Tuesday, December 6, 2011

Betapa AGungnya Sebuah CINTA...O.M.B.A.K R.I.N.D.U

Sabtu lalu aku bersama enCik hubby pergi menonton Filem Ombak Rindu yang sedang hangat di perkatakan. Filem ini adalah berdasarkan dari hasil adaptasi daripada sebuah novel OMBAK RINDU....
Walaupun aku bukanlah salah seorang pembaca tegar novel-novel melayu, namun filem ini sangat menyentuh jiwa aku....mungkin kerana terlalu taksub hingga aku membawa jiwa aku ke dalam filem tersebut...
Begitu menghayati...giler kronik!
Seperti filem yang di tayangkan daripada novel Lagenda Budak Setan, filem ini adalah berbeza walaupun masing - masing ada kekuatan tersendiri dengan jalan cerita yang berbeza. Namun peranan pengarah yang mengarahkan filem tersebut perlu diberi pujian selain daripada para pelakon yang sangat menghayati watak masing-masing sehingga dapat bermain dengan emosi penonton.

Mungkinkah aku perlu dapatkan novel ini sebagai tanda aku sangat menggemari cerita ini.....apa yang pasti sekiranya keluar di astro first , aku akan langgani...biarlah 2 hari itu hanya dibanjiri oleh air mata kepuasan...hahaha....bila keluar DVD, aku akan pastikan ia akan berada di kediamanku.....


" Izzah yang telah menjadi anak yatim piatu tinggal dikampung dan dijaga oleh bapak saudaranya di samping menjaga makciknya yang sedang sakit. Bapak saudara Izzah menyuruh Izzah bekerja di Kuala Lumpur agar dapat mengumpul wang untuk membiayai kos pembedahan makciknya walaupun pada awalnya Izzah enggan berbuat demikian.


Mail yang juga teman baik kepada Izzah dalam pada masa yang sama telah menyimpan perasaan kasih terhadap Izzah, namun Izzah tidak dapat menerimanya. Mail tetap menanti kepulangan Izzah dengan penuh harapan. Segalanya berubah apabila Izzah tiba di Kuala Lumpur, pakciknya telah menjual Izzah kepada seorang bapa ayam kerana ingin melangsaikan hutang beliau.

....Semasa ingin mengejar pakciknya, Izzah hampir terlanggar dengan sebuah kereta yang dipandu oleh Haris. Izzah sempat merayu agar dia dapat diselamatkan namun Haris hanya memandang tanpa berkata apa. Izzah dipaksa minum arak dan dia tidak sedarkan diri. Haris adalah orang yang pertama melanggani Izzah. Apabila Izzah sedar, dia merayu agar dia dibawa keluar dari situ. Haris hanya menurut kehendaknya lalu membeli Izzah dengan harga 3 kali ganda dari bapa ayam tersebut.

Izzah dibawa ke sebuah rumah milik Haris dan Izzah dijadikan sebagai perempuan simpanan.Haris terkenal dengan seorang yang hidup sosial, panas baran.....akhirnya hatinya lembut kerana Izzah. Izzah merayu agar Haris menikahinya dan dia sanggup menjadi perempuan simpanan serta tidak akan menuntut sebarang hak sebagai seorang isteri. Haris menikahi Izzah di sempadan Thailand. Sejak itu Haris mula memberi layanan baik terhadap Izzah.

Izzah juga telah mula menyayangi Haris dalam diam walaupun tatkala dia takut dengan sikap Haris yang baran itu. Semasa ingin mula mengecapi kebahagiaan, Mila yang juga merupakan artis tanahair akan pulang ke Malaysia.


Kepulangan Mila ke tanah air disambut dengan perkabaran tentang perkahwinannya dengan Haris. Haris enggan berkahwin dengan Mila dan mengaku bahawa dia telah mencintai seseorang. Mila tetap dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Haris kerana beliau telah mencintai Haris sejak sekolah lagi. Hal ini jugak disokong oleh ibu Haris. Mila sebagai pecinta yang setia tetap berusaha unutk membuat Haris jatuh hati terhadapnya suatu hari nanti di samping tetap mencari siapa wanita yang Haris cintai itu.


Walaupun berat hati Izzah untuk menerima berita tentang perkahwinan Haris, namun belia redha kerana di menganggap dirnya hanya sebagai perempuan simpanan. Izzah balik ke kampung dan mendapati makciknya telahpun meninggal dunia, dan pakciknya telah hilang kemana. Hanya yang setia adalah Mail.
 Semasa meraka bersiar, Izzah hanya memegang jam tangan milik Haris yang telah dihadiahkan kepadanya. Dengan tiba-tiba jam tangan tersebut jatuh ke dalam sungai. Izzah tetap ingin mencarinya dan Mail sanggup terjun ke dalam sungai untun mendapatkan jam tangan itu yang telah dijadikan sebagai hadiah perkahwinan Izzah. Dari situ Mail dapat merasai bahawa ada rahsia yang disimpan oleh Izzah.


Dengan rasa busuk hati ibu Haris, dia menghalau Izzah dari rumah Haris semasa Haris telantar sakit akibat daripada kemalangan. Segalanya tidak diketahui oleh Haris dan ibunya telah memerangkap Izzah. Penyebaran cerita tentang Izzah dengan Mail telah di salah ertikan dan secara tidak langsung Haris mempercayainya. Dengan itu Haris menggantungkan perkahwinannya dengan Izzah. Izzah hampir-hampir kehilangan kandungannya kerana mengejar kereta Haris semasa kejadian itu. Pemandu Haris sangat tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi dan telah membongkar satu rahsia yang tidak diketahu oleh sesiapa kerana perjanjian itu hanya diantara dirinya dengan bapa Haris.

Haris terkejut mendengar apa yang telah diceritakan oleh pemandu itu dan terus mencari Izzah. Mila juga kecewa dengan apa yang telah didengarinya. Walaupun hatinya penuh dengan rasa cinta terhadap Haris, namun dia tiada pilihan lain selain meninggalkan Haris demi masa depannya dan juga kebahagiaan Izzah.
Haris ke kampung untuk mencari Izzah.
Akhirnya mereka dapat bersatu kembali. Mila mencari jalan hidupnya sendiri hingga berjaya dalam bidang lakonannya. Mail telah pun bertunang dengan gadis kampung itu juga. Haris dan Izzah menanti kelahiran anak mereka.


Begitulah agungnya cinta mereka....Izzah adalah ketentuan yang telah ditetapkan untuk menginsapkan Haris dan mengajar Haris tentang erti cinta yang sebenar. Walaupun Izzah di uji dengan ujian yang sangat hebat, namun ketentuannya dia menerima seorang lelaki yang sangat menyayanginya di samping kekayaan yang dimiliki begitu juga dengan paras rupa jika dibandingkan dia hanya gadis desa.

Kekuatan cinta Mila yang disemai bertahun-tahun belum mampu untuk menggoyahkan cinta mereka. Apapun aku suka, aku sentap...aku jiwang kerana Ombak Rindu. Hayatilah lirik lagu ini

Lagu OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

No comments:

Post a Comment