Wednesday, February 16, 2011

i-City, Shah ALam..lip lap sana sini

Ramai yang dah tahu apa itu i-City...dan ramai jugak yang dah ke sana...Cuma aku je yang x pernah ke sana walaupun sebelum pembukaannya kepada umum seorang rakan pejabatku telah memberitahu akan kemeriahannya. Tak ada masa....x ada itu ini...macam-macam alasan je..lambat sangat pergi, lastly sekarang masuk kene bayar. Padan muka!Dari hari ke hari nak ke sana...orang kata tempat tu cantik di warnai dengan lampu-lampu....
Dah plan nak pegi, hujan plak. Nak pegi mestilah waktu malam sebab baru nampak lampunya. Ermmm macam xde harapan je nak pegi....
Tengok gambar-gambar kengkawan yang pegi tu...payah nak kata sebab malam kan, tersangat la susah untuk ambil gambar waktu malam kecuali ada spotlight.

14 Februari 2011 - ujan pun x....plan lain pun tarak...jom kita pegi!
Ni bukan kes celebrate valentine ok, ni memang nak pegi sana...jangan orang kata dah dekat dengan rumah pun x pegi-pegi. Jam 8.15 kuar umah...walaupun perjalanan sebenarnya tidaklah sejauh mana, namun tetap mengambil hampir 1jam akibat daripada kesesakan jalan raya....pandangan pertama semasa masuk...
"uiiiuiiiii....banyaknye lampu.....best-best!"
Dulu x kene bayar...sekarang bayar...RM10 untuk sebuah kereta. Brape untung weh, satu malam may be ada dalam 100-200 kereta....giler kaya.
Tempat parking disediakan dengan selesa....
So mulakan perjalanan.
Photo tidak di ambil banyak kerana tersangat susah untuk ambil shot waktu malam. enCik hubby plak bwk lens potrait (50mm) sebab lens tu je yang blh nampak ok dalam gelap. Kalau lens 18-105mm tu blh la ambik gambar penuh...tapi gelap la jawabnya. Nak tak nak kene terima. Jadi, xde la gambar banyak.

Sekitaran kawasan tersebut...dilimpahi dengan pokok-pokok berlampu berwarna warni....




Dapat tepinga rabbit lampu lip lap....jadilah! Mekasih enCik hubby....

No comments:

Post a Comment