Tuesday, March 15, 2011

Antara Aku & Sahabat



Assalamualaikum...
Kawan-kawan...sahabat....alhamdulillah, aku mempunyai ramai kawan-kawan dan sahabat. Samada diaorang memang ikhlas dalam berkawan atau pun ada juga di antara mereka yang benci dengan aku....sape tahu kan. Apapun, hidup ku tidaklah begitu kesunyian kerana aku masih ada kawan-kawan dan sahabat handai yang berada bersamaku.....

Sejak di sekolah rendah aku ada kawan-kawan yang baik....yang tidak reti erti bermusuhan.... Di mana sekarang mereka aku sendiri tidak pasti....cuma aku dapat jejaki Juwita ,Roziana dan Syed Fairuz dari yang lain. Setelah hampir 19 tahun berpisah, akhirnya kami ketemu di lama sosial FB. Kenangan di usia 12tahun sangat bermakna bagi diriku. Di mana kami mula berkenalan dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain....menjadi pemain Bola Tampar sekolah....berlatih dari jam 7 pagi sampai 11 pagi setiap hari...kami cukup rapat. Bergurau...mengusik, berlajar bersama.....tiada sebarang masalah yang membebankan.....bermulalah kenal erti persahabatan....

Setelah berpindah, aku diketemukan dengan kawan-kawan baru....yang mungkin tidak sama dari sahabat-sahabat di sekolah rendah. Kehidupan di peringkat menengah sedikit lagi mencabar...namun masih ada insan-insan sudi bersahabat baik denganku walaupun aku datang dari satu daerah lain. Ramai lagi yang masih berhubung denganku....walaupun di zaman itu aku mempunyai 3 kelompok sahabat, namun mereka tetap sahabatku. Kenapa aku katakan kelompok? Dari tingkatan 1 - 3 aku dari kelas yang berbeza daripada tingkatan 4-5 & tingkatan 6. Ramainya kawan-kawanku.....

Jejak di menara gading...kehidupan getir dengan konflik dalam bersahabat....namun, aku tetap aku. Aku tetap ada peminat (bukan mcm artis tu....kiranya yang suka berkawan dengan aku ) dan pengikut sendiri . Walaupun aku tidak secantik insan-insan lain....aku tetap diperhatikan...gayaku diketahui umum....segalanya indah belaka....

Masuk alam latihan praktikal & pekerjaan....alhamdulillah kerana aku diterima oleh masyarakat. Paling tidaknya, pelajar praktikal adalah pengikut utamaku. Entah kenapa....apa yang menariknya....itulah keistimewaan yang diberi Allah swt.

KINI...bila ku ketemui...bila dapat jejaki....ramai yang telah berjaya...bila di kenang....aku terasa aku sangat kerdil di sisi mereka....kerana mereka cukup berjaya.....Dari segi pelajaran...dari segi pekerjaan...dari segi kekayaan.....dari segi zuriat yang ada...
aku masih di tahap ini....terkadang malu terasa, terkadang rendah diri dibuatnya...Ada yang telah berjaya sebagai pendidik...sebagai pensyarah...pegawai tinggi....bekereta besar....
Aku???? Beginilah...sederhana dalam hidup....(kadang-kadang duit x cukup jugak... : (
Bukan menidakkan segala yang Allah berikan...cuma rasa diri yang tidak setaraf dengan mereka..Masih berjawatan rendah, bergaji rendah, belum dikurniakan rezeki anak..., berkereta biasa,.....
Namun apa yang istimewanya....TALIAN SEBUAH PERSAHABATAN....
Walaupun darjat kita berbeza...walaupun taraf kita tidak sama....kalian semua adalah sahabatku...memori semalam kita bersama tidak pernah aku pudarkan dari ingatan.....
Kerana sebuah persahabatan , aku harap ia akan menjadi satu talian murni sampai bila-bila...

No comments:

Post a Comment