Tuesday, March 1, 2011

Kek Besdey Tetiba....

Ni kek besedey jenis yang ke 6 sbb ari tu ada entry pasal kek yang enCik hubby belikan 6 slices. Tapi Salah satu dari jenisnya adalah jenis yang sama, so jadi 5 jenis je la. Than yang ni yang ke 6...memang aku xtau menahu pasal benda ni. Bukan ada plan nak celebrate pun. Tetiba je lps orang solat Jumaat hujung bulan Februari ari tu nmpk berkotak-kotak pizza Dominos....Diaorg kata Razzif yang order...ok la la. xde masalah pun....

Bila Razzif dah naik opis, tengok-tengok Pizza dia kat pantry (mood ngendeng).....pastu Razzif kata :
"Akak penah makan kek Pecan ButterScoth x?"
Memang aku x penah makan pun, lantas aku pun bertanyakan siapa punya kek ni....Razzif suruh bukak kotak Secret Recipe yang ada atas meja. Bila bukak, dia suruh baca....

"Sayang kak Anne , Happy Besday Pot dan Suriani"....
Kalau korang nak tahu nama kak Anne tu betul la sbb may be sempena dia nak pindah ke Kelantan dan hari ni merupakan last day dia. Pot tu sape, suriani tu sape sebab kat opis ni xde orang nama tu. Rupa-rupanya POT tu adalah aku....Suriani tu adalah Surina...sengaja ditulis begitu atas alasan aku ni mengawal selia berkenaan dengan Projek-projek Hotspots so di ambil singkatan dari "POT" manakala Suriani plak ada panggilan Pengarah Bahagian kitaorang yang selalu panggil salah nama pada kakitangan dia...hehehe


Kek ni nampak macam simple je design dia, tapi best....kalau sejuk-sejuk lagi best. Siap ada kacang-kacang halus lagi....

Apapun terima kasih pada Razzif yang sponsor semua ni. Walaupun masa kek ni dibeli besdey aku dah lepas hampir sebulan lebih...tapi tetap best...hehehe. Sebab aku ni memang peminat kek. sambil makan sambil bebel...'gemuk la aku nanti'.....

No comments:

Post a Comment