Wednesday, May 4, 2011

Kasut & Aku....

Macam pelik je bunyi entry ni kan...
Apapun sebenarnya aku nak citer pasal aku yang dah malas nak pakai kasut gi keje...boleh tak macam tu??? Serius x tau apasal....tp apa yang dijangkakan adalah kerana ketiadaan kasut-kasut yang mcm ala-ala cinderella kut...hehehe. Tapi sejak dah kawen ni kira agak jarang membeli kasut....pasal xde yang berkenan ke??? or pasal xde ongkos yang mencukupi....??? Seiring kut jawapan tu....

So so so....kalau korang nak tahu dah beberapa minggu ni aku gi keje dengan berselipar sahaja...kelas kau!


Betul, selipar pink yang penah aku beli masa nak g Labuan ari tu. Aku rasa lebih selesa....sbb kasut yang ada tinggi sangat la....kecik dihujung la....ermmmm serba x kena....Udah la pink, bila bos panggil masuk bilik kelam kabut cari kasut...huahuahua..tu la dia. Keje dah lama, tapi bila sekarang la plak malas nak pakai formal. Pemalas!

Satu hari nak gi bentangkan pasal plan showcase kat PB, so cari la kasut. Pinjam kasut member. Kasut tu plak kasut kawen dia. Kelasss aku jumpa PB dengan kasut kawen orang...pegi la terkedek-kedek ke bilik PB. Sekser...tinggi tu...pas pakai jangan lupa pulangkan. Time pulangkan boleh plak puan punya kasut kata :
"Akak muat erk, ambik je la. Kasut ni yun dah x muat. Dari tersimpan macam tu je"
Mak uu yaii...blh lak nak bagi kasut kawen. (aku pun dengan malu-malu kucing)...."xkan nak bg kat akak kut" lantas berlalu pergi..huahuahua...(ada mcm novel x : ) )

Tak lama kemudian puan kasut datang kat partician aku..."akak ambik laa..." terus dia letak berdekatan dengan meja aku. So xkan nak tolak plak, nanti apa kata puan kasut kan. Jd kasut tu pun ada la bersama aku yang x tau aku nak pakai bila lagi...


Tu baru kesah 2 kasut...kasut yang ketiga, aku beli dah bebulan-bulan...tapi x pakai-pakai. Pasal apa? Ntah, sayang kut....ado ke...tapi aku akan pakai jugak nanti. Nape aku beli kasut ni??? Sebab aku dah lama  xpakai high heel mcm gini...dan yang pasti sebab ada REBEN. Aku ni jenis yang suka ada REBEN dan ada GHELIP2..(liplap)...baru best....kasut ni murah je...janji aku suka.

dah kesah kasut yang ni adalah kasut sport!

Aku ada kasut sport tapi dah hancur..konon2 semangat tuk g joogging ni...pakai la kasut yang dibeli beberapa tahun lalu. Pakai-pakai, tgk kasut pecah. Ntah tapak dia mcm mana ntah...tapi murah je la kasut ni. So memandang semangat masih ada, enCik hubby kata jom kita beli kasut. Thanks pada enCik hubby yang sudi belikan kasut ni. Tapi sejak beli awal April tu...xpenah pakai sampai sekarang. Bila nak jogging nyerrr???

Yang ni yang terkini...aku telah menghabiskan duit aku di Melaka semasa mengikut enCik hubby bekerja di sana. Anyway, salah satu nya adalah ini.....

Ada batu2 kat depan tu tapi tidak berapa kelihatan di sini...ermmmmm raya ni x payah beli kasut dah.

No comments:

Post a Comment