Thursday, July 11, 2013

Semuanya Sudah Selesai, Kini Ramadhan Tiba Lagi

Salam Ramadhan kepada semua....
alhamdulillah, .... expo pengantin sudah pun berlalu pada minggu lalu....
letih dan sengal badan masih terasa....
Namun alhamdulillah, Ramadhan datang kembali....kembali bangun sahur bersama berdua saja....
(mungkin agak manis bila bertiga kan...) untuk kali ini kali ke 6 kami menjalani Ramadhan bersama, syukur.
Walaupun expo yang lepas tidak begitu menggairahkan sepertimana expo di stadium tahun lalu,
namun kami dapat mengenali kenalan-kenalan baru....menimba pengalaman daripada rakan-rakan
seperjuangan yang juga memeriahkan arena PHOTOGRAPHY.....
Tatkala terasa kami sangat kerdil bila berdiri bersama FotoArtClick, Orbit Creative, Tru Love, The Pictology yang masing-masing yang dikenali dalam arena photography ini....namun masing-masing mencari rezeki dan rezeki Allah telah berikan mengikut rezeki masing-masing.....
Apapun aku cekal bersama seorang rakan untuk menunggu booth kami yang paling simple dari booth orang lain. enCik hubby tak de masa tu dia ada sukantani di UPM...so kamilah yang punggah barang untuk setup booth dan closed booth.....

Ni la dia booth kami...simple kan....hahaha...contoh gambar pun tak banyak sebab kami kurang modal hahaha, maklumlah kami bukan nama besar yang confirm-confirm memang dah kaya kan....hahaha...apapun selain daripada gambar kahwin, kami ada juga menawarkan perkhidmatan lukis inai dan makeover di booth.

 sekitaran booth lain yang juga turut serta dalam expo yang lalu...meriahkan booth diaorg. Kitaorg sebelum ni masuk expo dengan butik pengantin so background x payah pikir sebab butik dah buat. Ni sebab sendiri, so dah le buntuk nk wat deco macam mana....akan datang dah tahu le nak buat macam mana kan..... =)

 Salah satu booth photography punya decoration....

 Teka siapa ni???? Last customer untuk lukis inai.....jadilah, bukan pandai sangat pun...tapi mencuba apa salahnya kan.....kut ada sesapa yang nk booking untuk lukis inai, boleh roger aku...hahaha....

Macam cantik je bunga tu kan....gambar semata-mata....kuikuikui.....

Apapun harap ada expo perkahwinan lagi untuk lepas ni.....kami akan join lagi insyaallah....
Terus mencari rezeki.....

No comments:

Post a Comment