Wednesday, December 28, 2011

Photo Sempena Annivesarry ke 4

Mr Aizul & Syafiq sedang ambil mood

Untuk Ulangtahun Perkahwinan kami yang  ke 4 kali ni, kami mengambil perkhidmatan Eyestudio untuk mengabadikan photo-photo kenangan kami. Memang selalunya sempena annivesarry kami akan wat shoot, tak kesah la buat sendiri ke...upah orang ke...or something like that lar.....janji masa tu ada kenangannya. Cuma 1st year je tak de wat shoot sebab masa tu macam-macam benda yang jadi....

For the 2nd year aku siap sewa baju pengantin gara-gara nak melawa..tapi makeup sendiri, so xde la lawa mana....abang yang tolong ambikkan photo kami @Hotel Grand Kampar. 3rd year rai disekitar KLCC, so sakan bergambar kat KLCC je...masa tu xde la gambar berdua sebab aku capture gambar enCik hubby, dia capture gambar aku....sendir-sendiri...
and this year....@eyestudio Shah Alam....
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mengenali siapa itu Aizul Marcello....best dapat jumpa dia, dapat berkenalan dengan dia. Dah rasa macam nak jumpa artis je..hahahaha...maklumlah dia merupakan salah seorang blogger yang dikenali......
Memandangkan kami agak kaku (kayu) so xde la dpt posing-posing maut =)
Namun hasil editing daripada team eyestudio..ni la hasilnya.....kamiberpuas hati. Photo selebihnya masih lagitidak sempat untuk aku edit. Insyaallah akan dimuatkan di blog ini juga nanti...nantikan okey...
Ada gaya model tak??? hahaha perasan tak sudah. Apapun baju ni pun 1st time pakai walaupun dah beli lama. Sebab tak tahu bila masa yang sesuai untuk dipakai.....macam biasa makeup sendiri, tu yang jadi x bape nak lawa...hahahaha

Besarnya mata hitam enCik hubby.....terserlah ketuaan aku weeeeee.....sedey.....

Inilah insan yang aku sayangi, kerana mampu menerima aku seadanya dalam serba kekurangan dan mampu meneruskan hidup bersama walaupun kita masih belum dikurniakan cahaya mata....

Apapun, moga perkahwinan kita ini akan diserikan dengan anugerah Tuhan yang kita nantikan ...
Insyaallah....aku pasti masa tu akan tiba jua satu hari nanti.....
DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita....

6 comments:

  1. happy anniversary sis....moga kekal hingga ke akhir hayat yea... moga setiap kejadian yang lalu itu ade hikmah dariNya... InsyaAllah Allah SWT tahu segalanya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih....apa yang akak harapkan akak terus tabah dan terus sabar dalam meneruskan perjalanan ini...insyaallah....
    Thanks for support me

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kak...yang penting setiap perlakuan kita adalah kerana DIA... DIA tahu yang terbaik utk kitakan..kita hanya merancang..DIA lebih tahu segalanya... Kita wanita tabah..so chill..bila sedih cepat2 cari bahu lelaki kesayangan utk bersandar dan lap air mata..hehehe

    ReplyDelete
  4. Mekasih sangat2...kerana terlalu memahami apa yang terdetik di jiwa ni....akak selalu bisikkan dihati...DIA tahu apa yang terbaek untuk kita....
    Tapi biasalah, kita manusia biasa tatkala terlupa itu semua....
    Macam mana nisa bleh tenang untuk lalui ini semua ye....akak kagum...

    ReplyDelete
  5. hurm camne ek... ntahlah kak..hati ni rapuh jugak..kadang² tu leleh jugak airmata..tapi saya percaya Allah SWT tahu segalaNya...kenapa ini yang berlaku dalam life kita..takde sape nak kesedihankan..so DIA takkan uji hambaNya melebihi keupayaan hambaNya..setiap kali saya rasa sedih saya akan positifkan diri..pikirkan yang ramai lagi yg life leih sedih dari kita,...life is short sis..so kita kena hargai dan syukuri ape yang DIA dah bagi utk kita,...just chill and enjoy ourself..kita kena saling support antara pasangan..itu yg penting...kadang2 husband ni dia lagi sedih tapi dia taknak kita tahu dia sedih sebab dia taknak hati kita as a wife terluka..so just chill yea kak..InsyaAllah satu hari nanti akan datang sinar kebahgiaan tu utk kita...InsyaAllah..namo sedih² tau..bila sedih je jangan layan perasaan tu..fikirkan benda yang indah dan mengembirakan kita...takut nanti kerana nak ikutkan perasaan sedih kita ni rumahtangga boleh berantakan... SMILE is the key... :)

    ReplyDelete
  6. betul kata adik tu....terima kasih atas kata-kata yang penuh semangat utk akak....mmg terkadang sebagai manusia biasa kita kalah dengan perasaan sendiri....
    Akak pun selalu katakan, yakin pada Allah....dan kita insan istimewa yang dipilih untuk diuji kerana DIA sayangkan kita....
    Moga keberkatan akan melimpahi hidup kita olehNYA dengan apa yang DIA kurniakan untuk kita selama ini, insyaallah...akak harap akak lebih menghargai perjalanan hidup selepas ini...

    ReplyDelete