Friday, January 27, 2012

Melor In????

Di sinilah kami berkampung selama kami ditugaskan di HPPNK yang lalu.....
Mula-mula pikir..macam mana la Melor In ni.....diaorg kata bilik boleh muat 4 orang
Redha je la kan....

Rupanya inilah Melor In
Hotelnya simpel...tapi selesa...yang paling best Hotel ni dekat dengan macam-macam kemudahan....tempat shopping tudung, shopping baju....dekat dengan Secrect Recipe....masih tidak jauh, ada KFC...mini market, tempat karaoke....ada macam-macam pilihan...kat sini je beli shawl, jeans, tudung Nur Kasih bagai....memang habis duit....

 Ini ruang legarnya, luas...merasa la jalan kat red carpet...hahaha.....

 Ops, lihat ada kasut lelaki....jangan terkejut. Sebab sebenarnya ni bukanlah gambar yang aku capture masa menginap di sini. Ni gambar yang aku perolehi dari internet (satu blog berkenaan dengannya). Tapi memang begini bilik kami...
 Ada tv, siap Astro...tapi x sempat mana tengok pun sebab balik dah letih...ingat kat tilam je. Kat sini jugaklah belambaknya barang-barang make-up kitaorang. Nasiblah, yang duk kat bilik ni berempat. Empat2 bermake-up, so memang meriah la tempat ni.

sempat seorang daripada housekeeping bertanya pada kami semasa dalam lif....
'duk bilik mana???'
'bilik 335...nape, bersepah erk...?'
'....tak...banyaknya make-up.....' hahahahahaha...terserlah sudah.....
Bilik airnya jugak sangat luas.....apapun selesa sangat sangat duk kat hotel ni....hotel ni kat Parit Buntar, kira-kira 10minit ke tapak Hppnk tu....
entry kali ni saje je nak citer pasal benda ni.....manalah tahu kut sesapa yang tersampai ke sini, bleh la menginap kat sini....

No comments:

Post a Comment