Wednesday, February 27, 2013

Merindui Blog yang semakin Usang

Asslamualaikum....
Lama aku tidak menulis di blog ini....banyak benda yang nak di update tetapi tidak kesampaian....
Sorry guys, aku terbz sejak akhir-akhir ini.....

1. Sebagai seorang kakitangan kerajaan....
Awal tahun ini aku perlu menyediakan perancangan program tahunan sebagai SKT unit aku...selain menilai peruntukan yang diperlukan untuk menjalankan program ini. Setelah dibuat beberapa kali, SIAP! Aku buat analisis untuk menentukan bila program ini harus dijalankan mengikut perjalanan untuk seluruh negeri Perak. Di samping itu ada terlibat dengan Pelancaran UTC di Perak....n aku adalah agen tegar membuat hamper... So bila ada program2 tertentu, selalunya akulah yang akan menyediakan hamper sekiranya di minta. Hamper untuk Dato', Menteri Besar, Menteri2 lain...segala VVIP n VIP....sehinggalah hamper untuk adik2 tadika... Belum merasa je lagi buat hamper untuk Sultan or Raja.....jadi setiap perkara itu memenuhi pengisian harianku.....


2. Sebagai seorang freelance fotographer....
Memerangkap pengurus yang telah dilantik oleh enCik hubby (#malusambiltutupmuka) aku menjalankan kerja-kerja pengambaran 3 minggu berturut (jumaat hingga ahad)...kerja 7 hari seminggu dan selama 3 minggu jugak la aku tidak cuti....agak memenatkan, namun rezeki Allah beri...perlu menjalankan amanah sebaik mungkin. Jangan pudarkan kepercayaan orang kepada kita. Allah memberi rezeki bukan bergolek, kita perlu bersusah untuknya dahulu....alhamdulillah, moga diberkatiNYA. Kene urus tentang profail customer selain urusan akaun kewangan photography.....


3. Sebagai isteri kepada enCik hubby....
Di rumah pastinya banyak benda nak dibuat tambahan lagi dengan rumah yang baru pindah (baru takbarulah) masih x siap kemas lagi angkara kesibukan diri....nak uruskan pakaian, pinggan mangkuk....badan dah letih....Sabtu Ahad x duk umh....jadi siap umah ala kadar mana yang sempat mana yang larat....

Apapun aku akan berusaha untuk update blog kesayangan ini secepat mungkin....dalam draf tu ada bnyk ha...tp x sempat nak ambik gbr kat enCik hubby lagi.....apapun jangan jemu menanti....setialah...setialah selamanya...hahahaha.....

No comments:

Post a Comment