Friday, October 28, 2011

Tengok Shoot Nilapura

Nilapura merupakan satu slot baru di TV3 akan menggantikan episod Supermak....
Memang tak sangka rupanya pengambaran dibuat di Kellies Castle...
Masa dalam perjalanan ke Batu Gajah, ternampak banyak khemah-khemah putih yang tertulis KRU
Huhu..aku kan peminat KRU dahulunya sejak zaman sekolah kan...Excited nak pegi..tapi enCik hubby kata
esok je la sebab masa tu pun hujan....
Esoknya memang nak ke Jalan Kuala Kangsar untuk beli barang gubahan bakul
Ingatkan dah tak jadi nak ke Kellies Castle tu...rupanya enCik hubby menunaikan janjinya

Tempat ni memang la menarik untuk wat shoot gambar...ntah bila la nak ambik gambar kat sini
Mula-mula ronda kawasan tu. Nampak sorang pelakon pempuan tapi tak nampak siapa dia...
Pastu enCik hubby memberanikan diri memasuki kawasan pengambaran...hahaha
terconggok la kami berdua di sini dengan muka tak malu...
encik hubby kata bleh je duk sini jangan bising je...memang ramai juga yang nak tengok sama, tapi x berani ke kawasan kami...

Salah satu adengan yang dilakonkan di Kellies Castle...
Masa ni juga la kami berada di sana...
Tengok dengan lebih dekat Memey kecik je orangnya...
Lebih kurang tinggi aku je...si Ryzal plak...cerah sangat....
Cuma kami tidak berpeluang untuk bergambar bersama, tak berani nak ganggu diaorang....
 Sedikit sinopsis story Nilapura ni...


NILAPURA pula akan mengisi slot Aksi bermula 31 Oktober, setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Alkisah pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan. Rangga dan Ratna, saling membenci disebabkan masing-masing sudah punya kekasih hati.
 
Memilih Kellie’s Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah  sebagai lokasi penggambaran, drama bersiri 13 episod terbitan KL Motion Picture diarahkan oleh Wan Hasliza yang juga penulis skripnya, telah berkampung di bangunan bersejarah tersebut sejak 20 September 2011. NILAPURA dibintangi Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.

Putera Rangga (Amar Asyraf) - anak kedua Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga jadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Rangga punya hubungan sulit dengan Ulia (Ramona), isteri kedua kepada Pembesar Sata, pegawai tinggi dalam kerajaan Nilapura. Selepas Rangga ditangkap oleh pengawal Pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia.

 Sultan Zainal Abidin bertitah untuk mengahwinkan Rangga dengan anak Raja Bumida Bimasakti, Puteri Ratna Mas Lela (Jue Aziz). Rangga terpaksa menurut titah ayahandanya walaupun tidak rela hati. Ratna rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja.

Rangga telah ditabalkan sebagai pemerintah negara Bimasakti. Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan dengan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra? Kena tengok, jangan tak tengok!

Yasmin Hanny Kawen...Cantik!

Menjamu mata gambar-gambar Hanny....tetiba je dengar kawen...apapun Tahniah...
Moga Bahagia Kekal Selamanya..insyaallah.....





sumber : beautifulnara

Tetiba je plak aku macam tak de masa nak update blog!

Ermmmm...dalam minggu ni terasa plak kesibukan yang mungkin tak berapa sibuk...
Tapi ada banyak benda yang nak kene settel...
Sejak aku masuk ke Unit baru ni kan... ada la benda-benda yang aku kene buat
Terutama menjelang Hari Penternak Petani Peladang dan Nelayan (HPPNK) peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan 12 nanti...
Bukan tak de cerita, ada banyak tapi x sempat-sempat nak update...
Jom kita wat check list untuk keje-keje aku....

Untuk Geran Pengiklanan 1 Malaysia Best
1. Buat salinan surat yang diterima daripada Kementerian untuk simpanan Bahagian IAT.
2. Satu salinan akan dihantarkan kepada usahawan bersama borang permohonan.
3. Buat cover letter mengikut keperluan (berminat, menolak, tuntutan bayaran).
4. Pos kepada usahawan yang berminat.
5. Kemaskini data usahawan dan hantar maklumbalas ke HQ.
6. Simpan dalam fail.
* infi sket pasal geran ni...geran ni diberi kepada usahawan yang telah mendapat pengiktirafan produk nya sb produk 1 Msia Best.
Pasaran produk - produk makanan industri asas tani yang dihasilan oleh usahawan , berpeluang melangkah lebih jauh sekali gus meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa dengan lebih mudah serta memperoleh pelbagai insentif kerajaan dengan menggunakan jenama 1 Malaysia Best ini.

Sehingga kini kira-kira 600 produk yang diusahakan 138 usahawan sudah memperoleh kelulusan menggunakan jenama ini dan LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjangka dapat memberi kelulusan penggunaan jenama 1Malaysia Best kepada sekurang-kurangnya 1,000 produk berasaskan pertanian yang diusahakan 200 usahawan menjelang Jun ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan jenama 1Malaysia Best untuk membantu meningkatkan taraf dan mempromosikan produk berasaskan pertanian keluaran tempatan terutama di pasaran antarabangsa dan mewujudkan kestabilan ekonomi kepada pengusaha. (info dari SINI)


Kalau ada usahawan yang berminat untuk memohon pengiktirafan 1 Malaysia Best bleh la berbincang dengan Pegawai FAMA


Tuntutan Bayaran Hamper VVIP
1. Buat penyata tuntutan bersama senarai barang - barang yang telah dibelanjakan.
2. Hantar kepada Pn Hanita untuk pengesahan.
3. Setelah menerima bayaran, buat pembayaran produk Perak Best dan Agromas.


Coming soon...menjelang HPPNK...wat masa ni tak de arahan pape lagi. Tapi confrim banyak benda kene buat.....

* Gambar memang GELAP...jangan betul kan PC anda...hahahaha

Thursday, October 20, 2011

Desk Yang ke 5 Dunia Pekerjaanku

Selama aku bekerja ni....means keje dari status Sambilan ke Kontrak ke Tetap dalam agensi yang sama...
dah 4 kali tukar workstation...
Mula-mula masa Sambilan...penah aku buh kat entry pun kalau tak silap masa kat Unit Sumber Maklumat Pasaran

Kali ke 2 masa Kontrak di Cawangan Kualiti dan Standard....
Ni 2 kali tukar sebab tukar opis...tapi masa tu x keruan sket...so memang x teringat pun nak ambik gambar
Bila dapat Tetap..kene masuk Bahagian Industri Asas Tani, Cawangan Pembangunan Produk...

Aku ada gak buh dalam entry yang lepas2...
So yang ni yang ke 5 masa aku bertukar ke TEMAN.....
Meja baru...semua baru...tapi tempat tak le macam tempat dulu-dulu padat dengan macam-macam benda
Konon nak sikitkan barang la...so meh tengok...adakah sikit or banyak jugak..hehehe

Banyak kotak..tetap ada! Dalam kotak Double A tu ada barang. Tak keluarkan semuanya

Zoom sket....

Ni kira kemas la, sebab tak de keje

Ada koleksi keychain yang orang bagi....siap buh gambar kawen lagi...memang melampau kan..hehehe

Jangan tak tahu, aku telah bertukar unit...tetiba Pej Negeri berminat plak untuk mendapatkan perkhidmatan aku....weeeee...sekarang aku di Unit Promosi... pastilah aku ada tempat baru...yang ke 6....nanti update lain. Tak sempat berhias, tak sempat nak capture....

Friday, October 14, 2011

Berbuat baik TAPI kene tikam dari belakang

Hari ni badan tak berapa sihat...semalam naik demam, badan lenguh-lenguh...kene selsema + batuk...
Makan ubat terlena kejap....terjaga bila badan dah basah dengan peluh...

Tetiba hari ni aku dihangatkan dengan citer dalam meeting semalam....
Semalam baru dapat tahu sikit,  tapi hari ni clear....
Sedihlah...masih ada lagi manusia macam tu dikalangan kitaorang ni...
Selama ini rasanya tak pernah buat khianat pun dengan dia...elok je
Tak sangka pula atas kepengtingan diri sendiri, sanggup menikam orang lain dari belakang...
Tetiba hilang sudah rasa hormat pada dia....

walaupun apa yang telah dilakukan ibarat menikam dari belakang, tapi aku harap dia akan sedar kesilapan diri dia sendiri...Allah swt berilah dia petunjuk kejalan yang lebih lurus....
Siapalah aku untuk menyimpan dendam walaupun hatiku tetap terguris dengan tindakan yang dia lakukan...
Itulah ia yang bergelar kawan...
Pastinya aku lebih berhati-hati selepas ini...

Wednesday, October 12, 2011

...tanpa tajuk #7

* photo ni diambil pada bulan pose ritu di Pasar Ramadhan Medan Gopeng

Tuesday, October 11, 2011

M.A.L.A.S ++ Sayu Grrrrr....

ermmmm.... sepatutnya minggu ni sekali lagi aku perlu lapor diri di pengurusan kerana ditukarkan ke unit lain....
Apasal pun aku tak tau..tapi mungkin pasal skop kat sini makin dikecilkan
Maklumlah berkemungkinan besar pada awal tahun 2012 Mydin akan masuk di sini...
hampir 40% kawasan lot di sini akan diambil oleh pihak Mydin atas arahan PM kita....
Tujuan utama Mydin diarahkan untuk masuk ke sini bagi membangunkan tempat ini setelah agak sekian lama pihak-pihak tertentu terus cuba membangunkannya...
Diharap dengan kehadiran Mydin, tempat ini akan berubah....dengan kunjungan ramai.....
Lebih meriah...rugilah prasarana yang telah tersedia dengan baik, namun tidak digunakan dengan sebaik mungkin

Huh, tersasar dengan nmelodi sebenar ceritaku....
Jadi memandangkan ketua unit promosi tiada, nama aku telah dipilih untuk menyandang tanggungjawab tersebut
SENTAP! bukan pasal apa....tapi, risau akan tanggungjawab yang perlu dipikul....
Bukan mudah, walaupun aku ada pengalaman sebelum ini...namun suasana, cara kerja, fungsi unit jauh berbeza....semua benda aku kene belajar A-Z balik....
Kalau dipikirkan memang serabut...tapi nak sedapkan hati...'buat je la apa yang mampu....'
 M.A.L.A.S sebab nak kene kemas barang-barang kat workstation..kene masuk pejabat negeri plak..
Walaupun sebelah....eeeee....malas....ni la namanya x rela...hahaha
Sayu pun ada....

Anyway, thanks sangat-sangat kat JIRAN JIRAN ku.....yang bertiga itu....Faizah, Mak Jemah (mie..jangan marah ek)...dan Hizam kerana telah mengaturkan program makan-makan ari tu...walaupun akak pindah kat sebelah je....korang memenag jiran terbaeeeekkkkk.......
Kat sebelah tak tau la macam mana plak jiran akak....
Tapi boring-boring akak akan datang jugak kat u alls...weeeeeee..................

Thursday, October 6, 2011

BerCHOTI Raya di Cameron

Seminggu selepas raya, aku bercuti bersama enCik hubby, mak bapak dan nyah...
Tak jauh pun, ke Cameron je...
Cuma kali ni kami bermalam dan dapat sewa hotel apartment dengan harga yang lebih murah...
Atas pertolongan kawan...terima kasih banyak-banyak...

Permulaan telah menyatakan semuanya...kaki siapa, nape stokin belang-belang...dan kenapa kaki plak yang di ambil gambar...jangan tanya erk...hehehehe (nak lain dari yang lain)...


 Masa mula sampai...sedang menunggu layanan untuk mendapatkan kunci rumah...masa ni memang sejuk. Sebab kalau nak ke Cameron mestilah pada hari kerja..baru sejuk (petua!)
Kabus pun ada....keadaan pun tenang....baru la best. Kalau sesak-sesak mana best..macam kat opis je. Serabut memanjang...

...
Dari ruangan lobi, pandang ke bawah nampak satu taman....cantik..niat dalam hati memang nak pegi. Last-lastnya lupa....hermmmm....sebab malam sesampainya kat sana, demam selsema melanda. Dengan sejuknya....memang rasa tak sedap badan langsung. Tapi gagahkan jugak, sebab rugi la dah bercuti tetiba tak dapat nak enjoy plak kan.....
Beginilah suasana pagi 8hb sekitar depan apartment kami....masa ni keluar nak pegi breakfast....
Menghirup teh asli...kalau kat bawah, peniaga pakai teh cikai je nak untung....

 Muka yang sembap, pagi-pagi dengan ketidak sihatan...huh....memang x best..jangan tak keruan dengan benda merah tu..hehehe, benda tu dibeli sebelum ke sini lagi. Tapi nak pakai malu...memandangkan masa ni memang sejuk, pakai la juga. Melebihkan orang kat oversea...hehehe. Nak gi oversea belum ada rezeki, so pakai je la kat sini walaupun hanya kat Cameron Highland.....
Keadaan menampakkan aku sedikit kegemukan, jangan percaya! hehehe semua ini angkara baju sejuk yang dipakai.....weeeee.................
 Yezzaaa....inilah mak dan bapak yang tersayang....walaupun mak baru je masuk emergency seperti entry yang penah aku citerkan sebelum ni...tapi mak tetap nampak happy di sisi bapak...gambar ni diaorang tak sedar ada lensa camera yang sempat mengabadikan detik indah ini....
Aku like mother or like father???? Love u all

 Tu dia enCik hubby senang 'menembak' photo Nyah....katanya macam Anuar Zain...hehehehe Nyah siap ambik MC lagi gara-gara nak bercuti bersama kami...
 Adengan ini adalah selepas Nyah mengambil gambar mak...sempat aku snap tanpa di sedari...glamer gile mak bila pakai spek mata hitam tu....
 Tengah teropong apa tu????

Memek muka yang paling berjaya....walaupun sampai sekarang aku masih tak ingat kisah apa yang diperbualkan masa ni...sambil diperhatikan oleh mak...tempat ni kitaorang pegi berdekatan dengan Uncle Sam...sebelahnya....ada banyak jualan bunga, kaktus....
 Nyah sebagai penunjuk arah...dibawanya pula ke Gunung Brinchang selepas melalui Sungai Palas di mana tempat tanaman teh...suasana cantik menghijau...udara plak nyaman-nyaman je...Topi enCik hubby tu baru beli. Sampai-sampai terus beli topi...sejuk katanya....xde la pakai topi Justin Bibir lagi....
 Gambar ni lebih menarik jika dilihat dengan saiz yan besar....tapi memandangkan kat sini x leh nak buh besar..kene klik baru nampak besar kan...kalau ikutkan dari sini boleh naik lagi, tapi memandangkan keselamatan kereta...jadi cukup la di sini je.

Pokok adalah agenda lokasi kali ini...semuanya mencari pokok pokok....

Dah terduduh memang susanh nak bangun balik.....

 enCik hubby dengan aksi mukanya....sajer je dia....

Photo ni di Kilang Teh Boh....dah lama tak ke sini. Kat sini Nyah belanja Tehcino....tapi aku tak minum, aku minum susu panas...hahahaha...jangan tanya kenapa..(huh, semua x leh tanya)....saja, xnak ambik kafien....(ada makna)...
 Luaskan ladang teh ni....macam mana la diaorang nak ambik nak hantar pegi kilang....
Kita sedap minum je kan....Sorry keadaan selendang yang berserabut...memang malas gile nak ber elok elok (ada ke ayat tu) sebab dengan hidung berairnya....
 Camera trick again! Nampak demuk dan rendah..... Tapi sebab sejuk dan nak jugak bergambar penuh dengan sigboard ni kena terima apa jua keadaanya....
 Teka kenapa jadi macam ni??? Lakonan semata-mata...ni la enCik hubby yang aku sayang sayangi....hahaha
Korang ada??? Mesti la ada...yang xde, suami yang sanggup wat adengan macam gini kan... : )
Menayang sarung tangan yang baru dibeli....sarung tangan ada, tapi tak bawak sebab selalunya naik cameron tak de sesejuk kali ni. Ni dah tak tahan, enCik hubby pun membelikan sarung tangan ini. cantik tak? oh ya, pasal benda penutup telinga tu...masa sonok shoot sana sini ada la sorang pakcik tu duk renung aku. Pelik la jugak, kut la dia kenal aku tapi aku tak kenal dia....still maintain....tetiba dia menyapa
"yang adik pakai kat telinga tu ada dengar lagu ke atau saja-saja???" sambil menggayakan tangannya menandakan benda merah tu yang menarik perhatiannya....
"tak..ni penutup telinga sebab sejuk...."
: )

 Tempat ni x ingat plak namanya...tapi on the way nak ke Brinchang kalau x silap....tempat ni selalunya bapak mesti pegi sebab dia akan beli pokok-pokok bunga. Bapak memang minat sangat dengan pokok bunga...cuma kita kene pandai pilih dan bertanya sebab ada di antara pokok bunga di sini yang mungkin cantik di sini tapi bila bawak turun mati sebab tidak sesuai dengan suhu....jadi jangan excited sangat tau...hehehe. Tak dapat beli, capture photo je....

Contohnya pokok ini....ini sebenarnya adalah sejenis pokok kaktus....cuma dia tak le seganas kaktus yang lain...kat sini nampak cantik, tapi bila kita bawak turun hijaunya tidak seperti ini....yang aku beli plak, benda yang macam ala-ala daun tu semuanya luruh...huh sedeh....hakikatnya memang cantik, macam bunga plastik.
Cactus Point mesti kene pegi....sebab kat sini ada banyak cactus yang kiut-kiut....
Ari tu dah beli...dan ni beli lagi tambah koleksi......kat sini seperti ada yang sedia maklum, kaktus sebesar-besarnya pun ada......




Masa nak balik, singgah lagi kat Kea farm....last shopping....tengaok benda-benda kat sini memang rasa macam nak beli macam-macam....dek kerana duit tak bape nak ado ni je.....
Nyah sedang membeli...apa dibelinya aku tak tau.....
Dalam perjalanan balik, singgah kejap kat Bharat Tea...Nyah belanja minum....sambil menikmati pemandangan indah kebun-kebun tea....kat sini nampak macam panas sket la .....
Minum tea...dan kek carrot.....
Perjalanan pulang yang mengantukkan.....
Oh ya, bukan nak promote...tapi kalau korang naik cameron...try la minum teh tarik strawberry....mabeles!
aku ada beli yang sachet punya....tak sangka sedap....Jangan terkejut kalau kami akan ke sana lagi..hehehe