Friday, March 4, 2011

Perkara ke 2 baik 2011 Resault Colonscopi- 3 mac 2011


3 Mac 2011- Khamis, Hospital Selayang

Menunggu tarikh ini bagaikan satu saat genting bagi aku...Jika ingat lagi pada Disember 2010 aku telah pun menjalani Colonskopi bagi memeriksa keadaan usus besar ku kerana atas masalah sembelit yang telah aku alami sejak Jun 2010 yang lalu.

Skali lagi aku nyatakan, colonskopi adalah satu proses di mata sekitaran usus besar kita dapat dilihat bagi mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di usus besar kita. Prosedurnya, sehari sebelum proses usus kita perlu di cuci dengan minum sejenis ubat...dikala itu kita hanya boleh minum air puteh sahaja dan proses pembuangan air besar akan berlaku sehinggalah semua sisa-sisa yang terdapat dalam usus habis keluar. Ubat itu telah aku selitkan di entry pada Oktober 2010 (kalau x silap).

Tiba hari untuk jalani colonskopi...minum pun dah xboleh. Memang rasa lapar dan lemah sangat. Sebelum itu, sejenis ubat cecair akan dimasukkan di dalam satu saluran (seperti saluran masuk air kat tangan tu) membuatkan kita jadi mengantuk, mamai....semasa itu lah satu jenis kamera yang dikhaskan untuk proses ini dimasukkan melalui dubur kita bersama tiub yang akan dimasukkan bersama. Segalanya akan nampak di skrin....
Itulah yang telah aku lalui, dan aku hanya sedar semas
a proses itu hendak selesai. Namun sempat la jugak nampak usus ku di skrin tu.
Semlm adalah harinya, walaupun hati tidak senang...aku perlu pergi appoinment ini.
Jam 8.30 pagi buat pendaftaran dan jam 11 pagi baru dapat masuk. Biasalah hospital govement walaupun klinik yang aku pegi ni adalah klinik pakar.

"Ok, saya doktor Hashim yang bertugas di bahagian ini. Hari tu dah jalani skop kan...berdasarkan pada skop tempoh hari....xde sebarang masalah dan semuanya normal..."

Syukur alhamdulillah...tidak terhingga....namun perbualan kami bukan setakat itu. Tetapi, termasuk juga cerita dari mula terjadinya masalah ini...info yang rasanya patut aku kongsikan :

1. Pembuangan air besar adalah di galakkan hari-hari (its good!)
2. Sebelum proses pembuangan air besar berlaku, sisa penghadaman akan menjalani proses penyejatan air. Dan sekiranya kita tidak membuat pembuangan air besar untuk sehari, najis yang terdapat di usus besar kita akan terus disejat dan akan menyebabkan najis itu keras.
3. Sembelit boleh juga terjadi akibat kekurangan pergerakan usus dan menyebabkan proses penghadaman lambat dan lambat untuk turun.
4. Kekurangan pergerakan usus boleh terjadi dari kekurangan excersice dan stress juga menjadi penyumbang ke arahnya.
5. Makanlah supliment probiotik untuk kesihatan usus anda.

Info ini aku perolehi semasa perbincangan bersama doktor semalam. Namun aku harap tiada apa-apa yang buruk berlaku pada aku untuk seterusnya....

No comments:

Post a Comment