye la, aku xde fan macam blogger popular yang lain. So aku sangat redha menggunakan line opis sebagai hubungan aku dengan blog aku nih....

TEMA TAHUN 2011
# Tahun ni memang pecah panggung sebab tanpa dirancang kami sepakat mengenakan pakaian raya kami berwarna pink or JAMBU!!!!! Bukan kerana sebagai peminat tegar Kumpulan JAMBU Maharajalawak tu...tapi ntah kenapa warna ni di pilih pun aku x sure. Hakikatnya baju aku telah lama dibeli tapi tidak dipakai. Dengan itu, secara tidak langsung baju ni telah dinobatkan untuk dijadikan baju raya...dengan tidak disangka juga enCik hubby bersetuju untuk mencari baju yg sama warna selalunya lelaki x suka warna ni tapi kali ni dia nak plak...
Seingat aku....ni la pertama kali warna pink ni dinobatkan secara rasmi sebagai warna pilihan untuk raya...sebab selalunya aku lebih menggemari warna yang gelap as hitam, coklat, biru,maroon....

DUIT RAYA vs HADIAH
# Untuk tahun ni kami aku telah mengubah konsep duit raya kepada hadiah bagi ahli keluarga terdekat. Dalam erti kata lain, non ado duit raya...kita kasi hadiah! Suka x suka korang kene terima...hehehe...apasal? Suka hati la...hahaha, saja...selain dapat memenuhi keperluan insan yang menerima....jimat kos!

DAPAT DUIT RAYA KE OR KENE BAGI DUIT RAYA
# Of coz la aku kene bagi duit raya...sejak keje memang xde dah terima duit raya...bila dah kawen ni..kut tunggu enCik hubby je yang bagi duit raya. tu pun kalau dia nak  bagi...hehehehe

BERAYA KE MANA?
# Tahun ni adalah giliran beraya di rumah mertua...so kita balik Kg Sri Kinta, Ipoh dulu....pagi raya enCik hubby solat Aidilfitri di Surau taman perumahan kami, pastu baru pegi ke rumah opahnya di Ipoh...selalunya pagi raya ni xde aktiviti yang dibuat...selepas makan-makan...bersalam-salaman dan berlaku la aksi-aksi penerima anugerah yang excited & x excited...

enCik hubby kata Jom jalan2 ke JJ...bukak ke time2 raya ni..sampai JJ dlm kul 11pg kut...ramai orang tapi majoriti Chinese...diaorg ambik peluang keluar kut time-time ni......ronda sana- ronda sini...ronda sana sini..JJ bukak jam 1ptg...kedai2 lain bukak la. Yang peliknya, setiap kali kami melintas disekitar kedai yang ada tempat duduk, ramai yang memerhatikan kami berjalan. Ntah kenapa??? rasa pelik, kut la ada yang terkoyak ke...tersenget ker...Tengok-tengok jugak..tapi xde pape yang pelik pun...
May be ada dikalangan diaorg yang 1st time tengok kut sepasang KEKASIH berjalan berpimpingan tangan berbaju kurung, berbaju melayu bersampin berjalan di Mall....gamaknye la (ertinya agaknya la)...
Dah rasa macam boring balik umah...hehehe

KUIH RAYA PILIHAN
# Tahun ni rasanya tekak paling suke kuih raya Biskut Makmur mak mertuaku!!!! Tettttt....best best. Yang kedua adalah biskut susu yang aku wat sendiri , amboi masuk bakul sendiri plak....
sumber : google
AKTIVITI RAYA
# Raya pertama tu lepas balik dari JJ terus balik rumah. Pikir nak masak apa...hahaha Encik hubby malas nak beraya...sebelum tu makan steamboat kat Jonny's....tapi x best la. Sedap lagi kat Flaming Steamboat...
Last-last memang memerap kat umah jer....
Raya ke 2 plak pegi tonton wayang HANTU BONCENG....hehehe, dengan baju raya bagai pegi masuk pawagam...selamba. Anyway best la filem tu...juadah di hari raya. Dengarnya pun filem tu dah pecah panggung....untuk sinopsis...ada kat SINI

kunyit, ustaz dgn tot
Petang tu baru balik umah kat Kampar...macam biasa orang x putus-putus yang datang. Mak pulak dah tertunggu je aku depan pintu. Dah nak ngamuk sebab lambat hahahaha

BANYAK KE BAJU RAYA / KASUT RAYA
# Baju raya tu ada 2 pasang je...alhamdulillah. Paling sket rasanya tu...hehehe Kasut raya xde pun. Lagi hebat. pakai je kasut mana ada sebab ada lagi kasut yang x dipakai....Walaupun orang sakan sebab dapat bonus, tapi aku macam biasa je...tp spend lebih sket nak bercuti time raya ari tu...

BERAPA BANYAK SMS YANG DITERIMA - ucap Selamat Hari Raya
# Rasanya tahun ni paling sket, populariti makin menurun...hehehe..dan aku plak memang xde sms kat org pun dengan hajat nak tengok sape yang ingat kat aku ni...ada la beberapa kerat...dalam 20 sms adakut... terima kasih pada yang sudi wat ucapan...apapun tahun ni aku ada terima kad raya setelah bertahun-tahun xde yang sudi mengirimkan...


TRAGEDI RAYA KE 6
# Pada hari raya ke 6 kami dikejutkan dengan penggilan fon dari kakak. Mak x sedarkan diri...(pengsan)... Sekarang dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Ipoh. Bergegas la kami ni, pelik jugak. Tapi sebelum tu memang dia selalu kata dia letih....Masuk kecemasan mak di masukkan insulin dan di katakan kekurangan gula dalam badan mak. Mak terlalu berpantang semasa raya ni sebab nak pegi check darah...siap makan hempedu tanah... tu yang blackout dah...Nasib baik semuanya kembali ok...alhamdulillah, tengahari tu mak dapat keluar....

SHOOT PHOTO
# Shoot photo raya kali ni lokasinya...sebelah rumah opah enCik hubby...memandangkan memang xde ke mana...tepi umah pun jadi lah....juadah untuk tatapan....






Wednesday, September 14, 2011

....tanpa tajuk...#4

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com