Friday, May 27, 2011

Terkenang Zaman Persekolahan

Tiba-tiba hari ni xde mood nak wat keje...memang la x boleh kan. Tapi memandangkan keadaan diri yang tidak begitu sihat menyebabkan simptom-simptom malas tu menjelma....tongsil aku sakit...batuk kuat. Mata sangat mengantuk kerana tidak cukup tido akibat batuk yang mengganggu di sebelah malamnya....da..sebenarnya bukan nak bercerita pasal badan aku yang sakit-sakit ni...tapi pasal zaman-zaman gemilang di Zaman Persekolahan dulu....

Aku mula bersekolah di Tadika di Kompleks Pertanian, Titi Gantong Bota....punya la best, datang skolah...blaja sket2..main banyak2....time2 tu dah ada kes usik-usik...skrg ni orang panggil 'couple' tapi dulu ayatnya lebih kurang macam gini "Ko nak dia erk..."...huhuhu, directkan....tu la namanya perasaan kanak-kanak. Ingat lagi kawan-kawan aku...Ajip, Shah, Chik, Siti....sekarang ni di mana mereka pun aku x tahu....Pastu tamat zaman Tadika...masuk skolah rendah...memang x sedar diri...x reti erti takut....tapi aku ingat seperkara aku masuk Spital Changkat Melintang pasal demam campak...seminggu duk spital....xdatang skolah...bila dah masuk darjah 4 tu kira dah faham la sket erti-erti perjalanan hidup. Huh! Manalah kawan-kawan Muliyati, Norhazazila...NoorHasni...Siti Fatimah...Aizua....mesti korang dah menjadi jelitawan kan...Sib baik Juwita & Roziana masih dapat dijejaki...
Yang lelakinya..Syed kawan gaduh...dapat dijejaki di FB.....Mior Hafzan...Azam...Wak...Shahril...banyak lagi x hengat nama plak...
Ni photo kelas masa Darjah 4 Mawar. Cikgu Mior yang suka bagi latihan Math banyak-banyak. Yang pelik time dulu kalau nak ambik photo kelas mesti kene ngadap matahari. Nak cerah konon, so hasilnya muka kerut merut...
Bila masuk darjah 6 kelas ni di rombak mengikut strategi guru untuk dapatkan lebih banyak pelajar cemerlang. Dari kelas ini ada yang masuk ke kelas Kenanga. Di situ la aku rapat dengan Juwita, Syed Fairuz...Kami bersukan....mewakili Bola Tampar sekolah...menjalani latihan setiap hari. Sampai kulit gelap...sangat manis semua itu....penat berlatih membawa rezeki Team lelaki menjuarai daerah, manakala kami hanya naik Juara. Namun aku tetap berbangga....

Tapi aku tidak lama di sana, aku terpaksa berpindah sekolah kerana mengikuti bapakku yang menamatkan perkhidmatannya...perpisahan yang terpaksa ku turuti. Walaupun tidak sejauh mana, namun yang pasti entah bila lagi aku akan dapat bertemu dengan kalian semua...mungkin dalam situasi yang berbeza...

MEMASUKI alam remaja....aku disekolahkan di Sekolah Menengah Sri Kampar....
Pada mulanya memang sangat benci bila nak pegi sekolah...ye la,xde kawan yang kenal pun. Dah la tu, xde bus sekolah yang ke sana. Tingkatan 1 sekolah petang pulak tu. Namun kerana tittle budak baru tu la, aku lebih dikenali.....
Pelbagai gosip yang melanda diri...maklumlah time ni baru nak bermula hidup katakan. Apapun itu semua sangat bernilai bagiku kerana ia merupakan satu corak hidup aku yang membawa diri aku kepada diri hari ni.

Kelas 2 Cempaka (1994) - tu dia...siap bertudung labuh, bercermin mata besar...sedang mencari identiti sebenar. huhuhu. Masa ni kene turun kelas, frust giler...malu giler....tapi nak wat macam mama culture shock.
Bukan aku saja tau yang kene turun kelas, ada la beberapa orang lagi. Kelas ni adalah gabungan antara pelajar yang turun kelas dan naik kelas...hahaha. Kelas paling teratas tu Bakawali...2nd kelas Cempaka, Dahlia, Kenanga, Mawar dan Santalia....banyakkan kelasnya. So dengan itu jugak la, aku tidak pernah kenal dengan bebudak di kelas M & S....bila masuk tingkatan 4 baru pelik.
"Ko datang dari mana erk, x penah jumpa pun???" boleh tak kuar ayat cam gitu


Kelas 3 Bakawali (1995)- Yeah! Naik balik kelas ni...huhuhu...Time ni pun jiwa kacau sebab nak PMR. xkeruan.
Bila masuk kelas ni best balik sebab dapat balik segeng dengan member...tapi confirm kene struggle sebab kelas ni bebudaknya pandai-pandai belaka...tambahan plak ada non-muslim. Tapi rasanya dalam ramai-ramai aku le yang terkureng sket kut.....hehehehe

Tingkatan 4P1 (1996) - Awal kelas ni ramai, setelah berpindah tinggal 23 orang je....kelas yang banyak mencipta fenomena baru di SMK Sri Kampar. Apapun, segalanya bermula di sini....
Bila dah habis PMR, kelas pun dirombak mengikut kelayakan dari pencapaian PMR dan kecenderungan pelajar. Memandangkan berbekalkan dengan 1A sahaja (memang kureng kan...) aku memilih untuk masuk kelas Perdagangan. Kelas Perdagangan ni ada 1 dan 2...bezanya tang elektif. Kelas P1 elektif Perdagangan, Akaun dan Geografi manakala kelas P2 takde Geografi tapi ada Lukisan.

Pada awalnya, ramai penghuni 4P1 ni...tapi makin lama makin kurang sebab ada yang dapat sekolah teknik, vokey la...aku tetap setia di sini. Dan setelah sekolah di Air Kuning siap, pelajar yang lebih dekat di sana perlu ditukarkan ke sana. Sebab kalau ikutkan sebelum ini bebudak Air kuning, Mambang Diawan, Air Hitam, SImpang 4, Sg Lesong...semua sekolah kat kampar...

Akhirnya tinggal la 23 orang 11 lelaki 12 perempuan...pelbagai sejarah yang dilakarkan....ikuti kisahnya akan datang....

4 comments:

  1. Wah best zaman sekolah dulu2.. rindu rasanya.. patut la cari gambar ita tak de.. sebab ita kelas kenanga yel.. hihihi.. yang pasti masih ingat kita sekelas waktu darjah 6 dan banyak kenangan yang best kita lalui terutama kita gi lawatan ke Kuala Lumpur ingat lagi tak... La ramai la kawan2 kat FB ita tu yang la senaraikan... cari la yek

    ReplyDelete
  2. ooo ye ke...may be La x perasan nama diaorg kut...ari tu ada gak try tgk2...tapi x sure hehehe...
    Tu la, masa darjah 6 tu la paling best rasanya...
    Kita yang x penah rapat pun blh rapat...main bola tampar...rombongan...best best....

    ReplyDelete
  3. At least La ingat jugak nama kawan2...achu ni mmg susah betul nak recall nama sesorang..huhu..tapi La memang achu tak lupa sebab kita kan jiran meja.. ingat lagi La grup ngan Syed pastu sapa lagi 2 org tak ingat dah, achu pulak grup ngan fauziah, riduan. Asyik gaduh je ngan riduan, syed..hihi kelakor..

    ReplyDelete
  4. La pun ingat-ingat lupa dah ACu...jenuh nak ingat padahal muka ingat..insyaallah nanti La balik kampung La akan snap balik photo2 kita muda2 dulu...hehehe.
    A'ah..meja la satu group dgn syed...nur aida...
    Syed dgn ridzuan tu memang suka mengusik Aku masa skolah dulu...La ada simpan gambar single Acu...masa kat surau...

    ReplyDelete