Tuesday, February 8, 2011

Episod 8 : Cahaya Cinta


Aku terus melangkah..meneruskan kehidupan sebagai seorang aku! Menjalani kehidupan sebagai umat Islam...yang mencintai Allah swt yang maha berkuasa....cuma aku saja yang tamak, masih menangih kasih dari insan lain.

Perkenalan demi perkenalan....seorang insan datang dan pergi dari hidupku...sehinggalah aku di aniaya oleh rakan sepejabat ku....siapa menyangka, siapa pernah menduga....kami teraniaya yang tidak disengajakan...namun itulah titik pertemuan jodoh kami. Tahun 2006, perkenalan aku dengan insan yang bernama AHmad Fadzil Razak.....

Dari mula perkenalan, aku tidak pernah bersua muka....hanya mendengar suara..namun aku sedar ternyata dia insan yang baik. Tetapi pada awalnya, aku tidak mampu untuk menerima dia...kerana perbezaan usia antara kami. Bimbang akan penerimaan keluarga yang mungkin bukan satu kepastian. Kerana sikapnya, aku tidak mampu untuk mengecewakan dia.....secara jujurnya aku suka berkawan dengannya, namun.......

Demi dia.....dan bagiku mungkin satu kerugian kiranya aku melepaskannya ke tangan orang lain, adalah lebih baik aku mencuba.Cuba bertanya kepada ma kiranya hanya kerana dia seorang yang lebih muda...yang tidak berjawatan tinggi mana.....ma hanya terdiam seribu bahasa...

Aku tidak berani untuk bertanya lagi, Allah maha besar. Tanpa sebarang pertanyaan yang berulang lagi, ma memberitahu bahawa mereka tiada masalah untuk menerimanya....bermulalah hubungan kami mempertaruhkan sebuah perasaan yang penuh dengan harapan disamping mengenali diri masing-masing. Sehinggalah satu keputusan untuk kami mengingat pertalian yang sah....apa benar dia jodohku...apa benar ini pilihanku.....

1 Jan 2007 kami telah ditunangkan...dan 13 Dis 2007 ijab dan kabul menyatukan kami...

Moga Allah memberkati perkahwinan ini....memberi kami kebahagiaan dunia dan akhirat.....berilah kami ketabahan atas sebarang ujian yang kau berikan....tidak pernah aku sangka, perkenalan yang singkat...pertemuan yang tidak diduga....enCik hubby adalah suamiku yang sah.

CaHaYa CiNtA

Dia telah telah menentukannya

bertemu dan bercinta

Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurg
a

No comments:

Post a Comment