Tuesday, May 31, 2011

Sekitar Meeting @Melaka 9-11 Mei 2011

Baru je balik dari Melaka dengan enCik hubby...aku ke Melaka lagi....
Yang kali ni bukan makan angin...tapi ada Mesyuarat Bahagian. Tapi dalam pada itu sempat jugak berjimba sekitar Melaka memenuhi lawatan yang tidak dapat pergi semasa bersama dengan enCik hubby.

Meeting start Isnin 9hb tapi 8hb aku , razzif & murni dah gerak dari Selayang ke Melaka. Dengan agenda tersendiri kami sampai jam 4.30 petang la lebih kurang. Sampai je terus park dekat dengan Muzium Samudera kerana dari situ senang nak jalan-jalan. Jalan kaki je, x payah nak ubah-ubah kereta kan.

Banggunan Merah , sebenarnya aku x tau pun apa nama sebenarnya. So boleh je la kan digelar 'Banggunan Merah'.
 Lepas solat terus jenjalan kat sekitar Banggunan Merah ni...walaupun cuaca agak panas ketika ini, namun digagahkan jugak la sebab nanti mungkin xde masa untuk berjalan dah. Bukan ada beli pape pun setakat berjalan bergambar & mengabadikan suasana Bandar Bersejarah ni.

Bersama Murni, gaya lebih tapi xde beli pape....orang kedai pun marah...hehehe
 Mula-mula memang proses mengenali barang dulu...hehehe, pilih mana nak beli. Buat listing, baru wat selected. Lagipun sebelum ni dah ke Melaka sebelum ini dengan enCik hubby, so xde la nak beli sangat. Ye ke? Jangan percaya cakap aku ni, dengar boleh percaya jangan.


Beg santai yang aku pegang ni harganya RM15 padahal kat Medan Samudera RM10 je....jangan tertipu okey.
 Apa motif buh photo ni??? Hahaha....sebenarnya suka tengok struktur batu-batu buatan ni....so dengan x malunya memanjat batu-batu ini tanpa segan silu...Hamik!

 Ni la model untuk aktiviti kali ni....bergaya dengan DSLR opis..huhuhu...apa lagi. Ini ada trial aku tentang teknik photog. Anyway agak berpuas hati la....

Nila razzif & murni...kami 3 serangkai yang terdatang awal gara-gara nak berjimba kat sekitar Melaka....bukan selalupun kan. Nanti bila meeting dah start, selalunya memang x sempat nak ke mana pun.... Ambil lah peluang yang ada....
 Memegang pedang ala samurai. Lepas je bergambar ada suara berkumandang...
'Kak yong....mana boleh bergambar je....'...pandang-pandang rupa-rupanya memang ada note "DILARANG BERGAMBAR"...hehehe. Dengan rasa tidak bersalah terus berlalu pergi. Rupanya memang ramai yang duk saruk2 topi, snap sana sini...blah. Patutlah sampai ada note sebegitu...
Satu percubaan yang baek dari Razzif....hahaha....
Ada photo-photo lain telah diambil semasa mengikut enCik hubby berkursus...so kita tengok je la entry ni dulu. Sebab photo yang ada dengan enCik hubby guna RAW...so kene tukar jpeg dulu...pemalas! x taukar-tukar pun lagi...tu pasal buh entry ni dulu.

Ini adalah photo yang diambil semasa di TOILET MYDIN MITC Ayer Keroh.....hehehe. Kat toilet pun  sempat jugak.
 Ni masa lawatan yang dijalan di Mydin MITC, kat situ ada satu ruangan baru di bukak untuk produk 1 Malaysia Best....

Gambar ni gambar candid sebenarnya...masa kat cafe di Mahkota Hotel. Time makan pun keje ke? Sebenarnya adengan ni adalah tengan meneliti dokumen dalam beg laptop tu. Sebab x tahu beg sapa....Yang pasti masa balik, bila semak-semak banyak jugak la barang yang dibeli. Nama je meeting, tapi duit tetap habis....lepas ni kene ikat perut...hehehe. enCik hubby, bini awak dah shopping!

Friday, May 27, 2011

Terkenang Zaman Persekolahan

Tiba-tiba hari ni xde mood nak wat keje...memang la x boleh kan. Tapi memandangkan keadaan diri yang tidak begitu sihat menyebabkan simptom-simptom malas tu menjelma....tongsil aku sakit...batuk kuat. Mata sangat mengantuk kerana tidak cukup tido akibat batuk yang mengganggu di sebelah malamnya....da..sebenarnya bukan nak bercerita pasal badan aku yang sakit-sakit ni...tapi pasal zaman-zaman gemilang di Zaman Persekolahan dulu....

Aku mula bersekolah di Tadika di Kompleks Pertanian, Titi Gantong Bota....punya la best, datang skolah...blaja sket2..main banyak2....time2 tu dah ada kes usik-usik...skrg ni orang panggil 'couple' tapi dulu ayatnya lebih kurang macam gini "Ko nak dia erk..."...huhuhu, directkan....tu la namanya perasaan kanak-kanak. Ingat lagi kawan-kawan aku...Ajip, Shah, Chik, Siti....sekarang ni di mana mereka pun aku x tahu....Pastu tamat zaman Tadika...masuk skolah rendah...memang x sedar diri...x reti erti takut....tapi aku ingat seperkara aku masuk Spital Changkat Melintang pasal demam campak...seminggu duk spital....xdatang skolah...bila dah masuk darjah 4 tu kira dah faham la sket erti-erti perjalanan hidup. Huh! Manalah kawan-kawan Muliyati, Norhazazila...NoorHasni...Siti Fatimah...Aizua....mesti korang dah menjadi jelitawan kan...Sib baik Juwita & Roziana masih dapat dijejaki...
Yang lelakinya..Syed kawan gaduh...dapat dijejaki di FB.....Mior Hafzan...Azam...Wak...Shahril...banyak lagi x hengat nama plak...
Ni photo kelas masa Darjah 4 Mawar. Cikgu Mior yang suka bagi latihan Math banyak-banyak. Yang pelik time dulu kalau nak ambik photo kelas mesti kene ngadap matahari. Nak cerah konon, so hasilnya muka kerut merut...
Bila masuk darjah 6 kelas ni di rombak mengikut strategi guru untuk dapatkan lebih banyak pelajar cemerlang. Dari kelas ini ada yang masuk ke kelas Kenanga. Di situ la aku rapat dengan Juwita, Syed Fairuz...Kami bersukan....mewakili Bola Tampar sekolah...menjalani latihan setiap hari. Sampai kulit gelap...sangat manis semua itu....penat berlatih membawa rezeki Team lelaki menjuarai daerah, manakala kami hanya naik Juara. Namun aku tetap berbangga....

Tapi aku tidak lama di sana, aku terpaksa berpindah sekolah kerana mengikuti bapakku yang menamatkan perkhidmatannya...perpisahan yang terpaksa ku turuti. Walaupun tidak sejauh mana, namun yang pasti entah bila lagi aku akan dapat bertemu dengan kalian semua...mungkin dalam situasi yang berbeza...

MEMASUKI alam remaja....aku disekolahkan di Sekolah Menengah Sri Kampar....
Pada mulanya memang sangat benci bila nak pegi sekolah...ye la,xde kawan yang kenal pun. Dah la tu, xde bus sekolah yang ke sana. Tingkatan 1 sekolah petang pulak tu. Namun kerana tittle budak baru tu la, aku lebih dikenali.....
Pelbagai gosip yang melanda diri...maklumlah time ni baru nak bermula hidup katakan. Apapun itu semua sangat bernilai bagiku kerana ia merupakan satu corak hidup aku yang membawa diri aku kepada diri hari ni.

Kelas 2 Cempaka (1994) - tu dia...siap bertudung labuh, bercermin mata besar...sedang mencari identiti sebenar. huhuhu. Masa ni kene turun kelas, frust giler...malu giler....tapi nak wat macam mama culture shock.
Bukan aku saja tau yang kene turun kelas, ada la beberapa orang lagi. Kelas ni adalah gabungan antara pelajar yang turun kelas dan naik kelas...hahaha. Kelas paling teratas tu Bakawali...2nd kelas Cempaka, Dahlia, Kenanga, Mawar dan Santalia....banyakkan kelasnya. So dengan itu jugak la, aku tidak pernah kenal dengan bebudak di kelas M & S....bila masuk tingkatan 4 baru pelik.
"Ko datang dari mana erk, x penah jumpa pun???" boleh tak kuar ayat cam gitu


Kelas 3 Bakawali (1995)- Yeah! Naik balik kelas ni...huhuhu...Time ni pun jiwa kacau sebab nak PMR. xkeruan.
Bila masuk kelas ni best balik sebab dapat balik segeng dengan member...tapi confirm kene struggle sebab kelas ni bebudaknya pandai-pandai belaka...tambahan plak ada non-muslim. Tapi rasanya dalam ramai-ramai aku le yang terkureng sket kut.....hehehehe

Tingkatan 4P1 (1996) - Awal kelas ni ramai, setelah berpindah tinggal 23 orang je....kelas yang banyak mencipta fenomena baru di SMK Sri Kampar. Apapun, segalanya bermula di sini....
Bila dah habis PMR, kelas pun dirombak mengikut kelayakan dari pencapaian PMR dan kecenderungan pelajar. Memandangkan berbekalkan dengan 1A sahaja (memang kureng kan...) aku memilih untuk masuk kelas Perdagangan. Kelas Perdagangan ni ada 1 dan 2...bezanya tang elektif. Kelas P1 elektif Perdagangan, Akaun dan Geografi manakala kelas P2 takde Geografi tapi ada Lukisan.

Pada awalnya, ramai penghuni 4P1 ni...tapi makin lama makin kurang sebab ada yang dapat sekolah teknik, vokey la...aku tetap setia di sini. Dan setelah sekolah di Air Kuning siap, pelajar yang lebih dekat di sana perlu ditukarkan ke sana. Sebab kalau ikutkan sebelum ini bebudak Air kuning, Mambang Diawan, Air Hitam, SImpang 4, Sg Lesong...semua sekolah kat kampar...

Akhirnya tinggal la 23 orang 11 lelaki 12 perempuan...pelbagai sejarah yang dilakarkan....ikuti kisahnya akan datang....

Wednesday, May 25, 2011

Bestnyer kalau ada rumah sendiri kan...

Sejak akhir-akhir ni selalulah duk berangan nak beli barang-barang rumah. Kiranya berangan ni satu perkara bukan sekadar hobi tapi dah jadi macam kerja hakiki plak. Huh!
Aku & enCik hubby memang teringin sangat nak beli rumah....boleh la dihias...beli barang macam-macam. Ni sekarang duduk rumah sewa, jadi nak berhias beria pun rumah orang. Nanti rosak plak rumah orang....


Inilah rumah sewa kami sekarang....rumah teres biasa je. Bukan rumah sendiripun tapi alhamdulillah ada la jugak tempat berlindung.

Jadi dengan ketidaklayakan lagi untuk membeli rumah...dengan itu, berangan adalah satu aktiviti yang paling baik. That my oppinon la....So mula-mula lukis-lukis plan....wat plan nak susun atur perabot...huhuhuhu....giler taksub!

Ari tu jenjalan la di Ikea kat Damansara Utama tu....xde niat nak shopping pun, tapi ada la beli barang kecik-kecik je...Bila tengok-tengok perabot tu macam nak beli je...bukan perabot la sangat tapi aksesori hiasan rumah. Perabot ada certain yang kita boleh beli kat Cavenzi....Westcourt ke..yang juga up2date design2 perabotnya & lebih murah berbanding Ikea. Cuma ada part-part tertenu yang kekadang kita kene copyrigt...hehehe....
Dengan melihat mulalah buat listing barang...berangan x sudah kau. Tapi seriusly memang semangat giler ni. Macam esok nak pindah....
Diharap setelah kitaorang dapat bertukar, kitaorang akan dapat memiliki rumah yang mampu beli untuk kami. Walaupun x dapat yang besar, janji selesa untuk kami berkeluarga.....

Friday, May 20, 2011

Mood dalam alam MAYA.....

Seperti biasa, bila detik-detik tragis itu dikenang kembali....hati kembali merintih...terpaut...bersahut....
Semalam baru sahaja bersembang dengan Abang Aish salah seorang sepupu aku. Dia juga bakal menjadi bapa. Aku terus mendengar kekusutan di hatinya yang sentiasa risau dengan anak yang bakal dilahirkan oleh isterinya. Aku terus mententeramkannya...memberi dia kekuatan...pautan...dan harapan....walaupun hakikatnya ada sendiri xtahu apa benar yang aku katanya....

Sesungguhnya Abang Aish, bertuahnya diri kerana bakal dikurniakan zuriat dari pertalian yang suci....kehadirannya adalah satu anugerah yang tidak ternilai bandingannya....bersyukurlah..insyaallah, rezeki untuk anak itu akan diberi laluan mudah oleh Allah swt. DIA maha berkuasa.
Sedangkan aku masih menanti dan terus menanti....terus berdoa...terus merintih kepada DIA.....agar hajatku dimakbulkan....Mungkin DIA rindu akan diriku...kerana itu aku diberi semua ini agar aku selalu dekat dengannya.

Disamping itu aku dapat berita, Syima adik kepada Abang Aish telah mengandung kembali....2bulan usia kandungannya setelah 2 kali keguguran.....makin tersentap rasa rindu aku untuk mengandung kembali....
enCik hubby bermimpi baru-baru ini...aku telah selamat bersalin...baby lelaki....lebat rambutnya kata enCik hubby.....dia kata rasanya keadaan itu terasa dekat sekali.....mungkinkah itu anakku yang tidak sempat kami termui itu....kami hanya bertemu di satu alam yang di namakan MAYA...

Pada petangnya, disamping menunggu enCik hubby beraksi di padang....ditemani oleh seorang dua rakan yang ada....salah seorang darinya juga sedang mengalami alahan...kesayuan disudut hatiku makin menebal....aingin lembut di sana memenuhi suasana FRIM dengan keindahan kehijauan alam...membuat sejenak hatiku seketika.....
Aku yakin bahawa DIA akan memberi jua anugerah yang kami idamkan itu suatu hari nanti.....insyaallah!
Di mana...bila....hanya DIA yang tahu....
Buat enCik hubby yang dikasihi....harap jiwamu tetap teguh bersabar menanti kehadirannya....

Meneruskan satu harapan kita itu kepadaNYA....

Wednesday, May 18, 2011

Bilakah aku akan dipanggil MAMA- Episod 3

Setahun belalu....1 Jan 2009
Kini adalah tiba masanya setelah segala persiapan dibuat dari segi mental...pemakanan...dan aktiviti harian....

24 Jan 2010....enCik hubby tiada pun di rumah masa tu...dia ke Pahang ada bengkel. Pagi itu, kelihatan titisan darah...'ermmm period!'.... xpe la. Aku call enCik hubby, dia suruh aku try check. Walaupun terasa agak seram, bimbang kalau-kalau keputusannya negatif! Bila check, tengok-tengok positif. Ermm...memang pada sebelum - sebelum ini pun ada trademark macam tu. Malu nak call enCik hubby. Mula-mula rasa nak rahsiakan...tapi macam x sampai hati plak.

Lalu aku MMS kan gambar ini.....

Lantas enCik hubby call kembali.....walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya, tapi kedengaran dari lunak suaranya dia gembira.....kalau dia ada di depanku pada masa itu, aku akan peluk erat se erat-eratnya....kerana terus bersabar menunggu saat ini lagi.
Pada hari itu juga aku pergi ke Majlis Perkahwinan Yuyun. Menumpang kereta Shahir dan mintak kebenaran untuk duduk di hadapan serta memohon secara baik untuk membawa kereta dengan berwaspada hanya kerana menjaga kandungan ini. Kerana aku tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.

Walaupun dihati terasa sedikit risau kerana laluannya memang bergoncang-goncang....alhamdulilah semuanya ok. Bila enCik hubby pulang, kami bercadang untuk membuat pemeriksaan doktor bagi pengesahan sebenar. Ternyata positif dan doktor bertanya, apakah aku memerlukan surat untuk terus merujuk ke pakar. Dengan keyakinan, kami rasa tidak perlu kerana persiapan dari awal lagi telah dibuat.

Macam biasa, musim memabukkan datang lagi...puas la muntah, rasa letih...xlarat ke mana pun. Balik ke kampung berjumpa dengan bidan - mak mun. Mak mun ada pesan, kalau dah mengandung lagi datang pada mak mun. Mak mun buatkan tali agar kandungan tidak mudah jatuh.

2 bulan berlalu...ingin menyampaikan ke tahap 3 bulan tu rasa lama sangat. Sebab ramai yang mengatakan bahawa tahao itu kandungan telah kuat. Walaupun pejabatku memerlukan aku menaiki tangga, aku gagahkan perlahan-lahan. Berjalan perlahan....sampai adalah mulut-mulut yang mula berbunyi mengatakan langkah aku mengalahkan orang lepas bersalin. Pada mulanya aku berdiam, namun sampai satu ketika aku tidak tahan. Lalu aku menjawab "xkesah la jalan macam mana sekali pun, janji aku dapat anak. Korang boleh bagi aku anak ke???"...

Selepas itu tidak lagi dengar sebarang desas desus...setiap kali nak makan ikan, mesti call mak sebab nak tahu ikan yang berbisa yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung begitu juga berpantang dalam makanan-makanan lain yang tidak elok di makan oleh ibu mengandung.
Bulan ke 2 buat pemeriksaan di Klinik..doktor tidak kata apa-apa berkenaan dengan kandunganku. Apa yang aku baca, usia kandungan 2 bulan telah ada degupan jantung. Bila di tanya doktor memaklumkan bahawa denyutan jantung tidak ada. normal ke? Doktor kata mungkin pengiraan kita tidak tepat, sebab kita sendiri tidak tahu bila dia di senyawakan secara tepat.

Hati ku tidak tenteram, hanya mampu berserah. enCik hubby kata ada benar kata doktor tu.
Usia kandungan masuk ke 3 bulan. Akhirnya sampai jugak 3 bulan...dalam minggu pertama minggu ke 3 tiba-tiba ada lendir-lendir brown colour....aku mula tidak tenang. enCik hubby cuba menenangkan aku dengan menyatakan tidak ada apa-apa yang berlaku kerana bukan darah merah. Setelah 3 hari berlalu...aku rasa tidak sedap hati. Lantas mengambil keputusan untuk ke Klinik panel....hati berdebar...bila di scan, ternyata tiada denyutan nadi....nape? Mana dia..? Doktor menyarankan supaya scan ikut kamera....tapi enCik hubby masih suruh bersabar...

Inilah gambar yang diprint oleh doktor...pandangan insan lain aku tidak ketahui, tapi bagitu nampak kelihatan anakku itu...."kesian kat mama yang masih tidak dapat melihat mu..."


Keesokkan harinya terdapat titik darah merah, lalu kami ke emergency hospital....masih tiada tanda-tanda denyutan nadi...Ya Allah, adakah ini ujian seterusnya untuk aku dan suami lagi.....saranan doktor untuk ke Klinik Pakar pada esoknya untuk admit....mungkin D&C akan aku lalui lagi.....
Air mata terus berjujuran.....tiada sedetik pun keriangan, dunia aku menjadi gelap....xkeruan....Ku renung wajah enCik hubby....pilu, bersalah....semuanya menyelubungi diri....apalah dayaku kerana semua ini diluar kemampuanku....
"Abang...maafkan sayang...bukan kehendak kita...semua ini terjadi. Sayang pasti, anak kita pernah hidup walaupun sedetik cuma...yakin sangat...tapi belum masanya untuk kita bertemu dia di dunia ini"


Aku dimasukkan ke wad, sampai di wad Doktor Amir mengambil beberapa keterangan dari aku. Sambil itu perut mula memulas...aku yakin, ia nak keluar...tidak lama kemudian doktor panggil untuk jalani scan lagi.  Dalam menunggu, terasa darah keluar dengan membuak-buak....xdapat di tampung lagi....aku mintak enCik hubby memaklumkan kepada doktor kerana ketulan-ketulan darah yang tidak dapat di tahan terlalu banyak.
Doktor Amir memberi bekas untuk menyimpan ketulan darah itu utk di scan.


Aku terus bergegas ke bilik scan...terasa darah begitu membuak-buak keluar....bila di scan
" ...dia dah ada kat pintu rahim...jadi kita keluarkan sekarang. Kalau kita tunggu banyak darah lagi yang akan keluar"....
Terkejut! Semua ini akan berlaku dalam sekelip mata....semua ini akan dijalankan di bilik scan sahaja. Doktor memasukkan satu alat agar bahagian itu dapat dibukakan....setelah itu aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku cuma mengerang sakit! Kedengaran suara nurse & doktor yang melalikan keadaan aku. Tiba tiba...aku ingat ALLAH.
Aku senyap, dan terus berzikir...bayangkanlah....doktor mengorek agar janin itu dapat dikeluarkan. Mungkin begini lah penguguran dibuat. Apabila aku berzikir, tiada lagi rasa apa-apa....aku cuba melihat, kelihatan tangan doktor berlumuran darah.....aku terus redha.....
Setelah selesai...perutku di scan lagi....
"ok..dah 1 line"..sempat lagi aku bertanya apa maksud itu semua. Doktor menyatakan bhw 1 line itu bermaksud rahim ku telah kempis dan bermakna semuanya telah keluar....sedikit lega kerana aku tidak perlu menjalani D&C....
"Sekarang kita akan bagi satu injection untuk kecutkan rahim"
Baru saja aku bertanya, inject di mana...terus jarum menembusi peha ku....sakit!
"Selepas ni may be Puan akan rasa pening atau mual...perut akan memulas. Nak saya pimpin ke?"

Aku gagah bangun sendiri, lalu lupa untuk melihat apa yang dikeluarkan dari rahimku tadi.....Maafkan mama kerana tidak merenung sedikitpun. Bukan x sudi atau membenci...tapi waktu tu hati mama tidak keruan dengan benda2 yang dibuat dalam sekelip mata...
Bila keluar, kelihatan enCik hubby sedia menunggu.....kesian dia....xlama kemudian perut memulas, perut lapar....enCik hubby tidak tunggu lama. Namun sempat menyuapkan roti padaku....
Petang itu jugak aku boleh pulang, tapi aku mintak bermalam kerana bimbang akan apa-apa yang jadi kiranya aku sudah kembali ke rumah....
Apapun inilah kisah ke  3 aku sempena Hari Ibu ini...aku masih belum bergelar Mama...
Lanjutan kisah aku di episod 1 & 2....