Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI IBU.....

8 Mei merupakah satu tarikh yang sering di tunggu oleh ibu ibu sedunia....apapun ada ibu-ibu yang sedar akan tarikh ini, ada juga yang tidak mengetahui tarikh ini. Zaman dulu-dulu xde sambutan hari ibu ni....
 Ramai jugak kawan-kawan aku yang telah pun dianugerakan tittle IBU....namun belum tiba masanya untuk aku. Bila...aku sendiri tidak tahu.....tapi aku tetap IBU kepada anak-anakku yang mungkin di syurga kini.....insyaallah. Aku tetap bangga walaupun pada zahirnya aku tidak bergelar ibu, tapi pada batinya aku adalah ibu kepada 4 anak-anakku....mungkin ada yang faham atau keliru dengan kenyataan aku ini.

KAli ini seperti tahun-tahun yang lepas, aku tidaklah berkesempatan untuk menyambut hari ibu bersama ma .... Tahun lepas melihat gambar-gambar yang diletakkan di FB semasa abang meraikan hari ibu di Jonnys...terharu rasa hati ni......rasa rindu pula....

Itu semua ibu-ibu...kengkawan yang bergelar ibu...mak..mak mertua.....
Jasa yang tidak terbanding nilainya...adalah pengorbanan seorang yang bergelar IBU.....
Moga kalian semua dapat menjadi ibu yang terbaik....dan moga darjat kalian dinaikkan Allah ke satu tahap yang lebih indah dari apa yang dikecapi di dunia ini...insyaallah.
SELAMAT HARI IBU

No comments:

Post a Comment