Ermmmm...dalam minggu ni terasa plak kesibukan yang mungkin tak berapa sibuk...
Tapi ada banyak benda yang nak kene settel...
Sejak aku masuk ke Unit baru ni kan... ada la benda-benda yang aku kene buat
Terutama menjelang Hari Penternak Petani Peladang dan Nelayan (HPPNK) peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan 12 nanti...
Bukan tak de cerita, ada banyak tapi x sempat-sempat nak update...
Jom kita wat check list untuk keje-keje aku....
Untuk Geran Pengiklanan 1 Malaysia Best
1. Buat salinan surat yang diterima daripada Kementerian untuk simpanan Bahagian IAT.
2. Satu salinan akan dihantarkan kepada usahawan bersama borang permohonan.
3. Buat cover letter mengikut keperluan (berminat, menolak, tuntutan bayaran).
4. Pos kepada usahawan yang berminat.
5. Kemaskini data usahawan dan hantar maklumbalas ke HQ.
6. Simpan dalam fail.
* infi sket pasal geran ni...geran ni diberi kepada usahawan yang telah mendapat pengiktirafan produk nya sb produk 1 Msia Best.
Pasaran produk - produk makanan industri asas tani yang dihasilan oleh usahawan , berpeluang melangkah lebih jauh sekali gus meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa dengan lebih mudah serta memperoleh pelbagai insentif kerajaan dengan menggunakan jenama 1 Malaysia Best ini.
Sehingga kini kira-kira 600 produk yang diusahakan 138 usahawan sudah memperoleh kelulusan menggunakan jenama ini dan LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjangka dapat memberi kelulusan penggunaan jenama 1Malaysia Best kepada sekurang-kurangnya 1,000 produk berasaskan pertanian yang diusahakan 200 usahawan menjelang Jun ini.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan jenama 1Malaysia Best untuk membantu meningkatkan taraf dan mempromosikan produk berasaskan pertanian keluaran tempatan terutama di pasaran antarabangsa dan mewujudkan kestabilan ekonomi kepada pengusaha. (info dari SINI)
Kalau ada usahawan yang berminat untuk memohon pengiktirafan 1 Malaysia Best bleh la berbincang dengan Pegawai FAMA
Tuntutan Bayaran Hamper VVIP
1. Buat penyata tuntutan bersama senarai barang - barang yang telah dibelanjakan.
2. Hantar kepada Pn Hanita untuk pengesahan.
3. Setelah menerima bayaran, buat pembayaran produk Perak Best dan Agromas.
Coming soon...menjelang HPPNK...wat masa ni tak de arahan pape lagi. Tapi confrim banyak benda kene buat.....
* Gambar memang GELAP...jangan betul kan PC anda...hahahaha
No comments:
Post a Comment