Tuesday, August 17, 2010

Antibiotik, geram dan buncit ker?

Ermm x penah2 aku wat post 2 kali dlm sehari. Tapi dari akibat tidak puas hati...nak jugak buh kat sini...nak buh gambar pe ntah ni....***#3%^^#$

Isu 1 : Buncit ?
Buncit ker...? Alamak tolonglah....ayoyai..sensetip btul la...tersentap aku skali lagi bila tetiba je si usop ni kata aku buncit! memang penah dlm satu post dlm blog ni beberapa bulan lalu aku ada nyatakan la pasal perut aku menjadi-jadi sejak kejadian April lalu....klu xsilap tajuk tu Saiz 'S' ke 'L'...sesungguhnya aku berusaha utk mengurangkannya...walaupun kekdg may be ada yang ternampak, tapi kekadang x nmpk...nape la isu ni perlu nak kene di ulang-ulang...YUP! AKU BUNCIT! Puas hati....apa korang nak cakap lagi....sape yang nak buncit kan....
Tapi bagi aku...aku bukan buncit,just nampak perut sket sbb aku ni penah mengandung....dah 3 kali dah....sesapa pun kalau penah ngandung, ada la nampak perutnya...nak buat mcm mn lagi. Aku bukan artis byk duit utk kempiskan perut dlm sekelip mata....redha je la. Jgn la bg aku sentap lagi.....

Isu 2 : Geram!
Ntah apasal aku jadi geram sangat pasal benda ni...padahal sket je....td janji dgn En Ahmad Fadzil nak g beli barang sesama. So masa dia msg td, aku br je nak solat...so tunggu la kejap kan. Lps solat tgk ada missed call, ada msg....dia kata dia g dlu sbb ari nk ujan. Aku tgk xde pun ujan,dia kata rintik. Dia call, suh turun sbb bleh g skali kalau aku nk tgk2 brg...padahal dia dah beli pun. So xde gunanya la kan...dia takut ujan, aku suh tunggu jam 3 je...last2nya smpi skrg x ujan pun...aku rs sedey sgt plak...padahal x pegi pun x pe la kan. Tp bila dah janji pastu kene tinggal plak...tu yg rasa mcm sedey sgt....terus xde mood.

Isu 3 : Antibiotik.
Baru jap tadi memandangkan boring tahap kura-kura...aku terbaca email lama dlm inbox aku. Fakta berkenaan antibiotik..mula2 mmg dlu penah org katakan hal ini, tp mcm endah x endah. Last2 bila terbaca dan bandingkan apa yg berlaku pada diri sendiri ni....mmg betul...aku copy kan sket info yng boleh dikongsi bersama...

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada
antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis
virus. (pandaaaii.. ... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan
ini boleh membawa maut.


3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh
membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu. (makne nye kalau makan, bakteria baik akan terhapus)

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR.
Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan
sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kenapa aku kata ia benar....
Sebab...semasa aku abortion, aku diberi antibiotik...slps itu kerana pendarahan yang tidak berenti, Aku diberi 2 jenis antibiotik lagi... dan xlama, gigi sakit plak...lps membuat satu cabutan harta yang amat berharga itu, sakitnya tidak berenti dan doktor mengatakan ada jangkitan. Diberi lagi 2 jenis antibiotik...

Dan kalau masih ingat, semasa aku buat pemeriksaan jangkitan kuman sebelum ini doktor ada menasihatkan bahawa 'jangan ambil antibitik lagi'....memandangkan terlalu byk antibiotik masuk dlm bdn ni...skrg aku ada mslh sembelit seperti yang penah aku tuliskan dlm blog ini...doktor suruh aku mkn sayur byk2 utk kembalikan antibodi yang original...masalah tu ada hingga kini. Dah 2 kali g klinik...doktor kata usus xde masalah...may be bakteri baik dalam usus aku dah terhapus dek kerana ANTIBIOTIK...

Alhamdulillah aku tdk terkena alahan seperti yg dinyatakan, tapi...aku takut sbb dah byk antibiotik dlm badan ni...adakah aku dpt mengembalikan BAKTERIA BAIK dlm tubuh badan ku....YA ALLAH....PULIHKAN KEMBALI DIRI KU YA ALLAH....mak aku takut!

No comments:

Post a Comment