Wednesday, January 4, 2012

Apa sebenarnya yang aku mahu...?

Selalunya masuk je tahun baru, ramai yang celebrate....dan pastinya membuat azam baru atau meneruskan azam yang tak sudah-sudah sekian tahun lamanya. Tapi aku????? Celebrate pun tak....orang wat countdown, aku dah lena dah time tu....siap gaduh-gaduh dengan nyamuk lagi.... =) Azam???? Sejak tahun bila, aku tak tetapkan azamku untuk setiap tahun...apasal??? Entah....? Aku pun tak terpikir nape ini semua jadi, sekarang baru terperasan.....begitu teruknya jalan hidup aku sehingga aku sendiri tidak sedar apa yang telah terjadi....

Untuk itu...tahun ini, perlukah aku ada azam???? Menetapkan satu azam adalah satu niat yang murni...bila TERgagal, luluhnya rasa hati...harapan tinggi yang sangat menggunung.....
Tapi kalau tak de azam...mungkin tiada juga usahanya.....salah siapa, aku jugak kut????
Adoi, pening...apa sebenarnya yang aku mahu selagi nyawa masih terkandung di badan......
Aku perlu redha dengan perjalanan hidup ini.....tabah melalui ujian yang diturunkan untuk aku...

AKU nak cahaya MATA
****** Satu niat yang sangat mendalam dalam jiwa.....hati meruntun menagih kepada Ilahi agar kami dikurniakan anugerah itu.....mungkin belum tiba masanya untuk itu...kerana itu DIA belum menyerahkan amanah itu.....hati terus merintih....tatkala kecil hati bila melihat gambar-gambar anak-anak kecil yang terpapar di setiap FB kawan-kawan.....tiada apa yang boleh diperkatakan. Namun mereka tidak pernah untuk faham ...memahami perasaan insan lain......Ya Allah, kurniakanlah....

KEBERKATAN rezeki
.....Harapan ....moga hidup aku dan juga enCik hubby mendapat keberkatan....hidup akan jadi tunggang langgang bila hidup tidak diberkati....mintak dijauhkan....Insyaallah, ada rezeki tahun depan nak masuk rumah sendiri...gaji confirm kene potong bulan2 nak bayar rumah tu....moga rezeki aku bertambah, untuk hidup lebih selesa...mungkin blh menyimpan untuk menunaikan haji...insyaallah....sampaikanlah hajat kami....

KEBAHAGIAAN dunia AKHIRAT
####....terus meneguhkan iman, insyaallah....demi mendapat kebahagiaan di dunia bersama enCik hubby dan mungkin cahaya mata kami pada masa akan datang....begitu juga bekalan di akhirat. Kita tak tahu bila kita akan dijemput, apa yang akan berlaku pada masa akan datang...'kun fayakun'...
Moga aku terus beramal ibadat....terus yakin dengan kekuasaan Allah....terus terang dan redha atas kehendaknya....

Kemajuan Dalam HIDUP
~~~~~~~ Kerjaya sekarang, sangat membosankan....selalunya memang begitulah....apa yang disukai, diminati pastinya kita tidak dapat melakukan...namun apa yang tidak disukai, itu lah perkara yang terpaksa aku hadap hari-hari. Betul tak? Korang penah tak tanya pada diri korang....aku teringin nak bukak perniagaan sendiri...butik pengantin....kedai gambar ke....bakery...saloon rambut muslimah...tapi modal non ado! Ada jugak insan ni nak bimbing aku untuk bukak butik pengantin...tapi tu la, keyakinan mesti ada....modal confirm kene ada dan kita kene pandai jugak untuk mengandam (kalau nak bukak butik pengantin la)....

Contoh salah satu butik pengantin terkenal di Johor
(Butik Pengantin Twin Collection)


KESIHATAN yang baik
Siapa kata duit adalah segala-galanya....kalau duit banyak mana, tapi kesihatan tidak ke mana....tak de mana seronoknya hidup....Salah satu pengharapan aku agar kesihatan kami suami isteri baik...dijauhkan daripada segala keburukan.....boleh bekerja, boleh beribadat

Apapun HARAPAN YANG BESAR agar 2012 memberi seribu sinar kebaikan buat kami suami isteri....

No comments:

Post a Comment