Tuesday, January 3, 2012

...2012....tinggal kenangan 2011

Hari ini adalah merupakan hari ke 3 di dalam tahun 2012....
Sudahpun menjejakkan kaki ke tahun 2012.....tatkala terasa harapan menggunung pada tahun ni...
Namun terkadang terasa takut untuk melalui sebarang kemungkinan yang diluar jangka
Yang harus dilalui oleh aku.....
Sebagai manusia biasa....segalanya perlu di lalui dalam meneruskan hidup
Mahupun dalam suka atau duka...perit...manis.....semoga Allah melindungi aku dari segala keburukan...

Apa yang menarik yang telah ku tinggalkan pada tahun 2011....

1. Pada Januari 2011 aku telah pun lulus exam JPA....penah failed satu paper gara-gara lepas keguguran....
2. Mac 2011 - telah menerima keputusan Colonscopy...keputusan negative....sangat bersyukur walaupun prosesnya sangat sukar / ngeri.
3. Jun 2011 - dapat bertukar ke Perak...walaupun duit banyak habis, namun ini satu permulaan untuk memulakan hidup baru. Pada bulan ini juga, kami membuat keputusan untuk membeli rumah sendiri.
4. Julai 2011 - Pengesahan Jawatan...walaupun jawatan tidak seperti kelayakan yang aku ada, namun aku bersyukur kerana aku memperolehi pekerjaan tetap sekarang.
5. Perancangan untuk mengandung semula...tapi masih belum diberi rezeki olehNYA sehingga kini =( harapnya tidak jauh rezeki itu untuk kami.
6. Disember 2011 - berjaya  bercuti bersama keluarga yang sebelum ini tidak pernah dijalankan.
7. Dapat hadiah purse Carlo Rino dari enCik hubby sempena Ulangtahun Perkahwinan. Sebab sebelum ni tak pernah menggunakan purse berjenama (original) hahahaha

errrmmmmm tak ingat dah...apapun aku rasa tidak ada perkara yang dikatakan sangat menarik untuk tahun 2011 ini....namun macam biasa, banyak yang ala masam-masam bila berkaitan dengan kerja.....

Apapun aku lebih mengharapkan sesuatu keajaiban pada tahun 2012 ini.....
Mengharapkan peroleh cahaya mata....rezeki yang bertambah....
Ops, tak lama lagi plak melangkah lagi setangga usia ku.....terasa tua pula....anak masih belum ada....
ermmmm hanya Tuhan je yang tahu apa yang bergolak dalam sanubari ku ini.....
Moga kehadiran tahun baru, umur baru...melangkah selangkah lagi keberkatan daripada Allah swt

No comments:

Post a Comment