Thursday, September 15, 2011

Story Morey Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri...
Rata-rata Ramai yang dah mengupdate pasal raya baru-baru ni...menceritakan tentang kemeriahan raya masing-masing. Di FB apatah lagikan, ada-ada saja gambar terbaru uang diupload. FB jem, sesak!
Tapi aku dah nak masuk minggu ke 2 baru la terhegeh-hegeh nak update....
Banyak benda nak buat....letih x sudah....macam-macam benda nak jalani......huh!
Mungkin jugak aku antara blogger yang terlewat tertinggal bas untuk merebut perlumbaan ini. hehehe

Nak kata banyak sangat gambar raya kali ni, xde jugak...cuma seminggu beraya tu memang xde online la sebab ramai sangat tetamu / peminat TEGAR, padahal dirumah memang xde internet. Percaya tak? Korang mesti kene terima hakikat bahawa aku adalah blogger tegar yang xde internet kat rumah...weeeee ye la, aku xde fan macam blogger popular yang lain. So aku sangat redha menggunakan line opis sebagai hubungan aku dengan blog aku nih....

TEMA TAHUN 2011
# Tahun ni memang pecah panggung sebab tanpa dirancang kami sepakat mengenakan pakaian raya kami berwarna pink or JAMBU!!!!! Bukan kerana sebagai peminat tegar Kumpulan JAMBU Maharajalawak tu...tapi ntah kenapa warna ni di pilih pun aku x sure. Hakikatnya baju aku telah lama dibeli tapi tidak dipakai. Dengan itu, secara tidak langsung baju ni telah dinobatkan untuk dijadikan baju raya...dengan tidak disangka juga enCik hubby bersetuju untuk mencari baju yg sama warna selalunya lelaki x suka warna ni tapi kali ni dia nak plak...
Seingat aku....ni la pertama kali warna pink ni dinobatkan secara rasmi sebagai warna pilihan untuk raya...sebab selalunya aku lebih menggemari warna yang gelap as hitam, coklat, biru,maroon....

DUIT RAYA vs HADIAH
# Untuk tahun ni kami aku telah mengubah konsep duit raya kepada hadiah bagi ahli keluarga terdekat. Dalam erti kata lain, non ado duit raya...kita kasi hadiah! Suka x suka korang kene terima...hehehe...apasal? Suka hati la...hahaha, saja...selain dapat memenuhi keperluan insan yang menerima....jimat kos!

DAPAT DUIT RAYA KE OR KENE BAGI DUIT RAYA
# Of coz la aku kene bagi duit raya...sejak keje memang xde dah terima duit raya...bila dah kawen ni..kut tunggu enCik hubby je yang bagi duit raya. tu pun kalau dia nak  bagi...hehehehe

BERAYA KE MANA?
# Tahun ni adalah giliran beraya di rumah mertua...so kita balik Kg Sri Kinta, Ipoh dulu....pagi raya enCik hubby solat Aidilfitri di Surau taman perumahan kami, pastu baru pegi ke rumah opahnya di Ipoh...selalunya pagi raya ni xde aktiviti yang dibuat...selepas makan-makan...bersalam-salaman dan berlaku la aksi-aksi penerima anugerah yang excited & x excited...

enCik hubby kata Jom jalan2 ke JJ...bukak ke time2 raya ni..sampai JJ dlm kul 11pg kut...ramai orang tapi majoriti Chinese...diaorg ambik peluang keluar kut time-time ni......ronda sana- ronda sini...ronda sana sini..JJ bukak jam 1ptg...kedai2 lain bukak la. Yang peliknya, setiap kali kami melintas disekitar kedai yang ada tempat duduk, ramai yang memerhatikan kami berjalan. Ntah kenapa??? rasa pelik, kut la ada yang terkoyak ke...tersenget ker...Tengok-tengok jugak..tapi xde pape yang pelik pun...
May be ada dikalangan diaorg yang 1st time tengok kut sepasang KEKASIH berjalan berpimpingan tangan berbaju kurung, berbaju melayu bersampin berjalan di Mall....gamaknye la (ertinya agaknya la)...
Dah rasa macam boring balik umah...hehehe

KUIH RAYA PILIHAN
# Tahun ni rasanya tekak paling suke kuih raya Biskut Makmur mak mertuaku!!!! Tettttt....best best. Yang kedua adalah biskut susu yang aku wat sendiri , amboi masuk bakul sendiri plak....
sumber : google
AKTIVITI RAYA
# Raya pertama tu lepas balik dari JJ terus balik rumah. Pikir nak masak apa...hahaha Encik hubby malas nak beraya...sebelum tu makan steamboat kat Jonny's....tapi x best la. Sedap lagi kat Flaming Steamboat...
Last-last memang memerap kat umah jer....
Raya ke 2 plak pegi tonton wayang HANTU BONCENG....hehehe, dengan baju raya bagai pegi masuk pawagam...selamba. Anyway best la filem tu...juadah di hari raya. Dengarnya pun filem tu dah pecah panggung....untuk sinopsis...ada kat SINI

kunyit, ustaz dgn tot
Petang tu baru balik umah kat Kampar...macam biasa orang x putus-putus yang datang. Mak pulak dah tertunggu je aku depan pintu. Dah nak ngamuk sebab lambat hahahaha

BANYAK KE BAJU RAYA / KASUT RAYA
# Baju raya tu ada 2 pasang je...alhamdulillah. Paling sket rasanya tu...hehehe Kasut raya xde pun. Lagi hebat. pakai je kasut mana ada sebab ada lagi kasut yang x dipakai....Walaupun orang sakan sebab dapat bonus, tapi aku macam biasa je...tp spend lebih sket nak bercuti time raya ari tu...

BERAPA BANYAK SMS YANG DITERIMA - ucap Selamat Hari Raya
# Rasanya tahun ni paling sket, populariti makin menurun...hehehe..dan aku plak memang xde sms kat org pun dengan hajat nak tengok sape yang ingat kat aku ni...ada la beberapa kerat...dalam 20 sms adakut... terima kasih pada yang sudi wat ucapan...apapun tahun ni aku ada terima kad raya setelah bertahun-tahun xde yang sudi mengirimkan...


TRAGEDI RAYA KE 6
# Pada hari raya ke 6 kami dikejutkan dengan penggilan fon dari kakak. Mak x sedarkan diri...(pengsan)... Sekarang dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Ipoh. Bergegas la kami ni, pelik jugak. Tapi sebelum tu memang dia selalu kata dia letih....Masuk kecemasan mak di masukkan insulin dan di katakan kekurangan gula dalam badan mak. Mak terlalu berpantang semasa raya ni sebab nak pegi check darah...siap makan hempedu tanah... tu yang blackout dah...Nasib baik semuanya kembali ok...alhamdulillah, tengahari tu mak dapat keluar....

SHOOT PHOTO
# Shoot photo raya kali ni lokasinya...sebelah rumah opah enCik hubby...memandangkan memang xde ke mana...tepi umah pun jadi lah....juadah untuk tatapan....






No comments:

Post a Comment