Tuesday, February 8, 2011

Episod 7 : Azimat Cinta


Sejak itu...jiwa kacau...aku mula menyendiri...Jarang keluar ke sana ke mari kerana aku tidak mahu nampak dia dgn insan lain....
Namun...perjanjian kami.....SETIAP KALI ANTARA KITA TERINGAT ANTARA SATU SAMA LAIN...BUAT MISSED CALL
Jadi setiap kali aku berada di mana-ma...
Hanphone aku akan berdering seketika dan aku tahu bahawa dia sedang memerhatikan aku...dan dia sedang teringat akan diri aku...hidup aku hanya dihiasi dengan 'panggilan rindu' saja...dan paling mengharukan, dia masih mengambil tahu tentang diri aku dari insan-insan disekelilingku...cukup berat untuk dia melepas aku, namun dia terpaksa....
Hatiku tenang...kerana walaupun fizikalnya dia bersama orang lain, namun hatinya tetap pada aku. Aku tidak menaruh sebarang harapan....
Namun aku rasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menyayangi insan ini.....
Terima kasih juga kerana sudi memberi titisan kasih yang akan ku kenang selalu

Segalanya sudahpun menjadi sejarah....
Sejarah yang terbaek terjadi sebelum aku ketemu dengan insan yang betul
Lalu ku ciptakan sebuah novel kisah ini....ku hadiahkan kepadanya sebelum ianya terhapus
Lenyap....
Terima kasih atas sebuah kenangan

AZIMAT CINTA (buat AA)

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya
Bagaikan butiran permata
Seolah-olah terapung
Dipermukaannya

Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampai
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayang mu
Kini menjadi kalungan azimat cinta

Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan

Harumlah cinta duniawi
Sewangi kasturi syurgawi
Semoga bahagia jadi milik kita
Nan abadi selama-lamanya

Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan

Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua

No comments:

Post a Comment