Tuesday, March 29, 2011

Mood Nak Menang SURIA FM

Setelah hampir sebulan lebih, enCik hubby memperjuangkan nasib untuk memenangi kuiz anjuran Suria Fm @ Breakfast bersama Kerinting3....lastly dengan keyakinan di dada setelah mendengar sebuah lagu di restoran semasa menunggu makanan yang di order, akhirnya ternyatalah SALAH...kami hampir-hampir putus asa dan mula berenti untuk meneka.

Tapu Suria Fm exspecially uncle Subi memberi harapan dengan clue-clue yang begitu menggairahkan. Dan seperti biasa, akulah penganalisis yang berjaya sebagai satu sokongan padu kepada enCik hubby yang tersayang. Analisis hari ke hari dibuat...and lastly...berjaya! Bukan menang...berjaya dapat nama penyanyi....lagunya samar-samar lg. Tapi enCik hubby kata dah betul....

So harapan dengan tinggi menggunung.....cita-cita kembali berpadu untuk memenangi wang sebanyak RM 35 700 tau. Dengan keadaan diri yang kekurangan duit, alangkah rezeki menyebelahi kepada kami itu adalah satu anugerah yang tersangatlah tidak ternilai harganya...
Ya Allah....permudahkan lah....

**** Lastly bila dah dapat jawapan...tapi x dapat call dari SURIA....ada orang lain dah jawab...melepassssssss......

Saturday, March 26, 2011

ABPBH Makin Hampir...


Kalau ikutkan semalam aku nak apply cuti je..tau x pasal apa? Sebab aku dengan enCik hubby sedang berusaha untuk mendapatkan tiket masuk ke Anugerah Bintang Popular Berita HArian (ABPBH) 2010 di Arena If Star Genting Highland. Tempat ada 1000 orang je, siapa cepat dia dapat. Kalau lambat xdapek la denn nak nolongnye.Anyway, kebetulan plak aku di arahkan untuk keje luar pada Jumaat...so dikesempatan ini aku tak jadilah ambik cuti. Sebelum ke Perak, kami ke Klang Parade dulu untuk redeem kupon yang telah kami kumpul. 3 5 kupon dapat 2 tiket. So x buleh lewat ni, nanti orang ramai. Hanya ada 4 hari je untuk tebus kupon tu dan 3 hari daripadanya di Klang Parade selebihnya di Pejabat Berita HArian sendiri. Kalau 1000 tiket = 250 tiket la untuk sehari. Kene cepat!

Tepat jam 10pagi kami sampai di Klang Parade....uiks, xde orang lagi. Crew-crew Berita Harian pun baru nak bukak kedai (kaunter)...cuma ada sekitar 10 orang ++ yang ada kat situ untuk register Audition Bintang Idola. Kami pun menempek la dulu. enCik hubby try tanya kat salah seorang crew tu...dia kata untuk redemm tiket dalam jam 11 pagi. Kene la lepak dulu. Sambil tu dapat la tengok gelagat - gelagat peserta-peserta disekitaran tu.

MEmang betul, jam 11 pagi kaunter untuk redeem dibuka. Apa lagi enCik hubby terus menuju ke kaunter...aku hanya memerhati disekitaran untuk snap gambar enCik hubby. AT last, we get it!
Ni dia gelagat enCik hubby memperjuangkan nasib.






Lastly.....ni dia. Peluang yang aku dapat....sebelum ni x penah dapat pun....alhamdulillah....
Ada ke artis yg nak bergambar dengan aku ni???? huhuhu

Bilakah aku akan dipanggil MAMA - Episod 2

gitulah pengalaman pertama ku....
Selepas kembali pulih...kami merancang utk mendapatkan anak kembali...Mengikut nasihat doktor, slps kelahiran perlu setahun hingga 2 tahun jarak utk mengandung kembali tp utk kes keguguran (xkira la dlm bentuk apa)...3bulan slps itu = slps 3kali haid.

Alhamdulillah....pada 1 Disember 2008, aku kembali m
engandung utk anak ke 2 kami...tp kali ini aku hanya membuat urin test sendiri....pada minggu ke 3 tepat tarikh period ...aku buat urin test...+ve!!!!! Sekali lagi hati begitu gembira....apa yang kami harapkan suami isteri adalah utk mendapatkan zuriat kali ini setelah apa yg berlaku sebelum ini...namun berita ini tidak disampaikan kepada sesiapa pun kerana bimbang akan terjadi lagi perkara yang telah lalu.... masih lagi aku simpan tester tersebut....

Minggu ke 4 usia kandungan ku, kami pulang ke Ka
mpar seperti kebiasaannya...setiap bulan akan pulang ke kampung menjenguk ma dan bapak...kebetulan, pada hari itu...kami merancang utk ke Pasar Malam Simpang Pulai....kami pergi satu kereta...enCik Hubby memang suka melalui jalan highway dr mengikut jalan lama...ntah bagaimana tiba2 kereta melalui satu lekukakn yang agak dalam membuatkan kereta yg kami naiki berenjut...berderap rasa hati ku...ku laungan 'abang!'....
terasa semcm....ish...kandungan ku???hatiku mula rasa tidak tenang....bimbang akan berlaku apa-apa yang diluar jangkaan....

Perjalanan diteruskan...walaupun tiada keseronokan lagi...aku hanya berjln di pasar malam tanpa sebarang tujuan. Hati aku masih tertanya-tanya....apa yang terjadi tadi....sesampai sahaja aku di rumah , lantas terus aku melihat di seluar ku...tiba2 apa yang aku nampak setitik darah merah!!!!
Aku terus menangis.....ku peluk enCik hubby....aku takut....dia menenangkan aku...bhw masih boleh diselamatkan kerana hanya keluar setitik darah sahaja....
Malam itu tidurku tidak lena....hatiku berkata-kata...berbisik-bisik...adakah perkara yang sama berulang kembali...

Keesokkan harinya...terdapat tompokan darah di pantyliner yg ku pakai....keadaan itu lagi menyiatkan hati aku...lantas aku mengajak enCik hubby ke Klinik...mana la tahu, klu diberi ubat kuatkan rahim....agar kandungan ku ini dapat diselamatkan...
Ku ceritakan pada doktor, aku didapati +ve...namun tiada pengesahan doktor...jd doktor memohon utk membuat sekali lg urin test....resault urin test...2 line tp samar2....doktor mengatakan bahawa bleeding yg berlaku itu adalah ancaman utk keguguran....aku rasa tiada harapan lagi...tiada makna utk terus mengharap....tiada sebarang ubat diberi....

Balik ke Selayang dalam keadaan yang tawar....darah yang keluar makin banyak....perut merengat...aku berdoa kepada Allah, sekiranya anak ini tercipta utk kami suami isteri...maka KAU selamatkanlah ia...namun kiranya sebaliknya berlaku....keluarkan lah ia secara terbaik...kerana aku tidak mahu lagi menjalani proses D&C dihospital...memandangkan darah semakin banyak...sekali lg aku ke klinik....Dr fadzilah memberi ubat menguatkan rahim sekiranya janin ku dapat diselamatkan....dlm 2hari...sakit perut ku menjadi-jadi..darah merah tetap mengalir deras....aku diberi cuti berehat di rumah....utk melalikan hatiku yg tertanya-tanya...yang sedey dgn harapan yang belum tentu kesampaian....aku menghubungi Kelly....
Rupa-rupanya Kelly juga tengah mengandung anak sulungnya...sudah 3 bulan...sedang mabuk2....seronoknya dia....aku memberi tahu kepada Kelly....kiranya ada rezeki utk aku, selamatkanlah ia....kiranya tidak...biarlah dia keluar secara normal.....
Selepas tamat perbualan kami...aku bangun dan terasa ada sesuatu yg nak keluar..terasa berat dan panas...ku panggil enCik. hubby...lantas kami ke bilik air....bila dibuka seluar...keluarlah ketulan darah ini...
Ini lah ketulan darah yang dijadikan Allah swt dlm usia 4 minggu = 1 bulan....Bahagian putih itulah bahagian janin akan terbentuk. Aku ambil dah letakkan di atas pantyliner...ku ambil gbr ini....tujuannya...selain dr bukti kandungan ku(gambar anakku walaupun bukan dalam bentuk jasad)...aku perlu mengesahkan kepada doktor. Kami ke klinik....dan gbr2 ini aku tunjukkan kepada doktor...dan Dr Dahlia mengatakan, kandungan aku telah pun gugur....proses scan dibuat untuk memastikan kiranya ada lagi ketulan yang tidak keluar....
Complete abortion!
Doktor memberi ubat bagi mengeluarkan semua darah...dan aku diberi cuti utk berehat lagi...tangga 1 Januari 2009 kau dilahirkan...4 hari kemudian hari ulangtahun kelahiranku....enCik hubby hanya mampu menenangkan aku ...Ya Allah....tabahkan lah hati aku....telah KAu beri ujian lagi kepada ku......
Selepas satu satu ujian yang datang, tp masih lagi jelas apa yang ingin Kau tunjukkan....
Ampunkanlah dosa-dosaku...dosa suami ku....
Kurniakanlah kami ketabahan dalam menjalani hidup di dunia ini
Permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.

Sekali lagi Kau memberi peluang utk aku merasa mengandung walaupun Kau pinjamkan hanya seketika....kiranya terbaik bagiku utk mendapat zuriat, kurniakanlah.....

p/s : satu lagi pengalaman dlm hdp aku bersama suamiku....anak, bila kau akan memanggil ku mama?

Wednesday, March 23, 2011

Bilakah Aku Akan di Panggil Mama -Episod 1

Assalamualaikum
Ramai yang bertanya...'dah ada anak ke belum?'....'dah bpe lama kawen?'...betul la kata ustaz Muhamad Kazim Elias Al-Hafiz....perempuan ni byk dugaan yang Allah swt berikan..xkawen kene tanya bila nak kawen, cepat kawen ; kene tanya nape cepat sgt nak kawen...dah kawen...bila nak ada anak plak...dah ada anak..orang akan tanya bila nk tambah...bila anak2 dah besar, orang jugak akan tnya...bila nak bermenantu..bercucu...tu la kejenye 'orang' ni....

So kat sini, meh la aku citerkan apa yang terjadi pada aku dalam aku melalui perjalanan hidup yang ada kaitannye dengan 'anak'....Saper yang x nk anak kan...tapi kita sendiri x tahu...kerana tu semua bukan kuasa kita yg boleh tentukan benda2 tu....aku pun kekadang pelik yg org lain pun mcm xde keje je bila ada je orang baru kawen..soklan2 fames tu la akan keluar....

Hati mmg sudah lama nak tuliskan perkara ni di sini...anyway, hanya tunggu masa je. Apapun thanks tu JUWITA (ita) sahabat lamaku....yang satu2nya sahabat yang dah lama tidak ketemu namun ita sorang je yg x bertanyakan pada aku 'dah ada anak ke'....ita memang memahami...

Tahun 2008 : Bermulanya kehidupan suami isteri
Setelah 5 bulan bergelar sbg seorang isteri...5 bln jgk la aku duduk berjauh dgn suamiku...dan akhirnya aku ditawarkan jwtn lain dan sekaligus membawa perpindahan ku Ibu Pejabat . Akhirnya dapat juga aku menjalani hidup sbg seorg isteri yang sempurna. Selama ini kami terpaksa berulang setiap minggu utk berjumpa....dan selama itu jgk la aku tidak hamil...

Jun 2008...mmg terdetik dihati kecil utk mempunyai anak, mengandung ...seperti insan lain...sehinggalah tiba satu tarikh di mana 'period time'...terlihat ada tompokan coklat yang keluar...ermmm sah aku period ni...rs hati sedikit kekecewaan kerana hajat kami belum tiba masanya Allah swt tunaikan....namun tompokan itu tdk seperti biasa...kekadang ada, kekadang x ada..risau jugak..risau kalau2 penyakit lain yang datang....Aku bersama suami ke Klinik Ansar...aku ceritakan semuanya...masih aku ingat ayat yang terkeluar "Kalau mengandung, xkan ada darah keluar? Kalau period, tapi kejap ada, kejap xde"....

Untuk kesahihan, doktor membuat urin test ke atas ku.....
'ada sakit belakang x?'
'ermmm x ada...' sambil tekanan darah aku di ambil.

'Kalau diikutkan disini, keputusan positif'
Haa...mmg x penah di sangka keputusan itu positif...BERMAKNA AKU MENGANDUNG! Alhamdulillah......mimpi ke aku ni...doktor juga terus memberitahu duedate aku pada 23.3.2009....suamiku, tidak dapat menahan kegumbiraan dihatinya....memang kami rasa gembira sgt....kandungan ku pada masa itu usianya baru saja 4minggu = sebulan....

Pada minggu hadapannya aku dan suami ke Klinik Kesihatan Kerajaan utk membuat pemeriksaan kesihatan. Buat buku kata orang....1st time pegi ni...xtau pun mcm mn gaya nya....ms tu kepala pun tingtong gak....dah mula alah...cuma masih x brape teruk lagi...Semasa masuk ke bilik rwtn, aku mahu ditemani oleh suamiku. 1st time juga rahim ku di scan....muka doktor menampakkan kepelikan....suamku juga turut sama melihat di skrin scanner itu....Lama jugak doktor menggolekkan benda scan tu....

...doktor kata "xkan dua kut?"...aku tertoleh ke muka En Ahmad Fadzil...di golek2 lg..doktor kata lagi sambil menunjukkan jarinya ke arah skrin itu,
'kita tgk ada satu kantung dibelah dua...jadi itu menandakan kembar...tp kita tgk bulan depan mcm mn...sbb x bpe clear...'

dicatitkan dlm buku rawatanku itu 'TWIN"...ya Allah....kami xde keturunan kembar....adakah ini rezeki Allah berikan kepada kami....tidak sabar rasanya untuk memberitahu kepada ma...ma akan dapat cucu kembar...mesti ma seronok nanti ada cucu muka sama....
Minggu beralih minggu...rasa loya...makin menjadi-jadi...sensetif terhadap bau...tido tidak selena dlu....bdn rs lemah sgt...tp selera mkn tinggi...hinggalah satu hari...hari kejadian itu....
Lagi 15 minit ms balik keje...aku menuju ke toilet...terkejut aku!....Tiba-tiba ku lihat ada darah merah yang keluar....apa yg dah jadi ni....terus aku call suamiku...smpi di rumah, hati gelisah...lalu aku terus menangis....aku takut....takut sangat...

Klinik Dahlia : doktor Ayu membuat imbasan terhadap kandungan ku....katanya, memang terdapat 1 kantung didalam rahimku dibelah 2..menandakan ini adalah kembar seiras..tetapi satu kantung di dapati telah kosong...aku diberi ubat untuk kuatkan rahim bagi menyelamatkan kandungan ku yang satu lagi....Ya Allah, selamatkan la anakku ini....aku amat berharap keadaan akan pulih walaupun hnya tinggal satu kantung....aku tetap berharap. Doa tidak putus-putus aku pohonnya....

Seperti yang di arahkan oleh doktor slps 2 minggu, aku ke klinik lagi....dan Dr ayu tidak pasti atas keputusan scan yang dibuat dan membuat satu surat utk aku merujuk ke Hospital Selayang...hati terus digelangi dengan debaran menunggu esok pagi.....
Sampainya aku dihospital, aku dirujukkan ke klinik pakar...setelah di scan...doktor tidak berkata apa-apa dan aku diaarahkan utk dimasukkan ke dalam wad....ms tu aku sendirian...terasa rindu pada En AHmad Fadzil...terasa takut....aku dipanggil ke bilik scan....sekali lagi rahim aku di scan...di situ ada 4 orang doktor pakar...2 lelaki 2 perempuan....yang pasti, mereka masih x pasti... Dr Pattricia memaklumkan 'kita akan scan ikut bawah nye'...ya Allah...!

Semuanya pengalaman pertama bgku...dimasukkan kepala scan sebesar botol gam uhu melalui pintu rahim...rasanya...Tuhan saja yang tahu....dlm menaham...Dr Pattricia menunjukkan skrin ke arahku....
'ok, skrg kita nampak ada dua kantung di sini...satu kantung besar dan satu kantung kecil....bermakna mmg U mengandung kembar...yg kecil ni dah kecut..tp dua2 kantung ni kosong...ada air ketuban je....kantung yg besar pun dah x bulat...ada jerigi-jerigi...jadi kita anggap gugur la'....xtahu bagaimana hendak aku gambarkan perasaan aku di kala itu...

Perasaan sedih...perasaan...takut.....semuanya ada...tp tiada titisan air matapun.tak tahu kenapa...atau apakah aku masih tidak mampu utk memahami apa yg diturunkan utk aku?...aku diminta untuk berpuasa kerana aku akan menjalani proses D & C (cuci=keluarkan janin yang baru hendak membentuk di dalam rahimku)...tp bila masih tidak diketahui kerana menunggu kekosongan bilik OT....aku sendirian di hospital...sekali lagi aku dipanggil utk pemeriksaan di 'bahagian itu'...xlarat lagi...dimasukkan alat seperti muncung itik...utk melihat keterbukaan pintu rahim...dijolok dgn jari utk merasa ketumbuhan...arghhh...jururawat dan doktor ni mcm xde perasaan je menjalankan semua ni...berjalin balik ke bilik wad dalam keadaan yang sedikit terumbang ambing....patut la orang kata, kalau duduk di hospital memang kene siang....

Jam 4 petang 27 Ogos 2008 : seorg doktor datang menghampiri katil ku...proses apa pula kali ni...katanya nak masukkan ubat bagi melembutkan rahim....sekali lagi jarinya menjolok utk memasukkan ubat tersebut.....Ya Allah...peritnya utk aku lalui semua ini....suamiku datang...dgn wajah yang sayu aku memandangnya...terdetik dihati...kesiannya abang....sayang mintak maaf kerana anak kita dah xde....aku tahu dia juga bersedih atas apa yang berlaku...tp bukan kehendak aku mahupun dia....

Sejam selepas itu, perut ku memulas-mulas...sakitnya....serba x kena.....tiba2 darah pula keluar...ku tanya nurse,katanya mmg begitu....setiap kali aku ke tandas, ketulan-ketulan darah keluar....sakitnya kejap ada kejap xde...mungkin ni la rs orng beranak....yg pasti mmg aku membengkok sbb menahan kesakitan.

Hingga malam, bilik OT tidak kosong...pesakit di depan katil ku dipanggil...dgrnya ank dia dah 5 bln...tp mati dlm kandungan....selagi dia tdk kembali di bilik...selagi itu mataku tidak lena...takut- nurse kata blh makan...tp puasa balik start kul 12tghmlm....hampir jam 10mlm baru pesakit tu kembali....lihat dia diangkat....keadaan separuh sedar...Ya Allah selamatkan la aku....apa akan jadi kiranya aku tiada, bagaimana suami ku? Siapa yg akan menjaganya? Siapa yang akan menguruskan hidupnya...?

Jam 4.30ptg 28.08.2008 : Cantekkan tarikh tu....katil dr bilik OT datang...kini giliran aku...aku menyalin pakaian dan baring di atas katil tersebut....ku lihat wajah suamiku...sayu dihati...abang,doakan sayang selamat...sayang sayangkan abang....apakah aku akan terjaga dalam dunia yg sama....atau mungkin aku lena utk selamanya...itulah yang bermain di fikiranku...sepanjang-panjang perjalanan ke bilik OT...aku hanya membaca ayatul kursi....walaupun dlm hati, perasaan sgt takut menghantui aku...

Huhh...sejuknya..begini la rupanya bilik OT...mmg sejuk...aku di usung dgn seorang lagi pesakit utk buat proses yang sama...dia di masukkan dulu,mata melihat ke arah jam dinding...4.30ptg...aku melihat sekeliling di situ selain dr staff yg bertugas...kelihatan beberapa katil kosong...suasana bilik sgt menakutkan..kelihatan juga seorg pesakit br dibedah jantungnya, masih tidak sedarkan diri....Ya Allah selamatkanlah aku...

5.00 ptg...dia telah keluar...masih tidak sedarkan diri....tidak lama kemudian, katil ku di tolak...masuk satu bilik ke satu bilik...ayat kursi shj bermain di bibirku tanpa henti....smpi dibilik OT, aku di arah utk bertukar katil...pakar bius menerangkan prosedur2 yg akan dijalankan ke atas diri aku....cantek pakar bius ni....
"Kita akan bg awk tidur...bius seluruh badan...jd semasa bius jantung awk akan dikawal oleh mesin ini...bila kita bagi awk sedut benda ni, bernafas mcm biasa jangan pejam mata"....
itulah kata2 pakar bius yang terakhir aku dgr....diletakkan alat itu di hidungku...aku bernafas mcm biasa smpi ayat kursi di baca dgn niat aku diperlindungkan....masih tidak terasa apa2...xberkesan ke bius ni pada tubuhku....nurse di situ menguatkan lagi dan dgn sekali nafasku..tiba2 terasa bagai ada sesuatu yg merayap diseluruh tubuhkan dan ingatan tu terus TERPADAM......tut tut tut.....

"Fazila...fazila...bangun, kita dah siap dah..."
kata-kata itu terngiang di telinga ku...dan aku rs sesak nafas...jantungku berdegup kencang....dlm keadaan yang berat..aku cuba menoleh utk melihat ke arah jam...5.30ptg...uhhh setengah jam aku berada di dlm itu...tiba2 aku bersuara 'mana kawan saya tadi ek?'....aku bertanyakan pesakit yang masuk terdahulu tadi...aku pun pelik kenapa aku bertanyakan dia....aku disimpan diruangan bilik itu sementara menunggu degupan jantung aku stabil...sejuknye....dah le pakai baju nipis...selimutpun nipis....alhamdulillah syukur, aku masih hidup...semuanya dah selamat...mana abang?

Jam 6.00ptg baru aku dibawa keluar....kelihatan...suamiku ...mak..bapak...nyah....mak mertua..adik ipar...mereka setia menanti di luar....keluar je aku terus lantas suamiku mengucup dahi ku...mataku masih berat...ma datang menerpa.....diusapnya kepala ku....namun aku x mampu berkata apa-apa....keadaanku masih lemah....

Sampai di bilik...hanya aku je pesakit di situ...yg lain dah balik...dibilik tu ada 4 katil...mula2 aku nk buang air dlu...mak yg teman...pastu nurse kata cuba minum, kalau x muntah baru boleh makan....lapar nye rasa....dah satu hari aku berpuasa....
Makanan hospital...sedap x sedap x kesah...aku nak makan.....semuanya perlu balik kerana masa melawat telah habis....sesiapapun tdk boleh menunggu aku....dgn tali air di tgnnya...menyukarkan pergerakkan ku....

Bila orang dah balik..aku cuba menyuapkan mknn...hbs berterabur....bdn aku x stabil lagi...nk suap mknn pun payah...sedey sgt....aku nak mkn...tp x leh.....mlmnya abang dtg lagi...bwk steamboat...mmg aku teringin sgt sblum ni....mekasih enCik hubb....

Malam tu aku sendirian di bilik tu...seram pun ada....sejuk plak tu....hatiku masih terfikir...apakah aku akan mengandung lagi...? Esoknya...enCik hubby dtg..aku nak balik....sempat juga dia bertanya doktor APA PUNCA kejadian itu...doktor kata, tidak dapat dipastikan...berkemungkinan janin yang terbentuk tidak sihat...kalau jadi skalipun mungkin akan cacat atau bermasalah....satu ketentuan yang sukar untuk diterima....tapi itu semua urusan Allah...siapalah kita....

Memang la sedey....br nak merasa jadi ibu...tp tidak kesampaian lagi....aku juga berurut dan berpantang seperti orang bersalin...cuma berpantang hanya 21hr...mknn pun bebeza dgn orang yang bersalin...kebetulan ms tu menjelang bulan Ramadhan lagi seminggu....balik je ke rumah...aku trus ikut mak balik ke Kampar...enCik hubby tinggal....hati ku sedey, dalam keadaan begini aku perlukan dia...aku nak suami disisiku....

Sampai di rumah mak, aku sendirian....terkenangkan kandungan ku...mengalir air mata....terkenangkan suami tercinta....lalu aku terlena....tiba2 aku terjaga jam 4pg....sakit! perut ke pinggang ke...yg pasti sakit sgt!!!!! Arggg...xtahan. Aku cuba menghubungi enCik hubby berkali-kali...tp hnya masuk voice mail....mn abang ni....rs mcm nk hempas2 je bdn ni..sakit x tertahan...aku mkn ubt tahan sakit yg diberi doktor....masih tidak memberi kesan apa-apa...ikhtiar terakhir aku call Budi...dia yg berhampiran dgn rmh aku...mungkin dia blh panggilkan suamiku.

'Helo, budi ko bleh tolong panggilkan fadil...aku sakit ni...aku call dia byk kali dah tapi xdpt...tolong ek...'
dapat je aku berckp dgn enCik hubby...aku suruh dia balik...aku nk dia di sisi...sakitnya Tuhan saja yang tahu....ya Allah...apa yang terjadi ni....jam 6pg br aku ke bilik mak....mak pun x tau nk buat apa2...nk bw ke hospital pun payah sbb kes di Hospital Selayang....aku mkn sekali lagi ubat tahan sakit....mak menggosok-gosok dibelakang ku..akhirnya aku terlena....

Sebelum enCik hubby sampai aku hanya berbaring...xberani utk bergerak...bimbang sakit lagi....aku berjln utk ke bilik air...semasa membuang air kecil, tetiba terasa ada benda yang keluar...besar rasanya....ku lihat dalam mangkuk tandas...ada ketulan darah...ku panggil mak....mak menyuruh aku ambik...xkan nk ambik..kerana dah bercampur dgn air kencing...mak yang mengambilnya....kelihatan gumpalan darah yang bercabang...mungkin ada lagi yang tdk hbs keluar....patut la sakit sangat....

enCik hubby smpi...lega hati ini...dia terpaksa bercuti seminggu semata-mata menunggu aku dikampung....Ingt lagi pesan doktor....kalau nak mengandung selepas 3 bulan....bermula dr hari itu..aku mengamalkan asid folik seperti yng di sarankan...

AKu tahu, hatinya sangat kecewa dan pilu menyelubungi hatimu...tatkala aku memandang wajahmu yang sentiasa tersenyum, menggembirakan hatiku..menyorokkan kedukaan yang terpaksa di terima....aku tahu kau adalah suami yang terbaik utk aku....

p/s : tidak pernah menjangka...anak kembarku hilang dalam sekelip mata...apakah ia disyurga kerana usianya hanya 7 minggu...mama sayang kamu...

BERSEMPENA TARIKH KELAHIRANNYA INI 23.3.2009...genap usianya 2 tahun....

Thursday, March 17, 2011

Spegetti yang 1st


Ari tu, ntah nape la teringin sangat nak makan spegetti...(jangan salah anggap yerk)
Pegi sana sini....xde yang sedap. Semuanya...iyaks! huhuhu...tapi aku xde la pegi Pizza ke...or Secret recipe ke...yang tu confirm sedap ar....
Anyway, enCik hubby kata try la buat sendiri. Serius aku x penah wat speggetti ni...memang la senang, cuma aku je x penah wat. So memandangkan enCik hubby sanggup berkorban membeli barang-barang keperluan....aku pastinya kene buat la kan...

Tang tung tang tong...kat dapur...dengan kepakaran yang maha agung dan main ikut suka...(hehehe)....lastly siap. Pengkriik paling bertauliah adalah enCik hubby....
Keputusannya.....teng teng teng.....
"SEDAP!" hahaha....nak ambik hati la tu kan....apapun aku suka dan enCik hubby pun suka. Xkesahlah kan...janji aku buat dia makan habis. Len kali blh masak lagi....walaupun rupanya tidak seindah yang kat kedai tu, tapi aku blh bubuh bape banyak beef ball yang aku nak....hahaha. Cuma ari tu enCik hubby silap pilih speggetti yang agak halus dari biasa....janji blh telan.

Tuesday, March 15, 2011

Antara Aku & Sahabat



Assalamualaikum...
Kawan-kawan...sahabat....alhamdulillah, aku mempunyai ramai kawan-kawan dan sahabat. Samada diaorang memang ikhlas dalam berkawan atau pun ada juga di antara mereka yang benci dengan aku....sape tahu kan. Apapun, hidup ku tidaklah begitu kesunyian kerana aku masih ada kawan-kawan dan sahabat handai yang berada bersamaku.....

Sejak di sekolah rendah aku ada kawan-kawan yang baik....yang tidak reti erti bermusuhan.... Di mana sekarang mereka aku sendiri tidak pasti....cuma aku dapat jejaki Juwita ,Roziana dan Syed Fairuz dari yang lain. Setelah hampir 19 tahun berpisah, akhirnya kami ketemu di lama sosial FB. Kenangan di usia 12tahun sangat bermakna bagi diriku. Di mana kami mula berkenalan dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain....menjadi pemain Bola Tampar sekolah....berlatih dari jam 7 pagi sampai 11 pagi setiap hari...kami cukup rapat. Bergurau...mengusik, berlajar bersama.....tiada sebarang masalah yang membebankan.....bermulalah kenal erti persahabatan....

Setelah berpindah, aku diketemukan dengan kawan-kawan baru....yang mungkin tidak sama dari sahabat-sahabat di sekolah rendah. Kehidupan di peringkat menengah sedikit lagi mencabar...namun masih ada insan-insan sudi bersahabat baik denganku walaupun aku datang dari satu daerah lain. Ramai lagi yang masih berhubung denganku....walaupun di zaman itu aku mempunyai 3 kelompok sahabat, namun mereka tetap sahabatku. Kenapa aku katakan kelompok? Dari tingkatan 1 - 3 aku dari kelas yang berbeza daripada tingkatan 4-5 & tingkatan 6. Ramainya kawan-kawanku.....

Jejak di menara gading...kehidupan getir dengan konflik dalam bersahabat....namun, aku tetap aku. Aku tetap ada peminat (bukan mcm artis tu....kiranya yang suka berkawan dengan aku ) dan pengikut sendiri . Walaupun aku tidak secantik insan-insan lain....aku tetap diperhatikan...gayaku diketahui umum....segalanya indah belaka....

Masuk alam latihan praktikal & pekerjaan....alhamdulillah kerana aku diterima oleh masyarakat. Paling tidaknya, pelajar praktikal adalah pengikut utamaku. Entah kenapa....apa yang menariknya....itulah keistimewaan yang diberi Allah swt.

KINI...bila ku ketemui...bila dapat jejaki....ramai yang telah berjaya...bila di kenang....aku terasa aku sangat kerdil di sisi mereka....kerana mereka cukup berjaya.....Dari segi pelajaran...dari segi pekerjaan...dari segi kekayaan.....dari segi zuriat yang ada...
aku masih di tahap ini....terkadang malu terasa, terkadang rendah diri dibuatnya...Ada yang telah berjaya sebagai pendidik...sebagai pensyarah...pegawai tinggi....bekereta besar....
Aku???? Beginilah...sederhana dalam hidup....(kadang-kadang duit x cukup jugak... : (
Bukan menidakkan segala yang Allah berikan...cuma rasa diri yang tidak setaraf dengan mereka..Masih berjawatan rendah, bergaji rendah, belum dikurniakan rezeki anak..., berkereta biasa,.....
Namun apa yang istimewanya....TALIAN SEBUAH PERSAHABATAN....
Walaupun darjat kita berbeza...walaupun taraf kita tidak sama....kalian semua adalah sahabatku...memori semalam kita bersama tidak pernah aku pudarkan dari ingatan.....
Kerana sebuah persahabatan , aku harap ia akan menjadi satu talian murni sampai bila-bila...

Monday, March 14, 2011

Apa Kaitan JEM dengan CUTI SEKOLAH

Setiap kali cuti sekolah menjelma...suasana di jalan raya pun kembali tenang...agak kurang la jem-jem ni....kurang banyak la jugak....Kalau time budak sekolah...jangan keluar lambat sikit mesti punch card merah punyer...

Selalunya korang kuar rumah kul bape?
Kalau korang nak tahu, aku keluar rumah untuk ke pejabat paling lewat 6.30 pagi...tu pun mesti sangkut on the way nak keluar kawasan SU tu...at least jam 6.25 pagi mesti dah kene berambus. So bila time Subuh lewat la satu kesengsaraan...dan bulan Feb lepas, dekat 5 kali MERAH! nak dijadikan bukti terpaksa la aku ambik gambar diperjalanan jem aku tu. Ingat aku suka-suka ke datang lambat. Bangun jam 5 pg semata-mata tak nak punch card merah.

Bila berkumandangnya aan Subuh....terus solat. Pastu siap-siap, terus kuar. Ada masa tu x sempat make-up pun...dah nak sampai..nampak macam terang sket, baru la nak bebedak bagai....hahaha. So apa kaitannya dengan budak skolah - jem...cuti skolah...jalan aman damai...??&#$$

May be time skolah, diaorg banyak kuar skali dgn mak bapak...dan mak bapak plak kene drop kan diaorg ni kat tepi jalan...menyesakkan jalan la time tu. Dan bila cuti sekolah, kebanyakkannya mak bapak pun turut cuti sebab nak spend time dengan anak-anak...jalan sana sini...anak plak siap tuntut janji mak bapak nak bawak gi holiday. Dengan secara tidak langsung, xdela semuanya berebut nak keluar rumah awal pagi....logik tak teoari aku?
Ni gambaran dari belakang...mesti orang pelik tengok ada manusia yang subuh-subuh buta sebok capture photo...

Ni kalau kuar jam 6.30 pagi dari rumah. Terpaksa beratur beramai-ramai sambil bergerak macam ulat bulu sebelum sampai ke jalan besar. Percaya ke x, pecaya je la.

So sesapa yang berkaitan...sila lah buat analisis pasal benda ni...mana la tahu kut ada alternatif yang dapat dibuat untuk menyelesaikan masalah ni. Macam kat kawasan umah aku jugak la, korang kene wat kajian....dlm satu kaws ada 2 3 taman....dalam satu taman ada bpe biji rumah....dan setiap pagi belum sampai jalan besar, dah jem! Tak caya try la datang kat SU ni....

Time ni aku xde la anak yang bersekolah, dan 1 day may be a
ku jugak akan menghantar anak aku ke sekolah...so aku jugak akan menjadi penyumbang ke arah tu ke...? Pe lagi...bertindak ar!
Ni plak masa balik kampung masa cuti sekolah seminggu tu. Aku ada keje sebenarnya, that why la balik. Ahad tu nak balik Sg Buloh....sebelum sampai Tapah...ada la deretan lembut-lembut menyeberang. Mungkin ini adalah petandanya, tapi aku je x perasan. Kuar-kuar highway...nah kau memang x bergerak langsung. So ambil keputusan kuar Bidor ikut jalan lama.

Bila ikut jalan lama, ujan selebat lebatnya. Tapi jalan ok la, cuma bila kene siram dengan kater lain memang x nampak jalan langsung. garfield tido dengan lenanya (abaikan). Siap pakej pokok tumbang lagi. Sampai Tanjung Malim dah jam 6 petang dan sampai rumah jam 8.30 malam. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam.

Majlis Perkahwinan Wan Mashitoh & Lizzam


Dah lama aku tidak menghadiri majlis perkahwinan kengkawan ni....kali ni nak pegi plak. Hasrat hati nak jumpa kengkawan lama. Sebab dengarnya ramai yang nak menghadiri majlis wan ni. Majlis ni berlangsung di Pelabuhan Klang dan merupakan majlis sambut menantu di sebelah pengantin lelaki. Tak kesah lah kan....

Perjalanan yang disangka jauh...rupanya x jauh mana pun....
Alhamdulillah sampai serentak dengan pengantin. Wan berbaju songket ungu....macam orang dulu-dulu.songket penuh. Tapi x tahu la samada kami ni datang awal atau kengkawan yang lain memang suka datang lambat. Sebab kami sampai pun dalam jam 1 petang...lepak2...dlm jam 2 la gerak balik. Ada la jumpa 3 4 orang kawan, tu pun bukan course sama. Maklumlah wan ni pun bukan kawan satu course, tapi ntah bila kat FB macam lebih rapat plak dari dulu.
Hajat nak jumpa ramai kengkawan tidak kesampaian...sepertimana yang dijangkakan....
Apapun, pelamin wan memang cantik...aku suka...suka suka suka....

Friday, March 11, 2011

Sebuah Keputusan Itu


Apa yang tersirat dan yang tersurat dah pun terlerai...ingat tak lagi pasal ada hamba Allah yang nak beri anak dia pada aku tempoh hari....Allah punya kuasa...
Sepanjang itu hatiku tidak tenang...dan may be Allah lebih mengetahui dan telah menunjukkan sesuatu kepada aku....
Segala-galanya tersebar berkenaan dengan hamba Allah ini...
Tidak perlulah aku nyatakan apa....bagaimana....tidak baik mengeluarkan aib orangkan...
Apapun aku sangat bersyukur kepada Allah swt kerana memberi petunjuk ini kepada kami suami isteri. Walaupun enCik hubby terkedu, namun aku harap enCik hubby jangan tersentap dengan ini semua.
Mungkin rezeki kita masih ada untuk dapatkan anak sendiri...insyaallah. Allah Maha Kaya...Dia maha berkuasa....
Moga hamba itu dapat memperbaiki kesilapannya untuk akan datang...kerana lambat laun, memakan diri.

Friday, March 4, 2011

Perkara ke 2 baik 2011 Resault Colonscopi- 3 mac 2011


3 Mac 2011- Khamis, Hospital Selayang

Menunggu tarikh ini bagaikan satu saat genting bagi aku...Jika ingat lagi pada Disember 2010 aku telah pun menjalani Colonskopi bagi memeriksa keadaan usus besar ku kerana atas masalah sembelit yang telah aku alami sejak Jun 2010 yang lalu.

Skali lagi aku nyatakan, colonskopi adalah satu proses di mata sekitaran usus besar kita dapat dilihat bagi mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di usus besar kita. Prosedurnya, sehari sebelum proses usus kita perlu di cuci dengan minum sejenis ubat...dikala itu kita hanya boleh minum air puteh sahaja dan proses pembuangan air besar akan berlaku sehinggalah semua sisa-sisa yang terdapat dalam usus habis keluar. Ubat itu telah aku selitkan di entry pada Oktober 2010 (kalau x silap).

Tiba hari untuk jalani colonskopi...minum pun dah xboleh. Memang rasa lapar dan lemah sangat. Sebelum itu, sejenis ubat cecair akan dimasukkan di dalam satu saluran (seperti saluran masuk air kat tangan tu) membuatkan kita jadi mengantuk, mamai....semasa itu lah satu jenis kamera yang dikhaskan untuk proses ini dimasukkan melalui dubur kita bersama tiub yang akan dimasukkan bersama. Segalanya akan nampak di skrin....
Itulah yang telah aku lalui, dan aku hanya sedar semas
a proses itu hendak selesai. Namun sempat la jugak nampak usus ku di skrin tu.
Semlm adalah harinya, walaupun hati tidak senang...aku perlu pergi appoinment ini.
Jam 8.30 pagi buat pendaftaran dan jam 11 pagi baru dapat masuk. Biasalah hospital govement walaupun klinik yang aku pegi ni adalah klinik pakar.

"Ok, saya doktor Hashim yang bertugas di bahagian ini. Hari tu dah jalani skop kan...berdasarkan pada skop tempoh hari....xde sebarang masalah dan semuanya normal..."

Syukur alhamdulillah...tidak terhingga....namun perbualan kami bukan setakat itu. Tetapi, termasuk juga cerita dari mula terjadinya masalah ini...info yang rasanya patut aku kongsikan :

1. Pembuangan air besar adalah di galakkan hari-hari (its good!)
2. Sebelum proses pembuangan air besar berlaku, sisa penghadaman akan menjalani proses penyejatan air. Dan sekiranya kita tidak membuat pembuangan air besar untuk sehari, najis yang terdapat di usus besar kita akan terus disejat dan akan menyebabkan najis itu keras.
3. Sembelit boleh juga terjadi akibat kekurangan pergerakan usus dan menyebabkan proses penghadaman lambat dan lambat untuk turun.
4. Kekurangan pergerakan usus boleh terjadi dari kekurangan excersice dan stress juga menjadi penyumbang ke arahnya.
5. Makanlah supliment probiotik untuk kesihatan usus anda.

Info ini aku perolehi semasa perbincangan bersama doktor semalam. Namun aku harap tiada apa-apa yang buruk berlaku pada aku untuk seterusnya....

Thursday, March 3, 2011

Baju Berusia 9 Tahun....


Selasa lepas 1 Mac 2011 aku mengenakan baju kebaya yang dah lama x pakai....baju ni sebenarnya ada kisah sebaliknya...kainnya dibeli pada tahun 2002 di Ujana Kewangan Labuan. Pemilihannya dibuat oleh seseorang yang dikenali dengan AA. Kalau ingat kisah chenta di bulan Februari lepas, dialah orangnya. Tapi aku bayar sendiri tau...cuma dia yang pilih.

Memandangkan sejak akhir-akhir ni aku raya macam dah x cun dah....rasa macam selebet je. Ntah apasai pun x tau...may be xde baju baru kut...hehehe. Sejak kawin ni memang jarang tempah baju. Sebab bila nak tempah nanti mengandung, x muat pulak...so memang pakai baju-baju lama. Raya je ada tempah sket-sket baju setahun sekali. Jadi macam dah x tau nak pakai baju apa....boring!

Balik kampung ari tu, bukak la almari kat umah mak tu...tengok-tengok baju-baju lama aku zaman vouge-vouge dulu. Baju pesyen-pesyen...maklumlah time tu cekeding je....sejak kawen, badan bertambah sihat...baju-baju ni agak x muat untuk badan aku yang makin cun gini. Simpan je wat kenangan baju-baju tu.

Bila di tengok-tengok...hati teringin plak nak pakai bj ni. Pegi keje selasa lepas pakai baju ni. Baju muat2 je...fit la sket..orang kata baju kebaya fit baru cantek....huyyyoooo....cuma tang kain, memang seksa la sket (biar aku je la yang tahu)..hehehe
Apa kata diaorang yang x penah tengok aku pakai baju ni??? Padahal bebudak satu sesi kat UMSKAL dulu may be dah jemu tengok...

1st Razzif : "Hunyyyoooo akak pakai baju pramugari ek? Macam baju pramugari laaa.."
2nd Niza : "Glamournye kak ila ari ni!!!!"
3rd Yuyun : "tak penah pun nampak akak pakai baju ni, baju baru ek?"
4 Budak Praktikal : " akak nampak cantek ari ni"

heheheeh....terasa muda plak.....rupanya bila baju lama ni di pakai semula, ia tetap cantek seperti dulu...x tenggelam dik zaman...padahal usia baju ni dah 9 tahun. Kalau budak dah masuk darjah 3 dah...bukan aje opismate yang x penah tengok...tapi enCik hubby pun x penah tengok, dia pandang pelik je pagi tu.....
Yang pasti dari dulu la...org akan perhatikan baju-baju yang aku pakai hingga kini.....ntah nape?

Tuesday, March 1, 2011

Kek Besdey Tetiba....

Ni kek besedey jenis yang ke 6 sbb ari tu ada entry pasal kek yang enCik hubby belikan 6 slices. Tapi Salah satu dari jenisnya adalah jenis yang sama, so jadi 5 jenis je la. Than yang ni yang ke 6...memang aku xtau menahu pasal benda ni. Bukan ada plan nak celebrate pun. Tetiba je lps orang solat Jumaat hujung bulan Februari ari tu nmpk berkotak-kotak pizza Dominos....Diaorg kata Razzif yang order...ok la la. xde masalah pun....

Bila Razzif dah naik opis, tengok-tengok Pizza dia kat pantry (mood ngendeng).....pastu Razzif kata :
"Akak penah makan kek Pecan ButterScoth x?"
Memang aku x penah makan pun, lantas aku pun bertanyakan siapa punya kek ni....Razzif suruh bukak kotak Secret Recipe yang ada atas meja. Bila bukak, dia suruh baca....

"Sayang kak Anne , Happy Besday Pot dan Suriani"....
Kalau korang nak tahu nama kak Anne tu betul la sbb may be sempena dia nak pindah ke Kelantan dan hari ni merupakan last day dia. Pot tu sape, suriani tu sape sebab kat opis ni xde orang nama tu. Rupa-rupanya POT tu adalah aku....Suriani tu adalah Surina...sengaja ditulis begitu atas alasan aku ni mengawal selia berkenaan dengan Projek-projek Hotspots so di ambil singkatan dari "POT" manakala Suriani plak ada panggilan Pengarah Bahagian kitaorang yang selalu panggil salah nama pada kakitangan dia...hehehe


Kek ni nampak macam simple je design dia, tapi best....kalau sejuk-sejuk lagi best. Siap ada kacang-kacang halus lagi....

Apapun terima kasih pada Razzif yang sponsor semua ni. Walaupun masa kek ni dibeli besdey aku dah lepas hampir sebulan lebih...tapi tetap best...hehehe. Sebab aku ni memang peminat kek. sambil makan sambil bebel...'gemuk la aku nanti'.....

Cakap enCik Hubby



Memandangkan kes semlm aku terkajut terkaku terkelu dengan offer yang tidak di sangka....
Aku pun meluahkannya kepada enCik hubby...
enCik hubby pun terkejut juga...tapi dia nampak hepi...asyik sebut pasal baby je...
Aku tahu, jauh di sudut hatinya dia sangat menginginkan anak kecil...aku jadi serba salah....
Bila aku nyatakan apa yang terpahat di hati aku....enCik hubby hanya menyatakan....

"...besar pahalanya kita membela anak ini dan nabi muhammad juga ada mengambil anak angkat. Ini merupakan salah satu sunah nabi jugak"

"...mana la tahu, dengan hadirnya anak kecil ini nanti akan bermulanya rezeki yang melimpah buat kita....siapa tahu kan"

" selain tu, dapat la mengisi kekosongan kita....kerana itulah sejak hujung tahun lalu hidup kita dikelilingi dengan ramai baby-baby dan yang paling latest baby kat SACC Mall yang duk tercapuk-capuk kat belakang sayang tu..."

Si Ibu pula berkata...ibu mana yang tidak sayangkan anaknya yang telah dikandung selama 9 bulan....tapi kami x mampu untuk menjagakannya....kami x mintak apa-apa bayaran. Hanya untuk menjaga anak ini dengan baik....dan hubungan kita x putus sampai bila-bila....

terkadang rasa lega...terkadang fikiran diganggu kembali.....
Aku mohon petunjuk.....Solat Istiqarah....jalan terbaik.....