Monday, July 25, 2011

3,2,1 ..CiNtA & Sekali Lagi...Cinta Itu Milik Kita...

Setelah bercuti selama 3 hari atas arahan enCik hubby dan sepanjang 5 hari hati terus menunggu dan terindu pada enCik hubby...per kes? enCik hubby pergi bersukan da...so si isteri yang perlu menghormati minat seorang suami..terpaksa menahan perasaan sahaja....
Selama 5 hari jugak la aku tidak melayari alam maya ni...maklumlah sebelum ini hanya mengharapkan kemudahan yang terdapat di pejabat (ops! nampak sangat mengulat time keje) nanti aku explain ok...

Walaupun aku rasa agak terlambat untuk aku mengulas atau bercerita mengenai filem-filem melayu yang kuar sejak 2 menjak ni...seriusly aku tidak berkesempatan untuk berjimba dengan enCik hubby ke pawagam... Tambahan plak dengan keadaan kami yang baru berpindah...banyak duit yang dah terkeluar...dan keadaan hidup yang tak berapa stabil....
Sebagai halwa mata, telinga, perasaan...enCik hubby menghidangkan (macam manakan je...jangan caye) 2 filem ni...tidak tahu sejauh mana ke'best' sannya...kerana aku tidak pernah tahu pun sinopsis citer-citer ni...

sumber : google

Mula-mula start citer ni, ada kemungkinan macam x best...tapi sebenarnya...best woooo. Bagi aku aku suka la jalan ceritanya. Dalam filem ni Arman (lakonan Sam) menceritakan semula tentang perjalanan hidup dia. Dia mengidap penyakit autisme (kelakuan seperti keanak-anakan yang tidak mampu mengursu hidup sendiri). Selama ini urusan hidupnya diuruskan oleh emaknya. Penampilan Lisa pula adalah sebagai ibu beranak satu (lakonan mia) yang ingin dilamar oleh Waris (lakonan brone palare). Mia adalah pengikat dan pertemuan kepada Lisa dan Sam kembali kerana pada mulanya mereka pernah berkenalan, bercinta dan berkahwin. Namun kerana ada ketumbuhan di kepala Sam, Sam membuat keputusan untuk meninggalkan Lisa kerana tidak mahu Lisa menderita. Doktor menyatakan dengan pembedahan yang dijalankan berkemungkinan akan memberi kesan kepada kehidupannya tidak normal. Selepas pembedahan, hidup Sam kiranya bagai baru bermula dan dia tidak pernah kenal atau ingat akan kisah lampaunya.

Sehinggalah pertemuan kembali dengan Lisa..Lisa cukup membencinya, manakala Sam tidak tahu apa-apa....
Mia pula tidak mengetahu bahawa Sam adalah ayahnya...namun segalanya terlerai apabila Lisa memaklumkan kepada Brone bahawa Sam adalah ayah Mia...dan Mia terdengar perbualan mereka. Walaupun Mia mengaku bahawa Sam adalah ayahnya, namun Sam tetap menganggap itu adalah satu permainan saja...
Tengoklah...sure korang rama feel lebih...hehehe...aku leh siap tengok sampai 2 kali hehehe....

sumber : google

Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre).
Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu ‘perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril?
Sumber Dari: http://www.izamirridzwan.com/2011/06/sinopsis-trailer-filem-321-cinta-jom-layannnn/#ixzz1T5f2FVOd

Cerita ni santai...apapun, boleh layan la...kalau aku masuk panggung, aku rasa aku x rugi la bayar tiket....mcm citer cun jugak...tengok promo mcm xbest....tapi klu korang tengah bermood utk tgk movie..., layanlah citer ni...

No comments:

Post a Comment