Wednesday, May 18, 2011

Bilakah aku akan dipanggil MAMA- Episod 3

Setahun belalu....1 Jan 2009
Kini adalah tiba masanya setelah segala persiapan dibuat dari segi mental...pemakanan...dan aktiviti harian....

24 Jan 2010....enCik hubby tiada pun di rumah masa tu...dia ke Pahang ada bengkel. Pagi itu, kelihatan titisan darah...'ermmm period!'.... xpe la. Aku call enCik hubby, dia suruh aku try check. Walaupun terasa agak seram, bimbang kalau-kalau keputusannya negatif! Bila check, tengok-tengok positif. Ermm...memang pada sebelum - sebelum ini pun ada trademark macam tu. Malu nak call enCik hubby. Mula-mula rasa nak rahsiakan...tapi macam x sampai hati plak.

Lalu aku MMS kan gambar ini.....

Lantas enCik hubby call kembali.....walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya, tapi kedengaran dari lunak suaranya dia gembira.....kalau dia ada di depanku pada masa itu, aku akan peluk erat se erat-eratnya....kerana terus bersabar menunggu saat ini lagi.
Pada hari itu juga aku pergi ke Majlis Perkahwinan Yuyun. Menumpang kereta Shahir dan mintak kebenaran untuk duduk di hadapan serta memohon secara baik untuk membawa kereta dengan berwaspada hanya kerana menjaga kandungan ini. Kerana aku tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.

Walaupun dihati terasa sedikit risau kerana laluannya memang bergoncang-goncang....alhamdulilah semuanya ok. Bila enCik hubby pulang, kami bercadang untuk membuat pemeriksaan doktor bagi pengesahan sebenar. Ternyata positif dan doktor bertanya, apakah aku memerlukan surat untuk terus merujuk ke pakar. Dengan keyakinan, kami rasa tidak perlu kerana persiapan dari awal lagi telah dibuat.

Macam biasa, musim memabukkan datang lagi...puas la muntah, rasa letih...xlarat ke mana pun. Balik ke kampung berjumpa dengan bidan - mak mun. Mak mun ada pesan, kalau dah mengandung lagi datang pada mak mun. Mak mun buatkan tali agar kandungan tidak mudah jatuh.

2 bulan berlalu...ingin menyampaikan ke tahap 3 bulan tu rasa lama sangat. Sebab ramai yang mengatakan bahawa tahao itu kandungan telah kuat. Walaupun pejabatku memerlukan aku menaiki tangga, aku gagahkan perlahan-lahan. Berjalan perlahan....sampai adalah mulut-mulut yang mula berbunyi mengatakan langkah aku mengalahkan orang lepas bersalin. Pada mulanya aku berdiam, namun sampai satu ketika aku tidak tahan. Lalu aku menjawab "xkesah la jalan macam mana sekali pun, janji aku dapat anak. Korang boleh bagi aku anak ke???"...

Selepas itu tidak lagi dengar sebarang desas desus...setiap kali nak makan ikan, mesti call mak sebab nak tahu ikan yang berbisa yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung begitu juga berpantang dalam makanan-makanan lain yang tidak elok di makan oleh ibu mengandung.
Bulan ke 2 buat pemeriksaan di Klinik..doktor tidak kata apa-apa berkenaan dengan kandunganku. Apa yang aku baca, usia kandungan 2 bulan telah ada degupan jantung. Bila di tanya doktor memaklumkan bahawa denyutan jantung tidak ada. normal ke? Doktor kata mungkin pengiraan kita tidak tepat, sebab kita sendiri tidak tahu bila dia di senyawakan secara tepat.

Hati ku tidak tenteram, hanya mampu berserah. enCik hubby kata ada benar kata doktor tu.
Usia kandungan masuk ke 3 bulan. Akhirnya sampai jugak 3 bulan...dalam minggu pertama minggu ke 3 tiba-tiba ada lendir-lendir brown colour....aku mula tidak tenang. enCik hubby cuba menenangkan aku dengan menyatakan tidak ada apa-apa yang berlaku kerana bukan darah merah. Setelah 3 hari berlalu...aku rasa tidak sedap hati. Lantas mengambil keputusan untuk ke Klinik panel....hati berdebar...bila di scan, ternyata tiada denyutan nadi....nape? Mana dia..? Doktor menyarankan supaya scan ikut kamera....tapi enCik hubby masih suruh bersabar...

Inilah gambar yang diprint oleh doktor...pandangan insan lain aku tidak ketahui, tapi bagitu nampak kelihatan anakku itu...."kesian kat mama yang masih tidak dapat melihat mu..."


Keesokkan harinya terdapat titik darah merah, lalu kami ke emergency hospital....masih tiada tanda-tanda denyutan nadi...Ya Allah, adakah ini ujian seterusnya untuk aku dan suami lagi.....saranan doktor untuk ke Klinik Pakar pada esoknya untuk admit....mungkin D&C akan aku lalui lagi.....
Air mata terus berjujuran.....tiada sedetik pun keriangan, dunia aku menjadi gelap....xkeruan....Ku renung wajah enCik hubby....pilu, bersalah....semuanya menyelubungi diri....apalah dayaku kerana semua ini diluar kemampuanku....
"Abang...maafkan sayang...bukan kehendak kita...semua ini terjadi. Sayang pasti, anak kita pernah hidup walaupun sedetik cuma...yakin sangat...tapi belum masanya untuk kita bertemu dia di dunia ini"


Aku dimasukkan ke wad, sampai di wad Doktor Amir mengambil beberapa keterangan dari aku. Sambil itu perut mula memulas...aku yakin, ia nak keluar...tidak lama kemudian doktor panggil untuk jalani scan lagi.  Dalam menunggu, terasa darah keluar dengan membuak-buak....xdapat di tampung lagi....aku mintak enCik hubby memaklumkan kepada doktor kerana ketulan-ketulan darah yang tidak dapat di tahan terlalu banyak.
Doktor Amir memberi bekas untuk menyimpan ketulan darah itu utk di scan.


Aku terus bergegas ke bilik scan...terasa darah begitu membuak-buak keluar....bila di scan
" ...dia dah ada kat pintu rahim...jadi kita keluarkan sekarang. Kalau kita tunggu banyak darah lagi yang akan keluar"....
Terkejut! Semua ini akan berlaku dalam sekelip mata....semua ini akan dijalankan di bilik scan sahaja. Doktor memasukkan satu alat agar bahagian itu dapat dibukakan....setelah itu aku tidak tahu apa yang berlaku. Aku cuma mengerang sakit! Kedengaran suara nurse & doktor yang melalikan keadaan aku. Tiba tiba...aku ingat ALLAH.
Aku senyap, dan terus berzikir...bayangkanlah....doktor mengorek agar janin itu dapat dikeluarkan. Mungkin begini lah penguguran dibuat. Apabila aku berzikir, tiada lagi rasa apa-apa....aku cuba melihat, kelihatan tangan doktor berlumuran darah.....aku terus redha.....
Setelah selesai...perutku di scan lagi....
"ok..dah 1 line"..sempat lagi aku bertanya apa maksud itu semua. Doktor menyatakan bhw 1 line itu bermaksud rahim ku telah kempis dan bermakna semuanya telah keluar....sedikit lega kerana aku tidak perlu menjalani D&C....
"Sekarang kita akan bagi satu injection untuk kecutkan rahim"
Baru saja aku bertanya, inject di mana...terus jarum menembusi peha ku....sakit!
"Selepas ni may be Puan akan rasa pening atau mual...perut akan memulas. Nak saya pimpin ke?"

Aku gagah bangun sendiri, lalu lupa untuk melihat apa yang dikeluarkan dari rahimku tadi.....Maafkan mama kerana tidak merenung sedikitpun. Bukan x sudi atau membenci...tapi waktu tu hati mama tidak keruan dengan benda2 yang dibuat dalam sekelip mata...
Bila keluar, kelihatan enCik hubby sedia menunggu.....kesian dia....xlama kemudian perut memulas, perut lapar....enCik hubby tidak tunggu lama. Namun sempat menyuapkan roti padaku....
Petang itu jugak aku boleh pulang, tapi aku mintak bermalam kerana bimbang akan apa-apa yang jadi kiranya aku sudah kembali ke rumah....
Apapun inilah kisah ke  3 aku sempena Hari Ibu ini...aku masih belum bergelar Mama...
Lanjutan kisah aku di episod 1 & 2....

2 comments:

  1. Salam La.. Ita dulu 2 kali jd mcm ni.. Sedih juga ta faham perasaan.. Better lepas dah tahu pregnant jumpa pakar.. Supaya Dpt ubat atau tahu tindakan yg diambil.. Tp ita ingat Dr pakar ita kata jika baby tu betul2 sihat dia akan membesar kalau tak dia akan gugur.. IbsyaAllah ada rezeki nanti jgn putus berdoa

    ReplyDelete
  2. YUp, memang ari tu setelah doktor pakar wat investigation pada 7 sampel darah, resault semuanya -ve. So doktor kata kalau dapat tahu je preggy trus direct ke pakar...dan diaorg akan jaga sampai betul2 stabil br transfer klinik biasa...
    Tapi memang betul...kalau bby sihat insyaallah...dia akan membesar sebaik mungkin..
    Doakan untuk La yer...teringin sgt nak bby. Bila tgk bby orang....sayu sgt rasa hati....

    ReplyDelete