Friday, October 28, 2011

Tengok Shoot Nilapura

Nilapura merupakan satu slot baru di TV3 akan menggantikan episod Supermak....
Memang tak sangka rupanya pengambaran dibuat di Kellies Castle...
Masa dalam perjalanan ke Batu Gajah, ternampak banyak khemah-khemah putih yang tertulis KRU
Huhu..aku kan peminat KRU dahulunya sejak zaman sekolah kan...Excited nak pegi..tapi enCik hubby kata
esok je la sebab masa tu pun hujan....
Esoknya memang nak ke Jalan Kuala Kangsar untuk beli barang gubahan bakul
Ingatkan dah tak jadi nak ke Kellies Castle tu...rupanya enCik hubby menunaikan janjinya

Tempat ni memang la menarik untuk wat shoot gambar...ntah bila la nak ambik gambar kat sini
Mula-mula ronda kawasan tu. Nampak sorang pelakon pempuan tapi tak nampak siapa dia...
Pastu enCik hubby memberanikan diri memasuki kawasan pengambaran...hahaha
terconggok la kami berdua di sini dengan muka tak malu...
encik hubby kata bleh je duk sini jangan bising je...memang ramai juga yang nak tengok sama, tapi x berani ke kawasan kami...

Salah satu adengan yang dilakonkan di Kellies Castle...
Masa ni juga la kami berada di sana...
Tengok dengan lebih dekat Memey kecik je orangnya...
Lebih kurang tinggi aku je...si Ryzal plak...cerah sangat....
Cuma kami tidak berpeluang untuk bergambar bersama, tak berani nak ganggu diaorang....
 Sedikit sinopsis story Nilapura ni...


NILAPURA pula akan mengisi slot Aksi bermula 31 Oktober, setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Alkisah pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan. Rangga dan Ratna, saling membenci disebabkan masing-masing sudah punya kekasih hati.
 
Memilih Kellie’s Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah  sebagai lokasi penggambaran, drama bersiri 13 episod terbitan KL Motion Picture diarahkan oleh Wan Hasliza yang juga penulis skripnya, telah berkampung di bangunan bersejarah tersebut sejak 20 September 2011. NILAPURA dibintangi Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.

Putera Rangga (Amar Asyraf) - anak kedua Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga jadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Rangga punya hubungan sulit dengan Ulia (Ramona), isteri kedua kepada Pembesar Sata, pegawai tinggi dalam kerajaan Nilapura. Selepas Rangga ditangkap oleh pengawal Pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia.

 Sultan Zainal Abidin bertitah untuk mengahwinkan Rangga dengan anak Raja Bumida Bimasakti, Puteri Ratna Mas Lela (Jue Aziz). Rangga terpaksa menurut titah ayahandanya walaupun tidak rela hati. Ratna rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja.

Rangga telah ditabalkan sebagai pemerintah negara Bimasakti. Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan dengan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra? Kena tengok, jangan tak tengok!

No comments:

Post a Comment