Friday, July 1, 2011

Hari Akhir @Bahagian IAT - epsiod 1

30 Jun - adalah hari akhir aku bertugas di HQ....
setelah 2 tahun aku berkhidmat di sini....kini, aku berubah arah untuk mencari sesuatu yang lebih baik....
Aku mula bertugas di sini sejak tahun 2008 dengan jawatan kontrak selepas 5 bulan mendirikan rumahtangga bersama enCik hubby....dari Jawatan 41 secara kontrak ke jawatan 27 untuk tetap....
Segalanya mencabar diri...namun aku terus bersabar....
Aku terus percaya bahawa rezeki itu di tangan Allah swt...aku telah berusaha untuk yang terbaik....
Dari memikul satu tanggungjawab yang berat....hinggalah aku diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas-tugasku...hingga menyebabkan orang lain mungkin terasa akan gangguan setelah kehadiran aku....
Walaupun aku masih di jawatan yang tidak setaraf dengan kelayakkan ku...aku masih juga diperlukan untuk melakukan kerja-kerja sebelum ini kerana dengan pengalaman setahun jagung itu...aku terus dipercayai...


Secara terus terang....aku ramai kawan di sini...namun bukanlah kawan yang rapat yang mampu untuk berkongsi segala suka duka selama di sini...mengapa? Aku tiada jawapan untuk itu......
Kerana itulah aku sering bersama enCIK HUBBY kerana dia saja yang aku ada di sini....
Terima kasih enCik hubby kerana tidak jemu-jemu untuk melayan isteri mu yang banyak cerita ini....

Namun aku tidak hiraukan semua itu...yang pasti kerja-kerjaku terus berjalan dengan sebaiiknya....
Kadang kala aku terus diuji dengan sikap-sikap manusia ini...
Mungkin kini tiba masanya untuk aku melangkah pergi dari sini
Mencari sesuatu yang lebih baik dari kini....
Terima kasih kawan-kawan kerana sudi mengadakan majlis untuk aku....aku tidak minta itu semua....
Terima kasih atas pemberian kenangan untuk kami....
Terima kasih kerana masih mampu untuk bekerja sama dengan aku selama ini....
Terima kasih atas layanan kalian untuk selama ini....
Maaf atas segala kesilapan...
Maaf atas segala usaha ku dalam memperbaiki kerja-kerja di sini...
Maaf kiranya kehadiranku ini menggugat ketenteraman kalian selama ini....
Maaf andai aku bukan lah sahabat terbaik bagi kalian...

Aku juga manusia biasa yang kurang sempurna....
Ini adalah salah satu hak aku...untuk menentukan hidup aku....
Harap kalian faham termasuklah bos-bos aku yang selama ini  memberi kepercayaan kepada ku....
Pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi di sini...
Amat berharga....
....dan moga, detik tiadanya aku lagi di bahagian ini......
Kalian mula akan rasa kehadiran aku sebelumnya.......

No comments:

Post a Comment