Monday, March 14, 2011

Apa Kaitan JEM dengan CUTI SEKOLAH

Setiap kali cuti sekolah menjelma...suasana di jalan raya pun kembali tenang...agak kurang la jem-jem ni....kurang banyak la jugak....Kalau time budak sekolah...jangan keluar lambat sikit mesti punch card merah punyer...

Selalunya korang kuar rumah kul bape?
Kalau korang nak tahu, aku keluar rumah untuk ke pejabat paling lewat 6.30 pagi...tu pun mesti sangkut on the way nak keluar kawasan SU tu...at least jam 6.25 pagi mesti dah kene berambus. So bila time Subuh lewat la satu kesengsaraan...dan bulan Feb lepas, dekat 5 kali MERAH! nak dijadikan bukti terpaksa la aku ambik gambar diperjalanan jem aku tu. Ingat aku suka-suka ke datang lambat. Bangun jam 5 pg semata-mata tak nak punch card merah.

Bila berkumandangnya aan Subuh....terus solat. Pastu siap-siap, terus kuar. Ada masa tu x sempat make-up pun...dah nak sampai..nampak macam terang sket, baru la nak bebedak bagai....hahaha. So apa kaitannya dengan budak skolah - jem...cuti skolah...jalan aman damai...??&#$$

May be time skolah, diaorg banyak kuar skali dgn mak bapak...dan mak bapak plak kene drop kan diaorg ni kat tepi jalan...menyesakkan jalan la time tu. Dan bila cuti sekolah, kebanyakkannya mak bapak pun turut cuti sebab nak spend time dengan anak-anak...jalan sana sini...anak plak siap tuntut janji mak bapak nak bawak gi holiday. Dengan secara tidak langsung, xdela semuanya berebut nak keluar rumah awal pagi....logik tak teoari aku?
Ni gambaran dari belakang...mesti orang pelik tengok ada manusia yang subuh-subuh buta sebok capture photo...

Ni kalau kuar jam 6.30 pagi dari rumah. Terpaksa beratur beramai-ramai sambil bergerak macam ulat bulu sebelum sampai ke jalan besar. Percaya ke x, pecaya je la.

So sesapa yang berkaitan...sila lah buat analisis pasal benda ni...mana la tahu kut ada alternatif yang dapat dibuat untuk menyelesaikan masalah ni. Macam kat kawasan umah aku jugak la, korang kene wat kajian....dlm satu kaws ada 2 3 taman....dalam satu taman ada bpe biji rumah....dan setiap pagi belum sampai jalan besar, dah jem! Tak caya try la datang kat SU ni....

Time ni aku xde la anak yang bersekolah, dan 1 day may be a
ku jugak akan menghantar anak aku ke sekolah...so aku jugak akan menjadi penyumbang ke arah tu ke...? Pe lagi...bertindak ar!
Ni plak masa balik kampung masa cuti sekolah seminggu tu. Aku ada keje sebenarnya, that why la balik. Ahad tu nak balik Sg Buloh....sebelum sampai Tapah...ada la deretan lembut-lembut menyeberang. Mungkin ini adalah petandanya, tapi aku je x perasan. Kuar-kuar highway...nah kau memang x bergerak langsung. So ambil keputusan kuar Bidor ikut jalan lama.

Bila ikut jalan lama, ujan selebat lebatnya. Tapi jalan ok la, cuma bila kene siram dengan kater lain memang x nampak jalan langsung. garfield tido dengan lenanya (abaikan). Siap pakej pokok tumbang lagi. Sampai Tanjung Malim dah jam 6 petang dan sampai rumah jam 8.30 malam. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam.

No comments:

Post a Comment