Friday, August 3, 2012

Korang Penah Wat Novel Tak

Aku dapat tahu ramai dikalangan kita-kita ni suka membaca Novel...
Apa beza novel dengan cerpen...?
Bagi aku Novel adalah merupakan satu penceritaan yang panjang kisahnya. TErdapat berbagai watak, berbagai peristiwa sebaliknya cerpen hanya satu cerita ringkas dan padat (ini hanya pendapat aku dan tidak merujuk kepada mana-mana rujukan).

Antara Novel yang laris yang aku tahu macam Ombak Rindu, Lagenda Budah Setan , Bicara Hati....
so sorry sebab aku tak tahu banyak novel, pasal aku bukan pembaca tegar novel....
Tapi mungkin tak ramai yang tahu aku penah menulis...sebab dulu cita-cita asal aku nak jadi penulis...
As wartawan...tapi hajat tak kesampaian. Jadi aku lebih senang menulis untuk diri sendiri. Ada diary untuk luahan perasaan sejak dari sekolah lagi...

Walaupun mungkin ini satu bakat yang tak penah aku asah dan tonjolkan, aku tidak pandai untuk menulis dengan lebih dramatik mahupun mengikut struktur format tertetu. Aku main taram je ikut emosi aku...hahaha

Aku ada menulis sebuah novel yang bertajuk KEBAHAGIAAN ITU TERCIPTA BUKAN UNTUKKU..

Ditulis pada tahun 2002 dan satu-satunya penulisan penuh emosi yang penah aku buat. Sebab setelah itu aku tidak menulis lagi sehinggalah wujudnya blog ini.
Nape aku menulis novel ini...?
Sebab...aku nak abadikan kisah tragis aku bersama insan yang bernama M....
Perhubungan kami tidak lama...namun, ia amat memberi kesan yang mendalam. Dalam blog ini juga pernah aku tuliskan kisah-kisah cinta aku terdahulu...namun itu secara ringkasnya. Tetapi dalam novel ini, setiap ayat dialog pun ada. Segala surat yang diutuskan pun ada.....siapa yang penah buat macam tu kan....

HIngga saat ini, aku sendiri tidak percaya bahawa aku mampu menulis sehingga 120 helai A4 cerita tentang aku sendiri. Kini mungkin tidak. Masa menulis tu siap nangis-nangis lagi....
enCik hubby tahu tentang ini...tapi dia kata itu satu kenangan yang aku ada...
Dia tidak marah mahupun melarang....
Ada rakan-rakan yang membacanya mintak aku publishkan cerita itu....
Aku tidak berani...kerana bimbang menjadi satu hasil ciplak pula....
Aku bangga, kerana aku berjaya menulis....



2 comments:

  1. pandainya menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...menulis ikut perasaan je...
      syok sendiri...=) org lain baca tak tau la mcm mn...
      thanks zoey jd follower sy...

      Delete