Tuesday, October 30, 2012

Aku Jejak USS - Part 4

Punyalah banyak part...bukan tak nak habiskan tapi nanti jadi panjang sangat dan mata bleh jadi blurrrr.... tgk skrin lappy, or PC or Tab..or something yang bleh tgk la...(macam ramai sangat yang tgk blog aku ni...hahaha) padahal tak de mana pun....
Wokey, sekarang aku berada di Sesame Street....tapi bikan rezeki aku masa aku berada kat situ, x jumpa diaorang pun walaupun aku dah tawaf dua kali.....just ambik gambar kat sini sini je...


Lepas tu berjalan balik ke depan sebab tekak makin loya rasa nak muntah penangan daripada naik The Mummy Return....so memang nak cari satu tempat yang bleh duduk releasekan sket kepala ni...

Lihatlah enCik hubby berposing dengan gayanya.....ada sesapa nak ambik dia belakon ke...? hahahaha
Tetiba nampak benda ni.....
*
*
*
*
*
**
*
*
*
***
*
*
*
*

Diaorang kuar....hadoi ramai la plak.....tunggu punya tunggu turn kitaorang, habis masa....so xdpt bergambar dengan diaorang ni...hanya dapat ambik gambar dia je...

Walaupun dia nampak bulat, tapi orang tetap nak ambik gambar dengan dia....N ntah sape la yang ada kat dalam tu...betuah la dapat peluk banyak orang...hahahaha

Muka yang menahan rasa nak muntah...kene beli air jus utk melalikan rasa tekak.....$13.... = RM 32
kalau kat Malaysia confirm aku x belikan...just air dengan botol air ni.....tapi darurat sangat la konon....kene beli jugak...

Sekitar jalanan di USS....








Friday, October 19, 2012

Aku Jejak USS - Part 3

Welcome to Jurrasic Park....misi mencari dinasour....hahahaha. time ni bleh la tersenyum lebar sbb xkene lagi journey yang gempak2 sampai rasa jantung terjojoi kuar...hahahaha. Lepas makan plak tu...rs mcm happy jer....
Memek muka yang dianggap sebagai berjaya.....hahahah, masa ni dah panas....dah tengahari. dengan pakaian yang ala-ala korea ni...memang panas arr.....Masa ni muka pun masih bersemangat sangat sebab keterujaan tidak dapat dikikis lagi....

Menuju ke zon Jurassic Park....

Rupa-rupanya skali lagi kami kene naik boat. Macam kat Madagascar sebelum ni. Tp boat ni lebih kecil memuatkan dalam 9org berbentuk bulat....Maknanya melalui air jugak la ni....
Mula-mula kami melalui taman dinasour yang meletakkan dinasour yang sweet2 jerk....ada bunyi bunyian....gelombang air yang membuatkan boat kami berpusing (pening dibuatnya)..... Kat kawasan ni kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar....katanya dinasour kat sini shy2....tiba2 masuk satu tempat yang ada dinasour ganas2 ni...tempat tu gelap.....sampai satu tempat boat kitaorg diangkat ke atas.....akan menemui kepala dinasour besar yang nak makan kitaorang.....tiba2...boat kami di luahkan keluar...lebih kurang macam video ni


Basah le jugak...tudung dah penyek....rugi x beli baju ujan....nak beli ingatkan nak jimat....sib baik kamera yang ada x basah...kalau tak lagi rugikan....
Dah pening2 kami teruskan ke Zone seterusnya The Mummy Return.....rasa macam kat zaman tu plak.

Ingatkan ni pintu depan, rupanya tidak...ni pintu keluar....tudung dah petak...sebab basah....



Ni baru pintu depan....nak masuk payah sebab tak boleh bawak camera & beg. So kene simpan. Nak simpan kene guna duit.....malaslah....xmasuklah mula2....just bergambar jer....dah pusing kali kedua barulah tengok tempat simpan barang tu...rupa-rupanya 30 minit yang pertama FREE...so simpan cepat2 and terus masuk. Memandangkan kitaorg pergi time kerja, so xde masalah untuk menunggu lama. Dapatlah jimat untuk loker tu sebab tak payah bayar....
Muka sebelum masuk boleh tahan senyum...setelah naik.....terus nak muntah. Nak tahu apa jadi, memanglah ada penceritaan kat dalam tu....rupa-rupanya naik roller coaster! Sib baik x nampak track nya, kalau nampak confirm tak naik.Dalam tu gelap, tapi memang laju and rasanya dah tunggang langgang kat dalam tu. Nak tercabut nyawa dibuatnya....tgk balik gambar yg diaorang snap, buruknya memek mukaaa....n aku rasa suara aku yang paling kuat melalak masa tu.....huh, penat wat latihan vokal....

Zone ini sangat dinantikan oleh enCik hubby, kat dalam ni kitaorang naik satu kenderaan yang macam roller coaster jugak....tp sambil tu melayan filem Transformers 3D....jangkaan permainan ini dalam 5-10minit. Serius gempak!!!! Yang ni siap naik 2 kali.....bila peluru tembakan datang terasa panasnya, macam ada depan biji mata siap elak lagi.....bila jatuh bangunan, jerit la sekuat hati, padahal benda yang kitaorang naik tu x gerak pun, yang gerak movie. Tapi disebabkan 3D n siap ada effect angin la...n tgk keadaan tu dalam 3D memang rasa macam jatuh bangunan ar. Siapa sangka, transformers bercakap dgn aku...hehehehe

Gambar di atas tu la yang aku sedang ambik ni.....n masa tu jugak enCik hubby ambik gambar aku....so dua-dua nampak sedang meneropong.....

Akhirnya kami juga beratur untuk bergambar di sini. Gambar ni dari camera aku yang diambil oleh pari2 yang bertugas kat situ. And kami beli juga gambar yang diaorang ambik guna camera diaorang. Siap ada frame $20. Wat la kenangan......
Next kita akan pegi dijalanan Sesame Street.....








Thursday, October 18, 2012

29 November 2012 Lagenda Budak Setan - Katerina

Yang ini pun nak di tunggu jugak ni...hahahaha




6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu
Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan KasyahKetabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya
Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya
Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu
Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut
Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan
Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis
Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya
Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku
Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut
Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran
Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah
Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam
Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar
Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap
Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisinya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan
Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian
Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati
Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya
Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia
Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar
Masa berlalu,Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula
Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya…



Read more: http://www.enciknakal.com/2012/10/sinopsis-lagenda-budak-setan-2-katerina.html#ixzz29d73auzO


Tuesday, October 16, 2012

Bila Nak Tengok Aku Terima Nikahnya Nih???

Sebelum sambung Part 3.....korang dah tengok filem ni tak????
Macam best, nak tengok tapi poket tengah kering...hahahaha.....









Monday, October 15, 2012

Aku JEJAK USS - Part 2

Continue part 2....Welcome To Madagascar!!! Selepas berpeleseran sekitar pintu masuk....kini sampai di Zone Madagascar.....Kat belakang tu tempat makan, setiap zone pasti ada tempat makan ala-ala cafe gitu....so tak tahu apa permainan yang menanti di Madagascar....

Nin dia pintu hadapan untuk masuk ke zone madagascar.....kat dalam ni la permainan nya....kat sini kami akan menaiki boat dalam 12 orang lebih kurang....perjalanan melalui air dan akan masuk ke dalam terowong, dan disitu akan bermula cerita tentang Madagascar....selain daripada aksesori haiwan2 seperti di dalam filem terdapat di kiri kanan perjalanan....bergerak, menyanyi...dengan sond system yang best, memang rasa macam kat kayangan...Mana tak nye....tgk haiwan2 bercakap...ada buih2 yang keluar...kat dalam tu x bleh ambik gambar...tp ada gak satu dua gambar yg enCik hubby snap....

Keluar, baru ternampak pokok giant ni besarrr....kat atasnya ada kapal terbang....macam mana yang ada dalam cerita tu...macam tu la yang ada kat sini....

Berhadapan dengannya ada tempat macam playground....yangkuda pusing2 tu....tp ni ada bermacam - macam jenis haiwan la...semua daripada karektor yang ada dalam filem Madagascar....masa ni tak naik, jenjalan tempat lain dulu...masa nak balik bleh naik balik.....kita terus terokai USS!

Welcome to Far Far Away.....apa yang ada??? Ada Shreck n the geng! Di zone ini pula, kita akan ditayangkan dengan satu filem shrek versi pendek....filem ini 4D okey....and bangku yang kita duduk bleh bergoyang mengikut aksi di dalam filem....dan bila ada tempias air dalam filem, kita yang tonton jugak akan kene tempias air tu.....doktor ada kata mata aku ni xde 3D...dan aku rasa aku xkan dapat menikmati semua ini apa yang di katakan dengan 3D n 4D....tapi masa aku tengok kat sini....serius! mata aku ok....aku blh tgk kesannya.....memang best! Best Best!!!!

Sebelum masuk menonton filem dalam 15 minit...tetiba Shrek dengan Fiona keluar.....walaupun diaorang nampak hijau...tapi sweet you.....jalan berpimpingan tangan....dengan kerendahan diaorang....katek jerk..huhuhu

Orang yang nak bergambar dengan mereka kene beratur...masa ni xnk la beratur sebab nanti kalau dia ambik gambar, kene byar pulak...padahal gambar tu ikut suka nak beli or tak....so dapat latar belakang pun jadilah kan.....
Kelaparan...menahan makan sejak breakfast kat hotel...mana tak nye...kat sana nampak macam murah...tapi bila dah ditukar ke duit kita...ermmmm...jangan dikenang....so kene la tahan makan sebab nak maintain duit untuk beli barang...hahahaha....ni la set yang kami makan...enCik hubby x ambil gbr penuh...yang ni Chicken n Chip $9.90 dan air...x ingat bape....kat ayam tu adalah fries....bolehla untuk lapik perut....

Selepas makan kami merentasi gerbang ini untuk meninggalkan Zon Far Far Away....gambar ni diambil oleh seorang pelancong....dia siap offer kitaorang utk ambik gbr....maklumla kami berdua, xde sape yg  nak ambikkan gambar kami...walaupun camera satu sorang...rakus sungguh!
Nest zone....lebih kepada cabaran.....
Dipenuhi dengan jeritan sampai hanya suara aku sahaja yang kedengaran......
Tungggu...part 3......adios!

Friday, October 5, 2012

Akhirnya Aku JEJAK USS - Part 1

Assalamualaikum

Telah lama tidak update blog....sebok dengan percutian segera....
Walaupun segera dan sangat bajet, tapi sangat berpuas hati walaupun sedikit penat....
Kemana kami bercuti???? Kami ke Universal Studio Singapore...
Dah lama ingin ke sana tapi masih tidak berpeluang....dan buat kali ini kami tekad untuk pergi....
Alhamdulillah...dapat pergi jugak akhirnya....

Kami mula bercuti pada 26 Sept 2012...perjalanan dari Kampar ke JayBEe mengambil masa lebih kurang 8jam...termasuklah beberapa kali berhenti untuk melegakan lenguh badan duduk di dalam kereta....
Bergerak dari rumah mak jam 5.30 pagi.....dan berhenti di perhentian Tanjung Malim untuk menunaikan solat Subuh....sekali lagi kami berhenti di Pagoh.....enCik hubby tak nak selalu berhenti katanya nanti lambat sampai.....walaupun dia nampak mengantuk sebab kene bangun awal pagi....
Kami selamat sampai di SuriaCity Hotel JB pada jam 1.30 ptg.

Sampai bilik terus baring....enCik hubby siap tido....akupun terlelap kejap , terjaga sebab perut rasa lapor walaupun dah makan di Pagoh tadi.....beginilah bilik kami...tidak besar, tidak kecik...selesa la + ada tv + freeze....selain coffee corner....dari hotel ni boleh nampak Tambak Johor.....
Kami ke USS dengan mengambil pakej dari SuriaCity Hotel dengan harga RM363 untuk 1 pax bagi 3hari2malam termasuk 2 kali breakfast, pengangkutan pegi dan balik ke USS + tiket USS...kiranya untuk 2 pax = RM756 termasuk tax.
Ni room tariff 2011 yg di ambil dari empunya blog....saya mintak izin kongsi maklumat ek....
Kalau ikut pakej kami dapat bilik Standard Twin harga RM138 untuk satu malam. Tahun ni ikutkan RM168.
Petang tu keluar untuk makan je...simpan tenaga untuk esok.....
27.September 2012 - Khamis
Jam 7.00 pagi dah pegi breakfast sebab kami dimaklumkan kereta (teksi khas) akan membawa kami ke Terminal Larkin pada jam 7.30 pagi......kat sinilah kami breakfast....makannya boleh tahan sedapnya....tapi tak bleh makan banyak-banyak sebab bimbang kalau-kalau nak ' membuang ' plak. Maklum je la, orang kata di USS tandas tak ada paip air...so memang tak bleh nak basuh dengan air. Kenelah buang siap-siap sebelum gerak ke sana....


Tiket RM140 seorang dapat kertas kecik ni je...jangan lupa bawak esok dah la....klu terlupa x pasal2 kene beli balik.....Perjalanan dari Larkin ke Spore lebih kurang 1 jam termasuklah pemeriksaan imigresen. Mula-mula tu gelabah jugaklah sebab tak tau mana hala nak dituju...kitaorang follow je insan-insan yang satu bus dengan kitaorang tu...Pastu dlm perjalanan ke Sentosa mengantuk sangat....punyalah tahan sampai dah nak sakit kepala....sebab tak nak terlepas benda ni....(lihat bawah)


Sib baik tak terlepas...sebenarnya aku nak ambik gambar ni...masa ni plak enCik hubby duk kat tingkap....siap tepis dia lagi kut-kut x dapat ambik gambar...sib baik sempat.Kalau tak confirm enCik hubby akan dipersalahkan...huhuhuhu. Kesian....Bila dah sampai kat terminal, nampaklah corong untuk naik ke atas....memang teruja sangat masa tu....sebab nampak kecanggihan designnya berbanding terminal yang ada di tempat kita.


Bila kita naik je terus sampai USS...masa sampai ni lebih kurang jam 11.00 pagi....orang tak ramai sangat lagi sebab baru bukak....
Jumpalah benda ni....so memang sesiapa yang pegi sini pun, wajib ambik gambar kat benda ni...kita trademark la...klu xde duit nak beli barang pun x pe, janji ada gambar kat sini....dan orang pasti percaya bahawa anda telah sampai di sana...hehehehe...(giler jakun kan). Berjalan-jalan kat sini memang terasa macam kat oversea (walaupun spore ni kira oversea la) tapi bayangkan macam kat negara yang bercuaca sejuk...padahal paneh! Baju ni sebenarnya tidak sesuai untuk pemakaian di kala panas....tp sebab nakkan fesyen kene dengan suasa di sana....belasah (aku x tahu masa tu memang panas).....

Bagi mereka yang belum beli tiket, kaunter tiket memang ada di kiri dan kana sebelah pintu gerbang ni...tapi kitaorang dah ada tiket siap...so x perlu pikirkan nak g beli...pikirkan nak shoot gambar je....kat belakang tu ada pintu masuknya...
Kalau perasan kat dalam best tu ada botol spray...mesti korang pelik napa aku bawak botol tu...sebab sebelum kami datang sini, ramai kawan yang dah ke sana....dan mesti ada yang pesan 'nanti bwk botol kosong utk isi air klu nak g toilet' bila tanya kenapa....toilet kat sana dalam toilet xde pili / paip air...semua guna 'salat' dengan tisu jerk....haaaa hambik....bg kita yang dah biasa mencuci dengan air yang maha deras, bila xde air boleh bingung dibuatnya....so be prepared kalau2 kes emergency spray je la.... =)

MAsuk-masuk je...jumpa dia....teruja!!! Tai tak sempat nak ambik gambar sebab diaorang dah nak balik....sempat ambik gambar cam gini je la.....
Aksi keterujaan terselah dowh! Click sana click sini.....photo ni enCik hubby yang ambik...kami satu sorang camera....gile tamakkan...ye la x mau gaduh2, kang berebut...si binik nak ambik gambar lain, si lakik nak ambik gambar lain. Tapi fungsi camera sedikit berbeza....
Pastu jumpa Universal Studio Store....kedai ni ada berkait-kait....ada byk pintu sebab memuatkan ruangan yang berbeza-beza....sbb kat sini ada jualan barang-barang yang ada di setiap zone-zone....kalau tak beli kat zon jurrasic park contohnya, malas nk pegi sana...bleh beli kat sini je time nak balik sbb dekat dengan pintu kuar masuk.

Outlet yang terdapat di jalanan....kat mana-mana pun ada...barangan yang berbeza....tak sempat nak beli bantal lip tu....sebab duit x bape nak cukup...hahaha, so ada sesapa nak pegi nak kirim....yes mesti kirim!
Zone pertama yang kali lalui...Madagascar.....
Ada apa kat sini...apa yang kitaorang lalui.....next chapter wokey....stay tune... =)